Anda di halaman 1dari 9

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR


Mata pelajaran : Pendidikan Kesihatan
Tarikh : 7.3.2017
Masa : 8:00 pagi - 8:30 pagi
Tahun : 4 Bestari
Bilangan pelajar : 16 orang (4 orang lelaki; 12 orang perempuan)
Tajuk : Kesihatan Fizikal - Pemakanan

Standard Kandungan : 1.3 Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat serta selamat.

Standard Pembelajaran : 1.3.4 Menjelaskan kepentingan pengambilan sarapan yang sihat.

Kognitif: Mengelaskan contoh makanan mengikut aras piramid makanan dengan betul berdasarkan kad gambar yang diedarkan tanpa
bimbingan guru.
Membuat sandwich tuna dengan bahan-bahan yang telah diberi berdasarkan cara penyediaan yang diedarkan dengan
bimbingan guru
Menyatakan secara lisan kepentingan setiap bahan dalam penyediaan sandwich tuna untuk sarapan pagi

Afektif: Murid yakin dengan pengambilan makanan yang seimbang dalam rutin harian.

Pengalaman sedia ada : Murid telah mengetahui kumpulan makanan dan jenisnya.
Penerapan nilai : Memberi kerjasama kepada rakan dan guru, Yakin diri, Kebersihan fizikal dan mental
KBKK : Menghubungkait, Membuat kategori, Menerangkan sebab, Menjana idea, Membanding dan Membeza
EMK : Kreativiti dan Inovatif, Keusahawanan
Penggabungjalinan : Berkomunikasi
Kesepaduan : Sains dan Kemahiran Hidup
Strategi Utama : Konstruktivisme
BBM : Kad-kad makanan, Realia restotan, Piramid makanan, sampul surat yang mengandungi kad contoh makanan,
Realia seperti roti, timun, tuna,
Langkah / Aktiviti Fokus Pembelajaran Organisasi Kelas (guru ) Catatan
Masa (murid
Set induksi Pengenalan 1. Murid memain peranan 1. Guru memaparkan situasi BBM :
( 5 minit) sebagai pelanggan satu gerai makanan yang Kad makanan, realia
ringkas kepada
2. Murid akan menyoal
tajuk. mengandungi kad-kad Restoran, Paparan slaid
soalan yang ditanyakan
Mendapatkan makanan.
oleh murid
respons daripada 2. Guru memainkan peranan Penerapan nilai: Yakin diri
3. Murid menyatakan
pelajar mengenai sebagai penjual makanan di
kepentingan sarapan EMK: Keusahawanan
pengambilan gerai tersebut.
kepada diri
sarapan dengan 3. Tiga murid diberi watak oleh

menggunakan guru untuk berlakon sebagai

beberapa soalan murid sekolah yang membeli

secara lisan. makanan.


4. Guru menyuruh semua murid
untuk memerhati simulasi
tersebut
Guru: Mari! Mari! Mari! Saya ada
jual makanan yang sedap. Beli
dekat sini

Murid: Mak cik, yang ni nampak


sedap. Saya nak beli 1

Guru: Ambillah anak. RM 2


sahaja
5. Guru menyoal murid-murid
berdasarkan simulasi
tersebut
Guru: Kenapakah murid-murid
tersebut membeli makanan?

Murid: Mereka rasa lapar cikgu


Murid: mereka tak ambil
makanan pagi cikgu

Guru: Apakah istillah yang


digunakan bagi makanan yang
diambil pada waktu pagi?

