Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ANGKA GILIRAN: 2018092340043 NO. KP: 990826-14-7072


MATA PELAJARAN: DRAMA DALAM PENDIDIKAN
KOD: BMMB3083

ARAHAN KEPADA CALON:

1. Isikan butiran yang dikehendaki dengan jelas.


2. Tuliskan jawapan anda pada muka surat yang disediakan.
3. Jawapan yang ditaip menggunakan format fon Arial, saiz 11 dan langkau 1.5.
4. Jawapan yang ditaip hendaklah dibezakan dengan langkau 2.0 bagi setiap jawapan baharu.
5. Jawapan perlu disimpan menggunakan format pdf dengan menamakan file seperti contoh berikut : BMM1044-
BMM1-2019092350001.
6. Skrip jawapan perlu dimuat naik ke Google Classroom (GC) menggunakan kod kelas (class code) mengikut
program mengikut ambilan masing-masing dan di e-mel kepada pensyarah masing-masing .
7. Skrip jawapan hendaklah dimuat naik sebelum tamat waktu peperiksaan. Sekiranya skrip tersebut dimuat naik
selepas tamat waktu peperiksaan, TIDAK akan diterima dan dianggap GAGAL bagi kursus berkenaan.

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA

MARKAH
BAHAGIAN
No Soalan Pemeriksa 1 Pemeriksa 2 Pemeriksa 3 Jumlah

Objekitf

Struktur

Esei

JUMLAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ANGKA GILIRAN: 2018092340043 NO. KP: 990826-14-7072


MATA PELAJARAN: DRAMA DALAM PENDIDIKAN
KOD: BMMB3083

Soalan 1

Dalam dunia yang serba canggih ini, masyarakat sering lalai dengan perkembangan sains dan
teknologi moden menyebabkan amalan membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia
khususnya golongan muda kerana teknik pengajaran yang diguna pakai tidak menarik dan murid-
murid merasa bosan serta tidak seronok. Namun begitu, sistem pendidikan negara kita sering
membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa yang mana menekankan kepelbagaian
kaedah pengajaran bagi menarik minat murid-murid sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Antara kaedah yang mampu mambantu guru dalam memastika murid-murid
memberi tumpuan yang sepenuhnya semasa pdp berlangsung ialah teknik bercerita. Pada
realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa, teknik ini sangat menarik dan mudah digunakan
oleh para pendidik dengan tujuan untuk menarik minat kanak-kanak dalam sesi pembelajaran yang
dijalankan. Pelbagai matapelajaran boleh diajar menggunakan teknik bercerita. Dengan
menggunakan teknik bercerita kita boleh mengasah perkembangan kemahiran mendengar dan
dapat menambah perbendaharaan kata kanak-kanak.

Dalam konteks ini, pendekatan ini juga merupakan kaedah mengajar yang membolehkan
guru menyampaikan isi pelajarannya kepada murid-murid melalui penggunaan teknik bercerita.
Melalui pendekatan bercerita, guru dapat menjalankan sesuatu aktiviti PdP dengan lebih berkesan.
Penggunaan gambar bersiri merupakan salah satu teknik dalam pendekatan bercerita.
Kebiasaannya, gambar bersiri atau dikenali sebagai papan cerita mempunyai saiz yang agak besar
dan mempunyai illustrasi grafik yang menarik serta cerita yang berurutan mengikut kronologi.
Setiap keping gambar menunjukkan situasi yang berbeza. Bilangan gambar yang sesuai juga
terhad di anatra tiga hingga enam keping dan perkataan tersebut ditulis di abagian belakang papan
cerita. Teknik bercerita ini mempunyai dua cara pengaplikasian dalam bilik darjah iaitu bercerita
dengan alat dan bercerita tanpa alat. Maka dalam penulisan ini mefokuskan kepada cara guru
menjalankan aktiviti bercerita dengan alat atau disebaliknya iaitu tanpa alat.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ANGKA GILIRAN: 2018092340043 NO. KP: 990826-14-7072


MATA PELAJARAN: DRAMA DALAM PENDIDIKAN
KOD: BMMB3083

Pendekatan bercerita dengan alat iaitu penggunakan bahan maujud. Bahan maujud atau
dikenali sebagai bahan autentik juga dboleh dikatakan sebagai bahan sebenar yang digunakan
untuk tujuan pendidikan. Bahan maujud merupakan bahan yang terbaik terutamanya bagi kanak
kanak kerana mereka dapat menggunakan kelima lima pancaindera mereka untuk menyimpan
imej bahan sebenar tersebut. Bahan maujud juga berperanan sebagai set induksi untuk
merangsang minat kanak-kanak pada awal sesi bercerita serta perhatian terhadapa sesi bercerita
apabila pencerita menunjukkan bahan maujud yang menarik. Sebagai contoh, bahan konkrit yang
boleh disentuh membantu murid murid untuk memahami sesebuah perkara berbanding imaginasi.

Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan, alat yang boleh digunakan oleh guru untuk
melaksanakan aktiviti bercerita ialah boneka. Boneka merupakan alat pedagogi dapat membantu
perkembangan kanak-kanak dari segi sosial dan emosi. Penyelidikan ini dilaksanakan untuk
mengenal pasti persepsi guru terhadap penggunaan boneka dalam perkembangan sosial dan
emosi kanak-kanak. Kajian menunjukkan bahawa penggunaan boneka sebagai alat bantu
mengajar dalam perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak dan menunjukkan guru mempunyai
persepsi yang positif terhadap penggunaan boneka dalam perkembangan sosial dan emosi kanak-
kanak. Hal ini bersangkut-paut dengan, pergerakkan boneka tersebut dapat menarik perhatian
murid secara langsung kerana boneka kebiasaannya warna warni secara fizikal dan seperti yang
sedia maklum kanak-kanak mudah tertarik dengan warna-warna, maka itu merupakan faktor
utama. Tuntasnya, boneka merupakan antara Alat Bantu Mengajar (ABM), yang boleh digunakan
untuk mengaplikasikan aktiviti bercerita dengan alat.

Namun terdapat juga pendekatan bercerita yang tidak menggunakan sebarang beralatan
untuk penceritaan. Pencerita tidak menggunakan sebarang peralatan untuk bercerita, dan
kekauatan bercerita adalah melaui suara, mimik muka, ekspresi, gerak mata, dan pergerakan
badan untuk menarik perhatian pendengar. Melalui penceritaan tanpa alat ini, ianya menyuntik
semangat kanak-kanak untuk lebih memberi tumpuan kepada pencerita dan dapat memasuki
dunia penceritaan dengan baik mengikut emosi yang ditunjukkan oleh pencerita. Salah satu
kaedah yang boleh menarik minat kanak-kanak tanpa menggunakan alat ialah melalui nada suara
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ANGKA GILIRAN: 2018092340043 NO. KP: 990826-14-7072


MATA PELAJARAN: DRAMA DALAM PENDIDIKAN
KOD: BMMB3083

yang bersesuaian dengan watak yang diceritakan. Intonasi suara yang sesuai menjadikan kanak-
kanak akn lebih tertarik dan memahami. Nada suara juga haruslah disertakan dengan emosi yang
sesuia agar apa yang disampaikan adalah betul dan difahami oleh mereka. Sebagai contoh, jika
pelakon A ingin memarahi pelakon B maka, suaranya perlulah lebih tegas dan juga sperti berseru
untuk menunjukkan situasi yang tegang.

Selain itu, melalui teknik penceritaan kemahiran bahasa dapat ditingkatkan dalam diri kanak-
kanak. Penekanan kepada penggunaan bahasa yakni struktur ayat dan kosa kata yang betul serta
bersesuaian agar kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran bahasa mereka. Bahasa yang
digunakan mestilah bersesuian dengan aras kanak-kanak dan tidak terlalu komplex kerana
mengikut prinsip-prinsip pembelajaran guru hendaklah mengajar murid dari aras yang senang ke
susah. Kepentingan bercerita ialah ianya harus memberi kesan kepada kanak-kanak dan kanak-
kanak tersebut memahami dengan jelas objektif utama yang hendak disampaikan melalui
penceritaan tersebut berserta dengan memek muka. Kolaborasi kedua dua elemen yang telah
dinyatakan memainkan peranan yang penting kerana memek muka membantu kanak-kanak untuk
memahami dengan lebih jelas mengenai emosi yang hendak disampaikan oleh guru. Dengan itu,
murid akan lebih peka dengan apa yang hendak diampaikan oleh guru dan secara tidak langsung
kanak-kanak dapat dikawal tingkahlaku mereka kerana mereka akan lebih menumpukan perhatian
kepada mereka.

