Anda di halaman 1dari 17

1.

0 Penghargaan
Pohon sirih pohon selasih
Tumbuh merimbun di hujung laman
Kalungan budi junjungan kasih
kekal cemerlang sepanjang zaman
Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA
dapatlah saya siapkan tugasan yang telah diberikan pada masa yang telah ditetapkan.
Saya ingin menggunakan peluang yang penuh berharga ini untuk mengucapakan
ribuan terima kasih kepada Puan Zubedah binti Abdullah, selaku Pensyarah Hubungan
Etnik yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam membuat
kerja kursus ini dari awal hinggalah siap sepenuhnya.
Saya juga ingin memberikan sekalung budi kepada kedua-dua ibu bapa saya yang
memberikan sokongan moral dalam menyiapkan tugasan ini. Tanpa sokongan padu mereka,
mustahil bagi saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Terima kasih juga, saya tujukan kepada rakan sekelas 3 PISMP Sains yang tidak
mengira agama dan bangsa dengan mengorban masa dalam menolong saya bagi
melengkapkan kerja khusus ini dengan sempurna. Saya ingin menujukan ribuan terima
kasih kepada saudari Roshini A/P Saminathan dan saudara Dharshan Kumar A/L Kanan
Seen yang amat membantu saya dalam menyempurnakan tugasan ini.
Akhir sekali, ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam
menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan
yang telah anda hulurkan amatlah saya menghargai kerana tanpa bantuan dan sokongan
daripada semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Sekian, terima kasih.

2.0 Pengenalan
Tugasan ini dapat memberikan peluang kepada pelajar unruk meninjau hubungan di antara
pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik yang berlaku di Semenanjung Tanah
Melayu secara mendalam berdasarkan kepada peringkat-peringkat sejarah.
Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kunci keamanan, keteguhan, kestabilan, dan kemajuan
pembangunan negara banyak bergantung kepada perpaduan dan kerjasama masyarakat
Malaysia itu sendiri. Untuk mencapai perpaduan dan kemakmuran bukanlah satu perkara
yang mudah. Ini adalah kerana memandangkan penduduknya yang terdiri daripada pelbagai
kaum, berbeza dari segi agama, budaya, aktiviti, ekonomi, lokasi tempat tinggal, dan
sebagainya. Usaha-usaha untuk menerapkan semangat perpaduan atau kekitaan di
kalangan masyarakat sering menghadapi cabaran serta

3.0 Isi kandungan

Bil

Kandungan

Muka Surat

1.0 Penghargaan

2.0 Pengenalan

3.0 Isi Kandungan

4.0 Penulisan Akademik


4.1 Huraikan dengan jelas dan terperinci konsep
modenisasi dan pembangunan ekonomi.
4.2 Lakarkan carta garis masa perkembangan ekonomi
Malaysia

yang

bermula

dari

Draf

Rancangan

Pembangunan (1950-1955) hingga masa kini.


4.3 Sejauhmanakah proses dan tindakan
dilaksanakan

dalam

dasar-dasar

yang

yang

berkaitan

dengan ekonomi dapat memupuk hubungan etnik yang


harmonis di Malaysia. Bincangkan isu ini secara kritis
dan analitikal beserta dengan contoh-contoh yang
bersesuaian.

Kesimpulan

Rujukan

Lampiran

4.0 Penulisan Akademik


4.1 Huraikan dengan jelas dan terperinci konsep modenisasi dan pembangunan
ekonomi.
3

Modenisasi merupakan istilah yang digunakan bagi menunjukkan tentang kemajuan yang
dialami

oleh

masyarakat

dunia

pada

umumnya.

