Anda di halaman 1dari 70

Cerpen : Cinta Seindah Langit

Oleh : Mohd Khairul Riza Tuan Mohd Yusop

RUMAH banglo dua tingkat. Angin bertiup menyapa balkoni. Panas petang terasa-rasa.
Ain menyelak helaian demi helaian novel yang ditatap sejak pukul tiga tadi.
Diletakkan sebentar di atas meja. Merehatkan mata. Ain mendepang tangan.
Mengeliat. Rambut yang terurai dihembus lembutnya angin.

“Ain, ada surat untuk Ain.”

Ain menjengah ke bawah. Kelibat posmen bermotosikal merah baru sahaja berlalu.
Yanti menunjuk-nunjuk sesuatu yang berada di tangannya. Surat untuk akukah?

**************
“Ini untuk cikgu.”

Ain memandang Ipin yang mengunjukkan kepadanya seikat petai.

“Petai?” tanya Ain sambil memerhati Ipin yang kusut-masai. Berkasut selipar, dengan
baju sekolah yang sudah kusam.

“Ayah bagi,” jawab anak kecil itu. Tangannya masih menghulur petai yang masih
belum diambil Ain.

Ain jadi kasihan. Tangannya lantas menyambut huluran anak itu. “Cakap pada ayah,
cikgu ucap terima kasih.” Ipin angguk-angguk.

“Cikgu, terima kasih kerana pujuk ayah saya,” ucap Ipin.

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


“Sama-sama. Berterima kasih juga pada abang Zehran.”

Ipin angguk-angguk. Kemudian Ipin lari menyertai kawan-kawannya. Mata Ain


mengekor setiap langkah Ipin. Budak lelaki berambut kerinting dengan beg kain
berwarna hijau tua kelihatan girang apabila menyertai kawan-kawan sebayanya. Ain
senyum.

“Membalas budi?” tiba-tiba sahaja Ruqayah menegur. Ain terkejut. Dia menampar
lembut Ruqayah. Ruqayah senyum.

“Bukan membalas budi. Tapi berbahasa. Adat memberi dan adat membalas,” balas
Ain.

“Masak sambal tumis petai,” Ruqayah memberi cadangan.

“Kau yang masak ya.”

“Kenapa? Orang bandar tak pandai masak tumis petai.”

“Aku orang bandar yang kampung.”

“Apa-apa sahajalah,” balas Ruqayah sambil berlalu meninggalkan Ain yang masih lagi
tercegat.

“Aku ajak Zehran makan bersama kita ya. Biar dia rasa sambal tumis petai buatan
kau.”

Ain membulatkan matanya mendengarkan kata-kata rakan serumahnya itu.

***************

“Mama menangis?”

Ain hairan melihat mamanya berlinangan air mata.

“Dahulu lagi papa dah beritahu. Tak perlu ambil kursus perguruan tapi Ain degil.
Sekarang tengok apa sudah jadi. Bukankah lebih baik Ain uruskan sahaja syarikat
papa,” Dato’ Ahmed mencelah.

Ain lihat papanya.

“Oh ini pasal surat tadilah.” Ain mula mengerti kenapa rumahnya kelihatan muram
sahaja.

“Tak payahlah pergi Ain. Mama risau. Lagipun tempat yang Ain nak pergi itu

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


pedalaman. Mama takut Ain tak boleh suaikan diri nanti.”

“Mama, Papa, ini tugas seorang guru. Lagipun Ain suka apabila dapat mengajar di
sana. Memang sudah jadi impian Ain untuk membantu anak bangsa kita.”

“Suka. Mengajar anak Orang Asli di perkampungan Orang Asli.”

“Mama, Ain ibarat benih. Dihantar ke mana-manapun dia akan tumbuh. Cuma doa
mama dan papa sahaja yang berupaya menyiram benih itu untuk tumbuh subur.”

Datin Maria merenung anaknya. Dirangkulnya Ain. Mereka berpelukan. Ain juga
menitis air mata.

***************

Masih lagi menggunakan kapur. Papan hitam berlubang sebelah kiri. Kerusi meja
berselerakan. Lantainya hanya bersimen. Ain menghulurkan senyuman kepada anak
muridnya. hanya lima orang. Tiga perempuan dua lelaki.

“Bangun. Selamat pagi cikgu.” Seorang anak murid lelaki yang berkulit hitam bangun
mengucapkan hormat. Empat yang lain turut mengikut apa yang dikatakan oleh murid
lelaki tersebut.

“Selamat pagi,” balas Ain.

Ain ke mejanya yang sedikit berhabuk. “Menyesal? Aku tidak pernah menyesal,” bisik
hati kecilnya.

“Mana kapur tulis?” tanya Ain.

Seorang murid bangun. “Kapur tulis dalam meja.”

Ain memandang murid tersebut.

“Kamu Ipin?” tanya Ain lagi.

Murid tersebut mengangguk.

“Terima kasih kerana tumpangkan cikgu semalam.”

*****************

“Kalau begitu kita putus sahaja ikatan ini,” luah marah Imran.

Ain terpana. Tiga tahun bercinta sesenang itu sahaja Imran memutuskan apa yang
cuba dipertahankan selama ini.

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


“Putus disebabkan pendirian aku ini sahaja.”

“Selalunya keputusan kau tidak cocok dengan aku.”

“Hei Imran kenapa selama ini kau tak nampak ketidakserasian kita? Kenapa sejak
daripada dulu sahaja kau tidak putuskan ikatan ini?” Ain membalas marah.

“Kau yang tidak membuatkan kita serasi.”

Ain mengetap bibir. Imran sudah melampau. Hanya kerana tindakan aku menerima
tawaran mengajar di sana sahaja, Imran terus membuat keputusan sebegitu.

“Kau tahu tentang cita-cita aku kan. Baiklah kalau itu yang kau pinta aku terima
keputusan engkau. Di sana ada ramai lagi yang akan menerima kehadiran aku dalam
hidup mereka.”

“Carilah Orang Asli sebagai kekasih baru kau,” jerit Imran.

“Jangan menghina, Imran,” kali ini Ain telah kenal wajah sebenar Imran.

****************

Mujurlah beg yang diisi pakaiannya tidak besar. Jadi tidaklah berat sangat beban yang
ditanggung. Dia juga bernasib baik kerana telah diberitahu terlebih dahulu oleh guru
besar tempatnya akan mengajar. Guru besar itu memberitahu perjalanan masuk ke
perkampungan Orang Asli tersebut agak jauh. Jadi, janganlah bawa banyak barang.

Ain berhenti sebentar. Dia duduk pada akar pokok. Ain lihat kasutnya berselut merah.
Baju yang dipakainya basah dek peluh.

“Letihnya. Tapi letih lagi aku bercinta dengan Imran selama ini.” Ain senyum sendiri.

Baginya, potret Imran sudah lama dibuang jauh. Dia mahu membina lukisan hidup
yang baru. Ain angkat beg. Dia mahu meneruskan perjalanan. Jika dia menunggu
petang tentunya panas akan tiba.

Ketika Ain melangkah, sebuah motosikal menghampirinya. Motosikal itu berhenti


berdekatan dengannya. Penunggang motosikal yang tidak memakai baju itu berwajah
serius. Dia membawa beberapa potong rotan. Seorang anak kecil di belakangnya.
Duduk di atas potongan rotan tersebut.

“Pergi mana?” lelaki tersebut bertanya.

“Pergi sekolah rendah sana. Saya guru baru di situ,” jawab Ain teragak-agak.

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


Tali begnya dipegang erat. Dia sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang
buruk.

“Jauh lagi. Kena jalan jauh lagi,” beritahu lelaki itu.

“Tak mengapa,” balas Ain.

“Naik motor.”

“Hah! Naik motor.” Ain terkejut mendengar pelawaan lelaki itu. Naik motor dengan
lelaki Orang Asli yang tidak berbaju itu.

“Oh tidak, aku lebih rela berjalan kaki,” bisik hati Ain.

Lagipun mana ada ruang sudah. Motor tersebut telah penuh diikat dengan rotan.
Anaknya pun terpaksa duduk di atas batang rotan.

“Eh, tak mengapa pak cik,” Ain cuba menolak apabila lelaki tersebut turun daripada
motosikalnya.

Rotan yang dibawanya dilempar ke tanah. Anak lelaki tersebut juga sudah turun.
Lelaki itu merenung Ain. Ain jadi takut. Ain tidak selesa.

“Bukan naik dengan aku. Naik dengan dia,” lelaki tersebut seakan mengerti apa yang
difikirkan Ain.

“Dengan anak pak cik.” Ain terkejut apabila lelaki itu menunjuk ke arah anaknya yang
tersengih sejak daripada tadi.

“Dia pandai bawa motor. Sekolah itu jauh lagi.”

Ain serba salah. Jika sekolah itu jauh lagi dia perlu naik motosikal dengan anak lelaki
tersebut. Dia sudah penat berjalan. Anak lelaki tersebut tersengih menunggu dia
membuat keputusan.

******************

“Saya Zehran. Renjer hutan di kawasan ini,” pemuda yang berpakaian seragam hijau
memperkenalkan diri.

Ain lihat Ruqayah mengerling kepadanya.

“Zehran ini dah lama di sini. Dialah yang menolong aku masa mula-mula datang
dahulu,” terang Ruqayah. Ain angguk-angguk tanda mengerti.

“Saya harap Cik Ain tak macam guru-guru lain. Berpindah ke sini kemudian minta

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


tukar sebab tak tahan dengan suasana sekitar. Semua mahukan keselesaan. Saya
kasihan tengok anak-anak di sini.”

“Insya-Allah saya akan menjalankan tugas sebaik mungkin,” Ain seolah-olah berikrar
sebuah janji.

Zehran tersenyum. Nampak lesung pipitnya. Hati Ain tenang melihat wajah Zehran.
Entah kenapa apabila memandang wajah Zehran hatinya menjadi tenang. Semua
kesedihan hilang. Dia jadi ralit memandang wajah itu.

Ruqayah berdehem. Ain terkejut. Malu.

*****************

Sudah seminggu Ipin tidak datang ke sekolah. Ain benar-benar resah. Kelas yang lima
orang sudah jadi empat orang. Kadang-kadang pernah hanya dua orang sahaja di
dalam kelas. Sakitkah Ipin? Hati Ain teringat-ingat. Wajah Ipin yang selalu tersengih
dan sering menggaru kepala terbayang-bayang di fikirannya.

“Dia buat perangai lama dia,” Ruqayah menjawab apabila Ain memberitahu
permasalahan tentang Ipin sewaktu berada di bilik guru.

“Dulu dia kerap tak datang ke sekolahkah?” tanya Ain.

Ruqayah angguk-angguk. Namun terus menulis sesuatu di mejanya.

“Sejak engkau datang sahaja dia rajin datang. Mungkin dia terpesona dengan
kecantikan kau.”

Ruqayah cuba berkelakar namun Ain tidak ambil peduli. Dia teringatkan Ipin.

Ruqayah berhenti menulis. Dia merenung Ain.

“Kalau dia ponteng pun bukan sebab dia yang mahukan begitu.”

Ain pandang Ruqayah. “Habis itu sebab apa?”

“Tenaga mereka diperlukan untuk menolong keluarga. Aku pernah dengan yang si Ipin
itu kena tolong ayahnya cari rotan. Aku dengar juga yang ayah dia nak berhentikan
sekolahnya.”

Ain merenung jauh ke luar bilik guru. Kata-kata Ruqayah membuatkan hatinya terasa-
rasa.

*******************

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


“Kenapa cikgu suka pandang langit?” tanya Ipin yang datang bertandang ke rumah Ain.

“Sebab langit indah. Ada bintang. Ada bulan,” balas Ain.

Ipin mendongak. Melakukan apa yang dibuat Ain.

“Tapi malam ini tak ada bulan pun.”

Ain pandang Ipin. “Malam ini gelap. Kalau tak ada bulan, bintang masih ada.”

“Langit itu luas. Ipin cuba anggap langit itu sebagai cita-cita. Bukankah ia begitu luas
untuk digapai,” sambung Ain lagi.

Ipin diam. Ain tahu Ipin tidak faham dengan apa yang dicakapkan.

“Apa cita-cita Ipin?” tanya Ain.

Ipin termenung panjang. “Emm, nak jadi cikgu macam cikgu juga.”

“Wah bagusnya. Kenapa nak jadi cikgu?” tanya Ain lagi.

“Ipin nak mengajar di sini. Nak bantu orang kampung Ipin. Nak jadi macam cikgu.”

Ain tersenyum bangga. Begitu mulia dan tinggi hasrat anak itu.

“Kalau nak jadi cikgu kena rajin datang sekolah.”

“Emm,” Ipin angguk-angguk. Ain dapat lihat kesungguhan di wajahnya.

********************

“Kenapa pilih kawasan ini?”

“Aku antara manusia-manusia yang terpilih.”

Zehran renung Ain. Ain cuba mengalihkan pandangannya agar tidak bertembung
dengan pandangan pemuda itu. Ain malu.

“Kau pula kenapa berada di sini?”

“Kerana kau cintakan hutan. Sayangkan rimba. Di sini aku dapat semua itu.”

“Nak jadi Tarzan ya?”

Zehran ketawa.

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


“Kalau aku jadi Tarzan, aku mahu kau jadi Janenya.”

Ain diam. Apakah maksud kata-kata Zehran itu?

**********************

“Dia perlu tolong aku. Dia anak sulung kena kerja.”

Itulah jawapan yang diterima Ain tatkala dia berjumpa dengan ayah Ipin, Itam.
Mujurlah Zehran sudi menemankan dia mencari rumah Ipin.

Ain bertekad di dalam hatinya. Dia akan cuba memujuk agar Ipin dibenarkan
bersekolah semula.

“Ipin budak pandai. Nanti kalau besar dia boleh dapat kerja yang baik,” pujuk Ain
lagi.

“Kalau dia pandai, aku tak ada duit nak bagi di sekolah tinggi-tinggi.”

Ain dapat melihat kedegilan Itam.

“Kami Orang Asli hanya perlu hidup macam ini sahaja. Ipin kena tolong aku cari rotan.
Kalau tidak siapa yang nak bagi adik-adiknya makan.”

“Pak cik kena fikirkan masa depan Ipin. Pak cik nak lihat Ipin kerja macam pak cik?
Bersusah payah masuk hutan. Sedangkan anak orang lain belajar. Pak cik tak cemburu
lihat anak-anak orang lain kerja bagus-bagus sedangkan Ipin terus susah seumur
hidupnya.”

Entah dari mana Ain mendapat keberanian sebegitu untuk berkeras dengan ayah Ipin.
Itam merenung Ain. Ain menguatkan semangatnya. Biarlah apa yang berlaku dia tetap
akan memujuk Itam.

“Dia kena tolong aku,” rengus Itam terus berlalu pergi meninggalkan Ain.

Ain memandang Zehran. Memohon simpati.

********************

“Aku pernah terluka disebabkan cinta.”

“Sebab itu kau sampai ke sini?” teka Ruqayah.

“Tidak. Aku memang mahu ke sini. Tapi si dia tidak mengerti dan tidak mengizinkan
aku ke sini,” terang Ain.

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


“Tidak mahu mencari pengganti?”

Ain ketawa mendengar pertanyaan Ruqayah.

“Kenapa kau ketawa?”

“Entahlah barangkali lucu mendengar pertanyaan kau.”

“Lucu?”

“Ruqayah, cita-cita aku mahu membuat jasa untuk penduduk kampung ini terlebih
dahulu. Sekurang-kurangnya nanti ada anak murid aku yang berjaya.”

“Pelik.”

“Kenapa pula pelik?”

“Semangat keguruan kau itu.”

“Tak pelik pun.”

“Ada orang tanya kau.”

“Tanya apa? Kalau bab agama kau lebih bagus. Aku cikgu matematik sahaja.”

“Serius ini Ain. Bukan main-main.”

“Aku pun tak main-main.”

“Ada orang berminat dengan engkau.”

Ain terperanjat. “Siapa?”

“Pemuda berbaju hijau,” Ruqayah berteka teki.

Di fikiran Ain terbayangkan Zehran. Ain mengetapkan bibirnya. Rekahan pintu


cintanya dibuka buat kali kedua. Adakah cintanya akan bersemi jauh di pedalaman?

******************

“Zehran mahu berjumpa aku.”

Hati Ain berdebar-debar setelah diberitahu perkara itu oleh Ruqayah. Kata Ruqayah,
Zehran ada perkara penting yang mahu diberitahu.

“Adakah kerana pertanyaannya itu?”

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


Ain teringatkan apa yang telah disampaikan Ruqayah. Zehran berminat dengannya.

“Apakah aku telah bersedia bercinta semula setelah dikecewakan Imran?” Kisah Imran
masih menghantuinya.

“Aku datang ke sini kerana satu impian. Impian memberi ilmu.” Ain menggosok-gosok
jari jemarinya. Perasaan hatinya berperang-perang.

“Dah lama tunggu?” tiba-tiba suara Zehran menyapa. Ain terkejut.

“Baru sahaja,” jawab Ain ringkas.

“Ada perkara penting?” tanya Ain lagi. Zehran lama diam. Hati Ain resah.

“Saya dah berjaya pujuk Itam. Dia benarkan Ipin sekolah semula.”

Ain memandang Zehran.

“Betulkah apa yang awak cakap?” Ain begitu gembira mendengar perkara tersebut.
Walaupun sangkanya Zehran mahu bertanya tentang perkara yang pernah diberitahu
oleh Ruqayah.

“Ya.”

“Syukurlah. Terima kasih awak kerana membantu.”

“Sama-sama. Awak kena buktikan yang awak boleh didik pelajar macam Ipin sehingga
berjaya.”

“Saya akan buktikan,” janji Ain. Ain bangun.

“Awak nak ke mana?” tanya Zehran.

“Nak balik.”

“Saya belum tanya awak perkara yang penting itu lagi.”

“Tadi, perkara Ipin itu bukan perkara penting yang awak nak beritahu?”

“Ada lagi yang lebih penting.”

“Apa?”

“Saya mahu melamar awak.”

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


Ain diam. Kelu. Dadanya berdebar-debar.

-TamaT-

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


Cerpen : Kasih Seorang Suami

Mia mengerling jam di dinding.Sudah jam


1 pagi namun kelibat suaminya masih belum kelihatan.Dia mengeluh perlahan.Sejak
akhir-akhir ini suaminya amat sibuk.Dia bangun dari sofa untuk melangkah ke kamar
tidurnya.Tidak lama kemudian dia mendengar pintu utama dikuak.

“Abang dah balik ya.”Mia bergegas kepada suaminya.

“Ya.Mia tunggu abang ke?”Syafiq bertanya perlahan.Wajah Mia ditenung lama.

“Tadi Mia tunggu abang.Tapi abang lambat sangat balik.Elok je Mia nak masuk
bilik,abang dah balik.”Tutur Mia lembut.

“Maaf ye sayang.Abang banyak kerja sangat di pejabat.”Syafiq serba salah.Dia kasihan


kepada isterinya.Bukan dia sengaja hendak balik lewat malam begitu.

“Tak apa bang.Abang dah makan?”

“Dah tadi kat kafe pejabat.Sayang tak mengantuk lagi?”Syafiq bertanya sambil
tangannya memeluk erat pinggang isterinya.