Guru juga boleh mengaplikasikan kemudahan sains dan teknologi moden dengan
menggunakan Power Point, yang mengandungi visual dan audio yang dimasukkan dapat menarik
minat murid-murid untuk melihat pada yang akan keluar pada muka surat yang selanjutnya. Teknik
ini dapat menarik minat kanak-kanak untuk berkomunikasi dan menumpukan perhatian. Secara
logiknya dapat meningkatkan kosa kata murid-murid pada masa yang sama. Sebagai contoh, pita
rakaman dapat digunakan kerana kemahiran mendengar dapat ditingkatkan. Persembahan teater
akan lebih berkesan kepada kanak-kanak kerana mereka dapat melihat sendiri tanpa perlu
berimaginasi. Tuntasnya teknik bercerita membantu kanak-kanak menghayati dan merasakan
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ANGKA GILIRAN: 2018092340043 NO. KP: 990826-14-7072


MATA PELAJARAN: DRAMA DALAM PENDIDIKAN
KOD: BMMB3083

sendiri cerita tersebut serta kemahiran mereka untuk menjiwai dan meletakkan diri mereka dalam
cerita tersebut.

Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas, guru memainkan perana
penting dalam menyampaikan pengajaran yang berkesan dengan menggunakan pelbagai
pendekatan agar murid murid akan sentiasa fokus sepanjang proses pdp. Justeru, pemilihan
pendekatan seperti bercerita memudahkan guru untuk mencapai objektif pdp yang telah
ditetapkan.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ANGKA GILIRAN: 2018092340043 NO. KP: 990826-14-7072


MATA PELAJARAN: DRAMA DALAM PENDIDIKAN
KOD: BMMB3083

Soalan 2
Dunia pendidikan pada era ini mementingkan keseimbangan oleh itu, elemen didik hibur telah
menjadi daya tarikan kepada para guru untuk diaplikasikan sepanjang proses Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) . Dalam konteks ini, drama kanak-kanak merupakan satu kegiatan kreatif
yang menyalurkan pembelajaran secara lebih seronok. Drama kanak-kanak merangkumi dua
bidang kesenian secara holistik iaitu seni kesusateraan melalui skrip dan seni persembahan
melalui media pementasan. Sebagai maklumat tambahan karya bertulis yang berbentuk skrip
drama merupakan satu genre kesusteraan yang mempunyai sifat yang tersendiri dan juga unik.
Oleh itu, karya yang bertulis, skrip drama menjadi bahan mentah untuk pementasan.

Eleman utama yang diberi penekanan oleh penulis skrip ialah dari aspek binaan dialog-dialog
watak dengan sedikit penerangan bagi tujuan pengarahan. Jika dilihat dengan teliti, dalam binaan
dialog berperanan sebagai pekembangan jalan cerita secara orientasi aksi dan rentetan dialog-
dialog itu. Dialog juga menerangkan aksi atau peranan watak yang sedang berdialog. Hal ini
demikian kerana, keseluruhan karya telah diisi dengan dialog dan arahan itu dibina dengan
pembahagian berstruktur yang juga dikenali sebagai kronologi penceritaan. Sebagai contoh,
penulisan skrip seharusnya mempunyai permulaan, perkembangan, kemuncak atau klimax,
peleraian dan penutup, plot cerita yang menarik mampu mencuri perhatian kanak-kanak. Jelaslah
bahawa dialog dalam sesebuah penulisan turut menyumbang keindahan perkataan dalam skrip.

Disamping itu, penekanan terhadap aspek pendidikan moral secara spesifiknya dilihat
daripada dua sudut utama untuk menilai sesebuah teater iaitu daripada sudut skrip dan
persembahan. Salah satu daripada ciri utama teater kanak-kanak ialah hasil karya perlulah
bercorak memberi didikan dan pengajaran selain mengasah dan mengasuh kecerdasan minda,
penerapan dan penghayatan nilai-nilai kemanusian, kemasyarakatan dan segala sesuatu yang
berhubung denga keperluan dalam kehidupan. Penekanan dari sudut moral dilakukan supaya
kanak-kanak mendapat keberkesanan drama tersebut. Tamsilnya, setiap penulisan mempunyai
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ANGKA GILIRAN: 2018092340043 NO. KP: 990826-14-7072


