Anda di halaman 1dari 10

Isi Kandungan

Penghargaan.............................................................................................................................................2
1.0 Pengenalan.........................................................................................................................................3
2.0 Bahan Bantu Belajar..........................................................................................................................3
2.1 Video ‘Kisah Sang Singa dan Si Tikus’.......................................................................................3
2.2 Petikan teks ‘Kisah Sang Singa dan Si Tikus’............................................................................4
2.3 Topeng Singa Dan Tikus...............................................................................................................4
3.0 Aplikasi Bahan Bantu Belajar Bagi Aspek Seni Bahasa...............................................................4
4.0 Aplikasi bahan bantu belajar bagi aspek tatabahasa....................................................................5
5.0 Kepentingan bahan bantu belajar kepada murid...........................................................................5
6.0 Kepentingan Bahan Bantu Belajar Kepada Guru..........................................................................6
7.0 Kesimpulan.........................................................................................................................................7
8.0 Rujukan................................................................................................................................................8
Lampiran....................................................................................................................................................9

1
Penghargaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera, pertama sekali saya ingin merufukkan


kesyukuran kehadrat Illahi kerana dengan izin dan kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan
tugasan bagi kursus Pengajian Aspek Seni Bahasa dan Tatabahasa Bahasa Melayu
(BMMB3093). Sepanjang saya menjalankan tugasan ini, saya telah memperoleh pelbagai
pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup
saya yang bakal bergelar sebagai seorang pendidik kelak. Pengalaman yang saya perolehi
sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup
saya.

Saya ingin mengucap ribuan terima kasih kepada Dr. Simah Binti Mamat, pensyarah
bagi kursus Pengajian Aspek Seni Bahasa dan Tatabahasa Bahasa Melayu yang tidak
mengenal erti penat lelah dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa
juga kepada ibu bapa yang berada di kampung yang selalu memberi sokongan moral dan
nasihat sebagai pembakar semangat kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini. Kami juga
ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang selalu menyumbang pendapat dan
idea-idea yang bernas ketika saya buntu dalam menyiapkan tugasan ini.

Akhirulkalam, ucapan ini ditujukan khas kepada semua pihak yang telah terlibat
secara langsung ataupun tidak langsung. Segala bantuan yang anda hulurkan amatlah saya
hargai kerana tanpa bantuan anda semua tugasan ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan
sempurna.

2
1.0 Pengenalan

Penggunaan bahan bantu belajar (BBB) dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
adalah amat penting bagi membantu penyampaian maklumat yang berkaitan dengan mata
pelajaran yang diajar adalah lebih jelas dan sistematik serta dapat diikuti oleh pelajar dengan
lebih baik. Bahan bantu belajar merujuk kepada semua alat, media atau sumber bercetak untuk
pembelajaran murid seperti majalah akademik, kamus dan lain-lain (Lili Sunaini,2006).

Ahmad Zanzali dan Faizah Ja’par (2017) menyatakan bahawa penggunaan buku teks,
papan hitam dan kapur tulis sahaja tidak mencukupi sebagai kaedah pengajaran guru dalam
proses PdP. Oleh itu, guru berperanan dalam berkreativiti mencipta bahan bantu belajar yang
bersesuaian dengan murid bagi menghasilkan sebuah kaedah pembelajaran yang berkesan
kepada murid.

2.0 Bahan Bantu Belajar

Bahan bantu belajar yang digunakan terbahagi kepada tiga iaitu video ‘Kisah Sang Singa dan Si
Tikus’, petikan teks ‘Kisah Sang Singa dan Si Tikus’ serta topeng singa dan tikus. Ketiga-tiga
bahan bantu belajar ini mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Hal ini bertujuan bagi
membantu murid-murid memahami isi pelajaran dengan lebih berkesan. Ketiga-tiga BBB ini
boleh digunakan bagi pengajaran aspek seni bahasa dan aspek tatabahasa.

2.1 Video ‘Kisah Sang Singa dan Si Tikus’

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2016), video ialah sejenis alat yang digunakan
untuk merakamkan dan menayangkan filem dengan pita video (disalurkan melalui peti
televisyen atau alat-alat lain). Penggunaan video boleh dikategorikan sebagai bbb berbentuk
multimedia. Pengaplikasian bbb ini memerlukan bahan bantu mengajar berbentuk elektronik
seperti komputer dan projektor. Video yang ingin saya gunakan ialah Kisah Sang Singa dan Si
Tikus.

