Anda di halaman 1dari 4

PENTAKSIRAN KLINIKAL

2.2 Cara Pentaksiran

Banyak cara boleh digunakan untuk mengenal pasti masalah dalam kebolehan pembelajaran asas.
Antaranya:

 Pemerhatian
 Temu bual / Soal selidik
 Sampel kerja
 Pengujian
 Standardize test
 Analisis dokumen

2.2.1 Pemerhatian

Pemerhatian merupakan satu kaedah yang selalu dijalankan oleh para profesional atau
guru untuk mengumpul maklumat, khususnya berkaitan tingkah laku seseorang murid.
Pemerhatian yang dibuat perlu direkodkan dan terdapat beberapa cara untuk
merekodkan hasil pemerhatian.

2.2.2 Temu bual / Soal selidik

Guru pendidikan khas boleh mendapat maklumat berkaitan murid dengan menemu bual
ibu bapa, penjaga, guru-guru yang lain atau rakan sebaya murid. Kaedah temu bual sesuai
digunakan untuk tujuan ini.

Temu buka boleh dijalankan secara formal dan tidak formal. Apa yang diberi perhatian
adalah maklumat yang diperoleh daripada temu bual berkenaan. Biasanya hasil temu bual
banyak membantu guru untuk mengetahui maklumat lanjut yang perlu diketahui dan
tidak terdapat dalam profil peribadi kanak-kanak dibawah tanggung jawabnya.

2.2.3 Sampel kerja

Hasil kerja murid merupakan salah satu sumber maklumat yang sedia ada dan amat
berguna untuk mentaksir murid dalam mata pelajaran yang diikutinya di sekolah. Hasil
kerja ini adalah maklumat autentik tentang keupayaan murid dalam pembelajaran yang
menggunakan deria lihat dan auditori. Guru perlu memilih hasil kerja yang benar-benar
mencerminkan murid berkenaan dan melakukan analisis sampel kerja untuk mengetahui
kelebihan dan kekurangan murid dalam mata pelajaran yang dipelajari.

Sebagai contoh guru perlu menganalisis tulisan murid atau lukisan murid. Pentafsiran
yang dilakukan perlulah menggunakan garis panduan yang tertentu agar maklumat yang
diperolehi daripada hasil kerja dapat mencerminkan masalah sebenar murid berkenaan.
2.2.4 Pengujian

Guru pendidikan khas boleh mengetahui tahap kebolehan atau keupayaan murid dengan
mentadbirkan ujian-ujian kepada murid. Pengujian boleh ditadbirkan dengan pelbagai
cara mengikut apakah tujuan sebenar sesuatu ujian.

Sebagai contoh Ujian Diagnostik turut memasukkan unsur pengamatan sebagai


sebahagian daripada kandungan utama yang duji dalam kalangan kanak-kanak.
Kemahiran pengamatan yang sering diuji termasuklah

 Diskriminasi yang sama


 Diskriminasi yang ganjil
 Diskriminasi saiz
 Ingat kembali
 Orientasi ekdudukan
 Turutan
 Lengkapan
 Menyalin
 Rajah latar belakang atau bertindih
 Koordinasi motor-tangan
 Pertalian jarak atau ruang
 Gambar bersiri
 Kekalan atau keabadian bentuk
 Mazing atau cari jalan keluar
 Benda tersembunyi

Contoh-contoh ujian yang digunakan untuk menguji pengamatan dalam pelbagai


kemahiran adalah seperti berikut:

i) Ujian Membuat Turutan / Sequencing


ii) Ujian Akuiti Mata

Ujian pengamatan visual turut memerlukan seorang kanak-kanak menduduki


Ujian Akuiti Mata. Vision acuity atau akuiti penglihatan juga bermaksud kejelasan
penglihatan. Snellen Eye Chart digunakan sebagai alat mengukur tahap
penglihatan individu. Melalui Ujian Snellen Eye Chart, jika seseorang tidak
mencapai tahap akuiti visual 20/200(6/60) walaupun memakai cermin mata
dikatakan sebagai buta. Individu yang mempunyai visual field kurang daripada 20
darjah juga dianggap sebagai buta.

iii) Ujian Akuiti Pendengaran

Ujian Akuiti Pendengaran dilaksanakan oleh pakar audiologi atau audiologis.


