Anda di halaman 1dari 7

BINA INSAN GURU ( BIG ) FASA 4

LAPORAN REFLEKTIF

A) LAPORAN SETIAP UNIT JAWATANKUASA KERJA
1. LAPORAN JAWATANKUASA PERALATAN
TUGASAN SEBELUM PROGRAM
Perbincangan di antara AJK telah diadakan bagi mendapatkan butiran secara
terperinci peralatan khusus yang diperlukan bagi kerja-kerja pengubahsuaian dan naik
taraf kawasan sasaran. Peralatan yang diperlukan meliputi alatan untuk kerja-kerja
pertukang kayu, kerja-kerja binaan konkrit ringan, alatan perkebunan serta alatan
mengecat. Sebilangan besar peralatan yang diperlukan akan diperolehi dari Bengkel
Kemahiran Hidup SKMS. Kebenaran penggunaan segala peralatan dari pihak sekolah
akan dilakukan.
Peralatan sampingan seperti berus cat, cangkul kecil serta lain-lain alatan ringan
yang lain akan dibawa sendiri oleh peserta. Bahan-bahan sampingan seperti pelarut
cat, paku, penukul, berus cat serta sarung tangan akan dibeli berdasarkan keperluan
semasa ketika aktivit memandangkan jarak antara sekolah dan kedai peralatan yang
bersebelahan dengan sekolah. Peralatan kecil seperti plier, cutter, measuring tape dan
pisau akan di bawa oleh penyelaras aktiviti. Peralatan asas yang ada di bengkel
sekolah akan dipastikan kebolehgunaannya oleh penyelaras.

Gambar 1 : Cangkul Gambar 2 : Sudip tangan

BINA INSAN GURU ( BIG ) FASA 4


Gambar 3 : Penyiram air Gambar 4 : Alatan mengecat

SEMASA PROGRAM DIJALANKAN
Sepanjang program berlangsung, penyelaras aktiviti dan AJK perlatan sentiasa
memantau kesesuaian penggunaan alatan agar aspek keselamatan peserta serta
alatan tersebut digunakan secara berhemah bagi memastikan ianya dapat dikembalikan
dengan sempurna tanpa sebarang kerosakan.
Terdapat beberapa situasi yang memerlukan pelarasan serta perubahan langkah
kerja yang memerlukan penggunaan alatan yang berbeza dari perancangan awal.
Situasi sedemikian sememangnya dijangka akan berlaku. Oleh kerana kebenaran awal
dari pihak sekolah yang membenarkan penggunaan segala alatan yang mungkin
diperlukan, maka situasi tersebut dapat ditangani.

SELEPAS PROGRAM
Penyelaras dan AJK peralatan melakukan kerja-kerja pengumpulan setiap
peralatan yang digunakan bagi mengelakkan keciciran. Proses pembersihan dan
penilitian terperinci struktur alatan agar tiada sebarang kerosakan. Peralatan tersebut
kemudiannya dikembalikan semula pada kedudukannya di dalam bengkel kemahiran
hidup. Peralatan sampingan yang dibawa oleh rakan-rakan turut diperiksa dan
dibersihkan.

BINA INSAN GURU ( BIG ) FASA 4

2. LAPORAN JAWATANKUASA PENDAFTARAN
TUGASAN SEBELUM PROGRAM
Perbincang di antara AJK telah dilakukan. Telah memperolehi maklumat tentang
tugas yang hendak dilakukan. AJK Pendaftaran dikehendaki menyediakan borang
kehadiran dan pendaftaran serta mengemaskinikan kehadiran. Sebuah meja panjang
telah disediakan sebagai kaunter pendaftaran.

SEMASA PROGRAM
AJK memastikan kehadiran setiap pelajar mendaftarkan diri. Memastikan majlis
berjalan dengan lancar.

SELEPAS PROGRAM
AJK pendaftaran mengumpulkan semua borang dan perkara-perkara berkaitan
seperti kehadiran peserta.

3. LAPORAN JAWATANKUASA JAMUAN
TUGASAN SEBELUM PROGRAM
Sebelum program membina Taman Herba ini dijalankan pihak jawatankuasa
telah berbincang di dalam mensyuarat bagi menentukan peruntukan yang sesuai dan
mencukupi bagi semua peserta pada hari program di jalankan. Menu untuk jamuan bagi
program tersebut juga telah dibincangkan dalam mesyuarat dan telah bersetuju untuk
menyediakan air mineral, roti bun dan nasi lemak bagi setiap peserta termasuk guru-
guru yang terlibat.


BINA INSAN GURU ( BIG ) FASA 4

SEMASA PROGRAM
Semasa program dijalankan, sarapan pagi disediakan dan setiap perserta diberi
sebungkus nasi lemak dan sebotol air mineral. Pada jam 12.00 tengah hari, para
peserta diberi sebungkus roti bun dan sebotol air mineral. Walau pun jamuan yang
disediakan agak ringkas, namun keceriaan tetap ditunjukkan oleh setiap peserta
program.

SELEPAS PROGRAM
Laporan ringkas berkaitan penyediaan makanan untuk peserta program telah
disediakan. Keseluruhannya, penyediaan makanan adalah berdasarkan peruntukan
kewangan dan bersesuai dengan program yang dijalankan.

4. LAPORAN JAWATANKUASA DOKUMENTASI / RAKAMAN
SEBELUM PROGRAM DIJALANKAN
Sebelum program dijalankan, ahli jawatankuasa dokumentasi telah menyediakan
peralatan untuk pendokumentasian seperti kamera, komputer riba dan buku catatan.
SEMASA PROGRAM
Semasa program dijalankan segala aktiviti membina Taman Herba telah
dirakamkan dalam bentuk gambar dan video.
SELEPAS PROGRAM
Selepas program dijalankan, gambar-gambar yang telah dirakamkan dipilih,
disusun dan didokumentasikan secara sistematik dalam bentuk portfolio dan video.