“Belum lagi..”

“Jom kita duduk di sofa.”Syafiq menarik tangan isterinya.

“Penat sangat ke bang?”Terbit rasa kasihan di hati Mia melihat wajah lesu
suaminya.Tangannya lincah memicit-micit bahu Syafiq.

“Penatlah juga.Kerja tak habis-habis.”Syafiq memejamkan matanya menikmati urutan


lembut Mia di bahunya.

“Abang janganlah paksa diri abang sangat.Kalau penat,rehat.Kerja tu boleh


sambungkan.”

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


“Abang tak suka tangguh-tangguh kerja.Sayang pun tahukan.Eh Ikin dah tidur ya?”

“Dah lama tadi.Dia tunggu abang sampai tertidur.”

“Kasihan anak abang tu..”Syafiq meleretkan kata-katanya.

“Kat mama dia tak kasihan ke?”Mia menduga.

“Kat mama dia lagi kasihan.Abang rindu sangat kat Mia.Yelah,pagi-pagi abang ke
pejabat.Balik pula lewat.Tak sempat abang nak bermanja dengan isteri abang
ni.”Syafiq mengusap-usap lembut leher Mia.

Mia senyum.Dia pun rindukan suaminya.Walaupun tinggal sebumbung,kadang-kadang


dia berasa amat jauh dengan suaminya.Adakala tercalit juga perasaan curiga di
hatinya.Dia takut suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.Tapi
sebelum perasaan curiga itu menyelubungi seluruh hatinya,dia pantas mengusir jauh
perasaan curiga tersebut.Dia yakin dengan suaminya.Suaminya tidak pernah
menipunya selama ini.

“Mia..jangan prasangka terhadap abang ya.Abang balik lewat sebab kerja.Abang tak
buat benda bukan-bukan di belakang Mia.Mia percayakan abangkan?” Syafiq seperti
dapat menduga gelora di hati Mia.

“Mestilah Mia percayakan abang..”Mia mengucup lembut pipi suaminya.

Syafiq tersenyum bahagia.Mia amat memahami dirinya.Bagi dirinya,Mia adalah


seorang isteri yang sempurna.Makan pakainya tidak pernah terabai.Sungguh,dia amat
menyayangi dan mencintai isterinya itu.Walaupun berjuta dugaan yang datang
melanda,cintanya terhadap Mia tetap teguh.

--------------------------------------

Mia memandang kesekeliling rumah.Hatinya kosong.Dia berasa amat sunyi.Waktu


begini dia amat mengharapkan Syafiq berada di sisinya.Dia rindukan bisikan cinta
Syafiq.Dia rindukan belaian mesra Syafiq.Dan dia rindukan segalanya tentang lelaki
itu.Tapi walau sebanyak mana pun dia rindukan Syafiq,dia mengerti kerinduannya
tidak akan terubat.Sejak Syafiq dinaikkan pangkat menjadi Pengarah Urusan,suaminya
itu sudah tidak mempunyai banyak ruang untuknya dan juga untuk anak mereka.Sudah
lima tahun perkahwinan mereka dan sebelum ini dia tidak pernah berasa sunyi seperti
ini.Dia mahukan rumahtangga mereka seperti dulu.Mia melepaskan nafasnya perlahan.

“Mama..papa mana?” Ikin yang baru berusia 4 tahun bertanya.

Pertanyaan Ikin mengejutkannya dari lamunan.Dia menatap wajah mulus Ikin.Rasa

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


sedih menyerbu hatinya.Si kecil itu juga merindui papanya.

“Papa kerja sayang..”Mia mengusap pipi tembam Ikin.

“Bila papa balik?”anak kecil itu bertanya lagi.

“Malam nanti papa balik.Kita tunggu papa sama-sama ya nanti.”Dia tahu Ikin juga
rindukan Syafiq.Mana taknya,Syafiq ke pejabat ketika Ikin masih enak tidur.Dan ketika
Syafiq balik,Ikin sudah pun tidur.

Ikin mengangguk seakan mengerti.Dia meneruskan bermain permainannya.

Mia kembali mengelamun.Rasa bosan masih menguasai hatinya.Dia hendak berkerja


tetapi Syafiq tegas melarangnya.Syafiq mahukan dia berada di rumah.Dan yang paling
penting Syafiq mahu dia yang menjaga Ikin saban waktu.Kerana taatkan suami,dia
mengikut kehendak Syafiq tanpa ragu.

--------------------------------------------

Syafiq mengurut-urut lehernya.Lenguhnya mula terasa.Dari tadi dia tekun menyiapkan


tugasannya.Dia menarik nafas panjang lalu dihembus perlahan.Matanya melekat pada
gambar berbingkai yang terletak elok di atas mejanya.Diambil gambar berbingkai
tersebut.Bibirnya mengukir senyum.Gambar Mia yang sedang mendukung Ikin
dipandang lama.Saat itu rindu kepada Mia menerjah sanubarinya.Dan dia tahu
isterinya itu juga merinduinya.Dia dapat merasakannya.

“Maafkan abang sayang.Abang tak dapat selalu temankan Mia.But I always love
u..”kata Syafiq sambil matanya masih tetap menatap gambar tersebut.

Ketukan di pintu biliknya mengganggu emosinya ketika itu.

“Masuk.”Syafiq sedikit menjerit.

“Hai Fiq.Busy ke?” Amran bertanya.

“Agakla..”pendek jawapan Syafiq.

“Busy dengan gambar isteri kau tu ya?”Amran tersengih.Matanya mengerling bingkai


gambar yang berada di tangan Syafiq.

“I miss her so much..”luah Syafiq.

Amran ketawa.Kemudian dia mengeleng-ngelengkan kepalanya.“Fiq,kau tu dah lama


kahwin.Tapi macam pengantin baru.Bukannya kau duduk jauh dengan isteri kau.”

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


“Memanglah.Semakin hari aku semakin rindukan dia,semakin cintakan dia.Walaupun
kami tinggal bersama,kami jarang berbicara.Kau pun tahukan,aku sibuk dengan
kerja.”

“Kau tu yang gila kerja Fiq.”Bidas Amran.

“Bukan gila kerja.Kerja yang selalu menghambat aku.Sampai aku dah tak boleh lari
dah.”Syafiq mengeluh perlahan.

“Hidup ni kena berkorban Fiq.Aku datang ni nak bagitahu kau,petang ni ada


mesyuarat.Jangan tak datang pula.”Amran berpesan sebelum melangkah keluar dari
bilik Syafiq.

Mesyuarat lagi? Syafiq mengeluh untuk kesekian kali.Dia baru bercadang untuk pulang
awal.Dia rindukan isteri dan anaknya.Tapi niatnya itu terpaksa dibatalkan.Dia melihat
jam di pergelangan tangannya.Sudah jam 4 petang.Dan dia tahu mesyuarat yang akan
berlangsung nanti sudah pasti akan lambat habis.Dan dia juga sudah pasti akan pulang
lewat.Syafiq mengeluh lagi,Saat itu wajah Mia dan Ikin datang silih berganti di ruang
mindanya.

--------------------------------------

Syafiq menapak ke dalam rumah.Rumahnya gelap.Hanya cahaya dari tv yang


menerangi ruang tamu rumahnya.Dia mencari kelibat isterinya.Dalam cahaya yang
samar dia melihat susuk tubuh isterinya yang berbaring di sofa.Perlahan-lahan dia
mendekati isterinya.Isterinya itu telah nyenyak tidur.Syafiq duduk di atas lantai betul-
betul berhadapan dengan isterinya.Tangan kanannya mengelus perlahan rambut
Mia.Wajah putih bersih Mia ditatap penuh minat.Dia terleka menatap wajah indah
milik isterinya.Wajah itu tetap cantik dan masih mampu mencairkan
hatinya.Hembusan nafas Mia dapat ditangkap oleh telinganya walaupun
perlahan.Syafiq menngucup lembut pipi Mia.Kasihnya terhadap Mia semakin
menggunung dari ke hari.Dan cintanya terhadap isterinya itu semakin bercambah dari
hari ke hari.Perlahan-lahan Syafiq mengangkat tubuh genit Mia.Dia tidak mahu
mengganggu lena isterinya.

“Abang dah lama balik?”Mia menggeliat kecil dalam rangkulan suaminya.

“Baru je.”Matanya melekat di wajah Mia.

“Kenapa tak kejutkan Mia.Susahkan abang je nak usung Mia.”Mia melingkarkan kedua-
dua tangannya di leher Syafiq.Bibirnya tersenyum manis.

“Abang tak nak kejutkan Mia tadi.Lena betul abang tengok Mia tidur.”Senyuman manis

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


Mia menggetarkan jiwa lelakinya.

Syafiq membaringkan Mia ke atas katil.Ditariknya comforter menyelimuti tubuh


Mia.Selepas itu dia duduk di birai katil bersebelahan dengan isterinya.Wajah Mia
ditenung tidak berkelip.

“I’m sorry honey..Abang balik lewat lagi.”Rasa bersalahnya membalut hati.

“Syyhh..tak payah minta maaf.Abang ada mesyuaratkan.Tak apa..Lagipun abang dah


call Mia bagitahu abang ada mesyuarat.”Mia menggenggam erat tangan suaminya.

“I love you so much sayang..”Syafiq berkata tiba-tiba.Ungkapan itu lahir ikhlas dari
dasar hatinya.

“I love you too..”Balas Mia.Dia megucup tangan suaminya.

“Mia tidur dulu ya.Abang nak jenguk Ikin kejap.Lepas tu abang nak mandi.”Selepas
berkata-kata,Syafiq mengucup bibir mungil Mia.

Mia hanya tersenyum dan mengangguk.

Syafiq membuka pintu bilik Ikin perlahan.Anak kecilnya itu sedang lena diulit
mimpi.Perlahan-lahan dia mencium dahi anaknya.Selepas itu diusap-usap kepala anak
kesayangannya itu.Bibirnya mengukir senyum.

“Maafkan papa sayang…”Bisiknya di telinga Ikin seolah-olah Ikin dapat mendengar


bicara yang tercetus dari bibirnya.

Ikin menggeliat.Terasa lenanya diganggu.Dengan pantas tangan Syafiq menepuk-nepuk


belakang anaknya.Dia menunggu sehingga anak kecil itu lena kembali.

-----------------------------

“Abang minta maaf.Abang tak boleh temankan Mia pergi kenduri tu hari ni.”Syafiq
serba salah untuk menuturkan ayat itu.Namun dia tiada pilihan.

“Kenapa bang?”Mia menyoal.Kecewa mula menguasai jiwanya.

“Abang ada meeting.Tadi baru abang dapat call.”

“Tapi semalam abang dah janji dengan Mia..”kata-katanya dileretkan.Mengharap


simpati dari suaminya.

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


“Abang minta maaf.Tiba-tiba hari ni ada meeting.Dan meeting tu penting.”Syafiq
menjelaskan.

“Mia ni tak pentinglah?”Tanya Mia tidak puas hati.Tangkai hatinya seperti ditarik-tarik
saat itu.Pedih di hati hanya tuhan saja yang tahu.

“Please sayang..Mia pun penting.Mia hidup abang..”Syafiq memeluk kejap bahu Mia.

Mia melepaskan diri dari pelukan Syafiq.Hatinya menjadi tawar.Dengan langkah yang
longlai dia menapak ke balkoni bilik.Angin dari luar menghembus wajahnya.Dia hanya
membiarkan.Mengharap angin dapat menyejukkan jiwanya yang sedikit membara
ketika itu.Sebak yang membuak di dadanya ditahan.Dia tidak mahu air matanya
tumpah.Dia harus kuat.

Syafiq mengeluh perlahan.Dia tahu isterinya sedang merajuk.Bukan sekali dua dia
mungkir janji terhadap isterinya tapi berkali-kali.dan setiap kali itulah Mia akan
memaafkannya.Bukan dia sengaja mungkir janji.Bukan dia sengaja mahu menyakiti
hati isterinya.Tubuh Mia yang membelakangi dirinya dipandang.Dia melangkah ke arah
Mia.

“Sayang..”Panggilnya lembut.Syafiq memeluk Mia dari belakang.

Mia hanya diam.Dia sudah malas mahu berkata-kata.Tangan Syafiq yang melingkar
kemas di pinggangnya dibiarkan.

“Sayang marah abang ya?” Syafiq mengucup lembut cuping telinga Mia.

“Mia dah tak larat nak marah-marah bang.Abang tu selalu busy.”Mia memaksa dirinya
untuk berkata-kata.

“Maafkan abang ya.Abang janji.Lepas projek di Sungai Buloh tu selesai,abang akan


temankan Mia.Sayang nak pergi mana pun abang ikut.”Syafiq memujuk.Bibirnya
dibenamkan ke leher isterinya.

“Abang selalu macam tu.Berjanji bagai nak rak,tapi asyik mungkir janji je.”Bidas Mia.

“Come on dear..Kali ni abang betul-betul janji.”Syafiq memalingkan tubuh Mia


mengadapnya.Wajah Mia masam mencuka.Tiada senyuman untuknya.

“Eloklah tu tunjuk muka masam kat suami.Tak nak masuk syurga ke?”Sakat Syafiq.

Mia hampir tergelak mendengar kata-kata Syafiq.Rajuknya sudah tidak


menjadi.Pantas tangannya menumbuk manja dada Syafiq.Suaminya itu memang
pandai memujuk.

“Macam tulah.Kan manis kalau senyum.Mia tahu tak senyuman Mia ni lah yang buat

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


abang tak lari kemana-mana.Abang setia dengan Mia je.”Syafiq mengusik.Dia lega
melihat Mia sudah boleh tersenyum.

“Mia pegang janji abang tadi tau.Kalau abang mungkir lagi,siap abang.”Mia mengugut.

“Iye..abang akan tunaikan janji abang tu.Eh si comel abang tu tengah tidur ya?”Syafiq
baru teringat akan Ikin.

“Tidur lagi.Ikin tu selagi tak pukul 10 tak bangunlah dia.”

Syafiq senyum.“Abang pergi dulu.Jaga diri baik-baik.Kunci semua pintu tau.”Pesan


Syafiq.

“Abang pun hati-hati,Jangan bawa laju sangat.”Mia menyalami tangan suaminya.

Syafiq mengangguk.Dia tunduk mengucup lembut dahi Mia.Syafiq melangkah menuju


ke pintu bilik.Sebelum menutup pintu bilik dia memandang isterinya.

“Mia tak pergi kenduri tu?”

“Mia pergi.Tunggu Ikin bangun dulu.Tak sampai hati nak kejutkan dia.”

“Jangan pergi lama sangat.I love you sayang…”Syafiq melambai isterinya.

Mia hanya mengeleng melihat tingkah suaminya.

-------------------------------

Mia memandang ke sekeliling restoran.Kelibat lelaki itu belum kelihatan.Dia


mengerling jam ditangannya.Dia mendengus perlahan.Lelaki itu sudah lewat 10
minit.Mia kembali menyedut air dari gelasnya.Air oren di dalam gelasnya sudah
tinggal separuh.

“Hai..sorry I’m late.”

Mia mendongak.Lelaki tu sedang tersenyum kepadanya.

“Duduklah.”Mia berkata pendek.

“Anak you mana?” Tanya lelaki itu.

“Ada kat rumah Mak Su dia.”Mia menjawab.

Lelaki itu meratah setiap inci wajah Mia.Wanita itu masih cantik walaupun sudah

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


bergelar seorang ibu.Sayang wanita itu bukan bergelar ibu kepada anaknya.

“Zam..please jangan tengok I macam tu.”Mia kurang selesa.Dia perasan mata Zamrul
tepat menikam wajahnya.

“Salah ke? I rindukan you.Dah lama I cari you.Dan sekarang baru I jumpa you.”Dalam
hatinya dia bersyukur kerana menghadiri majlis kenduri kawannya.Di majlis itulah dia
berjumpa dengan Mia kembali.Kekasih yang menghilang tanpa jejak enam tahun lalu.

“I isteri orang..”Mia mengingatkan statusnya kepada Zam.

“Yes,I know that.”Pantas Zamrul berkata.

“You dah kahwin?” Mia sekadar bertanya untuk menutup gelisah di jiwa.

“Belum..I tunggu you.Tapi I kecewa sebab you dah kahwin dengan orang lain.”Zam
berterus terang.Memang dia menunggu Mia selama ini.Tapi dia kecewa kerana Mia
sudah menjadi milik insan lain.Dan membuatkan dia lebih kecewa,Mia
meninggalkannya tanpa jejak.

“I minta maaf.You jangan ungkit kisah lama tu boleh tak?”Mia lemas dalam jiwanya
sendiri.Kisah silam antara dia dengan Zamrul sudah dilupakan sejak dia berkahwin
dengan Syafiq.Dan yang membuatkannya terus melupakan Zamrul adalah kerana kasih
sayang dan cinta Syafiq yang tidak bersempadan buatnya.

“I bukan nak mengungkit kisah silam kita.I cuma nak tahu kenapa you hilangkan diri
dari I macam tu je?” Zamrul inginkan jawapan.Jawapan kepada persoalan yang
menghuni benaknya selama 6 tahun.Dan Mia sahaja yang mempunyai jawapan kepada
persoalan itu.

“Kalau I tak nak bagitahu?”Mia sengaja menguji.Berat hatinya untuk mengorek semula
kisah lama yang sudah tertanam elok di sudut hatinya.

“Intan Damia..please..tell me..”Zamrul sudah merayu.Perasaannya meronta-ronta


ingin tahu.

“Sebab I kena kahwin dengan Syafiq.”Mudah sahaja jawapan Mia.

“Sebab tu you sanggup tinggalkan I?” Zamrul tidak puas hati mendengar jawapan
Mia.Mudahnya Mia melupakan cinta mereka semata-mata untuk berkahwin dengan
Syafiq.

“I tak ada pilihan lain.I terpaksa kahwin dengan dia.I tak tahu kami ditunangkan
semasa kecil.I tak sampai hati nak beritahu you pasal tu.”Mia membongkar semula
kisah lamanya.Rasa bersalahnya melingkari jiwanya.

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


“You patut bagitahu I.Kita boleh selesaikan masalah tu bersama.Ini tidak,you pergi
macam tu je,tak cakap apa-apa kat I.”

“Sudahlah Zam.I dah lupakan semua kisah kita.I sedikit pun tak menyesal kahwin
dengan Syafiq.I bahagia Zam..”

“You bahagia,tapi I? You kejam Mia.You bahagia tapi I menderita.You know how much
I love you right?” Keras suara Zam.Hatinya kembali ditoreh.Luka lama yang hampir
sembuh mula berdarah kembali.

“I minta maaf sangat-sangat.Bukan niat I nak kecewakan you.Please understand


me..”Mia menahan sebak yang perlahan-lahan menziarah hatinya.

“Sampai sekarang I masih cintakan you..”Zamrul melahirkan rasa hatinya yang tetap
tidak berubah.Cintanya terhadap Mia masih melekat kemas di hati.

