Anda di halaman 1dari 32

BMM 3101 NAHU TRADISIONAL MENURUT ZABA

Nor Azie Koteng Nur Imana Agnes Barnabas Leroy Liau John
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK BANDAR ENSTEK NEGERI SEMBILAN

ZABA , Zainal Abidin Bin Ahmad Tokoh Bahasa dan pemikir Melayu Dilahirkan 16 Oktiber 1895 Kampung Kerdas, Jempol, Batu Kikir, Negeri Sembilan Persekolah : Sekolah Melayu , Sekolah Inggeris, English College, Johor Bahru, Kerjaya: Guru, penterjemah, juruhebah, penyelenggara buku, pensyarah. 1953 Melanjutkan pelajaran di London (Ijazah Sarjana Muda Sastera. Sumbangan giat dalam bidang penulisan, politik dan sosial . Menyumbang tenaga ke arah pembangunan Bahasa Melayu

NAHU
Menurut zaba nahu dibahagikan kepada empat judul besar iaitu KATA
RANGKAI KATA

PENAMBAH
AYAT

Nahu Zaba banyak dipengaruhi daripadanahu Inggeris tradisional. Pada tahun 1940 beliau berkata ;
Bahawa kitab ini adalah yang pertama pada mengaturkan kaedah nahu dengan keadaan yang lebih lengkap daripada yang sudah-sudah dicuba orang dalam bahasa Melayu. Aturan rangkanya banyak ditirukan keopada acuan nahu Inggeris dan sedikit-sedikit nahu Arab. Ttetapi isi yang memenuhi rangka itu semua dipadankan dengan pembawaan tabiat sejati bahasa Melayu dan dengan kaedah-kaedahnya yang khas tersendiri daripada bahasabahasa lain.

KATA NAMA PERBUATAN

GOLONGAN KATA

SIFAT

SENDI

SERUAN

Penggolongan Kata Nama


Semua kata nama digunakan untuk menyebut benda atau orang tetapi perkataan nama itu tidak digunakan disemua tempat, kerana adakalanya digantikan dengan perkataan lain. Antaranya
1. Kita, kami, hamba, patik, teman, beta 2. Kamu, tuanku, mika, awak: 3. ia, mereka; 4. apa, siapa, anu, si anu, nama; 5. ini, itu, iaitu, yang; dan sedikit yang lain-lain . (PBM I, Bab 6 peranggan 122)

JENIS-JENIS GANTI NAMA


Ganti nama diri Kata ganti nama diri(pertama): saya, aku, kami, kita Kata ganti diri orang yang dilawan bercakap (kedua): engkau, awak,mika, kamu, Kata ganti orang yang dicakapkan (ketiga): ia, dia, -nya, mereka. Menggantikan nama yang dipakai bagi menggantikan nama yang tiada dapat bendanya dengan khusus, seperti : apa, siapa, mana, bila, bagaimana, misalnya,

Kata nama umum

Ganti nama pertanyaan


Ganti nama penunjuk Ganti nama sendi

Ialah siapa , mana, bila, bagaimana


Menggantikan nama yang ditunjuk iaitu: iatu, ini, sini, snaa, begini, begitu. Ganti nama dan juga kata penyambung : Yang, iaitu

Perkataan Perbuatan
Jika kita menyebut fasal atau mengerjakan sesuatu perbuatan . Contohnya : beli, pergi, melihat, bekerja, masuk, keluar. Contoh ayat :Harimau menangkap kambing. Budak itu menangis. Ke mana engkau hendak lari? .

Perkataan Perbuatan

Perbuatan melampau

Perbuatan tidak melampau

Perbuatan Melampau iaitu ialah mengenai maknanya kepada sesuatu benda lain, tidak berhenti dengan diri pembuatnya sahaja.
baca tentulah ada yang dibaca baca surat, baca tulisan, baca tulisan.

Perbuatan tidak melampau itu ialah yang terhenti dengan makna dengan diri pembuatnya itu sahaja, tidak mengenai sesuatu benda yang lain.
Jatuh, duduk, tidur, lari, pergi. Saya jatuh . Dia duduk. Kucing itu tidur .

