Anda di halaman 1dari 2

Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti

psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Melalui Pendidikan Jasmani, pelajar akan diberi ruang untuk mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. (Pettifor, dalam Wee Eng Hoe, 2005). Pendidikan Jasmani berupaya menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif melalui penyediaan skop pengalaman pembelajaran yang berturutan serta rapi. Secara ringkasnya, Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu bentuk pembelajaran yang holistik serta berupaya membangunkan pelajar dari pelbagai aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar dari pelbagai aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986). Pendekatan dalam Pendidikan Jasmani masa kini tertumpu antaranya kepada nilai perkembangan kemahiran dan kecergasan jasmani serta menjadi pemangkin terhadap tabiat sosial yang murni. Pendidikan Jasmani juga berperanan membangun serta membina aspek kognitif murid melalui aktiviti-aktiviti penerokaan, penyelesaian masalah dan kemahiran berfikir. Di sini kita dapat lihat dengan jelas bahawa subjek ini merupakan satu keperluan bagi membina perkembangan keseluruhan kanak-kanak dari segi jasmani, emosi, rohani,intelek mahupun sosial. Kerelevanan Pendidikan Jasmani untuk diajar di sekolah juga disebabkan subjek ini memiliki kesepaduan di antara domain psikomotor dan domain kognitif. Kesepaduan ini adalah seiring dengan penerapan nilai murni yang bermatlamat menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu masyarakat yang dinamik dan progresif (Asiah Abu Samah, 1993). Aspek Psikomotor Aspek psikomotor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakan yang mampu dipamerkan.Aspek ini melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatan, kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan serta kelajuan. Di dalam subjek Pendidikan Jasmani suaian, aspek ini perlu difokus selepas pelajar melepas tahap minimum aspek fizikal dan psikomotor. Weston (1979) menyatakan bahawa kurikulum yang dihasilkan adadalah program yang dirancang untuk kepentingan pelajar dan mengambil kira semua faktor utama seperti keperluan pelajar dan sekolah sebagai matlamat utama. Bucher (1979) berpendapat bahawa pelajaran Pendidikan Jasmani mampu untuk membuahkan hasil yang berkesan kepada pelajar melalui proses pembelajaran yang telah digariskan dalam suatu kurikulum bagi memenuhi keperluan pelajar. Raddick (1982) pula berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada pendidikan seseorang yang menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidikan., ia menekankan tentang pembentukan sikap, pengetahuan dan kemahiran yang berhubung dengan kesihatan, kecergasan dan rekreasi dengan cara yang unik sehingga cara hidup dan kualiti seseorang ditingkatkan. Pukal KBSM (1992) mendefinisikan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) bertujugan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif. Ketigatiga unsur ini dapat dilakukan melalui pemupukan dan penerapan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian. Pendidikan Jasmani adalah mata pelajaran yang menekankan kepada proses pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, emosi dan soail (Teng Boon Tong, 2001). Dapat disimpulkan bahawa Pendidikan Jasmani adalah mata pelajaran yang memberi penekanan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial dan emosi. Subjek ini juga bertujuan untuk menjadikan

pelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan nilai, sikap, pengetahuan serta amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian. Aspek Kognitif Pembangunan kognitif melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir serta memahami. Pembangunan kognitif juga melibatkan rangsangan pemikiran yang terdiri daripada elemen kreativiti, penyelidikan, perkaitan, kebolehan, pengamatan dan pengukuhan. Pengetahuan dalam aktiviti pendidikan luar misalnya dapat menjadikan pendidikan luar dapat dilaksanakan dengan berkesan. Contohnya sebelum mengikuti pendidikan luar, pelajar perlu mempelajari cara melaksanakan sesuatu aktiviti yang hendak dilakukan dari segi teknik dan disiplin. Kefahaman dan penghayatan cara atau teknik melaksanakan aktiviti pendidikan luar membawa kepada pelaksanaan aktiviti dengan lebih cekap dan berkesan. Pengetahuan tentang aktiviti-aktiviti seperti permainan padang, permainan gelanggang, olahraga serta rekreasi juga penting bagi menjadikan aktiviti yang diceburi itu menarik, berfaedah dan bermakna. Hasil yang baik akan diperolehi bukan saja memberi kekuatan fizikal malah harus memberi kekuatan kognitif. Kecekapan pelajar untuk memahami sesuatu teknik, peraturan ataupun disiplin serta melakukan keputusan untuk menghasilkan pergerakan yang sesuai dan kerjasama dengan rakan sepasukan melalui persefahaman yang baik adalah kunci utama penerapan aspek kognitif dalam Pendidikan Jasmani. Aspek Afektif Matlamat utama yang diingini dalam semua program Pendidikan Jasmani pada umumnya tertumpu kepada perkembangan individu dan kemahiran bersosial. Perkembangan individu melibatkan sikap, emosi, apresiasi dan nilai serta pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial pula melibatkan interaksi dan corak komunikasi dengan orang lain. Pendidikan Jasmani memberi sumbangan terhadap perkembangan sikap dan konsep kendiri kerana hubungan akan terjalin ketika melakukan aktiviti secara berpasukan. Pendidikan Jasmani juga perlu menekankan nilai yang baik seperti tolong-menolong, menghargai sumbangan, kepentingan menjaga kesihatan fizikal, menghomati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama dalam kumpulan dalam aktiviti. Emosi adalah suatu elemen yang penting dalam perkembangan kanak-kanak melalui penglibatan bersama rakan sebaya. Aktiviti Pendidikan Jasmani dapat membentuk emosi yang stabil di kalangan pesertanya. Pendidikan Jasmani adalah suatu medium yang dapat membantu dalam pembangunan sosial. Seorang murid yang pada mulanya jenis pemalu dan tidak pandai bergaul dengan rakan-rakan, akan menjadi seorang yang periang serta dapat menjalinkan persahabatan dengan rakan lain sekiranya aktiviti yang dilakukan dapat memenuhi kepuasannya ketika terlibat dalam suatu aktiviti. Sebagai kesimpulan, Pendidikan Jasmani membantu individu menyesuaikan diri dengan keadaan dan ahli masyarakat. Melalui kepimpinan yang sempurna dan teratur oleh guru subjek akan menjadikan Pendidikan Jasmani sebagai wahana penting untuk mencapai matlamat sosial.

Anda mungkin juga menyukai