Anda di halaman 1dari 69

TAJUK 10

ASPRESIASI TEKS SASTERA


SEKOLAH RENDAH

1. PUISI TRADISONAL
(Pantun, Seloka, Syair, Gurindam,
Lagu Rakyat)
2. PUISI MODEN
(Sajak)
ASPRESIASI TEKS SASTERA
SEKOLAH RENDAH
(PUISI TRADISONAL)

PUISI TRADISIONAL

GURINDA LAGU
PANTUN SELOKA SYAIR
M RAKYAT
1. PANTUN
Konsep Pantun Pantun merupakan tradisi
budaya melayu yang
menerangkan kemantapan
Mohd Taib Osman daya kreativiti dan pemikiran
menyatakan pantun sebagai orang melayu
satu artifak non-material
yang digunakan dalam Harun Mat Piah menyatakan
kehidupan orang melayu dan pantun sebagai cara
mempunyai pelbagai makna berkomunikasi tidak
dan fungsi dalam budayanya. berterus terang dalam
masyarakat melayu/ berkias.
Turut menyatakan akar kata
Pantun merupakan pancaran tun dalam bahasa Nusantara
hidup masyarakat melayu merujuk kepada sesuatu yang
yang menunjukkan budi teratur, lurus.Pantun
bahasa.(Alisjahbana) merupakan sesuatu yang
teratur dalam melahirkan
sesuatu maksud atau fikiran.
JENIS PANTUN
2 kerat
4 kerat
BENTU 6 kerat
K 8 kerat
12 kerat

Adat dan resam


JENIS Agama kepercayaan
Budi
Jenaka dan permainan
TekaTeki
ISI Kepahlawanan
Pendidikan & Nasihat
Peribasa dan Perbilangan
Kias dan Ibarat
Kembara dan Perantauan
Percintaan dan perkahwinan
Pantun Adat
Buah berangan di rumpun pinang,
Limau kasturi berdaun muda;
Kalau berkenan masuklah meminang,
Tanda diri beradat berbudaya.

Pantun Agama
Halia ini tanam-tanaman,
Ke barat juga akan condongnya;
Dunia ini pinjam-pinjaman,
Akhirat juga akan sesungguhnya.
Pantun Budi
Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.

Pantun Jenaka
Lebat durian dahannya sekah,
Mari dijual di Pekan Tampin;
Ketawa ayam berdekah-dekah,
Melihat kambing menari zapin.
Pantun Teka-teki
Dari mentakab ke Sungai Mati,
Singgah bermalam di Tangga Batu;
Timbullah insaf di dalam hati,
Pemandu ramai penumpang satu.

Pantun Nasihat
Pokok kemumu daunnya lebar,
Batangnya lembut sedap digulai;
Menuntut ilmu perlulah sabar,
Ajaran guru janganlah lalai.
Struktur/binaan pantun
Mempunyai rangkap yang
Terdiri daripada dua bahagian
berasingan dan stp rangkap
iaitu pembayang (kiasan) dan
boleh berdiri sebagai satu maksud (inti persoalan).
kesatuan idea. Pembayang adalah gmbaran
alam dan mksd adalah sifat dan
Terbina drpd baris atau sikap manusia.
rgkap yg berpasangan spt 2
kerat, 4 kerat, 6 kerat dan
sterusnya. Memiliki lambang-lambang
yang sesuai dengan norma
Bilangan perkataan 4 hingga dan nilai masyarakat
5 patah setiap baris dan setempat.
jumlah suku kata dalam
setiap baris antara 8 hingga
12. Setiap rangkap atau stanza
pantun memiliki kesatuan
Skema rima pd hujung baris fikiran yang lengkap dan
tetap iaitu a-b;a-b. Namun sempurna.
adajuga rima yg sama a-a;a-a.
CONTOH PANTUN

Struktur/binaan Pantun 2 kerat


Siakap senohong gelama ikan duri;
pantun Bercakap bohong lelama mencuri.

Pantun dua baris skema Pantun 4 kerat


rimanya ialah a-a Gunung Daik timang-timangan,
Tempat kera berulang alik;
Skima rima a-b-a-b (pantun Budi yang baik kenang-kenangan,
empat baris) Budi yang jahat buang sekali.