PERKATAAN MELAMPAU

KATA KERJA TRANSITIF

PERKATAAN TIDAK MELAMPAU

KATA KERJA TAK TRANSITIF

Perkataan sifat
Zaba menerangkan kata sifat dari segi kata-kata yang diterangkan oleh kata sifat itu.(sebutan yang menerangkan keadaan itu) Perlakuaannya ialah berdasarkan kata-kata yang terdapat sebelum kata sifat.
Contoh : kecil, rendah, tinggi, pandai, cepat.

Sesudah kata nama dan sesudah kata kerja.


Contoh : budak kecil, baju baharu, guru yang pandai, anjing garang, rumahnya jauh, busuk baunya, dia cantik, saya sahaja, siapa rajin, itu senang. (PBM I, Bab X, Peranggan 219(i) .

Manakala, sifat kata pula,


Datang lambat, terbang tinggi, baca lagi, pergi segera, hidup selam-lamanya, baru tiba, selalu menangis, tengah makan, belum tidur, tidaksuka, sangat cerdik, sangat cerdik, telalu jahat, binggung betul, ( PBM I, Bab X, Perenggan 291 (i).

Zaba memperincikan lagi kepada empat jenis kecil seperti yang berikut;
I. Menerangkan sifat jati seperti hitam, putih, tinggi dan sebagainya. II. Menerangkan banyak
I. II. Banyak bilangan : satu ,dua Banyak kadar atau sukatan : banyak,sedikit, kalian

III. Penunjuk : itu, ini, mana, begini. IV. Yang jadi Pencerai menerangkan benda yang dikira satu-satu atau sendiri-sendiri atau selonggokselonggok, contohnya: tiap-tiap, masing-masing, satu-satu, dua-dua, hanya, sahaja, sendiri. ( PBM I, Bab X, Perenggan 233).

Perkataan Sendi
Perkatan sendi terbahagi kepada dua iaitu kata sendi nama dan sendi kata Kata sendi nama, adalah perkataan sendi yang khas dipakai dengan nama atau kata nama dengan sesuatu perkataan lain dalam ayat-ayat .
Contohnya : di, ke, dari, oleh . Pergi ke Melaka , ditangkap oleh kucing

Sendi kata , kata penyambung dan menghubungkan perkataan sejenis atau di antara ayat-ayat lain.
Makan dan minum. Perutnya sakit serta memulas. Ia tiada datang kerana ayahnya sakit.

Perkataan seruan
Sedikit sekali yang diperkatakan oleh Zaba mengenai perkataan seruan. Beliau menyatakan perkataan ini tidak penting dalam struktur bahasa tidak termasuk anggota yang bekerja dalam ikatan ayat yang emmakai dia, dan tidaklah merosakkan ikatan ayat itu jika ia dibuang . (PBM I , Bab XI, Perenggan 257).

LIMA JENIS BESAR

NAMA

Segala perbuatan menyebut benda atau orang seperti budak, burung , kaki, saya , dia dan sebagainya

PERBUATAN Segala perbuatan menyebut perbuatan yang dikerjakan atau keadaan yang diadakan seperti ambil, beri, duduk, pergi, mahu, ambil, ada, jadi, dapat SIFAT Segala perkataan yang menerangkan atau menunjukkan sifat sesuatu nama atau perbuatan atau lainnya, seperti besar, bodoh, pandai, segera, selalu. Perkataan yang menyambungkan antara perkataan dengan perkataan atau antara bahagian-bahagian cakap, seperti dengan, oleh, akan, dan, atau, tetapi, jika. Perkataan-perkataan yang semata-mata gunanya bagi mengeluarkan perassaan ketika memanggil, terperanjat , mengejut, sakit, hiba, marah , seperti oh,wah, cih.

