Anda di halaman 1dari 6

TEKNIK DRAMA

Sir John Pollock (1958)


- satu pertunjukan yang berlaku penyatuan antara lakonan dan pengucapan atau
persembahan gerak laku, serta melakonkan atau meniru watak-watak. Drama harus
mengandungi persoalan, tindakan, perkembangan, dan klimaks serta kesimpulan.

Teknik drama 
1. Mimos 
2. Arca
3. Improvisasi
4. Main peranan
5. Simulasi
6. Teater bercerita
7. Pentomin
8. Mestamu
9. Dikon 
1. Mimos 

Lakonan yang mengutamakan gerak laku seluruh anggota dan ekspresi muka bagi
menyampaikan idea, cerita, perasaan dan emosi pelakon tanpa dialog.
Penonton membuat laporan tentang apa yang dilihatnya dengan menggunakan
perkataan yang tepat, ayat yang betul dan idea yang tersusun selepas aktiviti.
Bahan untuk aktiviti :
-Kisah pendek, bahagian –bahagian cerita petikan puisi, cerita panjang yang lengkap.

Contoh aktivti mimos :

i.Individu 

Guru menyediakan beberapa situasi untuk dilakonkan oleh pelajar. 


a) Anda sedang membaca surat khabar semasa angin bertiup kencang.
b) Anda sedang menonton satu perlawanan tinju, bola sepak atau silat. 

ii. Berpasangan 

Guru memilih dua orang pelajar untuk beraksi. Seorang menjadi pelaku (aksi spontan)
dan seorang menjadi bayang dalam cermin (mengikut aksi pelakon)
a) Seorang doktor sedang merawat pesakit.
b) Anda sedang memujuk seorang rakan yang sedang merajuk.

2. Arca 

Kamus dewan edisi keempat :

Patung yang menyerupai seseorang


Bayang yang terlihat di dalam cermin atau melalui kanta kamera.
Bayang-bayang yang terlihat ketika seseorang itu berkhayal.
Gambaran dalam fikiran atau pertalian fikiran yang dihasilkan dalam karya sastera.

3. Improvisasi 

Lakonan secara spontan dalam kumpulan kecil yang mengisahkan kejadian ,


keadaan/situasi dalam kehidupanseharian.

Contoh aktiviti :

Improvisasi berdasarkan kisah seorang perempuan tua yang tinggal berdekatan dan
selalu dilihat oleh pelajar. Dia selalu duduk di atas kerusi malas di beranda rumahnya.
Dia seorang yang kaya tetapi sentiasa bersedih sejak ditinggalkan oleh anak lelaki
tunggalnya yang pergi untuk menjadi askar.Anaknya tidak pulang-pulang tetapi
perempuan tua itu percaya anaknya akan pulang. Jadi, dia menyimpan semua wang
untuk perkahwinan anaknya kelak.

4. Main peranan 

Murid melakonkan satu watak daripada satu suasana yang dipetik daripada peristiwa,
novel,cerita atau situasi.
Murid menghayati dan berlagak seperti watak dengan menggunakan laras bahasa
yang sesuai.

Contoh situasi:
a) Situasi menziarahi orang sakit
b) Situasi di pejabat sekolah.
5. Simulasi 

Mempunyai elemen-elemen dunia sebenar dan dapat dibentuk serta dipersembahkan


di dalam bilik darjah.
Situasi dilakonkan berdasarkan pemerhatian, pengalaman, dan pembacaan yang
dilakukan murid. 

Contoh aktiviti :
a) Memandu kapal terbang
b) Menerima rawatan di wad kecemasan

6. Teater bercerita

Teknik drama bercorak cerita yang dilakonkan secara spontan hasil gabungan antara
pencerita dengan pelakon.
Guru mengatur kedudukan murid dalam separuh bulatan.
Pelakon boleh membina dialog sendiri untuk menjadi cerita lebih menarik.
Apabila pencerita menyebut nama watak dalam cerita, pelakon yang berminat boleh
keluar ke ruang lakon secara spontan sambil melakonkan aksi yang disebut oleh
pencerita.

7. Pentomin 

Lakonan situasi tanpa dialog, skripnya akan dibaca oleh murid lain yang mengiringi
lakonan tersebut.
Memberi peluang kepada murid untuk berlakon tanpa memikirkan masalah untuk
menghafal dialog.

Contoh aktiviti :
-Peristiwa malam kemerdekaan negara 

8. Mestamu 

Murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik. 


Gunakan melodi lagu yang diminati /popular dan gantikan lirik lagu dengan sajak atau
puisi yang dipelajari.
Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi.
Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun, syair, gurindam dan seloka.
9. Dikon 

Seorang murid mendeklamasikan sajak atau puisi.


Seorang atau beberapa orang murid melakonkan aksi yang sesuai dengan maksud
sajak/puisi.
Teknik ini sesuai untuk sajak.

TEKNIK PERMAINAN BAHASA

Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik
permainan. 
Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi
latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. 
Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran
berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. 
Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam
sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala
tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut
iaitu : 
• merangsang interaksi verbal pelajar 
• menambah kefasihan dan keyakinan 
• menyediakan konteks pembelajaran 
• bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan 
• bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan

TEKNIK LATIH - TUBI 

Teknik latih tubu adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang
dipelajari. 
Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin
kekekalannya. 
Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu 
Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut
perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. 
Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan
maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan
perkataan-perkataan itu. 
Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya
digunakan dalam pengajaran bahasa kedua. 
Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan
menggunakan bahasa iaitu : 

I. Sebutan (accent) 
-menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi yang
membawa makna dalam sesuatu situasi. 
II. Tatabahasa (grammer) 
-penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua
aspek. 
III. Perbendaharaan kata (vocabulary) 
-meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam
situasi tertentu. 
IV. Kefasihan (fluency) 
-menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah
maksudnya. 
V. Kefahaman (comprehension) 
-latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.
• Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz. 
• Antara kelemahan tekni ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan
daya kreativiti murid. 
• Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran
yang memerlukan ikutan dan ulangan. 

TEKNIK BERCERITA 

Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan
berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian
pelajar. 
Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat
disampaikan. 
Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis dikalangan pelajar. 
Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,
kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan,
suara, gerak laku dan kawalan mata. 
Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan
mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. 
Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah : 
• Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian,
sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. 
• Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa. 
• Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting. 
• Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya
sekali sebelum menggunakan teknik ini. 
• Guru bercerita dalam keadaan yang selesa. 
• Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM. 
• Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan
aspek-aspek bahasa yang hendak disampaika

Anda mungkin juga menyukai