Anda di halaman 1dari 14

ANALISIS CERPEN

( Kajian Makna Tersurat, Makna Tersirat Dan Makna Terselindung )


Unsur ketersiratan, khususnya melalui penggunaan perkataan, frasa, struktur ayat
yang agak sukar difahami oleh para sasterawan seumpama ini memerlukan
pentafsiran makna memandangkan masyarakat agak sukar untuk memahami
maksud yang hendak disampaikan oleh pengkarya. Karya sastera lebih
mementingkan karya sastera yang terkandung dalam karya sastera itu sendiri.
Pendekatan semantik memberikan penumpuan terhadap makna secara literal dan
khusus menjurus kepada bidang linguistik.
Bagi pembaca yang baru berjinak-jinak dalam dunia sastera, agak sukar bagi
mereka untuk memahami beberapa maksud perkataan di dalam karya sastera
seperti cerpen. Dalam konteks ini, teori semantik mampu menghuraikan masalah
ketersiratan makna sekali gus dapat membantu para pelajar untuk memahami dan
menghayati nilai-niali sastera. Justeru, cerpen yang menjadi pilihan saya untuk
saya membuat kajian makna berdasarkan kajian makna tersurat, makna tersirat
dan makna terselindung. Cerpen yang saya kaji ialah karya, Cerana Mas (2010)
yang bertajuk Penjaja, yakni terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bagi menterjemahkan sesuatu ayat, kita tidak boleh mencari makna
perkataan di dalam kamus semata-mata. Hal ini disebabkan makna perkataan itu
hanya terdapat dalam konteks komunikasi sahaja. Sekiranya kamus dijadikan
sumber rujukan kita untuk mentafsir makna perkataan yang terdapat dalam cerpen,
maka pasti agak sukar untuk kirta faham dalam konteks hubungan komunikasi
yang meluas. Hal ini disebabkan oleh hubungan makna perkataan dalam kamus
terpisah daripada sebarang konteks hubungan manusia.

SINOPSIS RINGKAS CERPEN PENJAJA


Cerpen pilihan saya ialah cerpen yang bertajuk, Penjaja. Saya tertarik dengan
setiap bait-bait pengucapan yang diekspresikan di dalam cerpen ini, lantas
menjadikan cerpen karya Cerana Mas ini sebagai bahan kajian teori semantik.
Berkisarkan kehidupan masyarakat yang tinggal di kampung, penulis hanya
menampilkan dua orang wanita sebagai watak di dalam cerpen. Iaitu Jemah yang
membawa watak antagonis dam Milah, yang membawa watak protagonis. Sudah
menjadi kebiasaan bagi kaum wanita tidak kiralah tinggal di kampung mahupun di
kota, mereka suka bercerita ataupun membawa khabar berita baik mahupun buruk.
Begitulah juga senario yang cuba ditampilkan oleh penulis cerpen ini.
Cerpen bermula dengan menampilkan watak Jemah, seorang wanita yang
suka mencanang cerita di kampung. Walaupun usianya semakin menginjak tua,
Jemah masih tinggal bersama ibunya di kampung. Jemah gemar menjaja cerita di
kampungnya, sehinggalah pada suatu hari, Jemah singgah ke rumah Milah, salah
seorang penduduk kampungnya untuk menjaja cerita. Kehadiran Jemah pada
mulanya sememangnya agak tidak disenangi Milah. Milah sudah sedia maklum
dengan Jemah yang digelarnya, internet bergerak. Kehadiran Jemah ke rumah
Milah ialah tidak lain dan tidak bukan hanya untuk bercerita perihal orang
kampungnya. Jemah bertanyakan kepada Milah sama ada Milah ada mengetahui
cerita terbaru mengenai pocong. Milah pada mulanya menyangkakan Jemah
mebawa cerita mengenai anak Wak Lambung, salah seorang penduduk kampung
di situ juga, yakni cerita kahwin lari. Sangkaan Milah meleset apabila cerita yang
dibawa Jemah mengenai pocong membuatkan Milah terkejut. Maka, Jemah pun
berceritalah dengan lebih lanjut mengenai cerita pocong itu. Tidak berapa lama
kemudian, Jemah membuka cerita lain pula, yakni cerita seorang penduduk
kampung yang menang loteri.
Cerita berlarutan sehingga azan zohor berkumandang. Sikap Jemah yang
gemar menjaja cerita di kampung menambahkan lagi tabiat negatifnya apabila dia
bergegas ingin pulang ke rumah dengan memberikan seribu satu alasan kepada
Milah apabila dia merasakan Milah akan mengajaknya solat bersama. Begitulah
pengkarya

menggambarkan

masyarakat kita.