Mia menatap wajah Zamrul.Lelaki itu masih seperti dulu.Masih tampan seperti dulu
dan tiada apa yang berubah tentang lelaki itu.Saat mata Zamrul bertembung pandang
dengan matanya entah kenapa jantungnya memainkan irama kencang.Irama sama
yang pernah dimainkan oleh hatinya 6 tahun lalu ketika dia bersama lelaki itu.Dia
tunduk.Dia kalah dengan renungan mata Zamrul.Terasa panahan tajam mata Zamrul
meresap masuk ke dalam sanubarinya.Sedang asyik mindanya memutar kembali
rakaman kisah silamnya dengan Zamrul,wajah Syafiq menari-nari di tubir matanya.Dia
mengucap panjang,sedar hatinya curang saat itu.

“I balik dulu.I takut anak I menangis ditinggalkan lama-lama sangat.”Mia rasa itulah
alasan terbaik untuk dia mengundur diri.

Zamrul mengangguk.Pedih di hatinya di tahan.Dia memandang sayu langkah


Mia.Wanita itu bukan lagi miliknya..

---------------------------------

Mia memandang Syafiq yang sedang lena tidur di sebelahnya.Wajah suaminya amat
tenang ketika tidur.Kadang-kadang dengkuran halus Syafiq jelas kedengaran di
telinganya.Dia melihat jam loceng di sisi katil.Sudah jam 2 pagi namun matanya masih
segar.Entah mengapa sejak dia bertemu kembali dengan Zamrul,dia sukar menidurkan
matanya.Ingatan terhadap lelaki itu semakin kuat mengetuk pintu hatinya.Perlahan-
lahan dia bangun dari katil.Kakinya diatur ke arah balkoni bilik.Sebaik sahaja dia
membuka jendela balkoni,angin pagi terus menerpa tubuhnya.Kesejukan mula
membalut dirinya.Pantas dia memeluk tubuh.Matanya memandang ke arah luar.Hanya
kegelapan malam yang dijamu matanya.Dia mengeluh perlahan.Kenangan silam antara
dia dengan Zamrul kembali menerjah memori ingatannya.Dia menutup mata cuba
mengusir jauh kenangan tersebut.Kenangan indah yang diakhiri dengan perpisahan itu
cukup merobek hatinya.Hatinya sudah tiada buat insan yang bernama Ahmad

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


Zamrul.Dia telah menyerahkan seluruh hatinya kepada suaminya.Dan suaminya hanya
berhak yang menjadi pemilik hatinya.Namun mengapa saat itu wajah Zamrul sukar
dikikis dari ingatannya?

“Sayang..”

Mia tersentak dari lamunannya yang panjang.Terasa hangat tubuh suaminya melekap
di badannya.

“Ya bang..”Mia turut memeluk suaminya.

“Kenapa tak tidur lagi ni?”Syafiq sedikit hairan.Biasanya waktu begini isterinya itu
sudah enak dibuai mimpi.

“Mia tak mengantuk..”Jujur jawapannya.

“Mia berangan pasal abang ya..”Syafiq menyakat.

Mia diam.Dia berasa bersalah yang amat sangat.Tidak patut seorang isteri memikirkan
lelaki lain selain suaminya.Tapi dia?

“Abang rindukan Mia.Abang rasa kita dah jauh sikit.Salah abang sebab selalu tiada
masa dengan Mia dan Ikin.”Syafiq menyalahkan dirinya.Tuntutan kerja
membuatkannya dia alpa terhadap rumahtangganya.

“Abang kerja bukan buat benda tak elokkan.Mia tidak kisah.”Tidak kisah? Betulkah dia
tidak kisah? Setiap saat dia amat mengharapkan Syafiq berada di sisinya.Tapi dia
hanya pendamkan keinginannya itu.

“Terima kasih sebab memahami abang.”Syafiq mengucup kedua-dua belah pipi Mia.

Mia senyum.Ya,dia memahami suaminya.Tetapi Syafiq? Fahamkah Syafiq yang jiwanya


menjerit sunyi setiap hari?

“Jom tidur bang.nanti lewat pula abang pergi kerja esok.”Mia melangkah ke katil tapi
ditahan oleh Syafiq.Mia mengangkat kening tanda tidak mengerti.

“Temankan abang kejap.Abang tak puas lagi dengan Mia.Bukan senang kita boleh
berdua macam ni.”

“Baiklah bang.”Mia kembali ke dalam pelukan suaminya.

Bibir Syafiq mengukir senyum indah.Damai hatinya bersama isterinya saat itu.Sungguh
dia rindukan saat-saat indah bersama isterinya.Tangannya membelai lembut wajah
Mia.Haruman mewangi dari rambut Mia sedikit sebanyak membuatkan hati lelakinya
resah.Isteri yang dinikahinya 5 tahun lalu masih bisa membuatkan tiang imannya

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


bergegar.Tubuh Mia dipeluk erat.

----------------------------

“I balik dulu ya.”

“Takkan you dah nak balik.Awal lagi ni.”Terasa berat hatinya ingin melepaskan Mia
pulang.

“Dah lama kita keluar.”Mia tidak senang duduk.

“Sabarlah sayang.Kita pergi tengok wayang dulu nak?”Ajak Zamrul.

“You ni..Jomlah balik.”

“Bukan senang nak keluar dengan you tau tak.Banyak je alasan you.Anak you
demamlah,you tengah masaklah.Tak larat I nak dengar tau tak?”

Mia tergelak.Alasan-alasan itu memang sengaja direkanya.Dia ragu-ragu untuk keluar


dengan Zamrul.Tapi hari itu dia menerima ajakan Zamrul.Dia sudah bosan terkurung
di rumah.Dia sudah bosan dengan kesepiannya.Dia juga sudah jemu dengan
kesunyiannya.Dan ternyata rasa sunyinya hilang apabila bersama Zamrul.Lelaki itu
pandai membeli hati sunyinya.

“Macam mana kalau orang nampak? I tak nak Syafiq tahu nanti.”Mia cemas sendiri.Dia
takut tingkah lakunya dapat dihidu Syafiq.

“Kita tak buat benda salahkan.Kita keluar jalan-jalan je.”Tutur Zamrul ingin
meyakinkan Mia.

Tak salah? Tak salahkah seorang isteri keluar dengan lelaki lain? Itupun tanpa
pengetahuan dan keizinan suaminya.

“Lain kali lah kita keluar.”

“No..jom temankan I tengok wayang.”Zamrul menarik perlahan tangan Mia.

Mia tiada pilihan.Akhirnya kakinya mengikut rentak kaki Zamrul.Rasa bersalah yang
berkumpul di jiwanya ditolak sejauh mungkin.

------------------------------------

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


‘Abang balik lambat hari ni.Jangan tunggu abang.I miss you..’

Sms ringkas dari Syafiq dipandang lama.Hatinya tidak lagi memberontak.Dia sudah
tidak kisah jika Syafiq pulang lewat.Kini dia sudah mempunyai teman di kala dirinya
dihempap kesunyian.Zamrul..lelaki itu saban hari tanpa jemu menjadi peneman
kesepiannya.Malah dia tidak betah jika tidak berhubung dengan Zamrul.Lelaki itu
begitu bijak mencorakkan warna ceria di jiwanya.Lelaki itu juga cerdik mengusir duka
dan lara dari sudut hati gelapnya.Bunyi telefon bimbitnya menarik perhatiannya.Sms
yang baru diterima dibaca.

‘I tunggu di tempat biasa.’

Sms dari Zamrul membuatkan jiwanya segar.Membuatkan hatinya mekar


membunga.Layanan Zamrul membuatkannya lupa tentang status dirinya.Dan Zamrul
sendiri pun tidak pernah mengingatkannya tentang itu.Dia bingkas bangun menuju ke
bilik untuk bersiap.

“Sampai bila kita macam ni?”

“Maksud you?” Darahnya terasa deras mengalir.

“Yelah.Takkan hubungan kita tak ada penghujung.”Zamrul merenung Mia tidak


berkelip.

“Memang hubungan kita tak ada penghujung Zam.Jangan mengharap pada yang tak
pasti.”Mia berasa tidak senang dengan apa yang dituturkan oleh Zamrul.

“Tak boleh ke kita bersama?”Zamrul masih mengharap.

“I dah kahwin Zam.”Walaupun masih tercalit sedikit cinta dihatinya untuk


Zamrul,mustahil untuk dia bersama lelaki itu.Tapi dia mengakui sayangnya pada lelaki
itu semakin bercambah.

“Tinggalkan suami you.” Lancar sahaja kata-kata tersebut tercetus dari bibir Zamrul.

“I sayangkan rumahtangga I.”

“You tak sayangkan I?” Tanya Zamrul.

Pertanyaan Zamrul membuatkan Mia tersentak.Pantas wajahnya ditundukkan.

“Jawab Mia..Jujur dengan I..”Tangan Zamrul menyentuh dagu Mia.Perlahan-lahan


wajah Mia didongakkan.

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


“I akui.Sejak you hadir semula dalam hidup I memang I gembira.I dah tak rasa
sunyi.Sayang I pada you tak pernah hilang sejak 6 tahun lepas.Tapi sayang tu I dah
simpan kemas dalam kotak hati I.Dan kalau boleh I tak nak bukanya lagi.” Mia berkata
jujur.Baginya tiada apa yang perlu disembunyikan daripada Zamarul.

“Tapi I tahu ia dah terbuka sedikit demi sedikit kan?” soal Zamrul menduga hati Mia.

“Walaupun terbuka,I akan tutup kembali.”Tegas suara Mia.

“I tahu susah you nak padamkan cinta kita dulu.”

“Ya..tapi I dah cuba yang terbaik untuk melupakan kisah cinta kita dulu.”

“Tapi you masih tak dapat lupakannya kan?” Zamrul menduga lagi.Dia ingin mengorek
isi hati Mia.

“Sudahlah Zamrul.”Dia takut jika hatinya sekali lagi tunduk pada cinta Zamrul.Lelaki
itu masih menghuni di sudut hatinya.

`You fikirlah dulu.I tak akan desak you.”

Perlukah dia berfikir? Bukankah dia bahagia bersama Syafiq? Syafiq adalah suami yang
terbaik untuknya.Tapi kenapa saat itu hatinya meronta ingin bersama Zamrul?

--------------------------------

Syafiq pulang awal hari itu.Dia memandang Mia yang leka menonton tv.Isterinya itu
sudah tidak lagi meyambutnya seperti biasa.Perubahan sikap isterinya sejak
kebelakangan ini menyesakkan dadanya.Merajukkah Mia? Syafiq menghampiri
isterinya.

“Khusyuknya sayang abang ni.”Syafiq melabuhkan punggungnya di sebelah Mia.

“Eh abang.Mia tak perasan abang balik tadi.”

“Tak apa.Sebab hari ni abang balik awal kan? Tu yang tak perasan.”Syafiq
melentokkan kepalanya ke bahu Mia.Dia rindu untuk bermanja dengan isterinya.

Mia kekok.Sudah lama suaminya tidak bermanja dengan dirinya.Dia gelisah.Selama ini
memang kemesraan dari Syafiq yang diingininya.Tapi malam itu kemesraan Syafiq
membuatkan dirinya lemas.

“Kenapa diam saja? Merajuk dengan abang ya?”Syafiq mencuit hidung Mia.

Merajuk?Dia sudah tidak kuasa hendak merajuk.Hatinya tawar saat itu.Tingkah Syafiq

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


yang romanti tidak dapat membeli hatinya.

“Tak lah.Mia okey je..”Mendatar suaranya.

“Jangan merajuk,nanti lekas tua.”Syafiq menyakat.Bibirnya bermain-main di leher


Mia.

“Sayang..”panggil Syafiq lembut.

“Ada apa bang?”

“Erm layan abang malam ni boleh?” Keinginan untuk bersama isterinya semakin kuat
menarik nafsunya.

“Err Mia mengantuklah abang.Lain kali ya.Mia masuk tidur dulu ya.”Mia melepaskan
pelukan Syafiq dan terus menuju ke bilik.Dia tidak tahu mengapa mulutnya menolak
walaupun hatinya menjerit mahu bersama Syafiq.

Syafiq memandang lesu langkah isterinya.Selama 5 tahun perkahwinan mereka,ini kali


pertama Mia menolak keinginannya.Hatinya berdetik hairan.

-------------------------

Zamrul diam menanti bicara daripada Mia.Wanita itu hanya diam seribu bahasa.Seksa
jiwanya menanti kata Mia.

“Macam mana?”

“I takkan tinggalkan Syafiq.”Muktamad keputusan Mia.

“Please Mia..”Zamrul tidak senang duduk.

“I keliru Zam..”Mia menundukkan wajahnya.

“I tahu masih ada cinta you untuk I kan.”

Mia hanya diam.Dia sudah kehilangan kata-kata.Berdepan dengan Zamrul membuatkan


dia lemah.Lemah dek kisah cinta silam yang masih menghantui jiwanya.

Zamrul menggenggam erat tangan Mia.Mia hanya membiarkan.Siapa pilihannya


sebenar? Mengapa Zamrul hadir dalam hidupnya saat dia kesepian? Dan kesepian itu
adalah punca dia memulakan kembali hubungannya dengan Zamrul.

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


Syafiq berpaling untuk melangkah.Adegan yang dilihat tadi benar-benar menguji
hatinya.Matanya telah menjawab segala persoalan yang bermain di mindanya.Kini dia
tahu mengapa sikap Mia terhadap dirinya berubah.Mia telah merobek segala isi
hatinya.Hatinya benar-benar telah kosong ketika itu.Dia mengucap panjang
meredakan amarah yang meledak di jiwanya.Isteri..tegarnya dirimu..

------------------------------------

Mia mendukung Ikin yang sudah lena tidur.Pintu kereta ditutup perlahan.Kakinya
diatur ke dalam rumah.Dengan sebelah tangannya,Mia terkial-kial cuba membuka
pintu rumah.Tiba-tiba dia tersentak kerana pintu dibuka dari dalam.

“Abang..”sapanya perlahan.Dia tidak menyangka yang Syafiq akan pulang awal hari
itu.

“Dari mana?” Syafiq bertanya ringkas.

“Tadi jumpa kawan.Lepas tu ambil Ikin dari rumah Mak Su dia.”

“Mia letak Ikin dalam bilik dulu.Abang ada benda nak cakap dengan Mia.”Syafiq
menuju ke sofa di ruang tamu.

Mia hanya mengangguk,akur dengan kata-kata suaminya.Dia cemas tiba-tiba.Perkara


apakah yang ingin diberitahu Syafiq kepadanya? Mindanya tidak dapat memproses
jawapan kepada persoalan yang berlegar di benaknya.

“Abang..ada apa?” soalnya.Dia duduk di atas sofa berhadapan dengan Syafiq.Wajah


suaminya ditenung lama.

“Mia cintakan dia?” Syafiq bertanya tiba-tiba.

Mia terkedu.Soalan apakah itu?

“Abang nampak semuanya tadi.Jawab soalan abang.”

“Apa maksud abang ni?” Mia berpura-pura tidak faham.

“Lelaki yang berpegangan tangan dengan Mia di restoran Bayu petang tadi.Mia
cintakan dia?” Syafiq menyoal buat kali kedua.

Dia tidak menyangka kedatangannya ke restoran Bayu petang tadi akan membongkar
kecurangan isterinya.Dari jauh dia melihat tangan Mia erat dalam genggaman lelaki
yang tidak dikenalinya.Dan pada masa itu hanya tuhan saja yang tahu betapa
kecewanya dia.Segunung kepercayaan yang diberikan kepada Mia runtuh berkecai

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


menindas hatinya.

“Abang..maafkan Mia.Kami cuma kawan.”Mia mendekati suaminya.Dia melutut di kaki


Syafiq.

“Kawan ke macam tu Mia? Sampai pegang-pegang tangan.”Syafiq bersuara


perlahan.Semangatnya entah terbang kemana.

“Mia tiada apa-apa dengan dia bang.Trust me..”rayu Mia.

“Abang tengok Mia gembira bersama dia.Kalau Mia cintakan dia,abang akan lepaskan
Mia..”Berat hati Syafiq melafazkan kata-kata itu.Namun digagahkan jua hatinya.

Mia mendongak mencari wajah Syafiq.Kemudian dia mengeleng berkali-kali.

“Apa abang cakap ni?”Dia tidak percaya dengan apa yang didengarinya tadi.

“Mia sunyikan hidup dengan abang.Abang sibuk dengan kerja sampai abang abaikan
rumahtangga kita.”Syafiq menyalahkan dirinya sendiri.

“Tidak bang.Mia yang salah.Mia ikutkan sangat rasa sunyi yang merajai hati Mia.Mia
lupa menjaga status Mia sebagai isteri abang.Maafkan Mia..”Mia mula
teresak.Sungguh,dia menyesal akan perbuatannya.Dia sedar cinta dan sayangnya
hanya untuk Syafiq.Namun dia alpa dengan keceriaan yang diberikan oleh Zamrul
sehingga dia lupa akan kasihnya terhadap suaminya itu.

“Abang tak salahkan Mia..”Tenang Syafiq berkata.Wajahnya tidak menunjukkan


sebarang riak.Marah jauh sekali.

“Jangan cakap macam tu bang.Abang marahlah Mia.Abang pukullah Mia.”Dia memeluk


erat kaki Syafiq.Ketenangan wajah suaminya seakan mengguris-guris hatinya.

“Abang tak akan pukul isteri abang.Mia pun tahukan betapa abang sayangkan
Mia.Abang cintakan Mia seikhlas hati abang.Tak sangka pula begini
jadinya..”Dipandang sayu wajah isterinya.Air matanya ditahan supaya tidak gugur.

“Mia tak sengaja buat abang macam ni.Mia sunyi bang bila abang pergi kerja.Dia cuma
peneman Mia je.Abang,maafkan Mia..”Semakin kuat tangisannya.Rasa bersalahnya
semakin menebal.

“Abang maafkan.Tapi hati abang ni luka berdarah.Abang akan pergi dari hidup Mia
sementara waktu.Abang nak tenangkan diri.Abang takut kasih abang terhadap Mia
akan bertukar menjadi benci jika abang tak pergi dari sini.Dan jika dalam masa
pemergiaan abang ni,Mia memilih dia,abang pasrah.Sepanjang ketiaadaan abang
nanti,abang izinkan Mia kemana-mana sahaja tidak kira dengan siapa.”Syafiq
bangun.Ditariknya nafas perlahan untuk mengumpul kekuatan.Terasa seluas lautan

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


cintanya terhadap Mia sudah kering.

“Abang,jangan tinggalkan Mia.Tolonglah bang..”Mia turut bangun.Dia memaut kuat


lengan suaminya.

“Mia jangan risau tentang duit belanja.Abang akan masukkan duit belanja untuk Mia
dan Ikin ke dalam akaun Mia.”Syafiq meneruskan kata-katanya tanpa mempedulikan
rayuan Mia.Hatinya yang luka lebih diutamakan.

“Abang….”Mia sudah mula mengonggoi.

“Jaga diri Mia.Dan jaga anak kita baik-baik.”Syafiq mengambil kunci kereta dan terus
meluru keluar.

Mia terduduk di atas lantai.Esakannya hiba kedengaran.Adakah ini pengakhiran istana


cintanya dengan Syafiq? Kerana kesilapannya,rumahtangga bahagianya menuju
keretakan.

-----------------------------------

“Ikin rindukan papa tak?”Mia memeluk erat Ikin.

“Rindu.”Jawab Ikin ringkas.