Pantun enam baris skema Pantun 6 kerat


rimanya ialah a-b-c-a-b-c. Putik kelapa menjadi muda,
kelapa muda jadi kemirau,
sudah kemirau menjadi kotai,
Hati luka pura tiada,
Rasa pedih buat tak hirau,
ibarat kaca jatuh ke lantai
Fungsi pantun

Alat komunikasi Media hiburan

Kegiatan berunsur
Adat Istiadat
upacara

Pemanis kata dalam


Media pendidikan pengacaraan majlis
CIRI BAHASA PANTUN
1. Berpola dan berentak

Buah langsat kuning mencelah,


Senduduk tidak berbunga lagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.

2. Pemilihan kata berkaitan alam sekeliling

Bunga melati bunga di darat,


Bunga seroja di tepi kali;
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berbudi.
3. Pengulangan ayat/perkataan

Dari mana punai datang melayang,


Dari paya turun ke padi;
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.

4. Ringkas tapi padat

Dalam semak banyak duri,


Ayam kuning buat sarang;
Orang tamak selalu rugi,
Macam anjing dengan bayang.
5. Bahasa yang halus dan santun

Berdesir angin di rumpun bambu,


Sayup terdengar, di waktu pagi;
Hancur hatiku menanggung rindu,
Orang dirindu tak ambil peduli.

6. Pemilihan kata berkaitan alam sekeliling

Buah langsat kuning mencelah,


Senduduk tidak berbunga lagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.
2. SELOKA
KONSEP & DEFINISI SELOKA
Shloka bahasa sanskrit
Bahasa Melayu berseloroh, berjenaka, menyindir.
KDE4 (2007) sejenis puisi yang mengandungi ajaran iaitu
sindiran, jenaka dll.
Iladam (2005) karangan yg berbaris-baris yang tidak
tentu bilangan barisnya.
Setiap baris menceritakan hal atau peristiwa atau perkara
yg hakikatnya menyindir akan tajuk yang dibicarakan.
Yg penting seloka terdiri daripada ungkapan yg sejajar,
lebih drpd 2 baris, mempunyai persamaan yg sama dengan
talibun atau prosa berirama, dan isinya mengandungi
maksud mengejek, menyindir sama ada serius atau jenaka.
Harun Mat Piah (1989)
merumuskan bahawa seloka
Zuber Usman (1975)
Melayu sejenis puisi bebas,
berpendapat seloka hampir
tidak mempunyai bentuk
sama dengan gurindam,
tertentu dari segi rangkap,
tetapi seloka lebih
jumlah baris dalam serangkap,
pentingkan aspek kelucuan.
jumlah perkataan dlm sebaris
sama ada berima atau tidak.

Konsep Seloka
Amir Hamzah mengatakan
Menurut Hooykaas
seloka ialah pantun yang
(1965),seloka adalah pantun
mempunyai makna antara
yang memakai rima yang
pembayang dan maksudnya.
sama a-a-a-a seperti syair
JENIS SELOKA
BENTUK BEBAS

Aduhai malang Pak Kaduk


Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk.
(Anak Laut, hlm. 9)
BENTUK TERIKAT

