Anda di halaman 1dari 7

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh : 09.07.2017

Masa : 60 minit

Kelas :4C

Bilangan pelajar : orang

Tajuk : Sifat Bahan Kimia

Standard kandungan : 7.2 Sifat Bahan

Standard Pembelajaran :

7.2.1 Mengitlak sifat bahan dari segi kebolehan menyerap air sama ada menyerap atau kalis air dengan menjalankan aktiviti.

Hasil pembelajaran :

Pada akhir pembelajaran murid dapat:

1. Menyenaraikan 5 bahan yang menyerap air dan 5 bahan yang kalis air.
2. Mengenalpasti ciri-ciri bahan yang boleh menyerap air.

Pengetahuan yang sedia ada :

Murid melihat bahan yang menyerap air dan kalis air dalam kehidupan seharian mereka.
K.Proses Saintifik (KS):

Mengelas, Berkomunikasi, Mengeksperimen, Mentafsir data.

K.Berfikir (KB) :

Mencirikan, mengelas, membuat kesimpulan

Sikap saintifik & Nilai Murni:

1. Bekerjasama
2. Berfikiran kritikal dan analitis

Bahan bantu mengajar (BBM) :

Kapal plastik, kapal kertas, sampul surat yang mengandungi gambar, bahan-bahan untuk eksperimen, kad situasi, latihan
Rancangan Pengajaran Harian

Fasa Isi Kandungan Aktiviti guru Catatan

Set induksi Aktiviti membandingkan kapal kertas 1. Guru menyuruh murid-murid duduk dalam BBM
(10minit) dengan kapal plastik. kumpulan masing-masing. Kapal kertas, kapal plastik
2. Guru memberikan satu kertas kepada setiap
kumpulan dan memberikan arahan kepada
murid untuk menyediakan kapal menggunakan
kertas tersebut.
3. Guru menyuruh satu wakil dari setiap kumpulan
untuk datang ke depan dan meletakkan kapal
mereka ke dalam besen yang berisi air.
4. Guru meletakkan kapal plastik bersama-sama
kapal kertas murid.
5. Guru menyuruh murid-murid perhatikan apa
yang berlaku pada kedua-dua kapal.
6. Guru menyoal murid mengenai pemerhatian
mereka.
Contoh soalan :
a) Apakah yang berlaku pada kapal kertas?
b) Apakah berlaku pada kapal plastik?
c) Mengapa kapal kertas tenggelam dan kapal
plastik tidak tenggelam?
7. Guru mengaitkan jawapan pelajar dan
memulakan topik.

Pencetusan Murid mengelas gambar-gambar dalam 1. Guru menyuruh murid duduk dalam kumpulan. BBM
idea jadual 2. Guru memberikan sampul surat yang Gambar bahan dalam sampul
(10minit) mengandungi gambar bahan dan jadual kepada surat dan jadual.
setiap kumpulan.
3. Guru memberi arahan kepada murid untuk
mengelas melekatkan gambar-gambar tersebut
dalam jadual yang diberikan.
4. Guru menyuruh pelajar untuk membandingkan
jawapan mereka selepas pelaksanaan
eksperimen.
5. Guru menyuruh pelajar untuk bersedia untuk
melakukan eksperimen.

Penstrukturan Murid melaksanakan eksperimen. 1. Guru memastikan pelajar bersedia untuk BBM:
Semula melaksanakan eksperimen. Bahan-bahan untuk eksperimen
(20minit)
2. Guru memberikan jadual pemerhatian
kepada murid.
3. Guru menerangkan cara menjalankan
eksperimen.
4. Guru memberikan bahan-bahan seperti
yang ada pada gambar di Fasa Pencetusan
Idea untuk diuji.
5. Guru menyuruh murid menguji bahan-bahan
tersebut.
6. Guru menyuruh murid untuk menyemak
jadual yang diisi.
7. Guru membincangkan dapatan eksperimen
bersama murid.

Aplikasi idea Murid menjawab situasi 1. Guru memberikan satu situasi berkaitan topik BBM:
(10minit) dan menayakan soalan kepada murid. Kad situasi
Situasi :
Jika seorang yang memakai jaket keselamatan,
seorang yang memakai pelampung dan seorang
yang hanya memakai pakaian biasa jatuh ke
dalam laut, apakah yang akan berlaku?
Mengapa? Nyatakan ciri-ciri bahan yang
terdapat pada objek tersebut.
2. Guru memberi sticker kepada murid yang dapat
menjawab soalan dengan baik.
Refleksi Murid menjawab soalan latihan 1. Guru memberikan latihan kepada murid-murid. BBM
(10minit) 2. Guru menyemak jawapan pelajar Lembaran kerja
3. Guru mengucapkan Terima Kasih dan
mengakhiri kelas.

Anda mungkin juga menyukai