Anda di halaman 1dari 13

APRESIASI SASTERA

 
PROSA MODEN
DRAMA

KRITIKAN SASTERA
SK:1.3 Membuat kritikan sastera

SP:1.3.2 Memberikan pandangan, sanjungan dan


saranan terhadap karya yang dibaca
OBJEKTIF

1. Menyatakan maksud kritikan

2. Menghurai kritikan dalam sastera

3. Menganalisis karya dan membuat kritikan terhadap karya


APA ITU KRITIKAN SASTERA?
• Kritikan menjadi asas yang mengkonsepikan tindak balas khalayak secara
kritis terhadap fenomena-fenomena dan gejala-gejala sastera yang terdapat
dalam karya atau kesannya ke atas pihak yang lain.
• Kritikan bermaksud memberi penilaian terhadap sesuatu hasil seni
menerusi proses pengamatan dan perbandingan, menganalisis dan
menghayati dengan kaedah-kaedah yang sistematik dan beralasan dengan
maksud mengembangkan tanggapan-tanggapan yang terbit darinya.
FUNGSI KRITIKAN SASTERA
1. Kritikan sastera sebagai penyumbang pengetahuan dan seterusnya
mengembangkan pengetahuan itu.
2. Kritikan sastera itu memberikan bantuan besar kepada pembaca menikmati
karya sastera dengan menerangkan tentang karya sastera dan pengarangnya
dengan jelas.
3. Kegiatan kritikan sastera boleh memperlihatkan antara karya sastera yang
baik dan kurang baik.
4. Membantu pengarang mendidik masyarakat setelah pengarang
mengetahui kegemaran dan kemahuan para pembaca, yakni jenis atau
bentuk karya sastera yang mereka minati dan ingini.
5. Berfungsi sebagai mengahapuskan prasangka buruk terhadap karya
sastera dan juga kesusasteraan.
MEMBUAT KRITIKAN SASTERA
• Asas kritikan tanpa menggunakan teori sastera
• Mempertimbang dan menilai karya sastera secara jujur
dan diperkuatkan dengan alasan yang munasabah
KRITIKAN SASTERA DALAM
DRAMA ANNA
ASPEK KRITIKAN SASTERA
Petikan Drama Anna Pandangan ( teguran negatif terhadap
watak)
Anna : Aku tahu sia-sia saja aku duduk lebih lama Pernyataan:Teguran terhadap sifat terburu-
lagi bersamamu, Zaki. Kau ahli sejarah, buru dalam mengambil keputusan/Tindakan
mempunyai kesetiaan yang kuat terhadap bangsa
dan tanah airmu. Barangkali, mempunyai banyak
terburu-buru dalam mengambil keputusan
prasangka terhadap diriku, anak kepada Thomas Huraian: Anna sepatutnya tidak terburu-buru
Carpenter bekas pengurus estet, bangsa Inggeris dan berfikir panjang atas kata-kata yang
yang pernah menduduki negerimu. Barangkali dikeluarkan kepada suaminya dalam
waktu inilah aku tahu kita memang tidak sesuai. menyelesaikan konflik rumah tangga mereka.
Aku tak akan minta maaf padamu, Zaki... .
ASPEK KRITIKAN SASTERA
Petikan Drama Anna Sanjungan ( pujian terhadap watak/ nilai positif yang
dipaparkan )
ZAKI : Ya, dia perlukan banyak waktu. Kuharap dia akan Pernyataan: Pujian terhadap sikap
tahu juga terhadap nilai kasih sayangku, doktor. Walaupun
Anna pergi, ibuku mesti melihat dunia kembali. Dan pada tanggungjawab anak terhadap ibu.
engkaulah, doktor kuharap akan memberikan ibuku cahaya Huraian: Sikap Zaki harus dipuji kerana