Mia senyum.Pipi Ikin dicium lama.Sedikit tersentuh hatinya mendengar jawapan


Ikin.Dia juga rindukan Syafiq.Sudah tiga bulan Syafiq menghilangkan diri.Sepanjang
tempoh itu Syafiq tidak pernah menghubunginya.Sudah puas dia menjejaki Syafiq
namun dia hampa.Setiap hari dia berdoa agar Syafiq akan pulang semula ke sisinya
membina semula teratak cinta mereka yang hampir roboh

.Zamrul? Lelaki itu sudah dibuang terus dari kamus hidupnya.Dia telah memberi kata
putus kepada Zamrul bahawa dia akan setia dengan Syafiq.Dan lelaki itu akur dengan
kehendaknya.Lelaki itu sudah tidak mengganggu hidupnya.

“Mama,papa mana?”Pertanyaan Ikin menamatkan lamunannya.

Mia senyum hambar.Pertanyaan itu sudah lali di telinganya.

“Papa kerja sayang..”bohongnya.

“Lambat lagi ke papa balik?” Anak kecilnya itu juga tahu erti kerinduan.

“Sabar ya sayang.Nanti-nanti papa balik.Kita sama-sama tunggu papa ya?” Ikin


memujuk.Rambut Ikin dibelai lembut.

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


Dia sendiri tidak pasti bila Syafiq akan pulang.Namun dia yakin suaminya itu akang
kembali jua satu hari nanti.Bilakah hari itu? Dia sendiri pun tidak tahu.Yang pasti dia
menghitung hari menanti kepulangan Syafiq.Setiap detik yang berlalu penuh dengan
harapan.

-----------------------------

Syafiq leka memerhatikan hujan yang turun.Jendela yang sedikit terbuka


diluaskan.Titisan-titisan hujan itu bagaikan rindunya kepada Mia.Rindu yang tidak
pernah padam dari bara hatinya.Kedinginan malam itu tidak dapat memadamkan api
rindunya.Sihatkah isteri dan anaknya? Dia sendiri tidak tahu.Setiap hari dia menahan
hatinya daripada menghubungi Mia.

“Kalau dah rindu sangat baliklah.”Amran tiba-tiba bersuara dari belakang.

“Kau dah nak halau aku ke? Maaflah menumpang di rumah kau lama sangat.”

“Bukan tu maksud aku.Aku tau kau rindukan isteri dan anak kau.jangan ikutkan sangat
kata hati tu.”Amran tahu isi hatinya sahabatnya itu.

“Tapi Am..”Syafiq tidak menghabiskan kata-katanya.Sudah sembuhkan luka di


hatinya?

“Setiap orang lakukan kesilapan.Mia bukan sengaja kan.Dia cuma rasa sunyi sebab tu
dia keluar dengan lelaki tu.Aku yakin cintanya hanya pada kau.”Amran menepuk-
nepuk lembut bahu Syafiq.

Benarkah kata Amran? Benarkah cinta Mia hanya untuknya? Kalau benar megapa Mia
sanggup curang kepadanya?

“Kau masih cintakan isteri kau? Soal Amran.

“Dia wanita pertama dan terakhir yang aku cintai.Sebab tulah aku terluka sangat Am
bila dia buat aku macam tu.Aku rasa macam tak dihargai.Sedangkan aku dah tuangkan
semua kasih sayang aku untuk dia.”Syafiq melahirkan rasa kecewanya.

“Aku pasti Mia sudah menyesal dengan perbuatannya.Dia banyak kali call aku tanya
pasal kau.Nasib baik mulut aku ni tak terlepas cakap kau kat rumah aku.”Dia berharap
kata-katanya dapat melembutkan hati Syafiq.

Syafiq hanya diam memikirkan kata-kata Amran.Kata-kata Amran ada juga


betulnya.Otaknya sudah penat berfikir.Pandangannya dilontarkan kembali ke luar
jendela.Titisan hujan masih lagi turun tidak berhenti.Seperti rindunya kepada Mia

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


yang tidak pernah terhenti..

----------------------------------

Mia berlari-lari menuju ke pintu utama.Ketukan bertalu-talu menganggu dia dari terus
memasak.Dibukanya pintu dengan pantas.Mia menggosok-goso matanya.Dia tidak
percaya dengan apa yang dilihatnya.

“Ini abang sayang..”Syafiq senyum.Lukanya telah diusir jauh.

Mia terus memeluk suaminya.Penantiannya tidak sia-sia.Air mata gembira merembes


di pipinya.

“Maafkan abang sebab lama sangat tinggalkan Mia dan Ikin.”Syafiq mencumbui wajah
Mia.Kerinduannya terubat kini.

“Mia tahu abang akan balik juga.”Katanya dalam esakan.

“Dah-dah jangan menangis.Kan abang dah balik ni.”Syafiq mengusap lembut belakang
Mia.Dia sedar kasihnya terhadap isterinya tidak pernah berubah.

“Mia rindukan abang..”Pelukannya dikemaskan.

“Abang pun..”Terasa bahagia di hatinya.

“Abang janji jangan tinggalkan Mia lagi..”Dia tidak sanggup kehilangan suaminya
sekali lagi.

“Abang janji.Ni dengan senduk ni nak buat apa” Syafiq menjeling senduk di tangan
kanan Mia.

“Mia tengah masaklah bang.”Mia tergelak.Dia baru perasan senduk masih di


tangannya.

“Sayang masak apa?”

“Masak asam pedas kegemaran abang.”Jawab Mia berserta senyuman.

“Mia macam tau-tau je abang nk balik hari ni.”Sakat Syafiq.

“Mia hari-hari masak asam pedas.Sebab Mia tak tahu abang balik bila.Mia nak bila
abang balik je,Mia hidangkan lauk kesukaan abang.Dan hari ini adalah hari yang Mia
tunggu-tunggu bang.”Ujar Mia tulus.

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


Syafiq sebak mendengar bicara isterinya.Sekali lagi Mia ditarik ke dalam pelukannya.

“Terima kasih sayang…”

“Papa!!”Ikin berlari-lari mendapatkan Syafiq.

“Anak papa sihat?” Syafiq mendukung Ikin.Pipi Ikin dikucupnya.Kemudian tangannya


menggeletek anak kecilnya itu.

Mia tersenyum melihat tingkah dua insan kesayangannya.Di dalam hati dia berdoa
agar kebahagiaan itu akan kekal menjadi miliknya.Dan dia tidak akan sesekali
mengulangi perbuatannya.Dia merenung lama wajah suaminya.Terasa cintanya
terhadap Syafiq semakin kuat membakar jiwanya.Suami..terima kasih atas kasihmu.

-TamaT-

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


Cerpen : Aku tetap merindui dirimu…..dila..

Dila memerhatikan jam didinding, sudah dekat pukul 12.00 malam, argh.. .
dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam
ini.2.00 pagi. “Dila, Dila bangun sayang”. Danial mengejutkan isterinya.

“Eh! abang dah balik, maaf Dila tertidur, abang nak makan?” tanya Dila.
“Tak per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur di atas”. Jawapan
yang cukup mengecewakan Dila.

“Arrggh rindunya Dila pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang,
abang tak nak tengok ker apa Dila masak hari ni, ikan cencaru sumbat
kesukaan abang,” luah Dila dalam hati.

“Abang naiklah dulu Dila nak simpan lauk dalam peti ais dulu”, pinta
Dila
sambil menuju ke dapur. Gugur air mata isterinya menyimpan kembali
lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta kecil hatinya sedih
perasaannya. Dila ambil dua keping roti sapu jem dan makan untuk alas
perut kerana diasememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh dengan
situasi itu. Dila menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya
masuk
bilik air gosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur. Sekali lagi
terguris
hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah terlelap.

“Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan
mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Dila”, bisik

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


hati kecilnya.

“Aargghh rindunya Dila pada abang. “Dila rindu nak peluk abang, Dila nak
kucup abang, Dila rindu abang”.

Selesai solat subuh, Dila panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh
bahagia, dipanjangkan jodohnya dengan Danial tercinta, diberi kesihatan
yang baik dan paling panjang dan kusyuk dia berdoa semoga Allah berikan
kekuatan untuk menempuh segala badai. Selesai menjalankan amanat itu,
Dila
kejutkan Danial, manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan sarapan
buat suami tersayang. Dila keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis
bawang untuk menggoreng mee.

“Assalamualaikum” , sapa Danial yang sudah siap berpakaian untuk ke


pejabat.

“Waalaikumsalam, sayang”. Dila cuba bermanja sambil menambah, “abang nak


kopi atau teh?”

Dila tetap kecewa apabila Danial hanya meminta air sejuk sahaja, dia ada
‘presentation’ dan hendak cepat, mee goreng pun hanya dijamah sekadar
menjaga hati Dila dan tergesa-gesa keluar dari rumah. Dila menghantar
pemergian suami hingga ke muka pintu

“Abang, Dila belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi Dila”, kata
Dila selepas kereta itu meluncur pergi. “Arrghh rindunya Dila pada
abang……. .”

———— ——— ——— ——— ——— ——— ———


——— ——–

“Danial, semalam pukul berapa kau balik?” tanya Zikri.

“Dekat pukul 2.00 pagi”. Jawab Danial acuh tak acuh. “Wow dasyat kau,
kalah kami yang bujang ni, woi semalam malam Jumaat ler, kesian bini kau”.
Zikri bergurau nakal.

“Apa nak buat, lepas aku siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan Nazim
pergi makan dan borak-borak, sedar-sedar dah pukul 2.00″, aku balik pun bini
aku dah tidur. “Balas Danial.

“Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari alasan balik
lewat, hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing, kau
ada masalah dengan Dila ke?”. Zikri cuba bertanya sahabat yang cukup
dikenali sejak dari kerja sambilan, sampai ke universiti malah sekarang bekerja

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


“Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak
balik rumah, bukan aku bencikan Dila, kami tak bergaduh tapi entahlah”,
terang Danial.

“Well, aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau, aku nak dengar
semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?”. Usul
Zikri. “Ok.” Ringkas jawapan Danial sambil menyambung kembali merenung
plan bangunan yang sedang direkanya.

———— ——— ——— ——— ——— ——— ———


——— ——–

Dila membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan
saat manis dia diijab kabulkan dengan Danial. Majlis cukup meriah
dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat. Maklumlah anak kesayangan.

Saat-saat sebegini Dila teringat kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih
ada, akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya
sesiapa. Dila menangis sepuas hatinya.

5 tahun menjadi suri Danial, bukan satu tempoh yang pendek. Dila bahagia
sangat dengan Danial, cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu makin
menjauh. Dila sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Danial. Makin
laju air matanya mengalir.

“Abang sanggup menerima Dila, abang tidak menyesal?”. tanya Danial 5 tahun
yang lepas.

“Abang cintakan Dila setulus hati abang, abang sanggup dan Insya-Allah
abang akan bahagiakan Dila dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih sayang
buat Dila,”janji Danial.

“Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?”. Tanya Dila


lagi.

“Syyy… doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah,


Insya-Allah abang yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri”, Danial meyakinkan Dila.

Dila masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Danial dia
mungkin tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana
ada ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja. Tapi
Danial yakin Dila mampu memberikannya zuriat.

Tapi, itu suatu masa dahulu, selepas 5 tahun, Dila tidak salahkan Danial
sekiranya dia sudah mengalah dan terkilan kerana Dila masih belum mampu

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


memberikannya zuriat. Walaupun Dila sudah selesai menjalani pembedahan
untuk membetulkan kembali kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah
moden dan tradisional. Arrghh rindunya Dila pada abang.

———— ——— ——— ——— ——— ——— ———


——— ——–

“Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak
salahkan Dila, dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak
mahu mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi…” ayat
Danial terhenti disitu.

“Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up?”, Celah Zikri.

“Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya, duduk rumah saja,
sunyi, tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah, aku rasa
simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar
sebaliknya”, terang Danial.

“Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia?”, tingkas Zikri.

“Entahlah Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia, aku
tahu perkara ni akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap, dan
akhirnya aku kecewa sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Dila sebab
itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan bersama-samanya
macam dulu kerana aku akan simpati aku pada dia akan bertukar menjadi
perbalahan”, Jelas Danial.

“Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia?”, kata Zikri tidak
berpuas hati dan menambah, “apa kata korang ambil saja anak angkat?”

“Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku
harapkan zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu,
ibu dan kakak-kakak aku pun dah bising, mereka suruh aku kawin lagi,
tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup”, Ujar Danial.

———— ——— ——— ——— ——— ——— ———


——— —–

Dila masih menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi dengan
pergi berjalan-jalan, membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi
rumah saudara mara atau menjenguk orang tua Danial di Gemas. Kini dah
hampir 5 bulan mereka tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan mertua
dan iparnya yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, maka
dengan itu seluruh kasih sayang seorang anak dicurahkan kepada kedua mertuanya.
Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya dia

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


akan bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju untuk
mereka, itulah yang selalu dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya,
maklumlah dia punya masa yang cukup banyak untuk menjahit.
Selalunya juga dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa pulang ke
kampung suami tersayangnya. Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang
ke kampung, tapi kini… aarghh rindunya Dila pada abang.

Dila tahu Danial pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan
memancing, dan hari ini sekali lagi Dila menjadi penghuni setia rumah
ini bersama setianya kasihnya kepada Danial. Dila masih tidak menaruh syak
pada Danial, dia masih cuba memasak sesuatu yang istemewa untuk Danial bila dia
pulang malam nanti, tapi Dila takut dia kecewa lagi. Arghh tak
apalah, demi suami tercinta. Aaarggh Rindunya Dila pada abang.

———— ——— ——— ——— ——— ——— ———


——— ——–

“So you dah tahu i dah kawin, tapi you masih sudi berkawan dengan I
kenapa?
Adakah kerana simpati atau ikhlas?” tanya Danial pada Zati yang dikenali
dua minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing.

Sejak itu Zati menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang teman
makan malamnya.

“I ikhlas Danial, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah mula
sayangkan you”. Zati berterus terang. Lega hati Danial, tapi Dila?

———— ——— ——— ——— ——— ——— ———


——— ——–

“Abang Dila tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja,” adu
Dila pagi tu, sebelum Danial ke pejabat.

“Ye ker? Ambil duit ni, nanti Dila call teksi dan pergilah klinik ye,
abang tak boleh hantar Dila ni.” jawapan Danial yang betul-betul
membuatkan Dila mengalirkan air mata. Tidak seperti dulu-dulu, kalau Dila sakit
demam Danial sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemani Dila. Arrgg rindunya
Dila pada abang.

Disebabkan Dila terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak
mahu ke klinik selepas makan dua bijik panadol, dia terus berbaring..

Sehingga ke petang, badan dia semakin panas dan kadang terasa amat
sejuk, kepalanya berdenyut-denyut. Dila menangis lagi.

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


Malam tu, seperti biasa Danial pulang lewat setelah menemani Zati ke
majlis harijadi kawannya. Dila masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia
ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya pada Danial. Tak
sanggup lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini, rindu pada manusia yang
ada didepan mata setiap hari. Aargh rindunya Dila pada abang.

Apabila Danial selesai mandi dan tukar pakaian, Dila bersedia untuk
membuka mulut, ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit demam
yang dia tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amat
sarat.

“Abang, Dila nak cakap sikit boleh?” Dila memohon keizinan seperti
kelazimannya.

“Dila, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih,” bantah Danial.

“Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang akan
balik lambat, Dila tak berpeluang abang”. ujar Dila dengan lembut.

“Eh.. dah pandai menjawab,”perli Danial.

Meleleh air mata Dila, dan Danial rasa bersalah dan bertanya apa yang
Dila nak bincangkan.

“Kenapa abang terlalu dingin dengan Dila sejak akhir-akhir ni? Tanya
Dila.

“Dila, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah kita bayar
duit rumah, duit kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?” Danial
beralasan.

Dila agak terkejut, selama ini Danial tak pernah bercakap kasar dengan
dia, dan dia terus bertanya,

“dulu Abang tak macam ni, masih ada masa untuk Dila, tapi sekarang?”
Ujar Dila.

“Sudahlah Dila abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yang
menyesakkan dada”, bantah Danial lagi.

“Sampai hati abang, abaikan Dila, Dila sedar siapa Dila, Dila tak mampu
berikan zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong,
tiada suara tangis anak-anak bukan? Dan Dila terus bercakap dengan sedu sedan.

“Sudahlah Dila abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak
suka.Bosan betul…”

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


Pagi tu, Danial keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Dila dan tanpa
suara pun. Dila makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian menjadi-jadi.

Malam tu Danial terus tidak pulang ke rumah, Dila menjadi risau, telefon
bimbit dimatikan, Dila risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon
ampun dan maaf dari Danial bila dia kembali. Dila masih menanti, namun
hanya hari ketiga baru Danial muncul dan Dila terus memohon ampun dan
maaf dan hulurkan tangan tetapi Danial hanya hulurkan acuh tak acuh sahaja.
dila kecil hati dan meminta Danial pulang malam nanti kerana dia ingin makan
bersama danial. Danial sekadar mengangguk.

Tetapi malam tu Dila kecewa lagi. Danial pulang lewat malam. demam Dila
pulak makin teruk, dan esoknya tanpa ditemani Danial dia ke klinik, sebab
sudah tidak tahan lagi.

———— ——— ——— ——— ——— ——— ———


——— ——–

Abang pulanglah abang, pulanglah Dila ingin beritahu perkhabaran ini,


pulang abang, doa Dila. Dila kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari
ketiga dia sudah tidak sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan telefon
itu disambut oleh Zikri.

“Syukurlah Dila kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni, boleh aku
jumpa kau?”, tanya Zikri

“Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang, mana boleh jumpa kau tanpa
izin
suami aku, berdosa tau”, tolak Dila.

Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Dila itu. Setianya kau perempuan,
bisik hatinya.

“Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak aku,
boleh?” pinta Zikri

“Ok, kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama tak jumpa mak kau, last
sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan ?” setuju Dila.

———— ——— ——— ——— ——— ——— ———


——

“Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti. Dila hanya tersenyum penuh
makna, dan membisik, “Allah makbulkan doa saya mak cik”. Pilu hati Mak
Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


lakukan.
Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan berita itu.
Zikri serba salah.

“Dila, aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana nak
mulakan, aku harap kau tabah dan tenang, sebenarnya Danial dalam proses
untuk berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan korang macam saudara
sendiri,
dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni, kau tanyalah
dengan Danial dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah tangga korang.”
terang Zikri.

Dila menangis semahunya dibahu Mak Siti, rasa hampir luruh jantung
mendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita
gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna. Dila menantikan
Danial sehingga ke pagi, namun dia masih gagal.

Dua hari kemudian Danial pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian
penting, dan masa ini Dila bertekad untuk bertanya.

“Ya betul apa yang Dila dengar tu, dan kami akan langsungkan jugak, dan
abang takkan lepaskan Dila, itu janji abang, mak ayah pun dah tahu dan
mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan Dila, kerana mereka juga
sayangkan Dila, dan Dila kena faham abang inginkan zuriat sendiri, walau
apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji takkan abaikan Dila.”
Janji Danial.

Dila sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan
segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Dila
terlalu
kecewa.