Kenyataan

http://www.maxwell.syr.edu/maxpages/faculty/merupert/depe

pada

laman

manyatakan

web

bahawa

modernization theory presumes that all countries had similar starting points and follow
similar paths to development, which just happens to look exactly like contemporary 1 st world
societies. Melalui kenyataan ini, kita dapat melihat bahawa modernisasi itu meragkumi
semua aspek kehidupan manusia yang mana lebih tertumpu pada satu bentuk kehidupan
Barat dan ia mempengaruhi sesuatu masyarakat dari beberapa aspek, termasuklah
kebudayaan, social, cara hidup dan lain-lain secara tidak langsung.
Menurut Piotr Sztompka, konsep modenisasi dalam erti khas ahli-ahli teori
pemodenan dipersetujui dalam tahun 1950an dan tahun 1960an, ditakrifkan dalam tiga cara
iaitu sejarah, relatif dan analisis. Dari aspek sejarah, modenisasi sama dengan pembaratan
atau Americanization. Dalam aspek ini, modenisasi dilihat sebagai pergerakan ke arah ciriciri masyarakat yang berkhidmat sebagai model.
Mengikut aspek relatif pula, terma modenisasi bermaksudusaha yang bertujuan
untuk mencontohi piawaian moden dianggap baik oleh rakyat jelata dan juga oleh elit
pemerintah. Walau bagaimanapun, berbedabeda standard ini, bergantung kepada "sumber"
atau " pusat rujukan" tempat asal pencapaian yang dianggap moden. Menurut Tiryakian
pusat kemodenan beralih daripada benih, iaitu masyarakat Greece dan Israel oleh orang
Rom , Eropah Utara dan Barat Laut pada zaman pertengahan , kawasan pengaruh Amerika
Syarikat, dan kini telah beralih ke Timur Jauh , pinggir Pasifikatau pada masa depan
mungkin kembali ke Eropah.
Dari segi aspek analisis pula, terdapat lebih ciri-ciri secara khusus, yang
menggambarkan dimensi masyarakat moden niat untuk melabur dalam masyarakat
tradisional atau masyarakat premodern .
Pembangunan dan pertumbuhan ekonomi adalah dua istilah yang sangat penting
apabila membincangkan konsep pembangunan ekonomi. Pertumbuhan ekonomi merupakan
prasyarat pembangunan ekonomi dalam usaha untuk membentuk identiti sesebuah negara
dari perspektif ekonomi. Mengikut Berger (Dalam Hazil (1990:18) ...Dalam erti kata yang
seluas-luasnya, pembangunan adalah difahami sebagai suatu proses yang menyebabkan
sesuatu negara miskin menjadi kaya. Kadang-kadang negara yang kaya menjadi lebih kaya
lagi... Apa yang penting di sini ialah kedua-dua istilah mempunyai matlamat untuk
pembaikan dalam taraf hidup kerana ia melibatkan keadaan-keadaan serta syarat-syarat
untuk memperbaiki perkembangan masyarakat keseluruhan dari perspektif pembangunan
ekonomi. Oleh itu pembangunan ekonomi sesebuah negara tidak seharusnya disamakan
dengan peningkatan pendapatan per kapita, pengeluaran atau jumlah eksport sahaja, tetapi
ia perlu dikaitkan dengan kualiti hidup masyarakat, kemampuan penyelesaian masalah
4

kemiskinan, keperluan asasi manusia, keupayaan mendapat tempat perlindungan,


keupayaan memperoleh peluang pekerjaan, keupayaan menghantar anak ke sekolah,
keadaan alam sekitar yang bersih serta lain-lain petunjuk sosial bersangkutan dengan
suasana kehidupan yang sempurna dan layak dinikmati oleh manusia (Nor Aini et.al, 1996).
Pandangan di atas menjelaskan bahawa agihan pendapatan mesti diseimbangkan dan
kadar kemiskinan mestilah dikurangkan supaya kualiti hidup dapat ditingkatkan. Mengikut
Bartelmus (1994), pembangunan ekonomi sebenarnya adalah untuk memperbaiki kualiti
taraf hidup atau kebajikan penduduk bagi generasi hari ini dan akan datang. Justeru itu
pembangunan pesat dan pertumbuhan ekonomi yang tinggi adalah matlamat yang perlu
dicapai oleh setiap negara di dunia ini. Pembangunan ekonomi penting bukan sahaja bagi
meningkatkan Book 10 - Bab 9.indd 186 3/10/09 6:04:58 PM Pembangunan Ekonomi Dalam
Hubungan Etnik 187 pendapatan dan hasil negara, serta mewujudkan peluang pekerjaan
bagi menampung pertambahan penduduk yang pesat, tetapi juga memastikan mutu hidup
rakyat meningkat (Rahimah, 2003). Dalam konteks pembangunan ekonomi di Malaysia,
peningkatan mutu hidup rakyat ini perlu diberi penekanan supaya seimbang dengan
peningkatan mutu hidup pelbagai kaum yang menjadi warganegara Malaysia.