senario

sebenar

sesetengah

individu

dalam

Saya dapati, cerpen ini sarat dengan perlakuan komunikasi yakni membawa
kepada tingkah laku atau watak seseorang terhadap rangsangan. Justeru, bagi
menganalisis cerpen ini, saya menggunakan teori Behaviorisme. Teori behavioris
merupakan teori makna perkataan yang merujuk kepada konteks komunikasi
perkataan itu digunakan.

Menurut teori behaviorisme juga,

makna bagi satu

perkataan itu tidak terdapat pada perkataan itu sendiri. Sebagai contoh,
1.Matahari baru terpacak di atas kepala.Terik dan berbahang. Angin yang datang
cuma sesekali. Mungkin itulah harga yang perlu dibayar dengan pembangunan
yang kian rancak menikam perut bumi.

Bagi pembaca yang kurang arif dalam kesusasteraan agak sukar memahami
maksud perkataan yang dipaparkan. Perkaitan makna tersurat dalam hal ini
ditentukan oleh tingkah laku yang dapat diperhatikan. Kata menikam, bukanlah
membawa maksud suatu perbuatan untuk membunuh atau melakukan kekejaman
tehadap manusia, kerana makna kata menikam itu sendiri membawa pengertian
kepada perbuatan merosakkan atau memusnahkan alam sekitar akibat daripada
perbuataan manusia sendiri iaitu kesan daripada pembangunan bandar. Perkataan
menikam digunakan oleh penulis dalam ayat ....menikam perut bumi, merujuk
kepada rangsangan persekitaran iaitu cuaca yang amat panas yang menyebabkan
peningkatan suhu bumi. Bagi menganalisis makna tersirat berdasarkan fenomena
ini, penulis menggunakan konsep rangsangan dan tindak balas. Manusia rakus
mengejar pembangunan sehinggakan pokok-pokok ditebang dengan sewenangwenangnya. Rangsangan terjadi daripada manusia yang berlumba-lumba untuk
mengejar pembangunan sehingga melupakan kepentingan alam. Hal ini telah
menyebabkan tindak balas pemanasan global seterusnya mengakibatkan kesan
rumah hijau.

2.Dari jauh Milah sudah terlihat kelibat Jemah terkocoh-kocoh berjalan, sesekali
badannya terhuyung-hayang bagai orang mabuk. Mungkin mengelakkan lubang
becak yang ditakung oleh air hujan semalam.

Bagi

menganalisis

makna

tersurat

berdasarkan

peristiwa

ini,

pengguna

menggunakan konsep rangsangan dan tindak balas. Berdasarkan ayat di atas,


Jemah dalam perjalanan ke rumah Limah. Struktur badan Jemah yang tidak stabil
menyebabkan berlakunya rangsangan agar cepat sampai ke tempat yang ingin
ditujunya. Makna tersiratnya pula perbuatan Jemah menyebabkan kelihatan
pergerakan badannya yang tidak seimbang sehingga berada dalam keadaan
terhuyung-hayang. Makna terselindung pula ialah tindak balas Jemah juga
berkemungkinan disebabkan oleh takungan air hujan di sepanjang perjalanannya
itu yang mengganggu perjalanan Jemah.

3. Assalammualaikum, Milah, kata Jemah yang tercungap-cungap kepenatan.


Mukanya disimbah keringat............... Waalaikummusalam. Hai, penat benar? Dah
banyak rumah engkau singgah? sindir Milah. Eh, Milah. Berilah aku duduk dulu,
tercungap-cungap nafas aku. Jemputlah aku masuk. Panas. Terbakar kulit muka
aku! rungut Jemah.
4. ........Ha, masuklah, sila Milah apabila usai menyidai pakaian di jemuran.