Bentuk Pantun Bentuk Syair


Buah pinang buah belimbing,
Ketiga dengan si buah mangga;
Sungguh senang berbini
sumbing,
Walau marah ketawa juga. Anak dara dua sepasang,
Pakai baju pakai kerongsang;
(Warisan Puisi Melayu, hlm. 67) Sebiji nangka sebiji pisang,
Belum tahu rezeki musang.
Anak agam jual sutera,
Jual di rengat tengah pekan; (Tanah Airku, hlm. 27)
Jangan digenggam bagai
bara,
Terasa hangat dilepaskan.
(Tanah Airku, hlm. 27)
3. SYAIR
KONSEP & DEFINISI SYAIR
Harun Mat Piah (1989) para sarjana
pada keseluruhannya sependapat
bahawa istilah syair berasal daripada
perkataan Arab shir yang secara
umum bermakna puisi.
Zaaba membawa maksud perasaan
serta pengenalan dengan
pancaindera yang selalunya
membangkitkan pelbagai perasaan
dan pengalaman menerusi gambaran
yang indah.
KONSEP & DEFINISI SYAIR
Menurut pengertian orang Melayu,
syair ialah karangan berangkap yang
terdiri daripada 14 baris serangkap
dengan persamaan bunyi pada
hujung tiap-tiap barisnya.
Juga merupakan sebuah cerita dan
kisah dengan kata-kata yang indah
(Anas Hj Ahmad)
Syair merupakan sejenis puisi berlagu. Ia
berasal dari Parsi dan telah dibawa masuk ke
Nusantara bersama-sama dengan
kedatangan Islam.
Syair telah diubahsuaikan mengikut
kesesuaian Bahasa Melayu Klasik ketika itu.
Namun begitu, A. Teeuw berpendapat
bahawa syair merupakan puisi Melayu lama
yang telah sedia wujud tetapi namanya telah
ditukar.
Terdapat bukti bahawa bentuk syair itu
sendiri telah wujud sebelum kejatuhan
Kerajaan Melaka, sebagaimana yang tersurat
dalam kata-kata yang tertulis pada sebuah
batu nisan tua yang telah di-jumpai di Minye
Tujuh, Acheh, bertarikh kira-kira pada T.M.
1380 itu, ialah berbentuk syair.
Begitu juga hasil-hasil sastera yang
berbentuk syair bait, seloka, gurindam,
pantun, harus telah sedia di ketahui oleh
orang Melayu sebelum zaman kejatuhan
Melaka atau pun tatkala buku Sejarah
Melayu di karang.
buktinya boleh di pastikan dalam kisah
"Meminang Puteri Gunung Ledang" di dalam
buku Sejarah Melayu itu, yang menyebutkan
demikian:
".segala burung di dalam taman itu pun
berbunyi, pelbagai bunyinya, ada yang
seperti orang bersiul, ada yang seperti
orang berbangsi, ada yang seperti orang
bersyair, ada yang seperti orang berbait, ada
yang seperti orang berseloka, ada yang
seperti orang bergurindam "
Syair tidak mempunyai
Syed Naquib al-Attas pemilik atau penulis
berpendapat bahawa yang khusus. Syair
syair dicipta oleh dianggapa milik
Hamzah Fansuri sendiri bersama oleh
selepas kedatangan masyarakat Melayu
Islam iaitu pada tahun lama.
600 Masihi.
Hamzah Fansuri telah
Syair disampaikan menghasilkan syair
dalam bentuk rangkap yang lebih bersifat
dan menjadi Melayu dan
kegemaran masyarakat menyebabkan syair
Melayu lama Melayu sudah
menyimpang daripada
bentuk syair Arab.
JENIS SYAIR
SYAIR BERBENTUK CERITA :
SYAIR DANDAN SETIA
SYAIR BERBENTUK BUKAN
CERITA :
SYAIR IBADAT
CIRI BAHASA SYAIR
Mementingkan persamaan bunyi
rima hujung untuk menimbulkan
keindahannya di samping jumlah
baris, suku kata dan perkataan yg
seimbang.

Pemilihan kata berdasarkan tujuan


syair itu dicipta dan cerita yg
dibawanya.
TAJUK : SYAIR PERAHU Sampailah ahad dengan masanya,
datanglah angin dengan paksanya,
Ingati sungguh siang dan malam, belajar perahu sidang budimannya,
lautnya deras bertambah dalam, berlayar itu dengan
angin pun keras, ombaknya kelengkapannya.
rencam,
ingati perahu jangan tenggelam. Wujud Allah nama perahunya,
ilmu Allah akan [dayungnya]
Jikalau engkau ingati sungguh, iman Allah nama kemudinya,
angin yang keras menjadi teduh, yakin akan Allah nama
tambahan selalu tetap yang cabuh, pawangnya.
selamat engkau ke pulau itu
berlabuh. (Hamzah Fnsuri, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Mac 2013)

Apabila berulang-ulang kali menikmati Syair Perahu ini, kita akan faham
bahawa perahu yang dimaksudkan bukannya perahu biasa tetapi perahu
iman dan juga perahu kehidupan. Puisinya ini mengandungi nilai falsafah
yang tinggi, iaitu perlunya kelengkapan yang cukup untuk meneruskan
perjalanan hidup yang panjang.
4. GURINDAM
KONSEP & DEFINISI

Perkataan Gurindam berasal daripada


bahasa Sanskrit sebagai 'rangkap yang
telah jadi bidalan.