4.2 Lakarkan carta garis masa perkembangan ekonomi Malaysia yang bermula dari
Draf Rancangan Pembangunan (1950-1955) hingga masa kini.

Bil.

Tajuk Pelan

Jangkamasa

Tarikh
dibentangkan

1.

Draf Pelan
Pembangunan Malaya

1950-1955*

Jun 1950

2.

Laporan Kemajuan
Pelan Pembangunan

1950-1952

3.

Pelan Pembangunan
Umum

4.

Kandungan
Warna

Bab

Muka
Surat

Paras

Kuning

174

482
(C)

1953

N/A

N/A

N/A

N/A

1956-1960

Okt -1956

N/A

N/A

N/A

N/A

Pelan Lima-Tahun
kedua

1961-1965

01/09/1961

Biru
terang

68

203
(C)

5.

Penyemakkan Interim
Pelan Lima-Tahun

1961-1965

Dis-1963

Hijau
Terang

76

104
(C)

6.

Rancangan Malaysia
Pertama

1966-1970

25/11/1965

N/A

14

190

599
(C)

7.

KSP Rancangan
Malaysia Pertama

1966-1970

25/01/1969

Hijau
Terang

135

445
(C)

8.

Rancangan Malaysia
Kedua

1971-1975

25/06/1971

Merah

17

267

866
(C)

9.

KSP Rancangan
Malaysia Kedua

1971-1975

20/11/1973

Merah

12

213

665
(C)

10.

Rancangan Malaysia
Ketiga

1976-1980

05/07/1976

Hijau

24

430

1492
(C)

11.

KSP Rancangan
Malaysia Ketiga

1976-1980

03/09/1979

Hijau

18

253

708
(C)

1971-1990

N/A

40

First Outline
12. Perspective
Plan (OPP1)
13.

Rancangan Malaysia
Keempat

1981-1985

16/03/1981

Biru
Kelabu

24

414

1133
(C)

14.

KSP Rancangan
Malaysia Keempat

1981-1985

29/3/1984

Biru
Gelap

17

424

972
(C)

15.

Rancangan Malaysia
Kelima

1986-1990

21/03/1986

Jingga

23

568

N/A

16.

KSP Rancangan
Malaysia Kelima

1986-1990

23/06/1989

Perang
Terang

13

295

N/A

Bil.

Tajuk Pelan

Second Outline
17. Perspective
Plan(OPP2)
18.

Rancangan Malaysia
Keenam

KSP Rancangan
19.
Malaysia Keenam

Kandungan

Jangkamasa

Tarikh
dibentangkan

Warna

1991-2000

17/6/1991

1991-1995

Bab

Muka
Surat

Paras

Light
Blue

180

471
(IC)

07/10/1991

Biru
Kelabu

17

467

1089
(IC)

1991-1995

16/12/1993

Biru
Terang
Kelabu

272

716
(IC)

20.

Rancangan Malaysia
Ketujuh

1996-2000

05/06/1996

Hijau

23

744

1904
(IC)

21.

KSP Rancangan
Malaysia Ketujuh

1996-2000

22/04/1999

Hijau

12

392

883
(IC)

2001-2010

03/04/2001

Putih

200

417
(IC)

Third Outline
22. Perspective
Plan (OPP3)
23.

Rancangan Malaysia
Kelapan

2001-2005

23/04/2001

Kelabu
Terang

22

658

1505
(IC)

24.

KSP Rancangan
Malaysia Kelapan

2001-2005

10/30/2003

Kelabu
Terang

13

485

1003
(IC)

25.

Rancangan Malaysia
Kesembilan

2006-2010

31/03/2006

Biru

27

587

26.

KSP Rancangan
Malaysia Kesembilan

2006-2010

26/06/2008

Biru

5
(Teras)

128

27.

Rancangan Malaysia
Kesepuluh

2011-2015

10/06/2010

Hijau

449

* Jangkamasa 6 tahun

C - Kumulatif

IC Bab Individu

Jadual ini menunjukkan setiap satu rancangan ekonomi yang dilaksanakan


sehingga masa kini.