Analisis ayat tiga dan empat seterusnya turut mengandungi makna terusrat, makna
tersirat dan makna terselindung. Apabila dikaji dialog antara Jemah dan Milah di
atas berdasarkanmakna tersurat, kita dapati bahawa Jemah kepenatan dan
kepanasan dan maklumat dari keadaan Jemah itu dihantar ke sistem urat saraf
yang terus berhubung dengan otaknya. Otak Jemah menerima rangsangan dan
menghantar maklumat ke saraf dan dan menyebabkan nafasnya turun naik dan
maklumat itu disampaikan ke otak kembali. Makna tersiratnya pula, perlakuan
Jemah menimbulkan keinginan Jemah untuk masuk ke rumah Limah untuk
berteduh dan berehat seketika. Dengan itu, secara tidak langsung jemah
mengeluarkan suara, Eh, Milah. Berilah aku duduk dulu, tercungap-cungap nafas
aku. Jemputlah aku masuk. Panas. Terbakar kulit muka aku! rungut Jemah. Suara
Jemah itu sampai ke gegendang telinga Milah dan terus memberi maklumat itu ke
saraf otak. Lantas Milah bergerak balas kepada ujaran tersebut dan
menjemput Jemah masuk ke dalam rumahnya.

terus

5.Jemah mengipas-ngipas badannya dengan selendang yang berbunga-bunga biru


tua itu. Apabila panas tidak reda, dicabut selendang yang tadinya menutup rambut
yang bersanggul tinggi.
Makna tersurat dalam ayat yang kelima ini ialah, Jemah yang suka bersanggul
tinggi telah agak lama menunggu Limah. Rimas dengan keadaannya pada ketika
itu, Jemah yang kepanasan membuatkan dia mengipas-ngipas badannya. Isi
tersiratnya pula, jemah merangsang untuk mengipas dengan menggunakan
selendang yang ada di atas kepalanya. Apabila Jemah merasakan panasnya tidak
berkurangan, dia bertindak membuka lilitan selendangnya yang menutup
rambutnya. Keseluruhan respons Jemah memberi makna berdasarkan tindak balas
yang terjadi dalam situasi tersebut. Isi tersiratnya pula, jemah hanya menggunakan
selendang untuk bergaya bila mahu menyebarkan cerita dari satu rumah ke rumah
yang lain di sekitar kampungnya.

6.Bosan duduk di ruang tamu, Jemah ke dapur menjenguk Milah. Engkau buat apa?
tanya Jemah sengaja walaupun matanya sudah melihat Milah sedang Milah
sedang mengacau air sirap. Ini, nak hilangkan haus engkau tu.
Isi tersurat di dalam ayat yang ke enam ini ilah, Jemah berasa bosan dan tidak
dapat berbuat apa-apa di ruang tamu, dan berasakan dia sudah lama menanti
Milah di ruang tamu. Lantas, otot-otot kakinya bertindak balas untuk bergerak
seterusnya pemikirannya terangsang dan mengambil keputusan untuk ke dapur
melihat Milah. Jemah bertindak balas terhadap apa yang Milah sedang lakukan.
Lantas Jemah bertanya kepada Milah apa yang sedang Milah lakukan. Milah
menjawab bahawa dia sedang mengacau air sirap yang dibuatnya bagi menjamu
Jemah. Isi tersiratnya pula, tuan rumah seharusnya melayan tetamu yang datang
berkunjung atau menziarahi kita di rumah.Tetamu seharusnya dirai walaupun
sekadar dengan air kosong sahaja. Milah membuat air untuk Jemah bagi
menghilangkan penat dan dahaga Jemah.

7.Nah, minumlah. Nanti hilang sikit panas kau tu, jemput Milah sambil menuangkan
air sirap itu. Jemah menelan air liur melihat ketulan ais di dalam jag jernih itu.
Semacam sudah terasa tekak keringnya dibasahkan oleh air itu.
8. Usai Milah menuangkan air sirap itu, Jemah terus menyambar bagai helang
menyambar anak yaman di laman. Kemudian meneguknya puas-puas. ............
Isi tersurat di dalam ayat yang ke tujuh dan lapan ini ialah, Jemah melihat ketulan
ais di dalam jag jernih dan lidahnya mengecurkan air liur dan menimbulkan
keinginan lantas meneguk air tersebut dengan gelojoh. Makna tersiratnya pula,
Walaupun belum sempat Jemah meneguk air sirap itu, Jemah telah terlebih dahulu
membayangkan dia telah minum air tersebut dan berasa betapa nikmatnya apabila
tekaknya dibasahi air sirap sebagai penghilang dahaganya. Makna terselindung
pula ialah otak Jemah telah mengarahkan otot-otot badannya mengeluarkan
isyarat. Jemah dengan pantas mengambil minuman tersebut dan meneguknya
sepuas-puasnya sehingga dahaganya hilang dan mendapat kepuasan yang
maksimum.