MATA PELAJARAN: DRAMA DALAM PENDIDIKAN
KOD: BMMB3083

pengakhiran cerita dan penutup tersebut hendaklah memberi impak kepada pembaca atau
penonton iaitu kanak-kanak agar nilai diperoleh dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Pada realitinya memang tidak dapat dinafikan bahawa, tanggungjawab yang dipikul oleh
seseorang penulis skrip bagi drama kanak-kanak ialah bermatlamatkan untuk memberi pendidikan
selain daripada memberi hiburan kepada mereka. Oleh hal yang demikian, elemen penting dalam
sesebuah penulisan skrip drama kanak-kanak ialah nilai moral yang wajar diketengahkan kepada
golongan kanak-kanak dengan pelbagai cara yang menarik baik melalui perwatakan watak-watak
yang terlibat ataupun dalam kepelbagaian peritiwa yang berlaku di dalam drama tersebut. Aspek
moral merupakan salah satu tujuan persembahan yang ditekankan seperti penerapan kebaikan
mahupun keburukan sesuatu perbuatan dan nilai-nilai murni harus dilakukan. Hal ini penting
kerana, memberi didikan secara tidak langsung kepada kanak-kanak yang terlibat pementasan
drama mahupun menjadi penonton.

Elemen penting yang berkelihatan nyata ialah drama berkonsepkan alam fantasi, perkara ini,
dapat menarik perhatian kenak-kanak untuk menghayati jalan cerita yang boleh dikatakan cukup
menarik. Oleh itu, penulisan mampu mencuri perhatian kanak-kanak untuk menghayati mesej
moral yang terkandung di dalamnya bukan sekadar menyajikan hiburan semata. Bersesuaian
dengan jiwa dan naluri kanak-kanak yang sukakan kelainan kejadian aneh dan ajaib. Sebagai
contoh, penulisan mengenai bunian. Dunia bunian yang mempunyai watak-watak seperti serangga
dan binatang yang pada zahirnya merupakan binatang yang kecil tetapi menjadi besar apabila
diwakilkan oleh fizikal manusia dan lebih menarik lagi apabila serangga dan bintang tersebut boleh
berkata-kata dan berinteraksi dengan manusia. Secara logiknya, kanak-kanak merupakan
golongan yang peka terhadap alam sekeliling. Secara terperincinya, kepekaan mereka ini terdiri
daripada pemerhatian mereka terhadap makhluk-makhluk lain seperti binatang, kebarangkalian
binatang peliharaan mereka atau binatang kesukaan mereka. Kajian juga menunjukkan bahawa
terdapat pelbagai drama kanak-kanak yang bertemakan cerita binatang yang juga merupakan
kegemaran kanak-kanak. Antara drama kanka-kanak berunsur binatang ialah seperti, Kisah kancil
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ANGKA GILIRAN: 2018092340043 NO. KP: 990826-14-7072


MATA PELAJARAN: DRAMA DALAM PENDIDIKAN
KOD: BMMB3083

dan kawan-kawannya, Arab dan kura-kura, anjing dan bayang-bayang. Penulisan skrip drama juga
diambil daripada cerita binatang seperti yang telah dinyatakan sebagai inspirasi.

Intihanya, pendidikan bermakna bukan sahaja pemerolehan pengetahuan, disebaliknya,


proses pembelajaran dan penguasaan kemahiran, ilmu dan pembentukan sikap pelajar yang
terlibat. Melalui pelbagai aktiviti drama, pelajar yang terlibat dapat mengenal diri mereka lebih jelas,
mengenal ruang dan persekitaran, memahami rakan serta meningkatkan keupayaan mereka
dalam pelbagai aspek. Drama dalam pendidikan membolehkan kita melatih para pelajar
menajamkan sensitiviti mereka, meningkatkan kefahaman dan amalan terhadap nilai murni
masyarakat dan budaya mereka, mananamkan jati diri bangsa, serta memperkembangkan daya
imaginasi, kreativiti, konsentrasi, yakin diri serta kemahiran berkomunikasi. Aktiviti drama boleh
berfungsi sebagai satu kaedah terapi yang membantu murid mempunyai masalah emosi dan
fizikal. Drama dan drama juga berperanan membentuk insan yang seimbang dan harmoni dari segi
Intelek, rohani, emosi dan jasmani. Hal ini bertepatan dengan matlamat Falsafah Pendidikan
Negara.

Anda mungkin juga menyukai