3
2.2 Petikan teks ‘Kisah Sang Singa dan Si Tikus’

Bahan teks merupakan petikan daripada sesebuah kitab (Kamus Dewan, 2016). Teks
merupakan salah satu BBB yang amat disarankan digunakan. Penggunaan teks sebagai BBB
amat sesuai digunakan bagi pengajaran Bahasa Melayu dalam pelbagai aspek. Teks yang ingin
saya gunakan ialah petikan ‘Kisah Sang Singa dan Si Tikus. Teks ini mempunyai jalan cerita
dan dialog yang sama seperti di dalam video.

2.3 Topeng Singa Dan Tikus

Topeng merupakan BBB berbentuk maujud. Bahan maujud merupakan bahan yang boleh
disentuh, Pada peringkat awal perkembangan murid-murid, pengaplikasian bahan maujud
adalah sangat penting bagi perkembangan kognitif mereka. Topeng merupakan susuatu yang
diletakkan di muka bagi menggambarkan sesuatu. Topeng yang ingin digunakan adalah topeng
singa dan topeng singa.

3.0 Aplikasi Bahan Bantu Belajar Bagi Aspek Seni Bahasa

Jadual 1.0 : Aspek seni bahasa tahun 3 Bahasa Melayu

Standard kandungan Standard pembelajaran


4.2 Menghasilkan bahan sastera dengan 4.3.2 Mengubah suai cerita yang
menyerapkan keindahan dan kesantunan mempunyai unsur pengajaran secara
bahasa serta mempersembahkannya berpandu dan mempersembahkan cerita
secara kreatif secara kreatif

Berdasarkan jadual 1.0, ketiga-tiga BBB yang telah dibincangkan boleh digunakan bagi
mencapai objektif pembelajaran ini. Tayangan video boleh digunakan sebagai set induksi. Hal
ini kerana tayangan video dapat menarik perhatian murid-murid di dalam kelas. Tambahan lagi,
penceritaan dalam video tersebut juga menarik. Cara pengaplikasian video tersebut adalah
dengan hanya menayangkan sebahagian sahaja daripada video. Hal ini bagi mewujudkan
persoalan serta meransang pemikiran murid-murid untuk mengetahui kesudahan cerita
tersebut.

4
Seterusnya, murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Petikan teks diedarkan
oleh guru kepada murid. Petikan teks tersebut dapat membantu murid untuk lebih memahami
jalan cerita tersebut. Secara berkumpulan, murid perlu berbincang mengenai kesudahan jalan
cerita ‘Kisah Sang Singa dan Si Tikus’ berpandukan teks yang telah diberikan. Kemudian, setiap
kumpulan diedarkan topeng muka haiwan yang telah disediakan oleh guru. Tujuan penggunaan
topeng haiwan adalah sebagai bahan ransangan kepada murid-murid bagi menjiwai watak yang
akan dilakonkan.

4.0 Aplikasi bahan bantu belajar bagi aspek tatabahasa

Jadual 2.0: Aspek Tatatabahasa tahun 3 Bahasa Melayu

Standard kandungan Standard pembelajaran


5.1 Memahami fungsi dan menggunakan 5.1.1 Memahami dan menggunakan
golongan kata mengikut konteks golongan kata nama mengikut konteks
i. Kata nama am

Bagi set induksi, murid ditayangkan video ‘Kisah Sang Singa dan SI Tikus’. Tayangan video ini
bertujuan memberi pendedahan kepada murid dan menarik perhatian murid-murid agar fokus di
dalam kelas. Murid juga disoal mengenai nama-nama haiwan lain diketahui. Seterusnya, bahan
bantu belajar teks digunakan. Secara individu, murid diminta untuk mengenal pasti kata nama
am yang terdapat di dalam teks. Kemudian, murid diminta untuk membina ayat berdasarkan
kata nama am yang telah mereka temui.

5.0 Kepentingan bahan bantu belajar kepada murid

Antara kepentingan bahan bantu belajar yang digunakan adalah dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang aktif di mana semua murid perlu melibatkan diri dalam aktiviti yang
dijalankan. Hal ini demikian kerana aktiviti yang dijalankan memerlukan murid untuk
menggunakan pelbagai kemahiran berfikir seperti mengenalpasti, menjana idea dan
memberikan pendapat. Murid juga perlu mengaplikasikan teknik membaca dengan intonasi
yang betul. Sebagai contoh, setiap murid diberikan bahan bantu atau petikan teks ‘Kisah Sang
Singa dan Si Tikus’. Di akhir pengajaran, murid perlu mengenal pasti pengakhiran yang sesuai