MdAli Bachick (2003) mendefinisikan


gurindam sebagai sebuah wacana yang
mengandungi kalimat-kalimat yang berirama.
Isinya berunsur nasihat dan bentuknya
semacam bidalan.
Iladam (2003), wacana KD (1994) sejenis
yg mengandungi kalimat puisi yang terdiri
yang berima. Isinya daripada 2 baris,
berunsur nasihat yg berisi dengan
bentuknya semacam berbagai pengajaran.
bidalan.

Dalam kamus Harun Mat Piah


susunan Sutan (2013) sebuah genre
Mohd Zain, yang pada dasarnya
gurindam itu tergolong sebagai bebas
maknanya sajak yang dan tidak terikat tetapi
terjadi 2 baris, baris dari segi kepelbagaian
pertama biasanya strukturnya
syarat dan baris memperlihatkan
kedua biasanya pembahagian bentuk
akibat. kepada terikat dan tidak
JENIS GURINDAM
Mempunyai rima akhir Mempunyai DUA baris
sama a-a serangkap

Bentuk Terikat 1

Baris pertama sebagai Baris kedua sebagai


syarat/soalan isi/jawapan
Contoh 1

Kalau cakap tidak cermat, ( Sebab )


Tentu kamu tidak selamat (Akibat)

Gurindam membawa erti sesuatu perkara itu berlaku


kerana ada sebab dan melalui sebab itulah
perkaratersebut terjadi.
Contoh 2

Barang siapa tiada memegang agama, (Syarat)


Sesekali tidak boleh dibilangkan nama. (jawapan)

Gurindam sesuatu 'jawapan' pasti akan dihasilkan


dengan 'syarat' sesuatuperkara yang tidak diingini
terjadi atau berlaku.
Mempunyai rima akhir Mempunyai EMPAT
a-b, a-b baris serangkap

Bentuk terikat 2

Dua baris pertama Dua baris kedua


sebagai syarat/soalan sebagai isi/jawapan
Contoh

Tiada siapa yang besar,


Tiada siapa yang tinggi, (syarat)
Tetap sama sedasar,
Tidaklah berbeza lagi. (jawapan)
Bentuk bebas
Semua baris
Mempunyai satu merupakan
rangkap isi/maksud

Bentuk bebas

Jumlah baris
Rima akhir bebas serangkap berbentuk
bebas
Contoh

Pangkalnya sama dipupuk,


Pucuknya sama digentis,
Buahnya sma ditarik,
Ke bukit sama didaki,
Ke lurah sama dituruni,
Ke laut sma direnangkan.
Ciri Bahasa

Bersifat serius,tiada
unsur jenaka/gurauan

Isi gurindam lebih


berat dan dalam
Pendidikan
Nasihat Keagamaan

Unsur-unsur
Pengajaran
Gurindam

Teguran Teladan
Kritikan
FUNGSI GURINDAM

Menyedarkan

Menginsafi Berhati-hati
Gurindam 12 pasal
pertama

Gurindam pelihara lidah

Roslan Madun
(Gurindam 12 Raja Ali Haji)
Gurindam 12 fasal 1

Barang siapa tiada memegang agama


sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama

Barang siapa mengenal yang empat


Maka ya itulah orang yang makrifat

Barang siapa mengenal Allah


Suruh dan tegahnya tiada ia menyalah

Barang siapa mengenal diri


Maka telah mengenal akan tuhan yang bahri

Barang siapa mengenal dunia


Tahulah ia barang yang terperdaya

Barang siapa mengenal akhirat


Tahulah ia dunia mudharat
Jika kamu banyak bercakap
Tanda fikiran kuranglah lengkap.

Jika kamu banyak berkata


Kejahilan kamu terang dan nyata
Jika kamu banyak bercakap
Kekurangan kamu mudah tersingkap.

Jika kamu banyak berkata


Di situ banyak silang sengketa
Jika kamu banyak bercakap
Kamu sendiri masuk perangkap.

Jika kamu banyak berkata


Janji palsu senang tercipta
Jika kamu banyak bercakap
Kata mengata banyak diungkap.
5.
LAGU RAKYAT
LAGU RAKYAT
Dipersembahkan secara berlagu
Menunjukkan pemikiran, sikap,
nilai dan kelakuan masyarakat
yang memilikinya.
Lirik dan irama menunjukkan
kebijaksanaan intelektual masa silam
yang mengagumkan
DEFINISI
James Danadjaja (1984)
satu genre atau bentuk
folklore yang terdiri
daripada kata-kata dan
lagu yang beredar
secara lisan dalam
kalangan anggota
kolektif tertentu,
berbentuk tradisional
serta banyak variasi.
Ismail Hamid
(1986)
LR/puisi lirik ialah
puisi pendek yang
tidak bercorak
natif dan
dinyanyikan.
Bercorak universal
yg lahir dlm
pelbagai
kebudayaan.
Purat Rujukan Persuratan Melayu DBP
lagu yg irama dan seni katanya tlh
dinyanyikan turun-temurun.