BINA INSAN GURU ( BIG ) FASA 4

Masalah yang dihadapi:
Kekurangan pengalaman dalam mengambil gambar dan menghasilkan video
serta cara pengunaan dengan lebih berkesan
Penambahbaikan:
Pada masa akan datang ajk dokumentasi akan lebih memahami tentang
pengunaan kamera dan alatan rakaman agar dapat menghasilkan gambar dan
video yang lebih baik

B) LAPORAN KESELURUHAN AKTIVITI
Pada semester ini, kami dikehendaki membuat satu program Sayangi Sekolah
atau Menceriakan Sekolah di bawah Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4. Oleh
yang sedemikian, kami telah membuat satu mesyuarat bagi menubuhkan satu
organisasi untuk menguruskan program ini. Dalam mesyuarat yang diadakan ini, kami
telah bersetuju melantik Encik Mohd Nazri Bin Ali, guru panitia Kemahiran Hidup
sebagai pengerusi Program bina Taman Herba. Dalam mesyuarat tersebut juga, kami
telah membuat perlantikan beberapa Ahli Jawatan Kuasa (AJK) seperti AJK
Pendaftaran, AJK Peralatan, AJK Makanan dan lain-lain. Perlantikan AJK ini adalah
bertujuan bagi melicinkan program yang akan dijalankan. Selain itu, kami juga telah
membincangkan rekabentuk Taman Herba dan jenis-jenis tumbuhan herba yang
sesuai. Persetujuan juga dicapai dalam penetapan tarikh pelaksanaan iaitu pada 14 Jun
( 4 jam), 21 Jun ( 4 jam ) dan 30 Ogos 2014 ( 4 jam ). Jumlah tempoh masa
pelaksanaan program adalah 12 jam.
Program BIG Fasa 4 ini telah disertai seramai 30 orang murid dan 2 guru pelatih
yang terdiri daripada guru pelatih PPG Matematik dan PPG Sains, ambilan Januari
2011 dan ambilan Februari 2012. Program ini juga telah diiringi oleh 6 orang guru SK
Mohd Shah. Pemantau dan bimbingan dilakukan oleh pensyarah iaitu Encik Nordin Bin
Sadali pada 30 Ogos 2014.
BINA INSAN GURU ( BIG ) FASA 4

1) Laporan aktiviti dijalankan pada 14 Jun 2014
Semua peserta program membina Taman Herba hadir tepat pada jam
8.00 pagi dan taklimat ringkas diberi oleh Penyelaras Program. Selepas
sarapan pagi semua peserta telah mulakan tugasan masing-masing
mengikut kumpulan yang telah diagihkan. Antara aktiviti yang dijalankan
ialah membersihkan kawasan, menyusun bata untuk membuat laluan,
mengecat bata, menabur batu kerikil pada laluan taman, menyusun pokok
bunga dan pokok-pokok herba, menanam pokok-pokok herba dan lain-lain
lagi. Semua aktiviti tamat pada jam 12.00 tengah hari. Selepas makan
tengah hari semua peserta bersurai.

2) Laporan aktiviti dijalankan pada 21 Jun 2014
Para peserta yang hadir diberi taklimat ringkas dan bersarapan pagi.
Seperti biasa, para peserta menjalankan tugas masing-masing mengikut
kumpulan. Antara tugasan yang dilakukan ialah kerja-kerja pembersihan
kawasan, penanaman pokok-pokok herba, menyiram pokok, mengecat
bata, membina batas sayuran dan sebagainya. Walau pun aktiviti yang
dijalankan agak memenatkan, namun semangat kerjasama dan sikap
bertanggungjawab jelas dipamerkan oleh para peserta program. Aktiviti
ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari dan diakhiri dengan jamuan
makan tengah hari yang ringkas.

3) Laporan aktiviti dijalankan pada 30 Ogos 2014
Peserta program berkumpul di kantin pada jam 8.00 pagi. Taklimat
ringkas disampaikan oleh penyelaras dan pengerusi program. Selepas
sarapan pagi para peserta memulakan tugas masing-masing. Antara
aktiviti yang dijalankan ialah membersikan kawasan, menyiram pokok,
melabel pokok herba, menanam pokok, membina batas penanaman
BINA INSAN GURU ( BIG ) FASA 4

pokok sayuran dan herba. Aktiviti ini dijalankan sehingga jam 12.00
tengah hari. Sebelum bersurai, para peserta disediakan jamuan makan
tengah hari.
Pensyarah pemantau, Encik Nordin Sadali telah melakukan pemantauan
terhadap program pembinaan Taman Herba ini. Beliau telah memberi
beberapa cadangan penambahbaikan dan menyatakan puas hati beliau
terhadap Taman Herba kami. Antara cadangan beliau ialah supaya dibina
sebuah gazebo kecil di sudut Taman Herba kami dan menggunakan salur
paip terbuang yang boleh dipungat di tepi jalan untuk dibuat tempat
tanaman pokok bunga orkid. Cadangan tersebut akan cuba kami
laksanakan pada masa hadapan.
Secara keseluruhannya program membina Taman Herba ini telah berjalan dengan
lancar dan telah memdapat pujian dan sokongan daripada semua pihak. Namun begitu,
penambahbaikan sentiasa akan dilakukan bagi memberi manfaat yang lebih baik
kepada pihak pentadbir, guru-guru dan murid-murid.

Anda mungkin juga menyukai