Salah satu ujian biasa dijalankan ialah dengan menggunakan audiometer.
Audiometer adalah alat khas untuk mengukur tahap pendengaran atau
keupayaan sisa mendengar seseorang individu.

2.3 Matlamat Pengajaran

Apakah matlamat mentaksir pengamatan?

Pentaksiran pengamatan bertujuan menilai setakat mana proses pembelajaran


dipengaruhi oleh masalah menerima, mengurus, mengingat atau menyampai maklumat.
Penilaian pengamatan mempunyai objektif tertentu. Objektif pentaksiran pengamatan
tersebut adalah untuk

 membantu menentukan aspek kekuatan dan kelemahan murid untuk


belajar
 membantu murid menentukan daerah kekuatan dan kelematan murid
untuk memproses maklumat
 mewujudkan profil pembelajaran
 membantu menentukan sama ada kelemahan proses pembelajaran
murid sesuai untuk murid tersebut mengikuti kelas biasa.

Walau bagaimanapun terdapat tiga perkara utama yang biasa diambil kira apabila sesuatu
pentaksiran telah dilaksanakan kepada seseorang murid khususnya murid berkeperluan
khas. Perkara-perkara tersebut merangkumi

 rumusan hasil pentaksiran


 pengenalpastian matlamat pelajaran
 perancangan intervensi

2.3.1 Rumusan Hasil Pentaksiran

Semua maklumat yang diperolehi hasil pentaksiran perlu dirumus oleh pihak yang
melaksanakan. Maklumat hasil ujian, pemerhatian dan lain-lain instrumen atau kaedah
pentaksiran yang digunakan perlu dikumpul untuk membuat keputusan dan tindakan
yang setepat mungkin demi kebaikan kanak-kanak atau individu berkenaan. Sebagai
contoh, jika hasil ujian atau hasil kerja menyalin murid tiada jarak antara huruf atau
perkataan bermakna kanak-kanak tersebut menghadapi masalah dari segi jarak / spacing.
Apabila dapat mengetahui masalah tersebut, tindakan selanjutnya perlulah dirancang
dengan sebaik mungkin untuk kepentingan kanak-kanak tersebut.

Hasil pentaksiran pengamatan turut membantu mengenal pasti atau mengesan masalah
pengamatan seawal yang mungkin. Jika dapat dikesan lebih awal, harapan untuk memulih
atau mengatasi masalah adalah lebih cerah atau baik.
2.3.2 Pengenalpastian Matlamat Pelajaran

Pentaksiran kebolehan asas atau pengamatan memberi maklumat yang sangat penting
kepada guru akan keupayaan seseorang murid di bawah tanggungjawab beliau. Guru boleh
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kebolehan asas sebelum pembelajaran dan
pengajaran sebenar berlangsung.

Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak dapat membantu guru menentukan
matlamat pengajaran yang hendak dilaksanakan. Ini juga membantu guru memilih strategi
dan jangka masa sesuatu intervensi hendak dijalankan.

2.3.3 Perancangan Intervensi

Berdasarkan maklumat daripada ujian pengamatan atau kebolehan pembelajaran asas,


guru perlu merancang intervensi yang perlu diberi kepada kanak-kanak berkenaan. Langkah
yang pertama adalah merangka Rancangan Pendidikan Individu (RPI). RPI ditulis
berdasarkan masalah utama yang perlu ditangani.

Sebagai contoh jika hasil ujian pengamatan mendapati kanak-kanak menulis tanpa
mengikut garisan yang ditetapkan. Ini bermakna kanak-kanak berkenaan menghadapi
masalah laterality and direction. Oleh itu, strategi menangani masalah tersebut perlu tepat
dan diberi perhatian. Jika guru meminta kanak-kanak tersebut membuat latihan menyalin
berulang-ulang kali, bererti guru tidak menjalankan apa-apa intervensi. Malahan masalah
muird akan menjadi lebih serius dan akan berterusan.

Anda mungkin juga menyukai