hidupnya kembali. Ibuku mesti melihat. Biar dia melihat bertanggungjawab mencari doktor untuk
Tina, cucunya. Dan melihat aku, anaknya kembali.
DR. CHAN (Dengan tenang) : Ya, Zaki. Aku akan cuba merawat mata ibunya agar pulih walaupun
sedaya upayaku. Doakan saja. Semuanya dalam kuasa dirinya berhadapan masalah rumah tangga.
Tuhan belaka. Kuharap engkau akan bahagia bukan saja
dengan ibumu, dengan Tina tetapi juga dengan Anna.
ZAKI : Kasihan Anna. Aku tak salahkan dia. Anna belum
dapat memahami aku doktor.
DR. CHAN : Sabar Zaki. Berikan dia waktu yang cukup.
Kau hadapilah peristiwa ini dengan tenang. Selepas ini,
kuharap engkau akan bahagia, bersama dengan ibumu dan
Tina.
ASPEK KRITIKAN SASTERA
Petikan Drama Anna Saranan ( mencadangkan sesuatu kepada watak/
nilai yang patut ada pada watak )
DR. CHAN: Hai, saya tak fikir begitu,Anna. Saya tahu Zaki.Dia Pernyataan: Saranan agar watak lebih
memang sayangkan Anna. Hanya dia menghadapi masalah mata
ibunya. Dan usahanya mahu menebus tanahnya yang tergadai. bersifat tolak –ansur dalam menyelesaikan
ANNA: Saya harap mata Mak Munah akan baik seperti sediakala. masalah rumah tangga.
Saya harap kasih sayang anak dan ibu ini tambah kuat. Tambah
pula dengan cucunya yang manis, Tina. Saya ini, apalah doktor,
Huraian: Anna sepatutnya agar lebih
mengharapkan sesuatu yang tak kunjung datang. Kadang-kadang bersifat tolak-ansur dalam menyelesaikan
saya tak percaya Zaki sampai boleh lupakan saya. konflik yang berlaku dan cuba memahami
DR. CHAN: Saya tak fikir Zaki lupakan Anna. Saya tak fikir
begitu. Barangkali Zaki nampak melebihkan ibunya, maklumlah keadaan Zaki sebagai anak kepada Mak
anak dengan ibu. Lagipun pengorbanan Mak Munah Munah yang mempunyai masalah
membelanjakan pengajian zaki sungguh besar, Anna. Sampai satu
kali dia jatuh sakit kuat. Waktu itu Zaki dalam tahun akhir di penglihatan.
Universiti Cambridge. Mak Munah tak mahu beritahu Zaki ... dia
tak mahu zaki terganggu. Untunglah Zaki berjaya,bukan saja
dengan ijazah tapi kembali dengan engkau, Anna.
Soalan Respons Terhad (Bahagian A)
CONTOH ITEM KRITIKAN SASTERA
ANNA : Ya, aku cepat putus asa. Tapi putus asaku ini bukankah puncanya daripada engkau
juga?

ZAKI : Anna, cuba lebih realistik lagi, Anna. Fahamkan kedudukanku ...

ANNA (melangkah ke sudut kiri mengucapkan dengan kuat): Realistik? Aku kira apa yang kubuat
ini adalah realistik. Bukankah aku ada hak untuk memilih? Hak inilah yang kugunakan.

Dipetik daripada Drama Anna, karya Kemala

Berdasarkan petikan drama di atas, huraikan satu pandangan yang dapat diketengahkan oleh anda
tentang watak Anna. [4 markah]
Jawapan:
Satu pandangan tentang watak Anna berdasarkan petikan :

-Teguran terhadap sifat ego isteri dalam menyelesaikan konflik rumah tangga.

Huraian: Anna sepatutnya tidak bersifat ego dalam menyelesaikan konflik rumah tangganya
dengan Zaki. Zaki dikatakan lebih memberi tumpuan kepada ibunya Mak Munah berbanding
dirinya sebagai isteri.

Anda mungkin juga menyukai