SENDI

SERUAN

II. PENAMBAH
Penambah adalah morfem terikat yang dapat diletakkan sebelum atau sesudah kata dasar, dan berdasarkan linkungan yang sedemikian disebut awalan dan akhiran. Contohnya :
Dipangkal : membuat-, digigit-, ber-,terlanggar-, per-, Di hujung :-lautan, -ditunggai , -jalankan Dipangkal dan di hujung : bertaburan, berlarian, berlompatan

Terdapat juga penambahan yang disisipkan ke dalma kata dasar; penambahna ini disebut sebagai sisipan. Tidak produktif. Contoh : gemuruh, kelelawar, gemilang

III. RANGKAI KATA


Perkataan melayu itu apabila dirangkairangkaikan supaya menjadi cakap yang bermakna. Disusun mengikut kaedah-kaedah tertentu. (Kaedah rangkai Kata) Contohnya: saya hendak membeli buah dan tidaklah boleh dikata Hendak membeli saya buah atau Buah saya hendak membeli.

III. AYAT-AYAT
Landasan landasan yang digunakan oleh Zabadalam menganalisis ayat-ayat Melayu. Zaba mengatakan bahawa ayat-ayat melayu itu, terbahagi kejadiannya kepada dua bahagian mengikut apa yang jadi ceritanya. ayat nama dan ayat perbuatan Ayat nama (pola kata nama kata nama)
Dia itu adik saya ,Inilah anaknya

Ayat perbuatan (pola kata nama- kata kerja)


Ia sakit kepala , Burung itu membuat sarang .

Dalam menganalisis ayat, benda (subjek) , cerita (predikat)


Saya / sakit kepala Dia / ke Melaka semalam.

AYAT BERLAPIS

AYAT SELAPIS

AYAT BERKAIT

AYATAYAT

AYAT SELAPIS

Ayat selapis didefinisikan sebagai ayat tunggal, baik pendek atau panjang. Mengandungi satu benda dan cerita sahaja.

AYAT BERLAPIS

Ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat selapis yang dirangkaikan sendi kata penambah. Tiap-tiap lapisnya itu sama besar yakni boleh diambil sendiri dengan tidak menjadikan tergantung maksud atau mengganggui lapis yang lainnya.

Contohnya
Tangannya patah sebelah dan kakinya luka luka (Penyambungnya dan) Badannya belum sihat betul lagi tetapi ia degil juga hendak bekerja . (penyambungnya tetapi)

Benda berlainan cerita. Contoh


Getah, bijih timah, dan kelapa kering banyak keluar dari Tanah Melayu ini (yakni getah banyak keluar dari Tanah Melayu ini- penyambungnya dan)

Benda sama ceritanya lain-lain.

AYAT BERKAIT

Ayat berkait itu ialah apabila satu lebih ayat kecil bersatu dengan satu-satu ayat besar sama ada disambungkan oleh sendi kata penambat ayat ia sendiri sahaja termasuk jadi anggota betul dalam tubuh ayat besar itu.

saya

pun

naik

ke

rumah

bersalin

pakaian

1.1 Ayat besar iaitu ayat selapis yang cukup putus maksudnya dan oleh itu boleh berdiri sendiri.

setelah

sudah

saya

Mandi-manda

di

kolam

itu

1.2 Ayat kecil iaitu ayat yang tergantung maksudnya

AYAT BESAR

AYAT KECIL

Setelah sudah saya mandi-manda di kolam itu saya naik ke rumah bersalin pakaian

AYAT BERCAMPUR

AYAT SELAPIS

AYAT BERKAIT

AYAT BERLAPIS

AYAT BERKAIT

AYAT BERKAIT

AYAT BERKAIT

Orang Cina sangat kuat bekerja, dan kita hanya akan dapat melawan mereka jika kita kuat bekerja seperti mereka itu pula. Sungguhpun ia seorang yang berani dan badannya pun kuat pula, tetapi jikalau (ia) tiada senjata apakah hendak dilawankan apabila bertentang dengan musuh? Mereka tahu peraturan demikian itu sangat mustahak, dan mereka mengerti baik-baik bahawa walau apa pun dibebankan di atas merka tidaklah dikira terlampau berat jika tujuannya hendak membinasakan musuh dan memeperoleh kemenangan dalam peperangan ini.

RUJUKAN
Pelita bahasa Melayu penggal I-III /Zainal Abidin Ahmad (Zaba) Edisi Baharu

Anda mungkin juga menyukai