Mohd Taib Osman (1976:4) LR


termasuk dlm tradisi folklore/folk-life/oral
tradition/ traditional culture/volkskunde
iaitu istilah yg merujuk kepada t radisiyg
terdapat dalam 1 budaya.
Dipersembahkan secara lisan baik dr segi
masa (generasi ke generasi /dr seorang
anggota msyrkt lain dlm bdg yg sama)
KESIMPULAN
Lagu yg wujud dalam masyarakat dan diwarisi dari
satu generasi ke satu generasi secara lisan
sehingga menjadi milik bersama.
Biasanya menceritakan perihal masyarakat,
alam, haiwan, tumbuh-tumbuhan atau senario
semasa di kawasan tersebut.
LR tumbuh dlm klgn msyrkt desa dan sebahagian
besar msyrkt yg tinggal di daerah pendesaan tentu
kena lagu rakyat yg ada di daerahnya.
Biasanya dinyanyikan semasa bermain,
mendodoikan anak, hiburan selepas penat
membanting tulang.
ARIPIN SAID
Walinong Sari
Puteri Kayang
Pak Sang Bagak
Indung-Indung
Burung Kenek-kenek
Tebung tebu
Galah Mudik
Dayang Keknong
Perang Bugis
JENIS LAGU RAKYAT
Kategori lagu rakyat lirik bukan
sesungguhnya.
Lagu rakyat kerohanian/keagamaan
Pemberi nasihat berbuat baik
Berkasihan dan perkahwinan
Lagu kanak-kanak
Lagu Bertimbun banyak
Lagu Daerah dan pekerjaan
Lagu jenaka
Lagu dialek
Lagu bukan-bukan
Lagu ejekan
STRUKTUR
Lahir secara spontan, xbertulis dan
pelbagai bentuk puisinya seperti
pantun, syair, bidalan dan sebagainya.
Tdiri drpd kata2 dan lagu kedua-
duanya xboleh dipisahkan
Isinya menyentuh pelbagai tema
kehidupan dan mengenengahkan nilai-
nilai universal seperti akal budi,
pendidikan, kerohanian dan
kekeluargaan dlm msyrkt
FUNGSI LAGU RAKYAT
CIRI BAHASA LAGU
RAKYAT
Bergantung kpd fungsi lagu yang dimainkan.
Bahasa yg digunakan berkaitan dgn nasihat,
tnjuk ajar, kisah tauladan, dll.
Seni kata adalah komponen penting dlm
mentafsir mutu sesebuah lagu.
Kosa kata mudah difahami dan ambil kira
dialek tempatan
Unsur ulgan, kiasan dan perbandingan turut
jd sebahagian daripada lirik lagu rakyat
CIRI BAHASA LAGU
RAKYAT
Diiringi dgn alat muzik rebana, gendang,
serunai, gamelan
Lirik lagunya menjalinkan kombinasi
perkataan gandaan, imbuhan, imbuhan
dan ppengulangan mbentuk sebuah irama
yg indah
Zahirkan emosi, niali keagamaan, jenaka,
ksaih sayang tmsk loghat ngri msg2
CONTOH : Tebang Tebu
Ayam makan padi
Itik makan beras
Tebang tebu kuala sawa Orang zaman ini
Hujan manik mandi kota Hatinya keras
Jatuh berderai bunga
berangan Tebang tebu kuala sawa
Sentak peluk tangan Hujan manik mandi kota
kanan Sirih rampai pinang
berseri
Tebang tebu kuala sawa Sentak peluk tangan
Hujan manik mandi kota kiri
Sirih rampai pinang
berseri Tebang tebu kuala sawa
Sentak peluk tangan Hujan manik mandi kota
kiri Jatuh berderai bunga
berangan
Peram-peram pisang Sentak peluk tangan
Pisang masak layu kanan.
Di mana kayu bongkok

Anda mungkin juga menyukai