Draf Rancangan Pembangunan


Rancangan Lima Tahun Malaya Pertama
Rancangan Lima Tahun Malaya Kedua
Rancangan Malaysia Pertama
Rancangan Malaysia Ke 2
Rancangan Malaysia Ke 3
Rancangan Malaysia Ke 4
Rancangan Malaysia Ke 5
Dasar Pembagunan Nasional
Rancangan Malaysia Ke 6
Wawasan Negara 2020
Rancangan Malaysia Ke 7
Rancangan Malaysia Ke 8
Rancangan Malaysia Ke 9
Rancangan Malaysia Ke 10
Rancangan Malaysia Ke 11

Carta di atas menunjukkan antara dasar-dasar ekonomi yang penting dalam


aliran perkembangan ekonomi Malaysia.
1. Dasar Ekonomi Baru
Pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971 telah melakar sejarah
dalam pembentukan dasar ekonomi Malaysia. DEB menekankan kepentingan
mencapai sasaran sosioekonomi seiring dengan pertumbuhan ekonomi sebagai satu
cara mewujudkan keharmonian dan perpaduan di dalam negara yang terdiri daripada
pelbagai kumpulan etnik dan agama. Matlamat utama DEB adalah untuk
mewujudkan perpaduan negara. Bagi mencapai sasaran ini, dua strategi utama telah
diwujudkan:

Untuk mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan melalui peningkatan


pendapatan dan penambahan peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia
tanpa mengira kaum;.dan

Untuk menyusun semula masyarakat bagi memperbetulkan ketidak seimbangan


ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan
kaum mengikut fungsi ekonomi.

Salah satu aspek penting DEB adalah berteraskan premis ekonomi yang berkembang
pesat. Ini memandangkan pertumbuhan ekonomi adalah satu keperluan bagi menyediakan
peluang kepada golongan miskin dan kurang bernasib baik untuk membolehkan mereka
keluar dari kemiskinan dan turut serta dalam aktiviti ekonomi. Aspek ini juga memastikan
bahawa pengagihan tidak diperuntukkan dari kekayaan sedia ada tetapi dari pengembangan
dan punca baru kekayaan. Pelaksanaan strategi pembasmian kemiskinan dan penyusunan
semula masyakat menghasilkan kemajuan yang ketara menjelang 1990. Kadar kemiskinan
berkurangan dari 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 16.5 peratus pada tahun 1990 dan
seterusnya kepada 1.7 peratus pada 2012.
Dalam istilah penstrukturan ekuiti korporat, 66.3 peratus ekuiti korporat di Malaysia dimiliki
oleh warga asing pada tahun 1970, sementara Bumiputera memiliki hanya 2.4 peratus. DEB
menetapkan sasaran penstrukturan berupa 30:40:30, di mana menjelang 1990, pegangan
kaum Bumiputera patut mencapai 30 peratus, rakyat Malaysia yang lain 40 peratus dan
warga asing 30 peratus, di dalam konteks ekonomi yang berkembang. Pada tahun 1990,
bahagian ekuiti Bumiputera bertambah kepada 19.3 peratus dari keseluruhan jumlah ekuiti
korporat, dan pegangan rakyat Malaysia yang lain bertambah kepada 46.8 peratus dan 33.9
peratus untuk warga asing dan nomini. Walaupun Bumiputera tidak mencapai sasaran 30
peratus pegangan ekuiti menjelang 1990, kemajuan yang dihasilkan oleh mereka adalah
cukup besar berbanding dengan kedudukan mereka pada tahun 1970. Menjelang 2010,
jumlah nilai ekuiti telah berkembang dengan pesat dan meningkatkan nilai pegangan mutlak
semua kumpulan.

2. Dasar Wawasan Negara


Pada tahun 1991, Wawasan 2020 (W2020) telah diperkenalkan dengan objektif untuk
menjadi negara maju menjelang tahun 2020 dengan acuan sendiri. W2020 menggariskan
hala tuju untuk mencapai status negara maju dengan mensasarkan pertumbuhan ekonomi
pada kadar 7 peratus setahun sehingga tahun 2020.Kunci kepada pencapaian negara maju
ialah dengan mengatasi sembilan cabaran strategic.
Pelaksanan Wawasan 2020 terbahagi kepada tiga fasa utama. Dasar dan strategi
bagi fasa pertama Wawasan 2020 digariskan di dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang
Kedua, 1991-2000 (RRJP2) iaitu Dasar Pembangunan Nasional (DPN).DPN mengandungi
beberapa perubahan dasaryang memberi dimensi baru kepada usaha pembangunan dalam
9