9.Engkau masak apa hari ini? tanya Jemah sambil membuka tudung saji di atas
meja.
Ujaran yang terkeluar daripada mulut Jemah apabila Jemah tenampak tudung saji
saji yang berada bertutup di atas meja membuatkan perasaan Jemah ingin tahu
apa yang ada di dalam tudung saji berkenaan. Lantas, Jemah membukanya dan
mengajukan soklan kepada Milah, iaitu apakah yang dimasak oleh Milah. Tindak
balas tangan Jemah yang membuka tudung saji itu merupakan persoalan yang
seiring dengan jarak pertanyaan yang diajukannya kepada Milah. Isi tersiratnya
pula ialah, keadaan Jemah yang sedang kelaparan menyebabkan perasaan ingin
tahunya untuk bertanya apakah yang sedang dimasak oleh Milah di dapur, jemah
yang berada dalam keadaan lapar kerana telah penat menjaja cerita di sekeliling
kampung. Makna terselindung pula ialah, sifat manusia yang sentiasa ingin tahu
dengan apa yang berlaku di sekitarnya.

walaupun sikap jemah yang suka

membawa mulut itu sudah di ketahui oleh penduduk kampungnya, namun dia tahu
bahawa Milah sahaja yang mampu melayan kerenahnya itu.

10. ......... Sisa minyak yang melekat di jari yang runcing bagai duri landak segera
dikulum, malas hendak bangkit basuh tangan, walhal singki hanya tiga langkah dari
kerusi yang didudukinya.
Isi tersurat di dalam ayat yang ke sepuluh ini ialah, Setelah Jemah menjamah
beberapa cubit ikan selar goreng di dalam tudung saji tersebut, wajarlah dia berasa
tidak selesa kerana tangannya berminyak. Lantas, dia terus beridiri untuk
membasuh tangannya. Walau bagaimanapun, kerana malas hendak bangun dan
membersihkan tangannya, dia hanya bertindak mengulum jari-jarinya sahaja.
Tindak balas Jemah itu bagi membersihkan jari-jemarinya yang bersisa dan
berminyak setelah menjamah beberapa cubit ikan. si tersiratnya pula ialah, Jemah
sebenarnya sangat pemalas untuk membersihkan tanganya selepas makan hal ini
juga berkemungkinan Jemah dalam keadaan kenyang dan tidak larat utnuk berdiri
dan membasuh tangannya. Makna Terselindung pula ialah, Jemah sebenarnya
ingin meminta pertolongan Milah untuk mengambil bekas pencuci tangan untuk
membolehkan dia membasuh tangan tanpa bergerak ke singki.

11. Engkau tak dengar cerita dari kampung sebelah? pancing Jemah. Cerita apa?
duga Milah dengan raut separa terkejut.
12. Cerita orang jumpa pocong! kata Jemah. Matanya yang bundar dijegilkan.
Pocong? kata Milah dengan raik terkejut. Kali ini betul, bukan lagi mainan. ......

Isi tersurat di dalam ayat ini ialah perkaitan makna antara penutur dan pendengar
dalam dialog di atas merujuk kepada apa yang di tuturkan oleh Jemah kepada
Milah. Apabila Jemah mengutarakan pertanyaan, Milah dengan cepat menangkap
maklumat yang diceritakan Jemah dan secara spontan Milah terkejut. Milah
bertindak balas terhadap persoalan tersebut berkemungkinan dia tidak tahu cerita
berkenaan dan berkemungkinan Milah tidak menduga tentang topik yang akan
dibualkan oleh mereka. Hal ini kerana, suami Milah tidak berada di rumah dalam
tempoh terdekat itu dan Milah hanya tinggal seorang diri. Maka, sudah tentulah
wajar bagi Milah untuk menunjukkan tindak balas sedemikian kerana hasil daripada
cerita hantu yang dijaja oleh Jemah yang takut tinggal seorang diri di rumah.
Makna terselindung pula ialah, Milah sebenarnya tidak mahu mendengar cerita
yang ingin disampaikan oleh Jemah kerana sifat naluri manusia yang takutkan
benda-benda ghaib.

