Anda di halaman 1dari 22

SISTEM KESELARASAN VOKAL

Keselarasan vokal bermaksud kesesuaian dua huruf yang membentuk dua suku kata pada kata dasar,iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup.Prinsip keselarasan vokal ini berlaku dengan syarat-syarat yang berikut:

A. Keselarasan adalah antara dua huruf vokal pada kata dasar. B. Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup. C. Bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata,yang terlibat dengan system keselarasan vokal hanyalah dua suku kata yang terakhir sahaja.

Dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu,18 pola keselarasan huruf vokal seperti berikut:

Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18

Suku Kata Praakhir A A A e pepet e pepet e pepet e taling e taling e taling I I I O O O U U U

Suku kata Tertutup -a -i -u -a -i -u -a -e taling -o -a -i -u -a -e taling -o -a -i -u

Contoh Perkataan asah,balak,halaman alih,balik,sumbangsih asuh,datuk,lembayung emas,kelam,tembeling lebih,betik,sembelih telur,tempuh,temenggung elak,dewan,belerang leceh,gelek,selekeh esok,telor,selekoh ingat,kilang,selinap intip,sisih,belimbing riuh,tidur,tembeliung otak,boring,selekoh oleh,boleh,celoteh obor,borong,kelompok ubat,tumpang,ketupat usik,kuih,gerusih untuk,tunduk,tengkujuh

Terdapat empat perjelasan seperti yang berikut: (i) Garisan segi tiga yang berhubungan manunjukkan vokal-vokal yang boleh dipasangkan antara satu sama lain,maka terbentuklah pola: a-i i-u u-a a-u u-i i-a e-o o-e

(ii)

Huruf yang berada di dalam bulatan dan separuh bulatan menunjukkan bahawa setiap vokal tersebut boleh dipasankan dengan vokal itu sendiri,maka terbentuklah pola: a-a i-i u-u e-e o-o

(iii)

Huruf yang berada di dalam separuh bulatan menunjukkan vokal e taling dan o berada bertentangan dan masing-masing mempunyai anak panah yang menghala ke atas,maka terbentuklah pola: e-a o-a

(iv)

Huruf vokal e pepet yang berada dalam segi empat mempunyai tiga anak panah yang menghala ke huruf a,I dan u,maka terbentuklah pola: e-i e-u e-a

Daripada 18 pola itu,ada lapan pola yang merupakan pola yang berubah daripada sistem ejaan lama.Dasar mengenai perubahan ini menetapkan supaya digunakan huruf vocal i atau u pada suku kata akhir tertutup sekiranya suku kata praakhir menggunakan huruf vokal a,e pepet,I atau u seperti yang berikut:

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8

Ejaan Lama Pola a-e taling a-o e pepet-e taling e pepet-o i-e taling i-o u-e taling u-o

Contoh aleh batok lebeh tempoh pileh tidor usek untong

Ejaan Baru Pola a-i a-u e-i e-u i-i i-u u-i u-u

Contoh Alih Batuk Lebih tempuh Pilih Tidur usik untung

Perkataan yang terlibat biasanya mengendungi huruf konsonan yang berakhir dengan h,k,ng dan r. Bagi pola yang tidak berubah daripada sistem ejaan lama,maka digunakan huruf vokal e taling atau o pada suku kata akhir tertutup jika suku kata praakhir menggunakan huruf vokal e taling atau o juga.Contoh: Bil 1 2 3 4 Pola e taling-e taling e taling-o o-e taling o-o Contoh Perkataan leceh,gelek,teleng,selekeh tempoh,belok,telor,selekoh oleh,boleh,ponteng,celoteh pokok,boron,kelompok,seloroh

PENGGOLONGAN KATA
Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain atau golongan yang sama. Dalam Bahasa Melayu ada empat bentuk golongan kata :

Kata Nama

Kata Kerja

Kata Adjektif / Sifat

Kata Tugas

KATA NAMA
Kata Nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama. Lazimnya menamakan orang, tempat, benda, atau konsep.

