Anda di halaman 1dari 25

PENTAKSIRAN

KLINIKAL
 NOR AINA BINTI JAFFAR
 NUR WAJIHA HAKIMAH BINTI MUSTAFA
 NURAMIRAH NAJIHAH BINTI MOHD AZMI
CARA PENTAKSIRAN
Temu bual/
Pemerhatian
soal selidik

Sampel kerja Pengujian

Standardize Analisis
test dokumen
Pemerhatian
 Pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikutjangka
waktu yang ditentukan, bagi membantu guru mendapat
maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.
 Aspek yang diperhatikan menyeluruh, meliputi aspek
kognitif, afektif dan psikomotor yang melibatkan juga
faktor-faktor bahan dan persekitaran.
 Proses pemerhatian ini boleh dilaksanakan dengan
menggunakan pelbagai instrumen seperti senarai semak
 Dapatan dari proses ini boleh membantu guru dan pelajar
membuat refleksi terhadap prestasi masing-masing.
Jenis pemerhatian

 Dikategorikan mengikut tujuan dan aspek yang


hendak dinilai/diperhati , iaitu:-
 Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran
(interpretation) dan tanggapan(judgement)
 Memerhati apa yang telah dirancang
 Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang
Strategi Pelaksanaan
 Pemerhatian boleh dilaksanakan dengan
menggunakan strategi dan cara serta kriteria
tertentu. Antaranya ialah
 dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan
yang dirancang
 menggunakan instrumen seperti senarai semak yang
merangkumi aspek kognitif, afektif, psikomotor, dan
bahan
 dilaksanakan secara global atau analitik mengikut
objektif pemerhatian
 tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian dijalankan
 jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan
dengan keadaan dan keperluan
CONTOH INSTRUMEN
PEMERHATIAN
Temu Bual / Soal Selidik

 Guru pendidikan khas boleh mendapatkan maklumat


berkaitan murid melalui ibu bapa, penjaga, atau rakan
sebaya.
 Boleh dijalankan secara formal atau tidak formal.
 Membantu guru untuk mengetahui maklumat lanjut
mengenai murid.
Sampel Kerja

 Hasil kerja murid merupakan salah satu


sumber maklumat yang sedia ada dan amat
berguna untuk mentaksir murid dalam mata
pelajaran yang diikutinya di sekolah.
 Hasil kerja ini adalah maklumat autentik
tentang keupayaan murid dalam pembelajaran
yang menggunakan deria lihat dan auditori.
 Guru perlu memilih hasil kerja yang benar-
benar mencerminkan murid berkenaan dan
melakukan analisis sampel kerja.
 Analisis sampel kerja bertujuan untuk mengetahui
kelebihan dan kelemahan murid dalam matapelajaran
yang dipelajari.
 Sebagai contoh guru perlu menganalisis tulisan murid
atau lukisan murid. Pentafsiran yang dilakukan
perlulah menggunakan garis panduan yang tertentu
agar maklumat yang diperolehi daripada hasil kerja
dapat mencerminkan masalah sebenar murid
berkenaan.
Pengujian

 Guru pendidikan khas boleh mengetahui tahap


kebolehan atau keupayaan murid dengan
mentadbirkan ujian-ujian kepada murid.
 Pengujian boleh ditadbirkan dengan pelbagai
cara mengikut apakah tujuan sebenar sesuatu
ujian.
 Contoh : Ujian Diagnostik turut memasukkan
unsur pengamatan sebagai senahagian
daripada kandungan utama yang diuji dalam
kalangan kanak-kanak. Kemahiran pengamatan
yag sering diuji termasuklah:
Diskriminasi yang sama
Diskriminasi saiz
Mazing atau cari jalan
keluar
Cari barang tersembunyi
STANDARDIZE TEST

 Ujian yang ditadbir secara konsisten atau standard


 Satu bentuk ujian yang mengkehendaki semua calon
untuk menjawab soalan yang sama dengan cara yang
sama.
 Ujian ini ditadbir kepada semua calon dan dinilai
dengan cara yang sama.
 Boleh ditadbirkan secara serentak kepada satu
kumpulan yang besar.
ANALISIS DOKUMEN