13. Ya, pocong. Ada orang jumpa semasa balik dari kerja malam tadi, ujar Jemah
selamba. Gilirannya pula menuangkan air sirap untuk Milah.
Isi tersurat di dalam ayat ini ialah, Jemah meneruskan ceritanya dengan
menyakinkan Milah tentang cerita tersebut mengenai pocong. Jemah menceritakan
kejadian yang berlaku malam tadi seakan-akan seperti orang yang tidak
mempunyai perasaan takut. Makna tersirat pula ialah, Hal ini jelas apabila seiring
dengan ujaran Jemah, Jemah bertindak balas menuangkan air sirap untuk Milah.
Tindak balas Jemah itu menggambarkan bahawa Jemah benar-benar tidak
mempunyai sebarang perasaan takut dengan menunjukkan perlakuan yang
bersahaja. Makna terselindung pula, sikap Jemah yang suka menjaja cerita
menyebabkan dia tidak ada perasaan takut dengan benda-benda ghaib dan Jemah
berangapan bahawa apa yang diceritakannya tu adalah cerita yang benar dan
perlu didengar oleh Milah

14. Siapa? tanya Milah. Dia benar-benar ingin tahu. Cerita kali ini mungkin
berbeza. ......
Makna tersurat di dalam ayat ini ilah, cerita yang disampaikan oleh Jemah
membuatkan Milah ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cerita yang
diujarkan oleh Jemah. Lantas Milah memberi respons kepada cerita tersebut
dengan bertanya siapakah yang diceritakan oleh Jemah. Milah juga berasakan
bahawa apa yang diceritakan oleh Jemah itu merupakan cerita yang jarang-jarang
sekali dia mendengarnya seterusnya membuatkan perasaannya untuk mengetahui
cerita itu dengan lebih lanjut dan terperinci. Isi tersirat pula ialah, sikap manusia
yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut jika ada berita atau cerita-cerita yang
jarang didengar di halwa telinga manusia.

15. Hoi Milah. Engkau terbang ke mana? sergah Jemah yang sudah lama
memerhatikan Milah yang melayang jauh. Hampir tersedak Milah dibuatnya.
Terjegil mata Milah sebentar. ..............
Makna tersurat yang terdapat di dalam ayat ini ialah Ujaran Jemah telah
menyebabkan Milah berkhayal jauh dan seperti tidak mempedulikan Jemah yang
ada didepannya. Apabila Jemah melihat Milah agak tidak menumpukan perhatian
terhadap apa yang diperkatakannya, Jemah lantas mengejutkan Milah dengan
mennyergahnya. Milah yang terkejut terpinga-pinga dan menyebabkan dia hampir
tersedak. Makna tersirat yang terdapat di dalam ayat ini ialah seribu persoalan
yang timbul di dalam fikiran Milah kerana cerita yang dibawa oleh Jemah Itu. Milah
mengalamai kejutan yang sangat kuat kerana tindak balasnya terhadap sergahan
Jemah yang menyebabkan matanya membesar.

16. .......... . Begini, patutlah meremang saja bulu tengkuk aku apabila melalui jalan
kecil di sebelah rumah Mak Lijah maghrib semalam. .........
Isi tersurat yang terdapat di dalam ayat ini ialah, Milah cuba mengaitkan cerita yang
diujarkan oleh Jemah dengan peristiwa dia melalui jalan kecil di sebelah rumah

Mak Lijah pada maghrib semalam. Isi tersiratnya pula ialah, dia berasakan sesuatu
yang tidak kena dan aneh. Pada waktu itu, Milah sangat takut dengan keadaan
sekitar, apabila dia merasakan sesuatu yang tidak kena ketika dia berjalan melalui
jalan yang sama semalam pada waktu maghrib. Bermacam-macam perasaan yang
ada dalam jiwa Milah pada ketika itu.