Kata Nama Am
Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuhtumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum. Contohnya; orang tempat benda Haiwan ibu jalan raya komputer ayam Bapa pulau bank. Itik buaya adik abang polis

Kata Nama Am Hidup Manusia Merujuk manusia iaitu bersifat hidup, dan mendukung makna nama am. Contohnya: Guru, bayi, pelayan, ketua, ibu

Kata Nama Am Hidup Bukan Manusia Merujuk benda-benda hidup bukan manusia dan mendukung makna nama am. Contohnya: Gajah, burung, cacing, pokok, malaikat.

Kata Nama Am Tidak Hidup Institusi Boleh dikenalpasti melalui kehadiran perkataan kepada dan daripada sebelum kata nama institusi demikian.

Kata Nama Am Tidak Hidup Bukan Institusi Abstrak Berbilang Merujuk benda-benda yang tidak hidup, bukan institusi dan abstrak sifatnya tetapi boleh dibilang, yakni dapat disertai oleh kata bilangan. Contohnya: Frasa nama, Bilangan Tidak Hidup Bukan Institusi Abstrak Tidak Berbilang Merujuk kepada benda-benda yang bukan hidup, bukan institusi, abstrak sifatnya, dan tidak dapat dibilang. Contohnya: Angin, iklim, kecantikan, keadilan, ketibaan, angkasa kesungguhan.

Kata Nama Khas


Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah: orang Benda Tempat Binatang Dr. Ravee Honda Sungai Besar Sang Kancil Cik Hawa Paper pan Kota Kinabalu Sang Harimau

Huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar. a. Kata nama khas hidup b. Kata nama khas tidak hidup

Kata Nama Khas Hidup A. Kata Nama Khas Hidup Manusia Ia merupakan perkataan yang merujuk kepada manusia: Fatimah, Mhutusami. Boleh didahului oleh nama panggilan atau gelaran: Prof. Amad, Senator Fatimah. Kata gelaran si dan sang boleh juga digunakan bagi kata nama am yang sudah diberi pengertian khas- Si mati, si berhutang

B. Kata Nama Khas Hidup Bukan Manusia

Merujuk benda-benda yang hidup tetapi bukan manusia, seperti malaikat, haiwan, tumbuh-tumbuhan. Boleh merima kata panggilan atau gelaran misalnyaSang Lamri, Sang Kancil.

Kata Nama Khas Tidak Hidup Terdiri daripada perkataan yang merujuk kepada benda-benda yang khusus tetapi bukan hidup misalnya, nama benda, institusi, negara, tempat, bangsa dan sebagainya. Contohnya: - Melayu, Toyota, Proton Saga, Akta Kolej dan Universiti.

Kata Ganti Nama


Kata ganti nama ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk. Kata ganti nama penunjuk terbahagi kepada dua iaitu penunjuk bersifat menerangkan( ini, itu), dan penunjuk bersifat pertanyaan (siapa, apa, mana). Kata ganti diri pula terbahagi kepada tiga: Pertama Saya Kedua Ketiga Awak Ia Beta aku patik anda kami saudara kita saudari -nya daku tuan hamba

engkau kamu Dia beliau

mereka baginda

Kata Ganti Nama Tunjuk - menjadi pengganti kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk itu

Kata Ganti Nama Diri Kata ganti nama diri Tanya:- apa, siapa, mana Boleh mengalami proses penggandaan untuk membawa maksud rujukan tidak tentu atau penegasan.:-

Apa apa-apa, mana mana-mana, siapa siapa-siapa (sesiapa)

Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama :- saya, aku, patik, kami dan beta. Kedua :- anda, engkau, awak, dan kamu Ketiga :- ia, dia, mereka, dan nya