menghasilkan pembangunan yang lebih seimbang di samping mengekalkan prinsip asas


Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Di bawah DPN, strategi pembasmian kemiskinan memberi tumpuan khusus kepada
penghapusan kemiskinan tegar di samping pengurangan kemiskinan umum. Bagi
meningkatkan penyertaan Bumiputra yang lebih bermakna di dalam sektor moden ekonomi,
penekanan diberi kepada pembangunan komuniti Perdagangan dan Industri Bumiputera.
Harapan yang lebih besar diletakkan pada penglibatan sektor swasta dalam proses
penstrukturan penyertaan Bumiputera. Pembangunan sumber manusia yang juga
merangkumi nilai moral dan etika untuk mencapai objektif pertumbuhan ekonomi dan
pengagihan pendapatan turut diberi penekanan.
Dalam tempoh pelaksanaan DPN, negara menghadapi Krisis Kewangan Asia yang
melanda pada tahun 1997/1998. Majlis Tindakan Ekonomi Negara (NEAC) ditubuhkan pada
Januari 1998 dan Pelan Pemulihan Ekonomi Negara yang komprehensif telah dilancarkan
bagi menangani krisi kewangan tersebut. Antara langkah yang dilaksanakan ialah
mengenakan kawalan pertukaran matawang terpilih, dan penubuhan institusi seperti
Danaharta dan Danamodal. Dasar fiskal mengembang dan dasar kewangan akomodatif
diperkenalkan bagi merangsang penggunaan, di samping mengekangkan tekanan inflasi.
Fasa Kedua Wawasan 2020 dilaksanakan di bawah Rangka Rancangan Jangka
Panjang Ketiga (RRJP3) iaitu Dasar Wawasan Negara (DWN) yang merangkumi tempoh
2001-2010. DWN bertujuan untuk memperkukuhkan daya saing dan daya tahan serta
mewujudkan masyarakat yang sasksama bagi memastikan kestabilan dan perpaduan
negara. Dimensi baru yang diperkenalkan termasuk:
1. Membangunkan Malaysia sebagai masyarakat berasaskan pengetahuan
2. Menjana pertumbuhan berdasarkan sumber dan kekuatan tempatan
3. Menjadikan sector pertanian, pembuatan dan perrkhidmatan lebih dinamik
4. Membasmi kemiskinan dalam kalangan kelompok kecil miskin di kawasan bandar
dan pedalaman serta meningkatkan kualiti hidup kumpulan berpendapatan 30
peratus terendah
5. Mencapai penyertaan Bumiputra yang berkesan serta pemilikan ekuiti sekurangkurangnya 30 peratus menjelang 2010
Fasa ketiga Wawasan 2020 dilaksanakan di bawah Model Baru Ekonomi (MBE) yang
dilancarkan pada tahun 2010 merangkumi tempoh masa 2011 hingga 2020. MBE akan
menjadi pemangkin dalam menjana potensi pertumbuhan negara. Matlamat utama MBE
ialah meningkatkan kualiti hidup rakyat dengan menekankan kepada tiga dimensi iaitu
pendapatan yang tinggi, kemampanan dan keterangkuman yang menekankan golongan
berpendapatan 40 peratus terendah. MBE merangkumi empat tonggak transformasi
negara di bawah gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan
10

iaituProgram

Transformasi

Kerajaan;