———— ——— ——— ——— ——— ——— ———


——

Danial masih menanti diluar, rasa amat bersalah bersarang dikepala, sejak
dihubungi Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Dila
pengsan
dan mengalami pendarahan. Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih
resah.

“Insya-Allah En. Danial, dua-dua selamat”. terang doktor pada Danial.

“Dua-dua apa maksud doktor? tanya Danial

“Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi dia kena banyak berehat

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


kerana rahimnya tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak akan
menyebabkan berlaku keguguran, tapi kami dah mulakan injection untuk
kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan bersedia untuk early
delivery dalam kes macam ni,” terang doktor.

“Ya Allah Dila mengandung, Ya Allah berdosanya aku pada Dila”, kesal
Danial.

Malu rasanya untuk menatap muka Dila.

“Kenapa Dila tak bagi tahu abang yang Dila mengandung?


kesal Danial.

“Dila memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang sudah
bertunang dan akan berkahwin dengan perempuan Dila tak sampai hati bang,
Dila tak sanggup abang malu dan keluarga abang malu.” Jelas Dila.

“Dila sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang cuma
sekadar berkawan sahaja. Belum pernah abang bincangkan soal kawin lagi,
dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan
jadi
ayah tidak lama lagi.” janji Danial.

Kesal kerana mengabaikan Dila yang mengandung itu, membuatkan Dila


risau
dan akhirnya pitam dihalaman rumah, mujurlah ada jiran nampak dan
membawa
kehopital, dan mujur jugak Dila pengsan dihalaman, dapat dilihat orang.

———— ——— ——— ——— ——— ——— ———


——

“Mama kenapa mama buat tu, biarlah papa yang buat,”marah Danial bila
melihatkan Dila cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu,
mertua
dia meminta supaya Dila tinggal saja dirumah sehingga bersalin kerana
dia
memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang kerja, bimbang
keguguran
kerana rahimnya tidak kuat.

“Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit sajalah.”balas Dila. Itulah
panggilan manja mereka sekarang ni.

Dengan pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga sekali akan
melakukan

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


pemeriksaan, dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan, doktor
mengarahkan
supaya Dila hanya berehat dihospital, supaya senang mengawasi Dila dan
andainya apa-apa berlaku Dila akan terus dibedah untuk menyelamatkan
nyawanya dan bayi yang dikandung. Setiap hari Dila akan dilawati oleh
Danial. Dila amat bahagia, ternyata bayi yang dikandung membawa sinar,
amat
berharga kehadiran dia nanti, sebab itulah Dila sanggup tinggal di
hospital, sanggup menelan berjenis ubat, sanggup disuntik apa saja
semuanya demi bayi itu.

Kandungan sudah di penghujung 7 bulan, Dila amat bahagia merasakan


gerakan-gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setaip tendangan bayi
dirasakan amat membahagiakan. Doktor makin teliti menjaga Dila, kerana
bimbang berlaku pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangi para
doktor menjadi nyata apabila Dila mengalami pertumpahan darah yang
serius,
lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa minit
sahaja. Danial tiba bersama ibu dan ayahnya, dia panik sekali, namun cuba
ditenangkan oleh kedua orang tuanya. Hampir 1 jam berlalu, apakah
khabarnya Dila di dalam sana . Danial makin risau, setengah jam kemudian
doktor keluar.

Danial meluru “doktor bagaimana isteri saya ?”, Danial terus bertanya.

“Sabar, kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat, encik
dapat anak perempuan, seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba sedaya
upaya untuk selamatkan Puan Nuradilah.” terang doktor.

“Apa maksud doktor? Tanya Danial yang sudah tidak sabar.

“Begini, dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya upaya


menggantikan
darahnya yang keluar itu, dan masih berusaha, namun rahimnya terus
berdarah dan kami mohon kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi
menyelamatkan nyawanya.” jelas doktor.

“Buatlah doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat.”

———— ——— ——— ——— ——— ——— ———


——

Errrmmm… lekanya dia sampai terlena.” tegur Danial sambil membelai dan
mengusap kepala Nur Dania Iman yang terlena akibat kenyang selepas menyusu
dengan Dila. Dila hanya tersenyum. Hari ni genap seminggu usia Nur Dania Iman.
Dila masih lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


semangat demi Nur Dania Iman buah hatinya. Dia mencium sepenuh kasih
sayang
pipi comel anaknya itu. Dia membelai sayu wajah comel itu.. Entah kenapa
dia rasa seperti terlalu sayu hari itu, hatinya terlalu sepi, semalam
dia
mimpikan arwah ibunya, datang menjenguk dia dan Nur Dania Iman, tanpa suara,
ibunya hanya tersenyum. Dan akhirnya berlalu begitu sahaja. Hari ini
Dila
menjadi seorang perindu, ia rindukan ibunya, dan diceritakan perkara itu
pada Danial.

“Mungkin mak Dila datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira”, pujuk
Danial menenangkan Dila.

“Abang… tolong Dila bang!!” laung Dila dari bilik air.

“Ya Allah Dila kenapa ni? Danial ketakutan.

“Mak… tolong mak… makkkkkkkkkkk” danial menjerit memanggil emaknya


didapur.

“Cepat, bawak pergi hospital, cepat Danial” perintah Mak Zaharah.

———— ——— ——— ——— ——— ——— ———


——

“Maaf dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yang keluar,
dan kami tak sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan akhirnya dia
‘dijemputNya” , terang doktor. Terduduk Danial mendengarkan hal itu.

Jenazah selamat dikebumikan. Nur Dania Iman seakan mengerti yang dia sudah
tidak
akan menikmati titisan-titisan susu Nuradilah lagi.
Nur Dania Iman menangis seolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia perlukan
seorang ibu, seorang ibu yang bersusah payah, bersabung nyawa demi untuk
melihat kelahirannya. Demi membahagiakan papanya, demi membahagiakan
neneknya. Nur Dania Iman terus menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan
dengan ibunya hanya bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir
kelihatan mengesat mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil
itu.
Semua terpaku dan terharu, Danial mendukung Nur Dania Iman dan memujuk bayi
kecil
itu, akhirnya dia terlelap didakapan papanya.

———— ——— ——— ——— ——— ——— ———


——

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


Abang yang Dila rindui,

Abang maafkan Dila kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang
terbaik buat abang. Saat abang membaca surat ini, mungkin Dila sudah
jauh
meninggalkan abang, Dila tak arapkan Dila akan selamat melahirkan anak
ini, tapi Dila harap bayi akan selamat walau apa yang terjadi pada Dila.
Itu harapan Dila bang. Dila masih ingat, rumah tangga kita hampir runtuh
kerana Dila tidak mampu memberikan zuriat buat abang, tapi bang, kali ni
doa Dila dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah Dila menanggung segala
kapayahan demi zuriat ini bang. Saat Dila menulis surat ini, Dila masih
lagi menjadi penghuni setia katil hospital ini. Baby kita makin nakal
bergerak bang, tapi Dila bahagia merasa tiap tendangan dia abang, Dila
bahagia, cukuplah saat manis ini Dila dan dia.
Dila rasakan setiap pergerakannya amat bermakna, dan andainya
ditakdirkan
Dila hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam kandungan
sahaja Dila redha bang. siapalah Dila untuk menolak ketentuanNya. Dila tak
mampu abang. Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan
doa
Dila untuk mengandungkan zuriat dari benih abang yang Dila cintai dan
kasihi selamanya.. Dila redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi,
Dila
redha, kerana Allah telah memberikan Dila sesuatu yang cukup istemewa,
dan
andainya maut memisahkan kita Dila harap abang redha sebagaimana Dila
redha. Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Dila untuk
merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika. Andai apa
yang
Dila takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Dila harap abang
akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Dila harap abang jangan biarkan
hidupnya tanpa seorang ibu. Cuma satu Dila harapkan dia akan mendapat
seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim dengan baik dan
menjaganya dengan penuh kasih sayang. Seumur hayat Dila, Dila
tak pernah
meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah permintaan Dila, janjilah
anak
ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang.

Abang yang Dila rindui…

Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Dila ingin sangat ucapkan
kata-kata ini pada abang, tapi Dila tak berkesempatan, dan walaupun kini
Dila tiada lagi, tapi Dila nak abang tahu yang…

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


Dila rindukan abang…… Dila rindu sangat dengan abang….. rindu
bang…
rindu sangat….

Sekian,

Ikhlas dari isterimu

NurAdilah Bt. Mohd Nasir

Danial melipat kembali surat itu, yang telah dibaca berulang kali dan
kini
dia amat rindukan Nuradilah… . dan kini barulah dia sedar betapa berharga
sebuah kerinduan itu….. Dila…. abang juga rindukanmu sayang.. bisik
hati Danial.

———— ——— ——— ——— ——— ——— ———


———— ——— ——— ——— ——— ——— ———

Kini hampir genap 20 tahun Dila meningalkan Danial.. tetapi surat terakhir dari isteri
yang tercintanya itu masih segar dalam simpanannya. … Kini dia sedar betapa
dalamnya cinta itu jika disemai setiap hari dengan erti kejujuran, keikhlasan,
kesetiaan dan penuh bertanggungjawab. .. lerai lah sudah segala galanya.. sekian. …
SAYANGI LAH IA SELAGI IA ADA DI SISI……

-TamaT-

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


Cerpen : Demi Cintamu, Husnil Khatimah

CERITA ana ini mungkin ada pada sesiapa termasuk anta juga. Ana tidak terkejut jika
anta tidak mahu percaya, meski ia cerita benar. Terpulang kepada anta. Dan ana
tidak memaksa sesiapa untuk percaya apalagi menjanjikan apa-apa. Namun untuk
lebih meyakinkan anta, ana telah menyediakan saksi kepada kebenaran fakta cerita
ini.Ringkasnya, ana nyatakan: Nil mencintai ana sejak di bangku sekolah. Kami sama-
sama terpaut hati dan menjadikan cinta pemangkin semangat untuk meraih
kecemerlangan dalam SPM. Guru-guru merestui dan kawan-kawan menganggap Kami
pasangan yang paling ideal.

Memang cukup menggembirakan juga apabila sama-sama berjaya membuktikan


keunggulan dalam peperiksaan. Dan sebuah cinta sejati mesti tahan diuji masa dan
tempat. Kami terpaksa berpisah sementara – demi cita-cita – ana ke utara mengaji
perakaunan, dan Nil ke matrikulasi undang-undang sebuah universiti di ibu negara.Nil
gadis baik. Lembut dan cantik. Sopan dan menawan. Sebagai siswi yang terdidik
dengan agama sejak kecil, semestinya Nil bertudung dan taat menjaga syariat. Haram
sekali belum pernah kami keluar dating seperti pasangan lain. Padanya memang
terlengkap ciri-ciri penyejuk mata yang ana cari. Lalu kala usia sementah itu, ana
sudah memasak tekad ke teras hati: biarlah Nil yang pertama, juga yang terakhir.Dan
tidak lupa, tanpa pengetahuan Nil, ana tinggalkan seorang teman yang boleh
dipercayai dan kebetulan sekuliah dengannya sebagai pemerhati.

Namanya Jai – saksi utama cerita ini yang ana janjikan tadi. Tengok-tengokkan saja,
pesan ana; kalau ada apa-apa, lapor segera!Entah kerana apa, setahun selepas itu,
hubungan yang masuk tahun ketiga itu terhenti sekerat jalan. Barangkali dihambat
rutin kesibukan seorang siswa – senantiasa berkejar dengan kuliah, tutorial,

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


assignment, peperiksaan, dan persatuan. Barangkali bosan diejek oleh kejemuan
tinggal berjauhan. Barangkali juga akibat keegoan masing-masing. Ana tidak arif
asbab setepatnya, dan tidak juga mahu mempertikaikan: siapa di antara kami yang
memulakan tidak menghantar khabar berita. Yang pasti, kami terputus hubungan
selama dua tahun. Cinta ‘monyet’ zaman persekolahan itu ternoktah di situ.Ana kesal
juga. Rasa kasih itu masih ada. Rindu menghimpit juga kadangkala. Namun ego tinggi
lelaki membunuh niat awal untuk memujuk. Biarlah masa yang jadi penentu siapa
yang akan mengalah.Ditambah apabila ana bertemu pula dengan Kay, Nil hampir
dilupakan terus.

Kelembutan dan kebaikan Kay – seperti Nil – mengisi sepi dan kekosongan hati ana.
Kami bertemu dalam program bakti siswa dan begitu jelas sealiran minat dan bidang.
Hari demi Hari, kebersamaan dalam berpersatuan menambah keintiman. Menjelang
semester terakhir, bimbang kasih terungkai lagi, kami muwafik mengikat tali
pertunangan.Bahagia di hati ana sekejap cuma. Siapa sangka, tragedi yang juga
dianggap klise dalam kisah-kisah sebegini, turut meronai kami. Takdir kadangkala
hampir serupa. Kay terbunuh dalam kemalangan jalan raya selepas menduduki
imtihan terakhirnya. Kesedihan tidak terucap namun air mata tidak pula keluar.
Lantas ana meninggalkan utara Semenanjung sebaik tamat pengajian demi memadam
memori duka. Beginikah pedihnya ditinggalkan orang tersayang?Belum sempat
menganggur, ana lekas disapa jawatan akauntan di sebuah firma.

Beberapa bulan di Kuala Lumpur, ana tersua Jai yang hampir ana lupakan. Kau pacar
paling tak guna! Ana terpinga-pinga. Jai memarahi ana dan mengungkit janji ana pada
dirinya beberapa tahun lalu, pada Nil terutamanya. Spontan cerita silam itu bangkit
semula. Pertama dan terakhir konon! Dasar pantang tengok dahi licin! Memang dia
rupanya amat kesal dengan apa yang terjadi ke atas ana dan Nil sebelum ini. Telah
berikhtiar menolong, berusaha menyambung kembali kasih yang terlerai; tetapi gagal
setelah kehadiran Kay.

Ana terkelu dihukum menelan paku buah keras yang dipulangkan. Di mana Nil
sekarang? Jangan kesal, Fal. Kau datang agak lewat. Ana terkesima. Keluhan Jai itu
mulai mengundang rasa bersalah.Lantas bertalu-talu mendesak Jai memerihalkan
situasi sebenar. Bagaimana dengan Nil sepeninggalan aku? Salahkan dirimu Fal, bila
mendengar ceritaku ini. Usah terperanjat. Nil sekarang bukan Nil yang dulu lagi.
Hidupnya hampir hancur. Hancur? Kau meninggalkannya begitu saja. Tanpa kata,
tanpa pesan. Kau bukan kekasih setia. Kasihan. Dia sungguh kecewa. Ah, cinta
kadang-kadang membahagiakan dan merosakkan manusia. Jai mencari kekuatan
bercerita. Ana tunduk patuh. Bagai pesalah yang menghadapi algojo
lagaknya.Pelajarannya hampir tersungkur.

Mujurlah ada kawan-kawan yang simpati, dan dia bangkit semula. Biarpun lukanya
akibat perbuatan kejammu belum sembuh benar-benar. Dia masih mengharapkanmu.
Ana hanya mampu menadah telinga dalam debar. Aku cuba menghubungimu kala itu.
Tapi gagal. Ya, khabarnya kau bertemu yang baru. Hampir setahun yang lalu, Nil
berkenalan dengan seorang pemuda kacukan. Ben nama timangannya. Pemuda ini

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


kelihatan baik, terpelajar, berada, dan boleh dipercayai tetapi latar belakangnya
yang sebenar tidak diketahui. Hubungan mereka intim ditambah simpati Ben terhadap
dirinya. Ramai juga teman yang

meraguinya melarang, namun Ben dengan karismanya yang memikat, tetap berjaya
memenangi hati Nil yang kosong. Ana menggigit bibir.

Lagipun, Ben ketara begitu ikhlas dan berminat untuk kembali kepada pengamalan
Islam yang sebenarnya. Nil rasa terpanggil untuk berdakwah. Kononnya, kata Ben,
keluarganya jauh dari agama. Solat, puasa, zakat entah ke mana. Hanyut kebaratan.
Dia mahu Nil membentuknya ke jalan lurus kembali. Dan seterusnya, mahu menikahi
Nil.Fal, kau tahu kesudahannya?Ana sekadar menggeleng. Nil terpedaya. Mereka
terlanjur… . Ya Allah! Ana terkesiap amat. Menekup muka dengan tangan. Telinga ini
tersalah dengar?Ya. Kisah Natrah barangkali telah dilupa. Tapi usaha memesongkan
akidah gadis Melayu masih berterusan. Ben guna pil khayal. Nil kini hamil lima bulan.
Pengajian terpaksa ditangguhkan. Mereka belum menikah. Dan sekarang, khabarnya
Ben sedang berusaha menggoyahkan sisa-sisa keimanannya.

Ah, kau tentu faham tindakan mereka selanjutnya. Rasa berdosa serta-merta
mendera. Ana sudah lama mendengar episod cerita begini. Tetapi, payah mahu
percaya, ia menimpa gadis sebaiknya yang pernah ana kenali. Akukah punca semua
ini?Selamatkan dia, Fal. Bisik Jai. Engkaulah orang yang paling tepat! Akulah yang
bersalah membiarkannya! Rasa kasih dan kasihan deras meluap-luap. Apa yang harus
aku lakukan? Lantas kami segera menjejak Nil. Memang malang. Dia telah diusir
keluarganya dan terpaksa menebalkan muka, menumpang di rumah Rai, antara
sahabatnya yang bersimpati. Namun Ben terus-terusan memomokkannya dari sehari ke
sehari, Rai memberitahu.

Nil diugut. Ben tidak mahu bertanggungjawab dan akan memalukannya sekiranya
enggan menukar agama! Alangkah malangnya nasibmu!Kekesalan yang sukar
dibendung mendorong ana bertekad mahu menyelamatkannya, walau apa harganya
sekalipun yang harus dibayar. Biarlah ana berkorban demi cinta murni yang pernah
terjalin. Demi rasa kemanusiaan. Demi akidah sucinya!Kami dipertemukan juga
setelah sekian lama terpisah. Nil berwajah lesi, terkejut dan terselingar. Pura-pura
tidak mengenali ana lagi bila disapa.

Dia menangis. Rai dan Jai hanya melihat dari jauh. Membiarkan sahaja. Nil dah tak
kenal Fal lagi? Fal dah tak ada dalam kamus hidup Nil lagi. Fal minta maaf. Fal sangat
bersalah padamu. Maaf? Pergilah dengan cita-cita, Fal. Nil dah rosak. Percayalah!
Walau apa pun, Fal masih sayangkan Nil.

Hati Fal masih macam dulu. Lupakanlah cerita silam. Kita bina kehidupan baru.Carilah
gadis yang lebih suci. Nil tertawa seperti dirasuk hantu. Nil bukan gadis lagi. Fal mau
terima Nil dengan perut yang boyot ini?Angguk.Fal terlalu berdosa meninggalkanmu.
Fal ingin menebus dosa itu. Tawanya pupus serta-merta. Tidak percaya? Ana tidak
berganjak dengan keputusan itu. Dan ana tahu, hatinya masih ada ruang untuk ana

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


lagi. Segala-galanya berlaku begitu pantas. Dengan bantuan Jai dan Rai, Nil berjaya
kami tiup keyakinan dan semangatnya semula. Tanpa pengetahuan keluarga dan
kawan-kawan selain Jai dan Rai, kami menikah minggu itu juga dengan berwali hakim
di pejabat agama. Menakjubkan sungguh. Macam mimpi. Ana sendiri kadangkala rasa
kurang percaya. Tetapi inilah amanah Allah. Inilah cinta sebenarnya barangkali.