PEMBENTUKAN KATA NAMA


Dibahagikan (i) kata nama tunggal (ii) kata nama terbitan (iii) kata nama majmuk (iv) kata nama ganda kepada empat bentuk:

Kata Nama Tunggal


Terdiri daripada satu morfem bebas sahaja, dan perkataan demikian boleh masuk kedalam ayat sebagai perkataan yang lengkap dan menjadi inti pada frasa nama. Contohnya: yu ru wang pam bumi kata belantar cenderawasih malaikat

Kata akronim tergolong ke dalam kata nama tunggal ialah percantuman bahagianbahagian daripada serangkaian perkataan. (i) Kata Akronim Cantuman Huruf dan Suku Kata Awal Perkataan - LUTH Lembaga Urusan dan Tabung Haji. - ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia - IPTAR Institut Penyiaran Tun Abdul Razak. (ii) Kata Akronim Cantuman Huruf dan Awal Perkataan

- Perilitan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara. - Proton Perusahaan Otomobil Nasional - Mara Majlis Amanah Rakyat. - Halaju hala laju

(iii) Kata Nama Akronim Cantuman Suku Kata Awal Perkataan - tadika taman didikan kanak- kanak - pawagam panggung wayang gambar - kugiran kumpulan gitar rancak (iv) Kata Nama Akronim Cantuman Bahagian Awal Perkataan Pertama Dengan Bahagian Lain Dalam Perkataan - asbut asap kabut - jentolak jentera tolak - debunga debu bunga - purata pukul rata - jalurah jalan lurah

Kata Nama Terbitan


Kata nama terhasil daripada proses pengimbuhan, iaitu proses menggandingkan imbuhan-imbuhan kata nama pada kata-kata dasar. Terdapat empat jenis imbuhan kata nama yang yang boleh berganding dengan lima jenis kata dasar . Empat jenis imbuhan itu ialah awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. 5 jenis kata dasar yang menerima imbuhan pula ialah: (a) akar - tapa pertapaan - tawa tertawa

(b) kata tunggal - laut lautan

- syor pengesyoran

(c) kata terbitan - berangkat keberangkatan - berkesan- keberkesanan

(d) kata majmuk - daya serap daya serapan - ibu bapa keibubapaan

(e) rangkaian kata - tidak adil ketidak adilan Awalan Kata Nama Awalan-awalan yang membentuk kata nama dalam bahasa Melayu ialah: (i) peN(ii) pe(iii) peR(iv) ke(v) juru-

Akhiran Kata Nama (i) hanya satu iaitu an

Apitan Kata Nama (i) peN--an (ii) pe--an (iii) peR--an (iv) ke--an

Sisipan kata nama Terdapat tiga bentuk sisipan kata nama. (i) Sisipan el- tapak telapak - kangkang kelangkang (ii) Sisipan er- kuping keruping - gigi gerigi

(iii) sisipan em- kuning kemuning - kuncup kemuncup

Kata Nama Majmuk


(i) Kata nama majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas. - guru besar, tengah hari, tepian gelanggang, balai raya. - Terdapat juga Menteri Besar, Duta Besar, Raja Permaisuri.

(ii) kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah. - graf terarah, program bahasa, analisis teks, mogok umum.

(iii) kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa. - cakar ayam, lipas kudung, anak emas, bulan madu.

Pengimbuhan Kata Nama Majmuk - terbahagi kepada dua bentuk iaitu: (i) kata majmuk yang menerima awalan atau akhiran tetap dieja berpisah.