5
untuk ‘Kisah Sang Singa dan Si Tikus’. Hal ini secara tidak langsung dapat merangsang minda
murid untuk bergerak aktif dan menggunakan daya imaginasi mereka untuk menjadikan cerita
tersebut lebih menarik. Selain itu, murid juga akan terdorong untuk menggalakkan interaksi
yang lebih berkesan dalam proses PdP. Hal ini demikian kerana murid akan cuba sedaya upaya
untuk mempersembahkan hasil kerja mereka dengan baik untuk mendapat peneguhan
daripada guru dan rakan lain. Hal ini secara tidak langsung dapat mencungkil bakat kepimpinan
dan nilai keberanian untuk tampil ke hadapan kelas dan memberikan pendapat mereka.

Di samping itu, BBB yang telah dihasilkan ini juga dapat mendedahkan murid dengan
situasi sebenar tentang sesuatu perkara. Hal ini berkait rapat dengan konsep pembelajaran
kontekstual iaitu perkaitan antara situasi dunia sebenar dengan pengalaman sedia ada murid.
Hal ini dapat dilihat melalui pembacaan murid terhadap teks petikan. Murid akan dapat
menambah pengetahuan sedia ada mereka tentang perwatakan haiwan seperti singa dan tikus.
Topeng yang diberikan kepada mereka untuk menceritakan kisah ini memudahkan mereka
untuk menjiwai watak yang dibawa oleh mereka. Di samping itu, guru juga dapat mengaitkan
pembelajaran ini dengan aspek tatabahasa iaitu dengan meminta murid untuk membuat ayat
berdasarkan kata nama am yang terdapat dalam petikan teks yang diedarkan. Dengan ini, guru
secara tidak langsung dapat menggunakan teknik penggabungjalinan dalam pengajaran dan
pembelajaran iaitu dengan menggabungjalinkan aspek tatabahasa dalam pengajaran aspek
tatabahasa.

6.0 Kepentingan Bahan Bantu Belajar Kepada Guru

Penggunaan BBB juga sangat penting kepada guru. Hal ini kerana penggunaan BBB ini dapat
memastikan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.
Hal ini demikian kerana penggunaan video, bahan teks dan topeng tersebut dapat membantu
guru menyampaikan isi pelajaran dengan lebih mudah dan berkesan. Melalui pembacaan
terhadap teks, murid secara tidak langsung dapat mengenalpasti contoh-contoh kata nama am
sebelum mengaplikasikannya dalam bentuk ayat sendiri. Hal ini bertepatan dengan konsep
pendekatan induktif. Selain itu, penyampaian dan penerangan maklumat yang jelas dan baik
oleh guru berkaitan BBB juga sangat penting dalam memastikan isi pelajaran dapat
disampaikan kepada murid. Oleh hal yang demikian, guru mestilah sentiasa bersedia dengan
pelbagai BBB mengikut kesesuaian isi pelajaran untuk memastikan proses pembelajaran
menjadi lebih mudah dan berkesan.

6
Selain itu, penggunaan BBM ini juga dapat membantu guru mencapai sesuatu standard
pembelajaran dengan lebih berkesan. Hal ini demikian kerana standard pembelajaran yang
dinyatakan dalam DSKP sekolah rendah tidak bersifat eksplisit dan tidak memfokuskan kepada
cara-cara tertentu. Oleh itu, hal ini memberi ruang kepada guru untuk memilih sendiri gaya
penyampaiannya atau cara pengajaran untuk memastikan standard kandungan dan standard
pembelajaran yang dinyatakan dapat dicapai. Oleh itu, penggunaan BBB yang sesuai sangat
penting dalam memastikan standard pembelajaran sesuatu pengajaran dapat dicapai melalui
penetapan objektif pembelajaran yang sesuai. Sebagai contoh, berdasarkan rancangan
pengajaran harian yang telah dirancang, standard pembelajaran yang dipilih ialah 5.1.1
Memahami dan menggunakan kata nama am dengan betul mengikut konteks dan 4.3.2
Mengubah suai cerita yang mempunyai unsur pengajaran secara berpandu dan
mempersembahkan cerita secara kreatif. Oleh itu, penggunaan BBB iaitu video, bahan teks dan
topeng sangat sesuai digunakan untuk membantu guru mencapai standard pembelajaran
tersebut dengan lebih berkesan. Melalui video, murid dapat lebih memahami dengan mudah
penceritaan ‘Kisah Sang Singa dan Si Tikus’. Melalui penggunaan bahan teks pula, murid dapat
mengenalpasti beberapa kata nama am daripada petikan. dan hal ini menepati standard
pembelajaran iaitu memahami golongan kata iaitu kata nama am. Seterusnya, penggunaan
topeng singa dan tikus juga dapat memudahkan guru untuk menjadikan PdP lebih menarik. Hal
ini kerana guru dapat membawa murid untuk menjiwai watak mereka dengan lebih menarik.