Program

Transformasi

Ekonomi,

Program

Transformasi Politik dan Program Transformasi Luar Bandar. Pelaksanaan strategi MBE
diperincikan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Rancangan Malaysia
Kesebelas.
4.3 Sejauhmanakah proses dan tindakan yang dilaksanakan dalam dasar-dasar
yang berkaitan dengan ekonomi dapat memupuk hubungan etnik yang harmonis
di Malaysia. Bincangkan isu ini secara kritis dan analitikal beserta dengan
contoh-contoh yang bersesuaian.
Sejarah telah membuktikan bahawa Malaysia sebuah negara yang unik dari segi
perkembangan ekonomi dan hubungan etniknya. Ini adalah kerana kedua-dua perkara ini
berkembang seiring dan sentiasa saling mempengaruhi di antara satu sama lain.
Pembangunan ekonomi Malaysia sejak Kesultanan Melaka sehingga ke hari ini berkembang
berasaskan kepada penglibatan secara langsung kaum-kaum yang terdapat di Malaysia.
Begitu juga, pola ekonomi juga ditentukan oleh peranan yang dimainkan oleh kaum itu
sendiri. Dalam kajian ini, hubungan antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik
yang berlaku di Semenanjung Tanah Melayu secara mendalam berdasarkan kepada
peringkat-peringkat sejarah bermula sejak pemerintahan Kesultanan Melaka hinggalah ke
hari ini.
Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kunci keamanan, keteguhan, kestabilan, dan
kemajuan pembangunan negara banyak bergantung kepada perpaduan dan kerjasama
masyarakat Malaysia itu sendiri. Untuk mencapai perpaduan dan kemakmuran bukanlah
satu perkara yang mudah.
Tun Razak menyedari bagi membangunkan ekonomi negara, kerajaan harus
mengelakkan perbalahan kaum di Semenanjung Tanah Melayu dan mengukuhkan
hubungan kaum di Sabah dan Sarawak. Untuk itu parti Perikatan diperluaskan dan pada
1974 Barisan Nasional (BN) dibentuk dan ia menyaksikan penyertaan lebih banyak parti
politik

dan mengurangkan politiking. Tujuan

utama rancangan

ini

adalah untuk

memperteguhkan sokongan orang Cina. Ia adalah strategi politik yang digelar sebagai
ethnic corporatism.
Pada awal 1970, Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan untuk menyusun semula
masyarakat Malaysia dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Ia mengandungi
dasar-dasar dan strategi-strategi untuk mempercepatkan pembangunan sosio-ekonomi dan,
dalam masa yang sama, menentukan perkhidmatan-perkhidmatan dan pengagihan
peluang-peluang yang saksama untuk menyertai dan mendapat faedah daripada proses
pembangunan. Antara 1970-1990, DEB menunjangi pembangunan negara dan ia berusaha
untuk membasmi dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.
11

Melalui banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluarga di
Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin. Dari jumlah semua
keluarga miskin 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar. Kadar
kemiskinan mengikut kaum pula adalah seperti berikut:

Pembangunan ekonomi sebelum Tragedi 13 Mei adalah dibawah Rancangan


Malaysia Pertama (RMP) (1966-1970). Ia ingin wujudkan perpaduan rakyat dan wujudkan
integrasi

antara

mengurangkan

Semenanjung,
kadar

Sabah

pengangguran,

dan

Sarawak.

membangunkan

Tujuannya

ekonomi

adalah

luar

bandar

untuk
dan

mempelbagaikan ekonomi supaya tidak bergantung kepada getah dan bijih timah. Tragedi
13 Mei 1969 menyedarkan kepada kerajaan bahawa timbulnya masalah perbalahan kaum
adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan dalam pembangunan ekonomi antara kaum.
Pembahagian buruh seperti yang disaksikan pada zaman penjajahan berterusan pada
tahun-tahun 1960an dan didapati golongan yang paling menganggur ialah orang-orang
Melayu dan ini diikuti oleh orang India.
Dalam sektor pelaburan didapati orang Melayu hanya memiliki 1% pelaburan dalam
perniagaan berdaftar. Oleh itu, satu rancangan ekonomi yang lebih menyeluruh bagi
kesemua kaum mula diperkenalkan iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) ini. DEB diharapkan
dapat menyusun semula masyarakat Malaysia dengan harapan kegiatan ekonomi tidak lagi
diidentifikasikan dengan kaum seperti yang diperhatikan pada zaman penjajahan. DEB
berkembang dibawah Rancangan Malaysia kedua, 1971-75; Ketiga 1976-1980; Keempat
1981-1985 dan Kelima, 1986-1990.
Matlamat utama DEB dan kesemua Rancangan Malaysia sehingga 1990 ialah

untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum menerusi strategi membasmi

kemiskinan dan
menyusun semula masyarakat dari segi fungsi ekonomi,
Memodenkan kehidupan masyarakat luar bandar dan mempertingkatkan penyertaan
kaum bumiputera dalam bidang perusahaan dan perniagaan.