Murid: Sarapan pagi

Guru: Bagus. Hari ini kita akan


belajar kepentingan pengambilan
sarapan pagi

6. Guru memberi gambaran


tentang pelajaran pada hari
tersebut.
Langkah 1 Perbincangan 1. Murid-murid duduk di dalam 1. Guru mengagihkan murid BBM :
(10 minit) tentang kumpulan masing-masing. kepada 4 kumpulan. Bakul, kad gambar
kepentingan 2. Murid-murid mendengar 2. Guru mengedarkan dua bakul makanan, piramid
mengambil penjelasan guru. berwarna merah jambu dan makanan,
pelbagai jenis 3. Murid-murid mencari kad biru kepada setiap kumpulan.
makanan dengan makanan yang tersembunyi 3. Guru memberikan sedikit Penerapan nilai :
menggunakan piramid dalam kelas. penjelasan mengenai aktiviti Kesihatan fizikal dan
makanan 4. Murid meletakkan kad tersebut. mental.
makanan tersebut dalam 4. Guru meminta murid memilih
bakul yang disediakan oleh satu kad gambar (contoh
guru. makanan) sarapan sihat dan EMK:
5. Wakil murid menunjukkan kad seimbang dan juga satu kad Kreativiti Inovasi
makanan yang mereka gambar (contoh makanan)
letakkan pada bakul mereka.
6. Murid melekatkan bahagian sarapan tidak sihat dan tidak
makanan pada piramid seimbang yang ada di
makanan.
7. Murid mendengar penjelasan merata-rata bilik.
guru. 5. Guru meminta murid-murid
8. Murid menjawab soalan guru.
untuk meletakkan sarapan
pagi yang sihat dalam bakul
berwarna biru dan sarapan
pagi yang tidak sihat ke
dalam bakul berwarna merah
jambu.
6. Guru meminta seorang wakil
murid dari setiap kumpulan
untuk menunjukkan makanan
yang mereka letakkan dalam
bakul mereka.
7. Guru memilih dua kad
sarapan yang sihat dan
seimbang dan menanyakan
mengapa sarapan itu
dianggap sihat dan
seimbang.
8. Guru meminta seorang murid
untuk melekatkan bahagian
kad makanan pada piramid.
9. Guru menggunakan piramid
makanan untuk menjelaskan
mengapa sarapan itu
dianggap sihat dan
seimbang.
10. Guru menyemak jawapan
yang dilekatkan bersama
murid-murid.
11. Guru menggunakan piramid
makanan untuk menjelaskan
pengambilan sarapan pagi
dalam kadar yang betul.
12. Guru menanyakan soalan
soalan KBAT kepada murid-
murid.
a) Mengapa kita perlu
memilih sarapan pagi
yang seimbang?
b) Antara telur goreng dan
telur rebus, manakah yag
lebih sihat untuk diambil
sebagai sarapan pagi?
Mengapa?
c) Adakah ayam goreng
sesuai dimakan sebagai
sarapan pagi yang sihat?
Langkah 2 Menyediakan 1. Murid dalam kumpulan akan 1. Guru menunjukkan beberapa BBM :
(10 minit) sandwich tuna dalam memulakan sesi membuat bahan yang selalunya Roti, tuna, timun, sudu,
kumpulan
sandwich tuna. digunakan untuk pinggan
berdasarkan cara
penyediaan (Rujuk 2. Murid menyediakan menu menyediakan sarapan. polisterin, sarung tangan,
Lampiran 1) yang tersebut dalam 10 minit. 2. Guru memberikan arahan apron, topi dan Lampiran
diedarkan oleh guru
kepada murid mengenai cara 1
penyediaan sandwich tuna
berdasarkan kertas lembaran Penerapan nilai :
(Lampiran 1) Kebersihan fizikal dan
3. Guru meminta wakil dari
mental
setiap kumpul tampil ke
hadapan untuk mdngambil
bahan yang diperlukan untuk EMK:
menyediakan sandwich tuna. Kreativiti Inovasi
4. Guru juga mengedarkan
apron, topi dan sarung tangan
kepada setiap kumpulan
5. Guru memastikan bahawa
semua murid memakai apron,
topi dan sarung tangan yang
telah diedarkan sebelum
membuat sandwich tuna
6. Pada masa yang sama guru,
menekankan nilai kebersihan
diri dalam penghasilan
makanan dalam kalangan
murid.
7. Guru akan memerhatikan
setiap kumpulan dan bantuan
akan diberi sekiranya perlu.
8. Guru menjelaskan sebab
bahan-bahan tersebut
digunakan dalam
menyediakan sarapan pagi
berdasarkan sandwich yang
telah dibuat.
Contoh bahan dan
kepentingannya dalam sarapan
pagi:
a) Roti karbohidrat dan
membekalkan tenaga
untuk aktiviti sepanjang
hari.
b) Tuna sumber protein
dan lemak yang baik.
c) Mayonis sumber protein
dan hasil tenusu yang
sihat.
d) Timun sumber serat
yang segar

Penutup Kuiz secara lisan 1. Murid menerima pinggan 2. Guru memberi pinggan
( 5 minit) polisterena dan sampul surat polisterena dan sampul surat Penerapan nilai :
daripada guru. yang mengandungi gambar- Memberi kerjasama
2. Murid menerima arahan gambar makanan kepada kepada rakan dan guru,
melakukan aktiviti Pingan setiap murid. Yakin diri
Sarapanku Sihat. 3. Guru menjelaskan aktiviti
1. Murid perlu melekat gambar- Pinggan Sarapanku Sihat di
gambar mengikut nisbah yang mana murid-murid perlu
betul seperti yang terdapat melekat gambar-gambar
dalam piramid makanan. mengikut nisbah yang betul
3. Murid menyiapkan aktiviti seperti yang terdapat dalam
Pinggan Sarapanku Sihat piramid makanan
dalam masa 3 minit. 4. Guru memberi masa 3 minit
4. Setiap kumpulan kepada murid-murid untuk
menunjukkan hasil Pinggan menyiapkan aktiviti Pinggan
Sarapanku Sihat kepada Sarapanku Sihat dalam
guru. kumpulan.
5. Murid dapat membina konsep 5. Guru menyuruh setiap
pengambilan sarapan sihat kumpulan untuk bertukar hasil
melalui topik yang dipelajari mereka dengan kumpulan
pada hari tersebut. lain.
6. Guru membincangkan hasil
murid di dalam kelas.
7. Guru menunjukkan contoh
Pinggan Sarapanku Sihat.
8. Guru merumuskan topik yang
dipelajari pada hari tersebut
berdasarkan mangkuk
polisterena yang dihasilkan
oleh guru.

Anda mungkin juga menyukai