Anda di halaman 1dari 2

JURNAL REFLEFTIF BULAN SEPTEMBER

1.0 Isu / Peristiwa / Masalah yang difokuskan

Sesetengah murid kelas 5 Maragatham menunjukkan sikap pasif sewaktu pengajaran dan
pembelajaran Sains dijalankan.

2.0 Perkembangan / isu / peristiwa / masalah yang difokuskan relevan / sesuai

Melalui pemantauan saya terhadap kelas Tahun 5 Maragatham, saya mendapati murid-
murid bagi kelas 5 Bestari tidak aktif untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh saya
semasa pengajaran dan pembelajaran. Mereka kelihatan kurang memahami isi pelajaran
yang saya ajari dan bersifat sangat pasif dan senyap. Pada pengamatan saya, hanya
beberapa orang murid sahaja yang aktif untuk menjawab soalan saya dalam pengajaran
dan pembelajaran.

3.0 Isu / masalah / peristiwa yang difokuskan dianalisis secara terperinci

3.1 Mengenal pasti punca/ sebab isu / masalah/ peristiwa yang difokuskan
Guru menggunakan teknik pengajaran yang sama dalam pengajaran dan
pembelajaran menyebabkan tumpuan mereka menjadi kurang. Tambahan pula,
murid-murid dari kelas ini mempunyai pelbagai aras kemahiran, latar belakang
dan kemahiran serta pengetahuan sedia ada yang berbeza.

3.2 Mengenal pasti kemungkinan penyebab kepada isu/ masalah


Teknik pengajaran guru memainkan peranan yang amat penting dalam
pengajaran dan pembelajaran. Guru haruslah merancang pengajaran dengan
menggunakan kaedah pengajaran yang berpusatkan murid. Pelbagai teknik dan
kaedah perlu digunakan mengikut pelbagai tahap kecerdasan murid. Guru yang
mengajar dengan hanya bergantung pada persembahan elektronik sahaja sukar
menarik minat murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Murid akan cepat
bosan dan menjadi pasif semasa cikgu bertanya soalan.

3.3 Mengenal pasti kelemahan isu/ masalah/ peristiwa yang difokuskan


Soalan yang dikemukakan oleh guru tidak cukup mencapai tahap kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT). Soalan yang tidak cukup mencabar ini menyebabkan
murid tidak menggerakkan minda untuk berfikir dan menjawab soalan guru.
Lama-kelamaan, murid akan bosan dan menunjukkan sikap pasif di dalam kelas.

3.4 Mengenal pasti kekuatan isu/ masalah/ peristiwa yang difokuskan


3.5 Meramal kesan dan akibat isu/ masalah/ peristiwa yang difokuskan
Pembelajaran hanya akan berlaku dengan berkesan apabila murid-murid
melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Sekiranya pembelajaran tidak berlaku dengan berkesan, sesetengah murid
kemungkinan kurang memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.
Secara tidak langsung, ini akan menyebabkan pencapaian mereka dalam
peperiksaan menjadi semakin merosot. Matlamat dan hasil pengajaran tidak
dapat dicapai seperti yang dinyatakan di atas.

4.0 Kajian lampau yang berkaitan isu/ masalah (literature review)

5.0 Cadangan dan idea diberikan untuk menyelesaikan setiap punca/ kelemahan

Pertama sekali, saya akan memperbanyakkan dan mempelbagaikan aktiviti yang dapat
melibatkan semua murid secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, saya
juga akan menggunakan alat bantu mengajar yang dapat menarik minat murid. Kemudian,
saya akan berusaha untuk menyediakan soalan yang lebih KBAT dalam pengajaran dan
pembelajaran untuk merangsang minda dan minat mereka untuk menjawab soalan serta
melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran.
5.1 Sesuai dan relevan
5.2 Kritis/ kreatif
Soalan-soalan KBAT yang dapat mencungkil pemikiran pelajar ditanya.

6.0 Tempoh masa ditetapkan untuk menyelesaikan isu/ masalah yang dikenal pasti
Tempoh masa selama 4 minggu diperlukan untuk mengatasi masalah ini langkah demi
langkah

Minggu pertama Minggu kedua Minggu ketiga Minggu keempat

Guru menggunakan Guru memulakan Guru mnmberikan


kaedah bukan lisan penggunaan kaedah hadiah kepada elajar
(eye contact) untuk lisan. pasif setiap kali memberi
Contoh :-
memastikan murid pandangannya dalam
a) Menanyakan
memberi perhatian kelas semasa PdP
soalan
dalam kelas b) berlangsung.
sepanjang masa.

7.0 Tindakan susulan dirancang untuk dilaksanakan bagi menyelesaikan isu/masalah


7.1 Pelan tindakan/ Jadual kerja/ Senarai semak disediakan
7.2 Rujukan pembacaan/ internet/ perbincangan dll

Anda mungkin juga menyukai