- terima kasih berterima kasih - ulang kaji mengulangkaji

(ii) kata nama majmuk yang menerima apitan dieja secara bercantum. - lipat ganda melipatgandakan - tanggungjawab dipertanggungjawabkan - surat khabar persuratkhabaran

Kata Nama Ganda


(i) Penggandaan penuh - penggandaan kata nama tunggal (a) penggunaan kata nama tunggal tanpa imbuhan - ayat ayat-ayat - budak budak-budak (b) penggandaan kata nama tunggal dengan imbuhan an - sayur sayur-sayuran - tepi tepi-tepian

(ii) Penggandaan kata nama terbitan - ketua ketua-ketua - pelatih pelatih-pelatih

(iii) Penggandaan kata nama majmuk - kertas kerja kertas-kertas kerja - rumah sakit rumah-rumah sakit - setiausaha setiausaha-setiausaha - jawatankuasa jawatankuasa-jawatankuasa

Penggandaan Separa - Melibatka suku kata pertama dalam kata dasar. Bunyi-bunyi vokal dalam suku kata pertama perkataan itu mengalami perubahan menjadi vokal tengah, iaitu e pepet. - Langit la-langit lelangit - Siku si-siku sesiku.

Penggandaan Berentak

(i) Penggandaan berentak yang mempunyai vokal yang serupa tetapi konsonan yang berbeza - sayur sayur-mayur - kuih kuih-muih

(ii) Penggandaan berentak yng mempunyai konsonan yang serupa tetapi vokal yang berbeza - kayu kayu-kayan - bukit bukit-bukau

(iii) Penggandaan berentak bebas yang tidak melibatkan cirri-ciri persamaan bunyi. - anak anak-pinak - sedu sedu-sedan

Aspek Makna Penggandaan Terdapat sekurang-kurangnya lima aspek makna di sekitar penggandaan kata nama: (i) gandaan sebagai penanda jamak (ii) gandaan sebagai penanda nama haiwan - biri-biri - rama-rama

(iii) gandaan sebagai penanda makna kesamaan atau keserupaan - langit langit-langit/lelangit - siku siku-siku/sesiku

(iv) gandaan sebagai penanda kepelbagaian jenis - sayur sayur-mayur - kuih kuih-muih

(v) gandaan sebagai penanda tidak tentu. - apa apa-apa - siapa siapa-siapa

KATA KERJA
Kata Kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Contoh: Adik sedang membaca buku

Penggolongan kata kerjaboleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama: (i) kata kerja tak transitif (ii) kata kerja transitif

Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap Ialah kata yang boleh berdiri sendiri dan boleh ditambah unsur keterangan contohnya: Semua orang pulang..

Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap Mesti diikuti oleh pelengkap. Contohnya: Keadaan bapanya beransur baik.

Pelengkap ini boleh terdiri daripada beberapa jenis:(i) kata adjektif sebagai pelengkap (ii) frasa sendi nama sebagai pelengkap (iii) kata nama sebagai pelengkap.

Kata Kerja Transitif Kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Contoh:- murid-murid sedang membaca buku.

Dibahagikan kepada dua jenis: - KKT aktif * menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran kan atau i. - KKT pasif *buku itu sedang dibaca oleh murid-murid.

PEMBENTUKAN KATA KERJA


Kata kerja tunggal terbentuk tanpa imbuhan manakala Kata kerja terbitan terhasil daripada proses pengimbuhan. Awalan Kata Kerja; (i) meN(ii) beR(iii) teR(iv) di(v) mempeR(vi) dipeR-

Akhiran Kata Kerja; (i) kan (ii) i

Apitan Kata Kerja; (i) meN--kan (ii) beR--kan (iii) beR--an (iv) di--kan (v) meN-i (vi) di--i (vii) memper--kan (viii) memper--i (ix) ke--an