7.0 Kesimpulan

Natijahnya, perancangan yang rapi oleh guru sebelum memulakan sesi PdP tidak hanya terikat
pada pemilihan teknik, kaedah dan isi kandungan semata-mata. Sebaliknya, guru juga perlu
merancang dan memilih BBM yang bersesuaian dengan isi pelajaran untuk mencapai hasil
pembelajaran yang dingini. BBM yang sesuai dengan isi kandungan dan menarik perhatian
murid akan memberi impak yang lebih besar dalam mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran. Oleh hal yang demikian, tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan BBM amat
penting dalam menghasilkan proses PdP yang berkesan dan dapat memberi impak yang
maksima kepada murid.

8.0 Rujukan

7
Abdul Aziz Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu : Prinsip, Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distributor Sdn.Bhd.
Abdullah Sani Yahaya. (2003). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Bentong, Pahang: PTS
Pub & Distributor Sdn. Bhd.

Ahmad Zanzali, Noor Azlan, Nurdalina daud (2010). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di
Kalangan Guru Pelatih Yang Mengajar Mata Pelajaran Matematik. Fakulti Pendidikan.
Universiti Teknologi Malaysia.

Atan Long. (1981). Kaedah Am Mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Din, A. M. (2003). Prinsip dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributor.
Faizah Ja’apar. (2017). Bahan Bantu Mengajar dalam Pengajaran dan Pembelajaran di
Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Pontian. 1-48.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dokumen Standard Kandungan dan Pentaksiran.
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lili Sunaini. (2006). PERKAITAN ANTARA BAHAN BANTU BELAJAR DAN GAYA
PEMBELAJARAN DENGAN PENCAPAIAN KERTAS BAHASA MELAYU DALAM
KALANGAN MURID BUKAN MELAYU. 1-96.
Noresah binti Baharom. (2016). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Rozita. (2013,). Aspek seni bahasa. Dicapai pada 25 Februari 2019
https://www.slideshare.net/rozitasksp/aspek-seni-bahasautama?from_action=save.

8
Lampiran

Lampiran 1

PETIKAN TEKS

KISAH SANG SINGA DAN SI TIKUS

Pada suatu hari, hiduplah seekor singa di dalam hutan rimba. Suatu hari singa tersbut sEdang
tertidur lelap di bawah pohon yang rendang. Tetapi tiba-tiba, seekor tikus melintas di badan
singa yang sedang tertidur tersebut, sehingga membangunkan singa tersebut.

“beraninya kau mengganggu tidurku” kata singa sambil menggenggam badan tikus
kecil. “maafkan aku wahai raja singa, aku meminta maaf, aku tidak sengaja” kata si
tikus

“Jika kau memaafkanku dan melepaskanku pergi, suatu hari nanti aku akan
menolongmu”. Kata si tikus. “

“Apa katamu? Kau yang berbadan kecil bisa menolongku? hahahahahahahaha” kata
singa melepaskan si tikus sambil ketawa terbahak-bahak.

Pada suatu hari singa yang sedang berjalan di tengah hutan, tiba-tiba masuk ke dalam
jebakan para pemburu di hutan dan tidak dapat keluar dari jebakan tersebut. “tolongggg
tolonggg akuuuu, aku tidak boleh keluar” kata singa meminta tolong. Mendengar suara minta
tolong tersebut tikus kecil lalu berlari menuju sang raja singa, tikus pun langsung menggigit tali
yang menjerat badan sang singa sampai singa dapat keluar dari jebakan tersebut

Pada akhirnya sang raja singapun dapat keluar dari jebakan pemburu tersebut karena
mendapat bantuan dari tikus kecil. “terima kasih tikus telah membantuku” kata raja singa. “aku
membantumu, karena kau telah berbaik hati melepaskanku pergi kemarin, maka dari itu aku
membalas budi baikmu” kata tikus kecil

Setelah kejadian tersebut, Sang singa dan Si tikus kecil menjadi sahabat yang baik.

9
Lampiran 2

VIDEO KISAH SANG SINGA DAN SI TIKUS

https://www.youtube.com/watch?v=llPhFm0J_yc

10

Anda mungkin juga menyukai