Satu bentuk analisis terhadap bahan seperti:


Bahan bercetak
Bahan elektronik
Perlukan bacaan mendalam terhadap bahan.
Analisis dokumen bertujuan untuk menganalisis
nilai dan mengesan ‘apa’ yang boleh diperolehi
dalam sesuatu dokumen dan untuk menganalisis
nilai atau corak serta perubahan yang berlaku
(Bryman & Bell, 2007)
MATLAMAT
PENGAJARAN
 Pentaksiran pengamatan bertujuan menilai
setakat mana proses pembelajaran dipengaruhi
oleh masalah menerima, mengurus, mengingat
atau menyampai maklumat .
 Objektif pentaksiran pengamatan tersebut adalah
untuk
 membantu menentukan aspek kekuatan dan
kelemahan murid untuk
belajar
 membantu menentukan sama ada kelemahan
proses pembelajaran murid sesuai untuk murid
tersebut mengikuti kelas biasa.
 Walau bagaimanapun terdapat tiga perkara utama
yang biasa diambil kira apabila sesuatu pentaksiran
telah dilaksanakan kepada seseorang murid
khususnya murid berkeperluan khas. Perkara-perkara
tersebut merangkumi
 rumusan hasil pentaksiran
 pengenalpastian matlamat pelajaran
 perancangan intervensi
RUMUSAN HASIL PENTAKSIRAN

 Semua maklumat yang diperolehi hasil pentaksiran perlu


dirumus oleh pihak yang melaksanakan. Maklumat hasil
ujian, pemerhatian dan lain-lain instrumen atau kaedah
pentaksiran yang digunakan perlu dikumpul untuk
membuat keputusan dan tindakan yang setepat mungkin
demi kebaikan kanak-kanak atau individu berkenaan.
CONTOH:
 Sebagai contoh, jika hasil ujian atau hasil kerja
menyalin murid tiada jarak antara huruf atau
perkataan bermakna kanak-kanak tersebut
menghadapi masalah dari segi jarak / spacing.
 Apabila dapat mengetahui masalah tersebut, tindakan
selanjutnya perlulah dirancang dengan sebaik
mungkin untuk kepentingan kanak-kanak tersebut.
 Hasil pentaksiran pengamatan turut membantu
mengenal pasti atau mengesan masalah pengamatan
seawal yang mungkin.
 Jika dapat dikesan lebih awal, harapan untuk memulih
atau mengatasi masalah adalah lebih cerah atau baik.
PENGENALPASTIAN MATLAMAT
PENGAJARAN
 Pentaksiran kebolehan asas atau pengamatan
memberi maklumat yang sangat penting kepada guru
akan keupayaan seseorang murid di bawah
tanggungjawab beliau.
 Guru boleh mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
kebolehan asas sebelum pembelajaran dan
pengajaran sebenar berlangsung.
 Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak
dapat membantu guru menentukan matlamat
pengajaran yang hendak dilaksanakan.
 Ini juga membantu guru memilih strategi dan jangka
masa sesuatu intervensi hendak dijalankan.
PERANCANGAN
INTERVENSI/PEMULIHAN/PENGAYAAN
 Berdasarkan maklumat daripada ujian pengamatan atau
kebolehan pembelajaran asas, guru perlu merancang
intervensi yang perlu diberi kepada kanak-kanak berkenaan.
 Langkah yang pertama adalah merangka Rancangan
Pendidikan Individu (RPI). RPI ditulis berdasarkan masalah
utama yang perlu ditangani.
 Sebagai contoh jika hasil ujian pengamatan mendapati kanak-
kanak menulis tanpa mengikut garisan yang ditetapkan.
 Ini bermakna kanak-kanak berkenaan menghadapi masalah
laterality and direction.
 Oleh itu, strategi menangani masalah tersebut perlu tepat dan
diberi perhatian.

Anda mungkin juga menyukai