Anda di halaman 1dari 16

BINA INSAN GURU

NAMA :
RASHVEEN RAAJ A/L SANDIRASEKAR

PENSYARAH : EN NADZRI
■ PENGENALAN PROGRAM BINA INSAN GURU
– Guru adalah Pembina generasi Malaysia. Pembangunan modal insan
berkualititinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang
berilmu,berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul.
Bagimenjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru Malaysia
perlumemiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelelek yang tinggi,
penguasaankemahiran dan teknologi baru, penghayatan nilai dan etika keguruan s
ertakekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat
negara.Kursus Bina Insan Guru ( BIG ) merupakan satu wahana ke arah penbinaan
danpembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan FalsafahPen
didikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru ( FPG ).Program ini meli
batkan semua pelajar IPGM.
■ Kursus Bina Insan Guru ( BIG ) merupakan satu wahana ke arah penbinaan dan
pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru ( FPG ).Program ini
melibatkan semua pelajar IPGM. Melalui aktiviti yang dirancang pelajar dapat
mengenal diri (Real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan
pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai insan guru yang
berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki
kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi serta bersedia dan mampu
menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi.
■ Bagi melengkapkan keperluan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, semua guru
pelatih diwajibkan menyertakan diri dalam Program Bina Insan Guru.
■ Program ini telah dirangka untuk membina daya tahan mental dan fizikal serta
menerapkan nilai-nilai hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses
pembinaan insan guru.
■ Melalui pelaksanaan program ini Bahagian Pendidikan Guru (BPG) berhasrat dapat
membina insan guru yang mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta cemerlang
dalam semua aspek, sesuai dengan cabaran profession perguruan masa kini.
■ Program Bina Insan Guru ini mempunyai visi dan misi yang tersendiri dalam membina
keyakinan diri dalam menghadapi cabaran semasa, menimbulkan kesedaran dan
keinsafan dalam membentuk jati diri sebagai seorang guru.
■ Beberapa matlamat telah digariskan agar para peserta dapat menimba ilmu
pengetahuan dan pengalaman praktikal asas tentang persediaan dan pelaksanaan
aktiviti luar bilik darjah.
■ Antara objektif yang hendak dicapai melalui program Bina Insan Guru ini ialah para
peserta dapat meningkatkan kemahiran berfikir pada aras tinggi dalam
menganalisis masalah untuk membuat keputusan yang jitu bagi penambahbaikan
secara berterusan sekaligus meningkatkan sifat kepimpinan dengan kemahiran
menguruskan dan mengendalikan sesuatu program denganbaik.
■ Program ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahu
melahirkan individu yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi dan kekuatan
individu dari aspek fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial.
■ Oleh itu,program ini juga diharapkan dapat melahirkan modal insan yang mantap
dari aspek kerohanian, nilai etika dan akhlak keguruan yang selaras dengan norma-
norma kehidupan.
■ Pelaksanaan Bina Insan Guru ( BIG ) lebih menekankan kepada pembelajaran
diluar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam
usahamemperkasakan ilmu, kemahiran, data intelek, nilai dan akhlak keguruan
dikalangan pelajar.
■ Di samping program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usaha pembinaan
insan guru yang unggul ini juga diperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan budaya
Institut Pendidikan Guru ( IPG )
OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU
■ Melalui Program Bina Insan Guru ini guru pelatih dapat :
1. Menunjukkan ciri-ciri yang positif kepada masyarakat seperti berakhlak mulia dan
patuh kepada ajaran agama.
2. Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat
bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan.
3. Meningkatkan daya ketahanan mental dan fizilkal.
4. Meningkatkan dan menguasai kemahiran intrapersonal dan interpersonal serta
perpaduan masyarakat.
5. Meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan.
6. Meningkatkan perkembangan potensi diri sebagai insan berakhlak mulia melalui
amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian.
FUNGSI BINA INSAN GURU
■ Program Bina Insan Guru (BIG) berfungsi sebagai :
1. Memenuhi keperluan sukatan pelajaran bagi program pra perkhidmatan di Institut
Perguruan Malaysia (KDPM/KPLI/KPLI-SR/PPPR4PT)
2. Melahirkan guru yang berakhlak mulia dan bersemangat juang yang tinggi.
3. Mendidik guru supaya mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta dapat
memanfaatkan kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan
nilai-nilai keguruan.
AKTIVITI

