Anda di halaman 1dari 2

Apa Itu Penulisan Kreatif?

Saturday, March 07, 2009 Posted by Azmah Nordin

Penulisan kreatif adalah apa saja, di mana penulisnya menggambarkan buah fikir, gejolak (berkobar-kobar) perasaan, daya imaginasi dan daya kreaviti yang tentunya unik apabila penulis menceritakan dari pengalamannya yang tersendiri - bukan sebaliknya hanya melaporkan peristiwa ataupun berita. Penulisan kreatif digarap dengan bahasa yang segar, penyusunan ayat yang indah lagi mencabar, dan berunsur murni.
Penulisan kreatif secara umum ialah pengolahan dan penghasilan karangan, ciptaan, karya dan atau cerita seperti novel, cerpen, drama dan puisi. Sebelum terhasil sesebuah penulisan kreatif, seseorang itu perlu berfikiran kreatif sama ada secara dirangsang, dibimbing atau yang semarak sendiri-sendiri. HAJAH MAHAYA MOHD. YASSIN

Karangan Naratif Karangan naratif menceritakan semula peristiwa-peristiwa yang telah berlaku menurut susunan kronologi peristiwa-peristiwa itu terjadi (Abdd. Aziz Abd. Talib, 1989). Teks naratif menampilkan pelbagai cerita dan disusun dalam satu pola yang mengandungi bahagian pengenalan, perkembangan dan akhiran (Mahzan Arshad, 2003). Penulisan naratif boleh bersifat peribadi dan umum. Naratif peribadi merupakan peristiwa yang melibatkan diri penulis sendiri. Naratif umum pula peristiwa yang didengar atau diimaginasikan oleh penulis. Penulisan naratif biasanya dipaparkan mengikut urutan yang kronologi (Roselan Baki, 2003).

Anda mungkin juga menyukai