(x) diper--kan (xi) diper--i

Kata Kerja dapat dibezakan dengan 3 jenis: kata dasarnya boleh menerima awalan meN-, di-, atau beR- boleh juga menerima apitan meN--kan, di--kan, beR--kan (ii) kata dasarnya hanya dapat menerima apitan men--kan, di--kan, atau ber--kan dan tidak dapat menerima awalan meN-, di- atau ber- sahaja. (iii) boleh menerima awalan ber- sahaja Sisipan Kata Kerja Bentuk-bentuk perkataan yang terdiri dpd kata nama dan kata adjektif yang mengandungi sisipan dapat dijadikan kata kerja melalui proses pengimbuhan. (i) sisipan el(ii) sisipan er(iii) sisipan emKata Kerja Majmuk terdiri daripada rangkaian dua morfem bebas atau lebih Kata Kerja Ganda a. Penggandaan penuh Menggadakan keseluruhan kata dasar, lazimnya digunakan dengan awalan kata kerja. - gelak gelak-gelak - geleng geleng-geleng b. Penggandaan separa Penggandaan separa di belakang kata dasar:- berlari-lari, mencari-cari. Gandaan separa di hadapan kata dasar:- kejar-mengejar, tolong-menolong c. Penggandaan berentak - konsonan:- bolak-balik, susup-sasap - bunyi vokal:- tungkus-lumus, cerai-berai

- berentak bebas:- ulang-alik. Makna bentuk penggandaan (i) perbuatan yang berulang-ulang (ii) perbuatan berpanjangan (iii) perbuatan bersungguh-sungguh (iv) perbuatan berbalasan

KATA ADJEKTIF
Adjektif, juga dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi. Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar. Jenis kata adjektif - Kata adjektif sifatan atau keadaan - Kata adjektif warna - Kata adjektif ukuran - Kata adjektif bentuk - Kata adjektif waktu - Kata adjektif jarak cara - Kata adjektif perasaan - Kata adjektif pancaindera

PEMBENTUKAN KATA ADJEKTIF


Tunggal Terdiri daripada hanya satu perkataan atau bentuk kata tunggal

Terbitan Terdiri daripada satu kata dasar yang menerima imbuhan.

Ganda Diterbitkan melalui tiga cara:- Penggandaan penuh: besar-besar, kecil-kecil - Dapat menerima apitan ke--an: kekuning-kuningan - Penggandaan separa: besar-besaran, gila-gilaan - Penggandaan berentak: kacau bilau, kontang-kanting

Majmuk Terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih membawa makna tertentu:Contohnya; Merah jambu, hijau daun, biru laut, panjang tangan, besar kepala(kiasan)

Kata adjektif dalam bentuk perbandingan (i) darjah biasa sederhana, terang

(ii)

darjah bandingan - bandingan yang sama -dengan awalan se- bandingan yang berbeza ,menggunakan kata peguat lebih atau kurang

(iii)

darjah penghabisan (a) se- + kata adjektif + gandaan + kata nama (b) ter- + kata adjektif (c) paling + kata adjektif (d) kata adjektif + sekali (e) ter- + amat, sangat + kata adjektif (f) amat, sungguh, sangat + kata adjektif + sekali.

KATA TUGAS
Kelompok dasar kata tugas ialah (i) kata penyambung ayat - kata hubung gabungan - kata hubung pacangan

(ii) kata praklausa - kata seru - kata tanya - kata perintah - kata pembenar - kata pangkal ayat

(iii) kata prafasa - kata Bantu - kata penguat - kata penegas - kata nafi - kata pemeri - kata sendi nama - kata arah - kata bilangan

(iv) kata pascakata - kata penekan - kata pembenda

Kata Hubung Pancangan Ia menyambung klausa-klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk

Kata Praklausa Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa iaitu kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar dan kata pangkal ayat

Kata Prafasa Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa. Sama ada frasa nama, frasa kerja, atau frasa adjektif. Mendukung tugas-tugas maksud yang terkandung dalam hayat seperti tugas membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan, memerikan, menyendikan, menunjukkan arah dan membilang.

Kata Pascakata Dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu bentuk yang hadir selepas perkataan iaitu nya berfungsi sebagai penekan dan pembenda. Bentuk demikian antaranya ialah: Sesungguhnya, nampaknya, lajunya, dan datangnya.

Anda mungkin juga menyukai