■ Kelebihan berenang bukan sahaja untuk menjaga kesihatan, malah juga


membentuk tubuh yang lebih sempurna.
■ Terdapat pelbagai jenis aktiviti yang sihat sering dilakukan, oleh golongan belia
mahupun dewasa. Ada yang gemar melakukan sukan lasak seperti hiking, sukan
permotoran seperti go kart serta aktiviti yang biasa kita lihat seperti bola sepak dan
badminton.
■ Sukan air iaitu berenang kini menjadi pilihan ramai untuk bersenam. Ia adalah
sukan paling popular yang melibatkan di dalam air, sehingga renang termasuk di
dalam acara Olimpik, temasya sukan terbesar di dunia.
■ Senaman renang adalah perkara yang sinonim dalam masyarakat kita. Tambahan
pula, pada zaman nenek moyang kita dahulu telah menjadikannya sebagai salah
satu aktiviti riadah pada waktu petang. Aktiviti berenang kini luas skopnya. Malah,
kini terdapat banyak kemudahan untuk melakukan aktiviti tersebut.
■ Jika dahulu, kita boleh berenang hanya di laut dan sungai, kini terdapat kemudahan
khas seperti kolam renang yang disediakan kepada kita.
■ Bagi umat Islam, Rasulullah S.A.W menyarankan kepada ibu bapa supaya mendidik
anak-anak mereka berenang sebagai salah satu cara untuk beriadah. Sudah terang
lagi bersuluh, jelas perkara yang disuruh oleh Nabi Muhammad S.A.W pasti akan
membawa kepada kebaikan terutama kepada kesihatan.
Membentuk Postur Badan
■ Mungkin sebelum ini anda sibuk dengan kerja anda atau sering melakukan aktiviti
yang memerlukan untuk mebongkokkan badan. Situasi ini membuatkan postur
badan tidak seperti biasa dan anda sekaligus menjadikan badan anda menjadi
sedikit membongkok.
■ Antara kelebihan berenang ialah mengembalikan postur badan anda seperti biasa.
Apabila anda berenang, segala otot pada badan anda bergerak dan otot anda yang
tegang akan kembali lentur. Otot-otot tersebut juga akan menjadi lebih kuat kerana
semuanya bergerak ketika anda berenang
■ Kurang Risiko Kecederaan
■ Apabila berenang, risiko untuk anda mengalami kecederaan adalah amat kecil.
Berenang tidak memerlukan pergerakan yang agresif dan ‘pertempuran’ satu sama
lain. Malah, berenang adalah salah satu cara rehabilation ( pemulihan) untuk atlet
yang mengalami kecederaan.
■ # Berenang juga sesuai kepada sesiapa yang tidak mampu melakukan senaman
dengan kadar kardiovaskular yang tinggi, iaitu pesakit asthma dan orang kurang
upaya.
Meningkat Stamina
■ Selain itu, berenang adalah salah satu cara untuk anda meningkatkan stamina.
Berenang dikategorikan sebagai senaman jenis kardiovaskular, senaman yang
memerlukan tenaga yang tinggi.
■ Berenang turut membantu anda bebas daripada penyakit berbahaya dan berupaya
membantu seseorang itu melakukan sesuatu kerja tanpa berhenti untuk tempoh
yang lama.
Menurunkan Berat Badan
■ Ternyata, senaman renang menjadi pilihan ramai kerana kemampuannya menurunkan
berat badan. Senaman renang dapat membakar banyak kalori di dalam badan. Badan
memerlukan tenaga bagi melawan arus air dan menampung berat badan untuk terus
bergerak di dalam air.
■ Tenaga yang digunakan untuk bergerak di dalam air dapat membakar kalori di dalam
badan sebanyak 24% ( sumber daripada
http://marinanawi.blogspot.com/2012/07/kelebihan-berenang.html ) .
■ Berenang juga mampu membantu anda untuk memiliki bentuk tubuh badan yang
menarik, kerana segala otot anda bergerak ketika melakukan aktiviti berenang.
■ Jadi, sesiapa yang ingin menurunkan berat badan tanpa mengeluarkan peluh atau
malas untuk berlari, berenang adalah antara aktiviti yang paling sesuai untuk anda
■ Abseil (/ˈæbseɪl/ atau /ˈɑːpzaɪl/; daripada Jerman abseilen, bermaksud "menakik
turun"), juga dipanggil rappel (rappelling) selepas nama Perancis, ialah mengawal
penurunan ke bawah paras yang hampir menegak, seperti permukaan tebing batu,
dengan menggunakan tali ganda yang melingkar di sekitar tubuh dan dipasang ke
beberapa titik yang lebih tinggi.
■ Pendaki menggunakan teknik ini apabila tebing atau cerun terlalu curam dan/atau
merbahaya untuk turun tanpa perlindungan. Ramai pendaki menggunakan teknik ini
untuk melindungi penambat yang sedia ada daripada rosak. Juruteknik akses tali juga
menggunakan cara ini sebagai kaedah mengakses kawasan yang sukar dicapai dari
puncak untuk pelbagai aplikasi industri seperti penyelenggaraan, pembinaan,
pemeriksaan dan kimpalan. Pasukan penyelamat juga diketahui menggunakan kaedah
ini sebagai satu cara mengakses mangsa tercedera atau terkandas.

Anda mungkin juga menyukai