Anda di halaman 1dari 3

Cerpen: Padang Oleh Nur Ilyani Alias

Cerita ketika tawa dan jerit pekik Cikgu Mahesh masih kedengaran. Hari ini sama seperti harihari sebelumnya, Sani duduk bersila di perhentian bas di hadapan sekolah. Betul-betul menghadap padang sekolah yang menyimpan banyak rahsia dirinya serta kenangan bersama Cikgu Mahesh. Cikgu, saya tidak suka belajar. Saya mahu kerja. Sani memandang Cikgu Mahesh dengan pandangan yang tajam. Jari jemarinya meramas-ramas baju yang sudah koyak rabak dimamah waktu. Jikalau kamu hendak kerja, kamu mesti belajar. Tanpa pelajaran, kamu tidak akan berjaya! Nada suara Cikgu Mahesh berbaur keras. Tangan besar berbulu itu menarik tubuh kecilnya supaya duduk di atas kerusi kayu lama. Sani menggetap bibir. Air matanya mulai bertakung. Mata Sani masih melihat ke arah padang, tanpa kelip. Semua memori menerjah ke dalam kotak fikirannya. Sani, mari makan. Mata Sani membulat. Duduk di sini, saya tempahkan mi goreng untuk kamu. Cikgu berketurunan India itu menguntumkan sebuah senyuman lantas menuju ke arah dapur kantin sekolah. Sani terkebilkebil. Tidak pernah seorang pun manusia yang melayannya sebaik Cikgu Mahesh. Walaupun berlainan agama dan keturunan, Cikgu Mahesh sentiasa menolongnya. Tetapi, entah mengapa dirinya yang tidak boleh bersikap baik dengan Cikgu Mahesh. Mungkin kerana Cikgu Mahesh terlalu baik terhadap dirinya. Kalaulah Sani tidak degil, pasti Cikgu Mahesh tidak akan pergi dengan hati yang duka. Jikalau Sani tidak nakal, pasti Cikgu Mahesh tidak akan pergi dengan luka metah merah penuh di muka. Namun begitu, semua itu seolah-olah berbayar. Kini Sani menjadi penjaga tetap padang Sekolah Kebangsaan Haji Awang Kechil, Encik, saya lapar. Itulah Sani 30 tahun dahulu. Meminta sedekah di sepanjang jalan di hadapan padang sekolah. Apabila lampu merah naik, itulah detik keemasan yang ditunggu oleh Sani untuk menerjah deretan kereta yang menunggu giliran untuk bergerak. Akan diketuk setiap tingkap kereta, lori, bas untuk menagih simpati sesuap nasi. Ayahnya hilang entah ke mana, ibu pula lumpuh separuh badan. Sanilah punca pendapatan dia dan ibu. Hasil daripada meminta sedekah itulah, Sani dapat membeli makanan dan ubat buat ibu. Pak cik, saya lapar. Sani menarik kaki seluar seorang pemuda yang membonceng motosikal di hadapannya.

Sani! Sani mendongak mukanya, terkejut apabila lelaki tersebut memanggil namanya. Kamu buat apa? Topi keledar lelaki tersebut dibukanya perlahan. Cikgu Mahesh! Hati Sani menjerit. Sani menjadi tidak keruan, nampaknya Cikgu Mahesh sudah mengetahui pekerjaannya sehariharian. Dia tidak mahu cikgu itu tahu dan dihina sebagai peminta sedekah. Sani, peminta sedekah! Berdekah-dekah rakan-rakannya ketawa sambil bangga melaungkan kata-kata menghina dirinya. Sani tunduk. Bibirnya diketap rapat-rapat. Benci cikgu! Sani menjerit di dalam kelas. Persis orang yang dirasuk hantu. Tiga puluh tahun yang lalu, di padang itu, segalanya berubah. Hanya sekelip mata tragedi itu berlaku. Hoi, budak! suara keras Badi menerjah gegendang telinga Sani. Sani menoleh ke belakang. Selipar hijau berlumut yang berada di tangannya dipakai semula. Ada apa? Mana duit? Itulah Badi, persis along junior yang mengutip duit pada peminjamnya. Bezanya, Sani tidak pernah terhutang budi pada Badi, apatah lagi meminjam wang. Duit apa? Sani melihat di belakang Badi. Ada satu, dua tiga ... lima orang jumlah konco-konco Badi. Aku tidak mahu beri kamu semua. Ini duit aku! Sani berlari ke perut padang sekuat hati. Pada ketika itulah segalanya bermula dan berakhir. Beberapa das tumbukan tepat mengena tubuh renek Sani. Dalam pergelutan itu, samar-samar Sani melihat Cikgu Mahesh berlari ke arahnya. Cuba meleraikan pergelutan yang terjadi. Namun, tubuh tua Cikgu Mahesh tidak tegar menahan kudrat remaja Badi dan sekutunya. Di situlah Cikgu Mahesh ditumbuk, diterajang sehingga menghembuskan nafas terakhir. Sani, tolong saya ambil barang ini. Pinta Cikgu Mahesh sambil membongkok mengambil kunci kereta yang terjatuh. Di kiri kanan tangannya penuh segala macam benda untuk dibawa ke bilik guru.

Kelepuk! Cikgu jatuh! Jerit hati kecil Sani. Cikgunya sudah tua, matanya sudah kabur, uban juga mula bertabur, sama seperti dirinya sekarang. Itu semua tidak meninggalkan kesan padanya. Apa guna menolong orang, dirinya sendiri juga tidak ditolong. Ada orang kasihan melihat dirinya meminta sedekah di jalanan? Sani mencebik. Siang mulai jatuh, senja pula naik. Mata Sani masih tetap pada padang. Kawasan tanah lapang yang metah hijau berselut merah masih sama seperti tahun-tahun dahulu. Tidak! Jeritan Sani menggemparkan seisi jalan juga padang dan kemudian Sani berlari. Berlari sekuat hati, agar hilang semua memori silam pahit bersama peluh yang memercik!

Anda mungkin juga menyukai