17. Engkau tahu berita panas minggu ini? soal Jemah bersemangat. Berita apa
pula? Macam-macamlah berita yang engkau bawa hari-hari. Mana orang tak gelar
engkau internet bergerak. ...........
Isi tersurat dalam ayat ini ialah, Jemah memulakan topik baru dengan mengujarkan
cerita yang berlainan kepada Milah. Jemah mengutarakan pertanyaan kepada
Milah berkenaan cerita baru yang tersebar di kampung mereka itu sama ada Milah
ada mengetahui cerita berkenaan atau tidak. Milah berasa pelik kepada pertanyaan
Jemah. Milah juga hairan hampir setiap hari ada sahaja cerita yang dibawanya.
Milah seterusnya memberi respons kepada ujaran tersebut dengan bertanyakan
tentang cerita apakah yang diperkatakannya.

18. Aku dengar laki Senah kena nombor ekor! Lima puluh ribu! Bukan main lagi
Senah pakai gelang besar, berderet-deret. Subang macam nak sangkut hidung
kerbau. Rantai berjurai-jurai di leher, sampai tertunduk-tunduk berjalan! kata
Jemah sambil menggayakannya.
Isi tersurat yang terdapat di dalam ayat ini ialah, Jemah bercerita kepada Milah
dengan melakonkan reaksi bagi setiap ujaran yang dikeluarkan.Dia bercerita
kepada Milah dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan perhatian dan
tindak balas daripada Milah. Sehinggakan cerita yang disampaikan Jemah itu
dilakonkan aksinya sekali. Jemah bertindak balas dengan terbongkok-bongkok
bagi menggambarkan watak Senah yang memakai rantai yang berat di lehernya.

19. Masya-Allah. Haram itu Jemah. Kita ni orang Islam. Lagi pula, itu duit haram. Aku
walaupun hidup dengan pondok buruk ini, tak pernah laki aku main benda itu, ujar
Milah.
Isi tersurat dalam ayat ini ialah, Jemah membuat aksi setiap perbuatan Senah
dalam

komunikasinya

itu

membuatkan

ceritanya

nampak

lebih

realistik

sehinggakan Milah hampir mempercayainya. Isi tersiratnya ialah, Seterusnya Milah


bertafakur

dan

mengingat

hukum

Tuhan

dan

menginsafi

diri.Dia

turut

mengenangkan kehidupannya yang bersederhana dan tidak mengamalkan


perbuatan syirik dan haram semata-mata untuk mengejar kemewahan yang hanya
sementara di dunia. Bagi Milah, cerita itu benar-benar menginsafkan dirinya dan
pengajaran buatnya. Makna terselindung yang terdapat di dalam ayat ini ialah,
sebagai seorang muslim dan mempunyai agama, kita harus menjaga iman kita
daripada terpesong daripada akidahnya.

20. Oh, patutlah aku tak dengar lagi bunyi hon motosikalnya. Tak merasalah lagi aku
rojak petisnya. Kalau tak, jam satu mesti lalu depan rumah. Lebih kurang waktu
beginilah, kata Milah sambil menunjukkan jari kelingkingnya ke arah jam yang
bergantung di dinding.
Isi tersurat yang terdapat di dalam petikan ini ialah, Milah cuba kaitkan pekerjaan
Senah pada setiap hari iaitu menjual rojak petis. Senah menjual rojak petisnya
dengan membunyikan hon dari rumah ke rumah.Setelah mendengar cerita Jemah,
Milah berasa pelik kerana sudah jarang tidak kelihatan Senah menjual rojak
petisnya pada waktu tersebut lantas

Milah menunjuk ke arah jam yang

menunjukkan betul-betul menunjukkan waktu pada masa tersebut yakni pukul satu
tengahari. Makna terselindungnya pula ialah, sebagai manusia, adalah satu lumrah
kehidupan kita mengenali orang disekeliling kita lebih-lebih lagi jiran tetangga.