12

Objektif ini mengalami sedikit perubahan pada tahun-tahun 1980-an apabila


dinyatakan satu lagi objektif adalah untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta
dalam pembangunan negara.

Dilihat dari sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970 pecahan mengikut
kaum adalah seperti
berikut:

Kerajaan memperkenalkan DEB dan ia menyedarkan orang Cina betapa perlunya


bekerjasama dengan orang Melayu untuk mendapat faedah ekonomi.

Kaum Cina mula mengubah strategi perniagaan mereka daripada berniaga sebagai

individu kepada kumpulan.


Pada 1989 kerajaan telah menubuhkan Majlis Perundingan Ekonomi Negara untuk
melahirkan rasa kebimbangannya dengan nasib kaum India yang ketinggalan di
bawah DEB dan ingin mengemukakan cadangan bagi merangkakan dasar ekonomi

bagi tempoh 1991-2000.


Majlis ini telah menyeru supaya kerajaan mengambil tindakan untuk memajukan
nasib orang India dibawah Dasar Pembangunan Nasional yang akan menggantikan
DEB.

Kerajaan telah menggubal Dasar Pembangunan Nasional (DPN) selepas tamat tempoh
Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) dan DEB pada 1990. DPN yang termasuk
dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) meliputi tempoh masa antara
1991-2000.
DPN digubal berlandaskan wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah
negara maju menjelang 2020. Wawasan 2020 menekankan 9 cabaran yang perlu dihadapi
oleh rakyat Malaysia untuk muncul sebagai negara berteknologi tinggi menjelang abad ke21. Dasar-dasar yang menggantikan DEB cuba mewujudkan landasan yang baik bagi
memajukan kesemua kaum di Malaysia. Namun begitu, dari segi perlaksanaan DEB
memang mempunyai banyak kelemahan. Di sini, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan

13

dan semua pihak bagi memastikan apa sahaja dasar yang diperkenalkan membawa faedah
kepada semua lapisan masyarakat tanpa meminggirkan mana-mana komuniti.

Rujukan
http://www.epu.gov.my/a-brief-history

1. Abdul Aziz Bari. 2001. Perlembagaan Malaysia: Asas-asas dan Masalah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Abdul Rahman Haji Embong. 2000. Negara Bangsa: Proses dan Perbahasan. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. 36 Panduan Prasiswazah

3. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 2007. Modul Hubungan Etnik. Shah Alam:
Penerbit UiTM.

4. Nazri Muslim dan Nasruddin Yunos. 2006. Hubungan Etnik. Bangi: Pusat Pengajian
Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia.

14

Lampiran
1. Dari kajian Tahunan Hakmilik Syarikat-syarikat Berhad yang dijalankan oleh Jabatan
Perangkaan dan rekod dari Pendaftar Syarikat adalah didapati hakmilik dan
penguasaan sektor syarikat-syarikat pada tahun 1971 adalah seperti berikut:

2. Carta di bawah menunjukkan Purata pendapatan semua isi rumah telah menokok
hampir 1,800% kepada RM5,000 sebulan manakala pendapatan isi rumah
Bumiputera melonjak hampir 2,500% kepada RM4,457 sebulan, pendapatan kaum
Cina kira-kira 1,500% kepada RM6,366 sebulan dan pendapatan kaum India pula
melompat lebih kurang 1,600% kepada RM5,233 sebulan.

15

Kaum Kadar Kemiskinan (%) Pendapatan Purata Keluarga


Sebul
3. Impak daripada pendapatan isi rumah yang meningkat itu telah hampir berjaya
menghapuskan kemiskinan SEMUA kaum dalam tempoh 42 tahun yang sama itu.
Kadar kemiskinan penduduk Malaysia telah dapat diturunkan dari 49.3% (1970)
kepada 1.7% (2012). Kadar kemiskinan Bumiputera menjunam dari 64.8% kepada
2.2%, Cina dari 26.0% kepada hampir sifar (0.3%) dan India pula merosot dari 39.2%
kepada 1.8%

4. Carta di bawah menunjukkan golongan professional di Negara kita

16

5. Carta menunjukkan jurang antara kaum dari segi aspek pendapatan

17

Anda mungkin juga menyukai