Ya, cinta sejati memang menagih pengorbanan. Dan Nil kadang-kadang sengaja
menduga: Mengapa abang masih pilih Nil? Sebab cinta abang hanya pada Nil saja.
Bukan kerana kasihan? Geleng. Bukankah sejak sekolah lagi abang cintakan
Nil?Pengorbanan abang terlalu besar! Bagaimanakah Nil dapat membalasnya? Cinta
sejati mesti ada ujian. Mesti ada pengorbanan. Abang pilih Nil kerana abang kasihkan
Nil. Sayangkan akidah Nil. Cinta lama itu hangat semula. Auranya kembali
menyelimuti kami. Bezanya kini kami di alam perkahwinan. Bahagia meronai jiwa.
Berdekatan dengannya terasa jauh lebih tenteram.Namun ada cabaran lebih akbar di
depan.

Bagaimana mahu menghadapi keluarga? Ya, bonda memang sudah lama merungut
mahu ana cepat beristeri. Mahukan cucu katanya. Lantas, kepada bonda, ana
khabarkan sudah bertemu pengganti arwah Kay, dan akan segera berkahwin pada
masa yang sesuai. Justeru, kami berdua merancang sejurus Nil melahirkan bayinya
nanti mahu disatukan secara beradat. Anak dalam kandungan Nil kian membesar.
Bimbang diganggu oleh Ben dan khuatir terserempak dengan kaum kerabat ana atau
sahabat terdekat, kami berpindah ke rumah sewa baru. Hanya Jai dan Rai sahaja yang
tahu. Jiran sekeliling yang kurang mengambil peduli tidak menjadi kerisauan. Untuk
beberapa bulan, ana terpaksa mengelak daripada diziarahi sesiapa demi menjaga
kerahsiaan ini.

Demi kemaslahatan Nil. Kandungan Nil masuk ke bulan terakhir. Bagaimana dengan
nasib anaknya nanti? Itulah yang kerap bermain-main di fikiran dan mengganggu tidur.
Tentang latar belakang Nil, ana tidak bimbang. Jika ditanya kelak, jawapannya sudah
ana fikirkan. Kepada keluarga, akan ana katakan, Nil anak yatim piatu. Tiada saudara-
mara lagi. Kononnya ana terpesona dengannya semasa menziarahi seorang teman di
rumah anak-anak yatim. Cinta selayang pandang. Jai dan Rai juga pasti dapat
membantu. Sekurang-kurangnya menjadi saksi penguat cerita. Tetapi soal identiti
anak di dalam kandungannya ini yang memeningkan kepala. Kelak mahu dibinkan apa?
Dan masakan terlalu lekas pula kami mahu mengambil anak angkat selepas berkahwin!
Apa pula kata mereka nanti? Bagaimana dengan anak ini? Tanya Nil lagi.

Anak Nil, anak abang juga. Ia tidak berdosa. Ia amanah Allah pada kita. Ana
menghembuskan keyakinan ke wajah Nil yang mulai ceria.Abang terlalu baik! Demi
cintamu, Nil!Ana hanya pasrah pada takdir. Tawakal. Ana yakin, selagi perbuatan ana
tidak menyalahi agama, rahmat Allah sentiasa bersama. Pasti ada reda-Nya. Salahkah
tindakan ana selama ini? Bukankah ini pengorbanan demi cinta sejati?Suatu malam,
Nil mengadu sakit perut. Nafasnya nampak lelah. Kainnya juga sudah lencun basah.
Lalu kami berkejar ke hospital. Barangkali masa kelahirannya sudah karib. Didorong
cinta yang makin kental, ana cuba menyelit masuk bersama, tetapi ketegasan doktor

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


menghalang.

Hanya pandangan sayu terakhir Nil yang sedang berkerut menahan sakit menjadi bekal
ana kala menunggu. Ana gelisah di luar dalam pada Nil di dalam sedang bertarung
dengan maut. Tuhan sahaja yang Mahu Tahu hati ana waktu itu. Menanti legaran
waktu, dalam debaran yang tidak menentu, alangkah sengsara! Doktor yang
menghalang ana tadi keluar semula. Ana lekas menerpa.Bagaimana isteri saya,
doktor? Err, diharap encik dapat bertenang. Nil yang menghidapi asma dikatakan
menghadapi kesukaran sewaktu melahirkan. Bayinya yang songsang pula lemas.

Tuhan lebih menyayanginya. Maafkan kami. Kedua-duanya gagal diselamatkan.


Alangkah lekasnya pertemuan semula, kini perpisahan pula menjelma? Lutut terasa
longgar. Air mata tidak dapat ana bendung lagi sewaktu menatap jenazahnya yang
damai. Menangis semahu-mahunya!Demikian Nil pergi. Syahid di akhirat bersama
puterinya yang ana namakan seperti namanya – Husnil Khatimah. Kehilangannya
begitu terasa berbanding kepergian Kay dulu. Namun ana reda, sekurang-kurangnya
ana telah melaksanakan sebuah amanah Tuhan.Ia tamat di situ. Ya, memang ini bukan
sekadar cerita cinta tetapi memori sedih. Pelik bukan? Cinta bukan sahaja hadir tiba-
tiba malah kadang-kadang lahir dari rasa kasihan. Dan seringnya pengorbanan akan
ditagih cinta sejati, yang cuma satu dalam seribu. Apakah anta percaya?

-TamaT-

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


Cerpen : Suatu Penyesalan

Suasana didalam bilik bersalin begitu sunyi sekali. Yang kedengaran hanyalah suara
rintihan Rohani menahan kesakitan hendak melahirkan.
“Subhanallah….sakitnya…isk…isk…isk…isk… aduuh….Bang sakit nya tak tahan saya”
keluh Rohani pada suaminya Zamri yang ketika itu ada disisinya. “Apalah awak
ni….susah sangat nak bersalin. Sudah berjam-jam tapi masih tak keluar- keluar juga
budak tu. Dah penat saya menunggu. Ni… mesti ada sesuatu yang tak elok yang awak
sudah buat , itulah sebabnya lambat sangat nak keluar budak tu, banyak dosa
agaknya.” rungut Zamri kepada isterinya, Rohani pula.

Sebak hati Rohani mendengar rungutan suaminya itu, tetapi dia tidak
menghiraukannya, sebaliknya, Rohani hanya mendiamkan diri sahaja dan menahan
kesakitannya yang hendak melahirkan itu. Rohani tahu sudah hampir 3 jam dia berada
dalam bilik bersalin itu tetapi bayinya tidak juga mahu keluar. Itu kehendak Allah
Taala, Rohani tidak mampu berbuat apa apa, hanya kepada Allahlah dia berserah.

Sejak Rohani mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zamri terhadapnya.
Zamri seolah olah menaruh perasaan benci terhadap Rohani dan anak yang
dikandungnya itu.

Jururawat yang bertugas datang memeriksa kandungan Rohani dan kemudian bergegas
memanggil Doktor Syamsul iaitu Doktor Peribadi Rohani. Doktor Syamsul segera
datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran bayi Rohani itu.
Rohani hanya mendiamkan diri menahan kesakitan dan kelihatan air matanya meleleh
panas dipipi gebunya itu. Rohani menangis bukan kerana takut atau sakit tetapi
kerana terkenang akan rungutan Zamri tadi.

Saat melahirkan pun tiba. Doktor Syamsul menyuruh Rohani meneran …”Come on Ani.

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


You can do it…one more…one more Ani.” Kata kata peransang Doktor Syamsul itulah
yang membuatkan Rohani begitu bertenaga dan dengan sekali teran sahaja kepala
bayinya itu sudah pun keluar…?Alhamdulillah,? bisik Rohani apabila dia melihat sahaja
bayinya yang selamat dilahirkan itu.

Tiba-tiba Rohani terasa sakit sekali lagi dan dia terus meneran untuk kali keduanya,
sejurus itu juga keluar seorang lagi bayi, kembar rupanya. “Tahniah Rohani, You got
twin, boy and girl, putih macam You juga.” Begitulah kata kata pujian dari Doktor
Syamsul. “Tahniah Zamri, it’s a twin” Doktor Syamsul mengucapkan tahniah kepada
Zamri pula. Zamri hanya mendiamkan diri sahaja setelah menyaksikan kelahiran anak
pertamanya itu, kembar pula . Doktor Syamsul memang sengaja menyuruh Zamri
melihat bagaimana keadaan kelahiran anak anaknya itu.

Rohani sudah mula merancang akan nama untuk anak anaknya itu. Yang lelaki akan
diberi nama Mohammad Fikri dan yang perempuan akan diberi nama Farhana. Rohani
merasa begitu lega sekali setelah melahirkan kembarnya itu, tetapi sesekali bila dia
teringat kata kata Zamri sebelum dia melahirkan hatinya menjadi begitu sebak dan
sedih sekali.

Sebenarnya memang terlalu banyak kata-kata Zamri yang membuat Rohani berasa
jauh hati sekali. Terutamanya sepanjang dia mengandung. Tetapi Rohani hanya
bersabar, kerana dia tahu kalau dia mengadu pada emaknya tentu dia akan dimarahi
semula. Jadi dia hanya mendiamkan diri dan memendam rasa sahaja.

Kedua dua anaknya, Mohammad Fikri dan Farhana telah diletakkan dibawah jagaan
Nursery di Hospital Universiti Singapura (NUH) untuk memberi peluang Rohani berehat
sebentar, kemudian nanti dapatlah dia menyusukan kedua kembar yang comel itu.

Tiba tiba fikiran Rohani menerbang kembali kedetik detik semasa dia mengandung
dahulu. Zamri memang selalu memarahinya, ada sahaja perkara yang tidak kena.
Macam macam kata kata nista yang dilemparkan kearah Rohani. Ada sahaja tuduhan
yang tidak masuk akal, semuanya dihamburkan pada Rohani seolah olah melepaskan
geram. Tidak sanggup rasanya Rohani menghadapi itu semua tetapi demi kestabilan
kandungannya, Rohani kuatkan juga semangat dan pendiriannya.

Yang paling menyedihkan sekali ialah sewaktu Rohani mula mula disahkan
mengandung. Zamri tidak percaya yang Rohani mengandung anaknya, dua kali dia
membuat pemeriksaan Antenatal untuk mengesahkan kandungan isterinya itu.
Keraguan timbul didalam hati Zamri tentang anak dalam kandungan Rohani itu. Zamri
tidak boleh menerima kenyataan yang Rohani akan mengandung sebegitu awal sekali
sedangkan mereka berkahwin baru 3 bulan. Kandungan Rohani sudah masuk 2 bulan…
bermakna Rohani cuma kosong selama sebulan sahaja selepas mereka berkahwin. Bagi
Rohani pula itu perkara biasa sahaja yang mungkin turut dilalui oleh pasangan lain
juga.

Setelah membuat pemeriksaan Doktor, Rohani pulang kerumahnya dalam keadaan

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


sedih. Pada mulanya Rohani berasa sangat gembira bila dia disahkan mengandung
tetapi sebaliknya bila Zamri tidak mahu menerima anak dalam kandungannya itu,
perasaannya terus berubah menjadi duka pula. Zamri menuduh yang Rohani berlaku
curang, dan anak dalam kandungannya itu adalah hasil dari kecurangan Rohani
sendiri. Hati isteri mana yang tidak remuk. Hati isteri mana yang tidak kecewa apabila
dituduh sebegitu rupa oleh suaminya sendiri. Rohani pasrah……

Pernah suatu ketika Rohani bertengkar dengan suaminya. “Kenapa abang berlainan
sekarang ni, tak macam dulu, pelembut, suka berjenaka, ini tidak asyik nak cari
kesalahan Ani sahaja. Mengapa bang?” Rohani bertanya kepada Zamri .

“Kaulah penyebab segalanya. Tak payahlah nak tunjuk baik.” Tempelak Zamri. Entah
jantan mana yang kau dah layan kat opis kau tu.” sergah Zamri lagi.

“Abang syak Ani buat hubungan dengan lelaki lain ke? Subhanallah??.Kenapa Abang
syak yang bukan-bukan ni, Anikan isteri Abang yang sah, tak kanlah Ani nak buat jahat
dengan orang lain pulak, Bang”? sangkal Rohani pula. “Allah dah beri kita rezeki awal,
tak baik cakap macam tu. Itu semua kehendak Allah.” Rohani menghampiri sambil
memeluk badan suaminya tetapi Zamri meleraikan pelukannya dengan kasar sekali
sehingga tersungkur Rohani dibuatnya. Serentak itu juga Rohani menangis . Zamri
langsung tidak mengendahkannya. Deraian airmata Rohani semakin laju. Rohani hanya
mampu menangis sahaja. Amat pedih sekali Rohani rasakan untuk menahan semua
tohmahan dari Zamri, suaminya yang sah.

“Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Ani. Kawan baik dengan bini sendiri, suami
sendiri, bapak dengan anak, hah! emak dengan menantu pun boleh terjadi tau,
apatah lagi macam kau ni, tau tak. Dulu tu kawan lama kau yang satu opis dengan kau
tu, Amran, bukan main baik lagi budak tu dengan kau.” Bentak Zamri lagi. Tanpa
disangka sangka rupanya Zamri menaruh cemburu terhadap isterinya.

“Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ….heee teruk. Nasib
aku lah dapat bini macam engkau ni.” kutuk Zamri lagi pada Rohani. “Bawa mengucap
Bang, jangan tuduh Ani yang bukan-bukan. Ani bukan perempuan yang tak tentu arah.
Walaupun Ani hanya anak angkat dalam keluarga ni, Ani bukan jenis macam tu, Ani
tau akan halal haram, hukum hakam agama.

?Memang Ani tak pernah tau asal usul keluarga kandung Ani, tapi Ani bersyukur dan
berterima kasih pada emak angkat Ani kerana menjaga Ani sejak dari kecil lagi. Ani
dianggapnya seperti darah daging sendiri.? Rohani mula membangkang kata kata nista
suaminya itu. “Abang jangan cuba nak menghina keluarga kandung Ani kerana
walaupun mereka tidak membesarkan Ani tetapi disebabkan merekalah, Ani lahir
kedunia ini.? Tambah Rohani lagi dengan sebak didada.

Semenjak peristiwa pertengkaran itulah, setiap hari Rohani terpaksa pergi ke tempat
kerja Zamri apabila habis waktu bekerjanya. Sementara menunggu Zamri pulang
Rohani berehat di Surau tempat Zamri bekerja. Zamri bekerja sebagai seorang

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


salesman handphone di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut
shif. Kalau Zamri bekerja shif malam terpaksalah Rohani menunggu Zamri sampai
tengah malam. Begitulah keadaannya sehingga apabila perutnya semakin membesar
pun Zamri masih memaksanya. Terpaksalah Rohani berbohong kepada emak dan
keluarganya yang lain dengan mengatakan yang dia buat kerja overtime semata mata
untuk mengelakkan pertengkaran dan tuduhan serta kata nista suaminya itu.

Dengan keadaan perut semakin membesar Rohani masih gagahkan juga dirinya pergi
bekerja. Kadangkala apabila Zamri tidak menjemput Rohani ditempat kerja
terpaksalah Rohani berasak asak menaiki bas untuk pulang . Begitulah keadaan Rohani
sehinggalah hampir pada waktu bersalinnya. Pernah sekali Rohani minta dijemput
kerana dia sudah larat benar tetapi sebaliknya Zamri membalasnya dengan kata kata
kesat kepadanya, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya
lah, perempuan tak sedar diri lah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan dan macam
macam lagi kata kata nista dilemparkan kepadanya.

Suatu hari Zamri dalam keadaan marah telah menarik rambut Rohani dan
menghantukkan kepala Rohani ke dinding…Rohani hanya mampu menangis dan
menanggung kesakitan. Ini semua gara-gara Rohani hendak pergi ke rumah Mak
Saudaranya yang ingin mengahwinkan anaknya di Tampines. Emak Rohani sudah
seminggu pergi kesana untuk menolong Mak Saudaranya itu. Hari sudah semakin
petang jadi Rohani mendesak agar bertolak cepat sikit, lagipun langit sudah
menunjukkan tanda tanda hendak hujan. “Hari dah nak hujan, Bang. Elok rasanya
kalau kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut.? Pinta Rohani.

Tanpa disangka sangka kata kata Rohani itu membuatkan Zamri marah dan dengan
dengan tiba-tiba sahaja Zamri bangun. Dengan muka bengisnya, Zamri memandang
Rohani. “Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ke, aku punya sukalah nak pergi
malam ke, siang ke, tak pergi lansung ke.” marah Zamri. Rohani menjawab,”Itu Ani
tau, Abang kan dah berehat dari pagi tadi takkan masih penat lagi. Sepantas kilat
Zamri datang kepada Rohani dan direntapnya rambut Rohani lalu di hantukkan kepala
Rohani kedinding. Rohani tidak berdaya untuk menghalangnya. Ya Allah! Sungguh
tergamak Zamri berbuat demikian…terasa kebas kepala Rohani dan dirasakannya mula
membengkak. Pening kepala Rohani dibuatnya.

“Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menerima semua ini. Kau lindungilah aku dan
kandunganku ini dari segala bahaya dan azab sengsara, Ya Allah.? Doa Rohani dalam
hatinya dengan penuh keluhuran. Rohani memencilkan dirinya disudut dinding dan
menangis sepuas puasnya…. “Bang, Ani minta maaf jika kata kata Ani tadi
membuatkan Abang marah.” Rohani memohon maaf kepada suaminya sambil tersedu
sedu.

Hari itu seperti biasa Zamri ketempat kerjanya. Tiba tiba handphonenya berbunyi.
Kedengaran suara Doktor Syamsul menyuruhnya datang segera ke hospital, kerana ada
sesuatu yang berlaku terhadap Rohani.

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


Setibanya di hospital sahaja,”Zamri, kami sudah cuba untuk menyelamatkan Rohani
tapi kuasa Allah melebihi segalanya, Rohani mengalami pendarahan otak yang serius,
sebelum ini pernah tak Rohani jatuh atau… kepalanya terhantuk kuat pada sesuatu
kerana sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin
kesan dah lama ? Doktor Syamsul bertanya agak serius. Dia inginkan penjelasan
sebenar dari Zamri. Zamri hanya mendiamkan diri.

Serentak itu juga Zamri teringat yang dia pernah menarik rambut Rohani dan
menghantukkan kepala Rohani kedinding sekuat kuatnya…dan selepas kejadian itu
Zakri tidak pernah sekali pun membawa Rohani ke Klinik untuk membuat pemeriksaan
kepalanya. Rohani sering mengadu sakit kepala yang teruk …namun Zamri tidak
pernah mengendahkan kesakitan Rohani itu, malah baginya Rohani hanya mengada-
ngadakan cerita ……saja buat buat sakit untuk minta simpati…

Sambil menekap mukanya dengan tangan Zamri menyesal….”YA ALLAH apa yang aku
dah buat ni.”