21. Suara bilal Rahman kemudian bergema di ruang angkasa, menyeru umat
Kampung Buluh Serumpun mendirikan tiang agama mencapai kejayaan di dunia
dan akhirat. ............
Isi tersurat ialah Bilal Rahman yang merupakan bilal di kampung itu segera
melaungkan azan sebaik sahaja masuk waktu solat bagi kawasan tersebut.
Laungan azan merupakan perbuatan yang disyariatkan dalam Islam yakni
mengajak umat Islam menunaikan solat. Laungan azan yang diazankan oleh bilal
itu sayup-sayup kedengaran dari rumah Milah. Makna terselindungnya pula ialah
sebagai umat islam, kita haruslaah menunaikan solat lima waktu sehari semalam
kerana solat merupakan tiang agama.

22. Milah, aku minta diri dulu. Mak aku menunggu macam buah nangka tak jatuh.
Tadi

dia

tersengeh.

pesan

suruh

beli

gula

dengan

kopi,

kata

Jemah

sambil

............. Begitulah Jemah, setiap kali mendengar seruan azan,

pastinya mahu bergegas pulang. Barangkali khuatir diajak solat bersama seperti
satu masa dulu.
Apabila Jemah mendengar laungan azan yang bergema. Dia tahu bahawa sudah
masuk waktu solat, dan dia perlu segera pulang. Jemah hanya memberi alasan
sahaja bahawa maknya sedang menunggu dia di rumah bersama-sama pesanan
yang dikirimkan sebentar tadi. Jemah diminta membeli gula dengan kopi. Lantas,
Jemah segera mencari alasan untuk pulang segera kerana bimbang Milah
mengajaknya solat bersama, dan dia seboleh-bolehnya tidak mahu perkara itu
terjadi sekali lagi seperti sebelum ini. Makna tersiratnya pula ialah, Jemah tidak
mahu menunaikan solat bersama-sama dengan Milah kerana dia tidak mahu
perkara yang sama berulang. Makna terselindung pula ialah, sebagai seorang
muslim kita tidak perlu malu menghadap Allah sekiranya kita tidak pandai
menunaikan solat. Kita seharusnya belajar dan tidak lupa akan ajaran agama
walaupun sudah berusia.

23. Jemah, bila engkau nak kahwin? Aku dengar ada orang Pahang nak meminang.
Terimalah. Tak akanlah engkau nak tunggu Brad Pitt datang masuk meminang
kau? tanya Milah bertalu-talu.
Makna tersurat yang terdapat di dalam ayat ini ialah, Milah kehairanan terhadap
sikap Jemah

membuatkan otak Milah untuk mengajukan soalan mengenai isu

kahwin kepada Jemah. Milah berasa hairan dengan kehidupan Jemah yang belum
bersuami sedangkan umurnya semakin meningkat tua. Milah memerli Jemah
dengan menggunakan pelakon Brad Pitt yakni pelakon luar negara untuk masuk
meminang Jemah. Hal ini jelaslah bahawa mustahil bagi Jemah untuk
mendapatkan Brad Pitt sebagai suaminya. Makna tersirat, Milah mahu menyakat
Jemah kerana status Jemah yang bergelar anak dara tua. Makna terselindung pula
ialah, Milah sebenarnya mahu memerli sikap Jemah yang suka menjaja cerita di
sekeliling kampung sedangkan dia sendiri ada kekurangannya.

24. Belum sampai seru, Milah. Lagi pun aku tak minat dengan orang bujang ini, kata
Jemah sambil menyimpul senyum.
Makna tersurat yang terdapat di dalam ayat ini ialah, persolan yang dijawab oleh
Jemah. Jemah menjawab, Belum sampai seru, Milah. Lagi pun aku tak minat
dengan orang bujang ini, kata Jemah sambil menyimpul senyum. Jemah
memberikan alasan kepada soalan Milah dengan menyatakan bahawa dia hanya
berminat kepada orang bujang sahaja. Seterusnya, Jemah memberikan senyuman
kepada Milah sebagai tanda dia berpuas hati dengan jawapan kepada persoalan
Milah sebentar tadi.

Isi tersiratnya pula ialah, sebenarnya Jemah terlalu memilih

pasangan hidup kerana dia tidak mahu status nya sebagai anak dara berhias
semakin merundum. Makna terselindung pula ialah, Jemah sebenarnya lebih
selesa hidup bersendirian dan dia sendiri yang memilih jalan itu untuk hidup
bersendirian.

Anda mungkin juga menyukai