Doktor Syamsul menjelaskan lagi,”Doktor Zain yang merawat Rohani kerana Rohani
mengadu sakit kepala yang amat sangat sewaktu dia memberi susu pada kembarnya di
Nursery. Jadi Doktor Zain telah membawa Rohani ke Lab untuk membuat scanning di
kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang
kritikal dan kami tak mampu melakukan apa-apa kerana Rohani tidak mahu di
operation sebelum meminta izin dari awak Zamri.?

?Hanya satu permintaan terakhir arwahnya, dia minta awak membaca diarinya ini. I’m
really sorry Zakri. Allah lebih menyayanginya.? kata Doktor Syamsul lagi lalu
menyerahkan sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin bayi yang masih
baru kepada Zamri.

BAHAGIAN KEDUA

Zamri mengambil diari tersebut. Satu lembaran kesatu lembaran dibukanya. Setiap
lembaran tertulis rapi tulisan tangan Rohani mencoretkan peristiwa yang berlaku
padanya setiap hari. Begitu tekun sekali Zamri membacanya dan ternyata banyak
sekali keluhan, kesakitan & segala luahan rasa Rohani semuanya tertera didalam diari
tersebut. Dan Zamri dapati setiap peristiwa itu semuanya adalah perlakuan buruk
Zamri terhadap Rohani…

“Ya Allah, kenapa aku buat isteriku begini.” keluh hati kecil Zamri penuh penyesalan
selepas membaca setiap lembaran diari itu. Dan apabila tiba ke muka surat terakhir,
tiba tiba Zamri terpandang bunga ros merah yang telah kering…membuat Zakri
tertarik untuk membacanya…

Untuk suamiku yang tersayang, Zamri.

“SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN KITA YANG PERTAMA PADA HARI

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


INI.”Dengan air mata yang mula bergenang Zamri memulakan bacaannya….

Assalamualaikum.

Abang…

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Ani pada pertemuan pertama kita
dulu. Sudah lama Ani simpan bunga tu Bang…

Bunga inilah lambang kasih sayang Ani pada Abang selama ini. Ia tidak pernah berubah
pun walau telah kering…..Ani teramat menyayangi Abang. Ani sentiasa menyimpan
setiap hadiah yang Abang berikan pada Ani. Abang tak pernah tahu kan… Itulah salah
satu buktinya betapa sayangnya Ani pada Abang..

Terlebih dahulu Ani teringin sangat nak dengar Abang panggil Ani ?AYANG? seperti kita
baru baru kahwin dulu…Abang panggil Ani ?AYANG?…terasa diri Ani dimanja bila Abang
panggil macam tu…walaupun Ani cuma dapat merasa panggilan ?AYANG? itu seketika
sahaja. Abang sudah banyak berubah sekarang. Perkataan ?AYANG? telah hilang dan
tidak kedengaran untuk Ani lagi. Kenapa? Benci sangatkah Abang pada Ani? Ani telah
melakukan kesalahan yang menyinggung perasaan Abang ke?

Abang…

Tulisan ini khas Ani tujukan untuk Abang. Bacalah semoga Abang tahu betapa
mendalamnya kasihsayang Ani pada Abang. Abang tentu ingatkan hari ini merupakan
hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan sebagai hadiahnya Ani berikan
Abang…….Mohammad Fikri dan Farhana.

Buat diri Ani, Ani tak perlukan apa apa pun dari Abang cukuplah dengan kasih sayang
Abang pada Ani. Ani akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Ani. Ani
pergi untuk menemuiNya. Ani reda Bang….

Harapan Ani, Abang jagalah kedua kembar kita tu dengan baik dan jangan sekali-kali
sakiti mereka. Mereka tidak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Ani
dan mereka adalah darah daging Abang. Janganlah seksa mereka. Abang boleh seksa
Ani tapi bukan mereka. Sayangilah mereka…

Dan yang terakhir sekali, Ani ingin mengatakan bahawa dalam hidup ini, Ani belum
pernah mengadakan apa apa hubungan dengan sesiapa pun melainkan Abang sahaja di
hati Ani. Jiwa dan raga Ani hanya untuk Abang seorang.

Ribuan terima kasih Ani ucapkan kerana Abang sudi mengahwini Ani walaupun Ani
cuma menumpang kasih didalam sebuah keluarga yang menjaga Ani dari kecil
hinggalah Ani bertemu dengan Abang dan berkahwin.

Ani harap Abang tidak akan mensia siakan kembar kita tu dan Ani tidak mahu mereka

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


mengikut jejak kehidupan Ani yang malang ini dan hanya menumpang kasih dari
sebuah keluarga yang bukan dari darah daging sendiri…tapi Ani tetap bersyukur kerana
dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga angkat Ani. Ani harap sangat
Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Ani ibunya, akan sentiasa
bersama disamping mereka berdua, walaupun Ani tidak berkesempatan membelai
mereka dan cuma seketika sahaja dapat mengenyangkan mereka dengan air susu Ani.

Berjanjilah pada Ani, Bang! dan ingatlah Fikri dan Farhana adalah darah daging abang
sendiri…

Ampunkan Ani dan halalkan segala makan minum Ani selama setahun kita hidup
bersama.

Sekiranya Abang masih tidak sudi untuk menerima kehadiran Fikri dan Farhana dalam
hidup Abang, berilah mereka pada emak Ani supaya emak dapat menjaga kembar kita
itu. Tentang segala perbelanjaannya, janganlah Abang risau kerana Ani sudah pun
masukkan nama emak dalam CPF Ani. Biarlah emak yang menjaga kembar kita itu,
sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Ani nanti bila memandang
kembar kita. Comel anak kita kan Bang!Mohammad Fikri mengikut raut muka
Abang…sejuk kata orang dan Ani yakin mesti Farhana akan mengikut iras raut wajah
Ani…Ibunya…sejuk perut Ani mengandungkan mereka.

Inilah satu satunya harta peninggalan yang tidak ternilai dari Ani untuk Abang. Semoga
Abang masih sudi menyayangi dan mengingati Ani walaupun Ani sudah tiada lagi disisi
Abang dan kembar kita.

Salam sayang terakhir dari Ani Untuk Abang dan semua.

Doakanlah Kesejahteraan Ani.

Ikhlas dari isterimu yang malang,

Rohani

Sehabis membaca diari tersebut, Zamri meraung menangis sekuat kuat hatinya. Dia
menyesal…….menyesal…….

“Sabarlah Zamri, Allah maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Fikri
dan Farhana.” pujuk Zul, kawan baiknya. Zamri hanya tunduk membisu.

Ya Allah…

Ani, maafkan Abang. Tubuh Zamri menjadi longlai dan diari ditangannya terlepas, tiba
tiba sekeping gambar dihari pernikahan antara Zamri dan Rohani terjatuh dikakinya
lalu segera Zamri mengambilnya.

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


Belakang gambar itu tertulis “SAAT PALING BAHAGIA DALAM HIDUPKU DAN KELUARGA.
SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN INI AKAN SENTIASA MENYELUBUNGIKU
HINGGA KEAKHIR HAYATKU.?

Zamri terjelepuk dilantai dengan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya.


Dia seolah olah menjadi seperti orang yang hilang akal. Satu demi satu setiap
perlakuan buruknya terhadap Rohani seperti terakam dalam kepala otaknya…setiap
perbuatannya…seperti wayang jelas terpampang…kenapalah sampai begini
jadinya…kejamnya aku…Ani, maafkan Abang?.maafkan Abang?. Abang menyesal??.

Sewaktu jenazah Rohani tiba dirumah suasananya amat memilukan sekali. Zamri
sudah tidak berdaya lagi untuk melihat keluarga isterinya yang begitu sedih sekali
diatas pemergian anak mereka. Walaubagaimanapun emak Ani kelihatan begitu tabah
dan redha. Kedua dua kembar Zamri sentiasa berada didalam pangkuan nenek
mereka.

Untuk kali terakhirnya, Zamri melihat muka Rohani yang kelihatan begitu tenang,
bersih dan Zamri terus mengucup dahi Rohani. “Rohani, Abang minta ampun dan
maaf.” bisik Zamri perlahan pada telinga Rohani sambil menangis dengan berjuta
penyesalan menimpa nimpa dirinya. Apabila Zamri meletakkan kembar disisi ibunya
mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi
pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zamri ada titisan airmata
bergenang di tepi mata Rohani. Airmata itu meleleh perlahan-lahan bila kembar itu
diangkat oleh Zamri.

Kembarnya menangis semula setelah diangkat oleh Zamri dan diberikan kepada
neneknya. Jenazah Rohani dibawa ke pusara. Ramai saudara mara Rohani dan Zamri
mengiringi jenazah, termasuklah kedua kembar mereka. Mungkin kedua kembar itu
tidak tahu apa-apa tetapi biarlah mereka mengiringi pemergian Ani, Ibu mereka yang
melahirkan mereka. Amat sedih sekali ketika itu. Zamri tidak mampu berkata apa-apa
melainkan menangisi pemergian Rohani yang selama ini hidup merana atas
perbuatannya.

Dan akhirnya Jenazah Rohani pun selamat dikebumikan. Satu persatu saudara mara
meninggalkan kawasan pusara, tinggallah Zamri keseorangan di pusara Rohani yang
masih merah tanahnya…meratapi pilu pemergian isterinya itu, berderai airmata Zamri
dengan berjuta juta penyesalan …

Sambil menadah tangannya, Zamri memohon pengampunan dari yang Maha Esa…

Ya Allah?.

Kuatkan semangat hambamu ini . Hanya Kau sahaja yang mengetahui segala dosa aku
pada Rohani….ampunkan aku Ya Allah….

Dalam tangisan penyesalan itu, akhirnya Zamri terlelap disisi pusara Rohani. Sempat

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


juga dia bermimpi, Rohani datang menghampirinya, mencium tangan, mengucup dahi
dan memeluk tubuhnya dengan lembut mulus.

Zamri melihat Rohani tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Rohani yang
putih bersih itu. Ani…, Ani…, Ani…, nak kemana Aniiiiiii. Zamri terjaga dari lenanya.
Terngiang-ngiang suara kembarnya menangis. Emak dan keluarga mertuanya itu
datang mendekati Zamri. Mereka semua menyabarkannya…..
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas Rohani…

-Tamat-

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


Cerpen : Isteri Tersayang

Share

PENDAHULUAN

Cerpen ini diadaptasi dari sebuah kisah benar (sahabat baik saya) yang ceritakan dari
email. Nama,watak serta plot di dalam cerpen ini telah diubah supaya cerpen ini
tidak menimbulkan unsur sensitiviti bagi sesetangah pihak. Penghasilan cerpen ini
sekadar ingin dijadikan sebagai ikhtibar untuk kita semua.

==============================================

Zubir, seorang lelaki. Pesan ibunya, insan bernama lelaki pantang menangis. Insan
bergelar lelaki tidak boleh menitiskan air mata. Pesan ibunya terbuku - terpaku
diruyung minda.

Hampir 40 tahun bertapa di kepala, pesan ibunya hari ini Zubir ingkar lupa. Pesan dari
seorang insan yang berkerudung di bawah nama wanita. Zubir sudah lama tidak
ketemu dia. Kali terakhir mereka berutusan berita 20 tahun lalu. Dia rafiq terakrab
Zubir. Sahabat yang Zubir anggap terunggul. Taulan yang tidak keterlaluan Zubir
katakan, diantara bebintang yang bergentayangan di langit hitam pekat, dialah satu-
satunya purnama yang bersinar. Zubir sibuk menyiapkan disertasi ketika monitor
komputernya disinggahi ikon kecil berupa surat . Tetikus pantas digerakkan ke ikon
inbox massage yang jarang-jarang diterima itu. Sekali tekan, email yang hadir dari
pengutus yang tidak Zubir ketahui asal-usulnya terpampang menjamu diagonar mata.

Zubir,

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


Salam buat rafikku yang aku kira kala ini sibuk dengan tuntutan hidup yang sentiasa
menggigit. Maaf, aku muncul tiba-tiba setelah lama menyepi diri. Aku sebenarnya
ketandusan kata-kata. Aku sesungguhnya tidak tahu bagaimana harus aku lakarkan
agar engkau tahu duka-lara hatiku. Maruah wanita sentiasa berkapuh di kaki lelaki,
kata orang. Aku pernah bersumpah akan sentiasa berpegang dengan kata-kata itu tapi
metah, sumpah aku terlerai akhirnya. Aku persis bulan yang merayu pungguk. Cuma,
pencarian aku ini tidak akan ada hentinya kerana aku tahu, aku hanya mengejar
bayang-bayang semalam. Aku terlalu merindui dia, Zubir!

Mukadimah warkah yang tidak diundang itu menjemput tanda tanya bertamu
disanggar hati. Kenapa dia jadi begitu? Mengapa dia jadi pengemis rindu? Benteng hati
Zubir turut merusuh bersama-sama dengan bait-bait perutusan yang dijelajah-jamah
seterusnya.

Zubir,

Natasya Aminah Abdulah, gadis berdarah English-Scottish. Aku mula mengenalinya di


kampus University of Leeds , London . Natasya pelajar fakultiku. Natasya tidak mudah
didekati. Tidak ada ruang untuk aku menghampirinya buat sekian lama hinggalah
kesuatu tarikh keramat. Satu petang aku melihat dia diburu oleh seorang lelaki, untuk
mengelak diganggu tiba-tiba dia sepantas kilat masuk ke rumah sewaku dengan
selamba. Aku jadi kaget kerana dia bukan muhrim yang tiba-tiba menceroboh masuk
semata-mata untuk mendapat perlindungan diganggu oleh lelaki tersebut. Akhirnya
dia menceritakan kepada aku bahawa lelaki tersebut adalah bekas kekasihnya yang
ingin mengganggu hidup Natasya dengan merebut kembali cintanya, namun Natasya
cuba menolak kerana sudah tidak tahan dengan sikap bekas kekasihnya yang kaki
perempuan.

Detik itulah aku berjaya menghadirkan diri dalam hidupnya. Kami kahwin selepas itu
walaupun ibuku menghalang. Cinta aku pada Natasya teguh-utuh biarpun ibu sering
menimbulkan onar. Kata ibu, Natasya bukan anak bangsawan Melayu seperti kami
justeru itu dia tidak layak menjadi sebahagian dari kaum keluargaku. Ibu tidak rela
keturunannya berumbut-berumbi asing. Malah bangsa Natasya juga berasalnya dari
kolonial yang banyak mencetuskan semangat nasionalisme Malaysia walaupun kita
sudah merdeka hampir 40 tahun.

Persoalan yang singgah diendokrap minda Zubir kian terjawab. Zubir mula mengerti
gejolak hati dia. Zubir mula faham susur-galur kisah dia. Namun debar Zubir kian
berganda bila Zubir terus meluncuri batas-batas warkah dia selanjutnya.

Zubir,

Lima tahun usia perkahwinan kami, kami masih berdua. Kasihku pada Natasya mula
tergugat. Aku kepingin anak yang biasa panggil aku ayah! Mungkin ini balasan kerana
mengingkari titah ibu. Aku jadi keliru. Natasya tenang. Tika mendapat perkhabaran
buruk tentang keluarganya diKosovo dulu pun, dia tetap tenang. Aku jadi kalut. Aku

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


jadi tidak sabar. Aku jadi bingung dengan kesabarannya. Ibu pula kian mendesak
mengasak. Bara mula berasap. Ibu pula menyiram minyak. Tahap kesabaran aku mula
teruji. Api kemarahan aku marak menjulang. Termakan dengan kata-kata ibu yang
Natasya mandul, cinta aku mula beralih arah. Farah pilihan ibu, tanpa banyak soal,
aku terima.Namun, Natasya tetap setia dengan aku. Sungguh aku tidak mengerti
wanita itu, Zubir. Sabarnya tidak ada penghujung!

Zubir,

Aku mula abaikan Zubir. Tambahan pula, setelah dua bulan berkongsi kasih dengan
Farah. Dia mengandung. Natasya, jarang sekali aku jenguk. Mual rasanya aku bila
memandang wajahnya. Aku jadi begitu tidak sabar dengannya. Semua yang dilakukan
serba tidak kena di mataku. Aku pernah menjirus tangannya dengan air teh yang
panas berasap Cuma kerana dia terlewat membawakan air itu padaku! Ranting
tubuhnya, aku kira sudah lali dengan sepak terajangku. Pernah dia tersungkur kelantai
terkena penanganku suatu hari itu Zubir. Darah merah pekat berhamburan dari
kepalanya yang terhantuk dibucu meja, tapi aku bangga melangkah keluar
meninggalkan dia menanggung kesakitan sendirian. Sembilan bulan Farah
mengandung, sembilan bulan jugalah Natasya tidak kupedulikan. Nafkah zahir
batinnya aku tidak pernah ambil peduli. Aku kira lara dia makin bertambah selepas
kelahiran Azhad Ahlami, putera aku dan Farah. Natasya sudah tidak ada dalam kamus
hidupku! Entah kenapa? Rasa kesal tiba-tiba sahaja datang bertamu. Aku semakin
resah, resah yang makin mencengkam di jiwa.

Zubir jadi bingung. Mengapa begitu mudah kasih terhenti? Kenapa begitu senang cinta
mati? Dia bukan lagi rafik yang pernah suatu ketika dulu Zubir kagumi.

Zubir,

Hati Natasya turut kurebus dengan kata nista tapi sungguh, dia tidak pernah melawan.
Dia tidak jadi seperti ayam yang berketak bila dimarahi manusia. Dia umpama rumput
dilaman yang boleh aku pijak sesuka hatiku. Allah itu Maha Kaya. Itu ketentuan yang
tidak dapat aku sangkalkan. Farah berubah selepas melahirkan anak kami. Dia abaikan
aku. Dia abaikan Azhad Ahlami. Kata Farah, dia tidak betah menjadi ibu. Potongan
badan dia yang menggiurkan dulu telah rosak kerana mengandungkan Azhad Ahlami,
katanya.Dia kesal kerana hamil. Dan yang sungguh menghancurkan hatiku, katanya dia
kesal kerana berkahwin denganku! Anak kami terbiar Zubir. Farah tinggalkan aku
bersama-sama Azhad Ahlami yang masih lagi menyusu. Ibuku pula tidak mahu ambil
tahu.Tahukah engkau betapa rusuh hatiku tika itu, Zubir?

Zubir sebak. Sebak mengenangkan betapa agungnya kuasa Tuhan. Allah tidak pernah
mungkir janji pada umat ciptaanNya. Yang baik dibalas baik.Yang buruk mendapat
pembalasan setimpal. Dalam memelihara ego seorang lelaki, Iskandar terpaksa akur,
dia wajar menerima pembalasan seperti itu dari Allah.

Zubir, Aku terpaksa menjilat nanah yang aku cipta sendiri selepas peninggalan Farah.

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


Aku ketemu Natsya. Azhad Ahlami perlukan perhatian dan kasih sayang seorang ibu.
Aku rela sembah Natasya tika itu Zubir, kalau-kalau dia tidak mahu
mengambil Azhad Ahlami. Dia tidak menolak. Aku bertambah terpukul dengan
keadaan. Mengapa semurni itu hati dia, Zubir? Azhad Ahlami lena dalam dakapan dia.
Dan engkau tahu Zubir, sememangnya Allah itu sungguh Pengasih. Azhad Ahlami
kehilangan ibu. Paling mengharukan aku, Azhad Ahlami biasa membesar dari sumur
Natasya! Natasya tidak pernah hamil. Dia tidak pernah mengandung. Mana mungkin
ada susu tapi itulah kebesaran Ilahi. Aku langgar sumpah kita Zubir. Lelaki tidak
seharusnya menangis. Tatkala melihat detik itu, permata jernih ini turun tidak
berhenti-henti. Jendela mataku berlangsir hujan! Kami hidup bahagia selepas itu
Zubir. Farah telah kulepaskan secara baik. Ibu akur dengan keputusan aku. Dia lebih
banyak diam sejak Farah tinggalkan aku. Mungkin malu dengan Natasya. Hari-hari
yang kami lalui selepas itu cukup manis. Azhad Ahlami membesar dengan kasih sayang
Natasya.

Zubir seakan tidak percaya membaca zarah-zarah tulisannya itu. Besar kuasa-Nya.
Dada Zubir berombak menahan sebak.

Zubir,

Waktu yang berlalu terasa begitu pantas. Usia perkahwinan kami masuk ketahun yang
ke-20. Azhad Ahlami sudah jauh besar. Dia ke Amerika menyambung pelajarannya.
Aku sibuk dengan perniagaanku. Natasya tidak pernah merungut. Dia isteri setia,
Zubir. Setiap hari, pulang dari kerja, makanan akan sentiasa siap terhidang. Aku jadi
selesa dengan keadaan itu. Dan mungkin kerana itulah aku take things for granted!
Hanya bila ada keperluan kami bercakap. Bukan aku tidak menyayanginya, Zubir.
Cuma aku kira dia cukup tahu kasih sayangku padanya walaupun tidak kuucapkan.

Satu hari, Natasya mengadu padaku. Kepalanya sentiasa pening dan selalu pitam. Aku
terlalu sibuk dengan urusan perniagaanku hinggakan permintaannya untuk menjalani
pemeriksaan terbiar begitu sahaja. Aku terlupa tanggungjawabku padanya dalam
kesibukan aku mengejar keuntungan. Dedaun masa yang telah gugur tidak akan dapat
dilekatkan semula pada pohon kehidupan. Itulah yang aku pelajari beberapa bulan
selepas itu, Zubir. Natasya pengsan. Menangis hingga kering mengalir air mata darah
sekalipun tidak mampu mengubah ketentuan Ilahi, Zubir. Natasya menghidap barah
otak. Mengapa tidak aku terfikir apa yang diberitahunya itu adalah simptom penyakit
maut itu?

Menurut doktor, barah otak yang dilaluinya itu adalah kesan daripada hentakan dan
pendarahan dibahagian kepala Natasya satu ketika dulu yang pernah aku lakukan.
Penyakit barah otak ini selalunya sukar untuk diselamatkan. Lebih malangnya Natasya
sudah di peringkat kritikal. Natasya perlu dibedah segera. Aku rasa sungguh bersalah
pada Natasya. Kalaulah aku tidak terlalu menurut sibukku, sudah tentu barah Natasya
tidak separah ini. Aku ini terlalu kejam pada Natasya. Aku sungguh kejam.

Tika itu, baru aku sedar betapa susahnya menjadi seorang isteri. Aku ambil alih tugas

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


di rumah kala Natasya terlantar di hospital. Aku terpaksa belajar membahagikan masa
menjenguk Natasya dan mengemas rumah. Hanya Tuhan sahaja yang mengerti hatiku
tika itu, Zubir. Baru aku sedar, betapa selama ini, insan yang bergelar isteri itu
memikul tanggungjawab yang sungguh berat. Aku ikhlas mengaku Zubir, jika aku
diberi pilihan, aku lebih rela mengambil tempat Natasya menanggung sakitnya
daripada menanggung tanggungjawabnya sebagai seorang isteri! Kesihatan Natasya
semakin menyusut. Aku diburu rasa menyesal yang tidak berkesudahan. Kata doktor,
barah Natasya sudah mengakar ke sistem saraf. Barah penyakit perjalanan
sehala.Tidak ada perjalanan pulang. Tiketnya menuju kesatu destinasi sahaja. Mati!
Satu hari, Natasya memanggilku. Suaranya lemah sekali. Tidak seperti hari-hari
sebelumnya. Aku jadi kaget Zubir.

Tiba-tiba sahaja aku begitu takut kehilangannya. Walaupun aku telah ketahui saat
seperti ini akan tiba, aku seakan tidak mahu menerima kenyataan itu. Wajah Natasya
tenang. Dia cuba menguntum senyuman yang aku kira terukir dalam kesakitan yang
teramat sangat. Kepalanya aku riba, Zubir. Tuhanku, tika ku elus rambutnya yang
sudah kehilangan seri itu, satu-persatu rambutnya gugur. Lebih mengguris hatiku
Haziq, ada parut panjang di kulit kepalanya. Parut luka Natasya yang terhantuk
dibucu meja satu ketika dahulu masih bersisa! Dan parut itu jugalah yang menjadi
punca barah ini. Aku tidak dapat menahan sebakku. Betapa berdosanya aku! Natasya
semakin lemah.

Ada air mata tergenang di bibir matanya. Kelopak mataku sudah tidak mampu
kubendung lagi. Natsaya pohon agar aku halalkan segala makan minumnya. Juga, dia
pohon padaku, halalkan air susunya membesarkan Azhad Ahlami walaupun dia bukan
ibu kandung Azhad Ahlami. Dia pohon ampun dariku kerana tidak mampu
mengurniakan anak yang dikandung dalam rahimnya sendiri.

Zubir,

Tangannya kupegang erat. Aku tidak rela melepaskannya pergi. Bersama-sama hari
yang baru mendaki dhuha serta diiringi kalimah syahada, Natsaya akhirnya terlena
dalam dakapanku. Lena yang sungguh panjang! Aku masih lagi tidak dapat menerima
kenyataan yang dia telah tiada. Azhad Ahlami tiba dari Amerika petang itu juga.
Sempat dia mengucup dahi ibunya itu. Aku masih lagi terbau harum puspa kemboja.
Sungguh, aku amat merinduinya. Sungguh juga, Aku terlalu menyayanginya. Zubir!

Megat Iskandar,
23 January 2002. Malaysia .

Bait-bait terakhir warkah Iskandar cukup meruntun hati Zubir. Airmata Zubir seakan
tidak mahu berhenti ini terpaksa diseka. Besarnya pengorbanan seorang isteri. Zubir
juga seperti Iskandar, tidak pernah menyedari betapa agungnya
seorang insan bernama wanita ini. Pawan musim gugur yang bertiup menggigit saya.
Iskandar menyedarkan Zubir. Zubir tidak pernah mengucapkan sayang pada isterinya
setelah lebih 20 tahun lebih hidup bersama. Zubir bangun. Najwani sudah tertidur di

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


sofa, mungkin kerana terlalu penat menanti Zubir menyiapkan Tugasannya. Dia Zubir
kejutkan dari tidur. Najwani, abang Sayangkan Najwani! Terpisat-pisat bangun dari
tidur, Najwani terpinga-pinga. Zubir tidak peduli. Iskandar terlewat. Zubir tidak mahu
dia juga terlewat.

TAMAT

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


Maafkan Aku Wahai Suami

Terimalah MAAFKAN AKU WAHAI SUAMI...

Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen. Dua
hati di satukan dengan apa? Jawabnya, dengan iman. Dua hati yang beriman akan
mudah disatukan. Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu.
Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri
masing-masing sentiasa disuburkan.

Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah. Tetapi jika di hati sama-
sama masih ada ALLAH, perdamaian akan mudah menjelma semula. Yang bersalah
mudah meminta maaf. Yang benar mudah memberi maaf. Tidak ada dendam
memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit. Itulah yang ditunjuk oleh
teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w. Ada ribut… tetapi sekadar di dalam cawan.
Ada gelombang… tetapi cepat-cepat menjadi tenang.

Jika ditanyakan kepada dua hati yang bercinta, siapakah yang lebih cinta
pasangannya? Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih
cintakan pasangannya. Justeru, janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana
hendak mengekalkan cinta antara kita berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu
agar mencintai kepada yang Esa. Jika kita bersama cintakan yang Maha Kekal, pasti
cinta kita akan berkekalan.

Jika paku boleh berkarat, simen boleh retak, maka begitulah iman, boleh menaik dan
menurun. Iman itu ada “virusnya”. Virus iman ialah ego (takbur). Jangan ada takbur,
cinta pasti hancur. Orang takbur merasa dirinya lebih mulia, pasangannya lebih hina.
Jika demikian, manakah ada cinta? Cinta itu ibarat dua tangan yang saling
bersentuhan. Tidak ada tangan yang lebih bersih. Dengan bersentuhan, keduanya
saling membersihkan. Tetapi ‘tangan’ yang ego, tidak mahu bersentuhan… Konon
takut dikotorkan oleh tangan yang lain!

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


Bila berbeza pandangan, pandangannya sahaja yang benar. Kau isteri, aku suami. Aku
ketua, kau pengikut. Aku putuskan, kau ikut saja. Jangan cuba menentang.
Menentang ertinya dayus. Maka terkapa-kapalah sang isteri tanpa boleh bersuara lagi.
Sedikit cakap, sudah dibentak. Senyap-senyap, isteri menyimpan dendam. Suami
‘disabotaj’nya dalam diam. Tegur suami, dijawabnya acuh tak acuh. Senyumnya jadi
tawar dan hambar. Perlahan-lahan, jarak hati semakin jauh. Cinta semakin rapuh.

Ada pula isteri yang ego. Heroin sudah mengaku hero. Suami dicaturnya satu-satu.
Tidak jarang meninggikan suara. Silap suami yang sedikit didera dengan rajuknya yang
panjang. Anak-anak dibiarkan. Dapur berselerak. Pinggan mangkuk tidak dibasuh. Kain
baju sengaja disepah-sepahkan. Rasakan akibat menentang aku. Mengaku salah tidak
sekali. Minta maaf? Pantang sekali!

Ego sisuami selalunya terserlah. Boleh dilihat daripada jegilan mata dan suara yang
meninggi. Mungkin pintu dihempaskan dengan kuat atau hon kereta ditekan bertalu-
talu. Atau boleh jadi diherdik siisteri di hadapan anak-anak atau isteri diperleceh di
hadapan saudara mara atau tetamu yang datang. Bila ramai yang datang bertandang
itulah masa sisuami yang ego ini menunjukkan kuasa dan belangnya.

Ego siisteri terpendam. Mungkin kerana tidak ada dominasi kuasa atau keberanian,
siisteri menunjukkan egonya dengan bermacam-macam-macam ragam. Daripada
sengaja melaga-lagakan pinggan yang dibasuh… sehinggalah memalingkan badan dan
muka ketika di tempat tidur.

Alhasil, cuaca rumah tangga menjadi muram. Rumah hanya jadi ‘house’ tidak jadi
‘home’ lagi. Tidak ada keceriaan, kehidupan dan kemanisannya lagi. Semuanya
bungkam. Ya, rumah (house) dibina dengan batu, kayu dan konkrit, manakala rumah
tangga (home) dibina dengan kasih sayang, cinta dan sikap saling menghormati. Tidak
ada rindu yang menanti suami ketika pulang dari bekerja. Tidak ada kasih yang
hendak dicurahkan oleh suami kepada isteri yang menanti di rumah. Anak-anak jadi
kehairanan? Apa sudah jadi pada kedua ibu-bapa ku?

Bila ada ego di hati, cinta akan menjauh pergi. Retak akan menjadi belah. Kekadang
hati keduanya merintih, mengapa jadi begini? Bukankah antara aku dan dia ada cinta?
Mengapa terasa semakin jarak? Apakah yang perlu aku dan dia lakukan untuk
menyemarakkan semula rasa cinta. Lalu akal berfikir, berputar-putar mencari idea.
Oh, mari ulangi musim bulan madu yang lalu. Kita susuri pulau, tasik, laut atau lokasi
pertemuan kita nan dulu.

Malang, cuma sebentar. Gurau, senda cuma seketika. Tidak mampu lagi memutar
jarum kenangan lama dengan hati yang telah berbeza. Tidak ada lagi tarikan fizikal
yang ketara. Cumbu berbaur ghairah seakan telah terlupa. Bulan madu yang cuba
diperbaharui tidak menjadi… kedua hati bercakar lagi. Mereka cuba memperbaharui
lokasi, tanpa memperbaharui hati. Selagi ada ego, ke mana pun tidak akan menjadi.
Jika ada ego, yang wangi jadi busuk, yang manis jadi tawar, yang indah jadi hambar.

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


Ada juga pasangan yang hendak ‘membeli’ cinta. Ingin dibangkitkan kembali rasa
cinta dengan mata benda. Nah, ini kalung emas ribuan ringgit sebagai tanda cinta ku
masih pada mu, kata suami. Dan ini pula cincin berlian untuk memperbaharui
kemesraan kita, balas siisteri. Masing-masing bertukar hadiah. Semoga dengan barang-
barang berharga itu akan kembalilah cinta. Namun sayang sekali, sinar emas, cahaya
berlian, tidak juga menggamit datangnya cinta. Cinta diundang oleh nur yang ada di
hati. Nur itu tidak akan ada selagi ego masih ada di jiwa.

Susurilah cinta yang hilang di jalan iman. Buanglah kerikil ego yang menghalang. Ego
hanya membina tembok pemisah di antara dua hati walaupun fizikal masih hidup
sebumbung. Mungkin di khalayak ramai, masih tersenyum dan mampu ‘menyamar’
sebagai pasangan yang ideal tetapi hati masing-masing TST (tahu sama tahu) yang
kemesraan sudah tiada lagi.

Pasangan yang begitu, boleh menipu orang lain. Namun, mampukah mereka menipu
diri sendiri? Yang retak akhirnya terbelah. Penceraian berlaku. Mereka berpisah.
Masyarakat yang melihat dari jauh pelik, mengapa begitu mesra tiba-tiba berpisah?
Tidak ada kilat, tidak ada guruh, tiba-tiba ribut melanda. Oh, mereka tertipu.
Perpaduan yang mereka lihat selama ini hanyalah lakonan. Allah membongkar rahsia
ini menerusi firman-Nya:
“Kamu lihat sahaja mereka bersatu tetapi hati mereka berpecah.”

Carilah di mana Allah di dalam rumah tangga mu. Apakah Allah masih dibesarkan
dalam solat yang kau dirikan bersama ahli keluarga mu? Apakah sudah lama rumah mu
menjadi pusara akibat kegersangan zikir dan bacaan Al Quran? Apakah sudah luput
majlis tazkirah dan tarbiah yang menjadi tonggak dalam rumah tangga? Di mana
pesan-pesan iman dan wasiat taqwa yang menjadi penawar ujian kebosanan,
kejemuan dan keletihan menongkah arus ujian?
Penyakit ego menimpa apabila hati sudah tidak terasa lagi kebesaran Allah. Orang
yang ego hanya melihat kebesaran dirinya lalu memandang hina pasangannya. Hati
yang ego itu mesti dibasuh kembali dengan rasa bertauhid menerusi ibadah-ibadah
khusus – solat, membaca Al Quran, berzikir, bersedekah – dan paling penting majlis
ilmu jangan diabaikan.

Firman Allah:
“Dan berilah peringatan. Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang
mukmin.”
Sedangkan orang mukmin pun perlu diperingatkan, apatah lagi kita yang belum
mukmin? Iman itu seperti mana yang dimaksudkan hadis, boleh menambah dan
mengurang. Untuk memastikan ia sentiasa bertahan malah bertambah, hati perlu
berterusan bermujahadah. Lawan hawa nafsu yang mengajak kepada ketakburan
dengan mengingatkan bahawa Allah benci kepada orang yang takbur walaupun sasaran
takbur itu suami atau isteri sendiri.

Bila terasa bersalah, jangan malu mengaku salah. Segeranya mengakuinya dan
hulurkan kata meminta maaf. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya.

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


Begitulah suami yang meminta maaf kepada isterinya. Dia tidak akan hilang
kewibawaannya bahkan bertambah tinggi. Bukankah orang yang merendahkan diri
akan ditinggikan Allah derjat dan martabatnya? Justeru, lunturkan ego diri dengan
membiasakan diri meminta maaf. Tidak kira ketika kita rasa kita benar, lebih-lebih
lagi apabila terasa kita yang bersalah.

Namun, lelaki yang tewas ialah lelaki yang sukar mengaku salah. Dia sentiasa tidak
ingin mengalah. Pada ketika itu dia telah memiliki salah satu dari tiga ciri takbur
yakni menolak kebenaran. Akuilah kebenaran walaupun kebenaran itu berada di pihak
isteri. Tunduk kepada kebenaran ertinya tunduk kepada Allah. Jangan bimbang takut-
takut dikatakan orang takutkan isteri. Kita takutkan Allah. Allah benci orang yang
takbur.

Begitu juga isteri. Jika sudah terbukti salah, akui sahajalah. Dalam pertelagahan
antara suami dan isteri, apakah penting siapa yang menang, siapa yang kalah? Kita
berada di dalam gelanggang rumah tangga bukan berada di ruang mahkamah.
Kesalahan suami adalah kesalahan kita juga dan begitulah sebaliknya. Rumah tangga
wadah untuk berkongsi segala. Perkahwinan satu perkongsian, bukan satu persaingan.
Kalau kita menang pun apa gunanya? Padahal, kita akan terus hidup bersama, tidur
sebantal, berteduh di bawah bumbung yang sama.

Mujahadahlah sekuat-kuatnya menentang ego. Bisikan selalu di hati, Allah cintakan


orang yang merendah diri. Allah benci orang yang tinggi diri. Pandanglah pasangan
kita sebagai sahabat yang paling rapat. Kita dan dia hakikatnya satu. Ya, hati kita
masih dua, tetapi dengan iman ia menjadi satu. Bukan satu dari segi bilangannya,
tetapi satu dari segi rasa. Sebab itu sering diungkapkan, antara makhluk dengan
makhluk mesti ada Khalik yang menyatukan. Ingat, hanya dengan iman, takbur akan
luntur, cinta akan subur!

MAAFKANKU WAHAI SUAMI..


Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta

Kadang-kadang aku rasa


Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena

Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir


semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti

Kadang-kadang ku sakiti hati mu


Bila ku tolak sentuhan mu

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu…
Namun cabaran terlalu

Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu


Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu

Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun


Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku…
kau pelindung ku

Kadang-kadang berjauhan dengan mu


Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita…
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini…
Maafkan aku wahai suami!

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com


REPACKED BY: TEMANHIDUP@YAHOOGROUPS.COM

-Group ini berkongsi Software (fully 100%craCked),ebooks,cerita


jenaka,pantun,motivasi,MP3,tutorial,
dan berita semasa.
Terima kasih.

nak jadi ahli TemanHidup,

hantar Email kosong ke:

TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com
*********************************************
want to joint life partner group, send blank e-mail to:

TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com

We share, amazing picture,ebook,software,motivation


article,news,mp3,video,humor, etc.

Repacked by: TemanHidup-subscribe@yahoogroups.com

Anda mungkin juga menyukai