Anda di halaman 1dari 6

Nota Lencana Kegemaran (Ahli Renang) Pengakap Muda NOTA 1 Tarikh Hari Masa Tempat Tajuk Pemimpin : : : : : : 15 Februari

2012 Rabu 4.30 petang Dewan Seri Budiman, SK Semenyih Pengenalan Renang (Teori) Tuan Muhammad Farid bin Abdul Ghani

Definisi Renang 1. Renang adalah gerakan sewaktu dalam air seperti kolam renang, sungai dan laut. 2. Biasanya tidak menggunakan alat bantuan apungan (boyage aid BA) 3. Aktiviti renang biasanya dimanfaatkan untuk rekreasi atau sukan. Tujuan Renang 1. Sebagai sebuah rekreasi atau sukan / pertandingan. 2. Menjadikan tubuh badan lebih sihat kerana berenang melibatkan pergerakan hampir kesemua otot badan. 3. Sebagai sebuah pekerjaan seperti: a. pencari mutiara, b. pencari artifak atau barang-barang lama di dasar laut, c. penyelam untuk membaiki kabel dasar laut. 4. Menyelamatkan nyawa mangsa lemas. Jenis-jenis Renang 1. 2. 3. 4. Risiko 1. Menyebabkan kecederaan jika berlanggar dengan sesuatu objek keras di dalam air. 2. Mengakibatkan lemas dan kematian sekiranya: a. tenggelam, b. berenang pada ombak laut yang besar bergelora, c. air sungai yang deras atau kepala air sungai ketika waktu hujan. Gaya bebas. Gaya kuak dada. Gaya kuak lentang. Gaya kupu-kupu

Nota Lencana Kegemaran (Ahli Renang) Pengakap Muda NOTA 2 Tarikh Hari Masa Tempat Tajuk Pemimpin Gaya Bebas 1. Kedudukan dada menghadap ke permukaan air. 2. Kedua-dua kaki tangan digerakkan jauh ke hadapan secara bergilir-gilir dengan gerakan mengayuh. 3. Kedua-dua belah kaki dicambuk secara bergilir-gilir dari atas ke bawah dan sebaliknya. 4. Muka menghadap ke permukaan air. 5. Menarik nafas melalui mulut dengan cara muka berpaling ke sisi sama ada kiri atau kanan setelah membuat satu kayukan. 6. Menghembus nafas ke permukaan air melalui hidung ketika muka menghadap ke permukaan air. 7. Gaya bebas tidak terikat dengan mana-mana sahaja teknik tertentu. : : : : : : 25 Februari 2012 Sabtu 8.30 pagi Kompleks Renang Presint 6, WP Putrajaya Jenis-Jenis Renang 1 Tuan Muhammad Farid bin Abdul Ghani

Rajah: Teknik Renang Gaya Bebas (Freestyle) Gaya Kuak Dada 1. 2. 3. 4. Juga dikenali dengan gaya katak. Kedudukan dada menghadap ke permukaan air. Tubuh badan dalam keadaan tetap. Kedua-dua belah kaki menendang ke arah luar sementara kedua-dua belah tangan diluruskan ke hadapan.

5. Kedua-dua belah tangan digerakkan seperti membelah air supaya badan boleh maju ke hadapan. Nafas ditarik melalui mulut pada waktu ini apabila muka tertolak ke atas di luar permukaan air. 6. Nafas dihembus melalui hidung ketika muka berada di dalam permukaan air.

Rajah: Teknik Renang Gaya Kuak Dada (Katak / Breaststroke)

Nota Lencana Kegemaran (Ahli Renang) Pengakap Muda NOTA 3 Tarikh Hari Masa Tempat Tajuk Pemimpin : : : : : : 3 Mac 2012 Sabtu 8.30 pagi Kompleks Renang Presint 6, WP Putrajaya Jenis-Jenis Renang 2 Tuan Muhammad Farid bin Abdul Ghani

Gaya Kuak Lentang 1. 2. 3. 4. 5. 6. Kedudukan punggung menghadap ke permukaan air. Kedudukan muka berada di atas air untuk memudahkan pernafasan. Perenang hanya melihat ke atas, tidak melihat ke bawah. Gaya gerakan adalah sama seperti bebas. Permulaan renang di dalam kolam dengan menendang (kick) dinding kolam renang. Jenis renang ini sangat terkenal sejak dari zaman dahulu lagi dan ia merupakan salah satu kategori gaya renang dalam acara Sukan Olimpik.

Rajah: Teknik Renang Gaya Kuak Lentang (Backstroke)

Gaya Kupu-Kupu 1. Keadaan dada menghadap ke permukaan air. 2. Kedua-dua belah lengan ditekan ke bawah dan digerakkan ke arah luar sebelum diayun ke hadapan, sementara kedua-dua belah kaki menendang ke bawah dan ke atas secara serentak seperti gerakan ekor ikan lumba-lumba atau paus. 3. Gaya ini memerlukan kekuatan yang besar untuk perenang.

Rajah: Teknik Renang Gaya Kupu-Kupu (Butterfly Stroke)

Ujian Lencana Kegemaran (Ahli Renang) Pengakap Muda Ujian Tarikh : Hari : Masa : Tempat : Nama Pengakap: Pemimpin : 10 Mac 2012 Sabtu 8.30 pagi Kompleks Renang Presint 6, WP Putrajaya Jebeng a/k Jamesbon Tuan Muhammad Farid bin Abdul Ghani

Bahagian A: Pengetahuan Asas Renang Bil 1 2 3 Perkara Pengakap dapat menyatakan definisi, tujuan dan risiko renang dengan betul dan tepat. Pengakap dapat menyenaraikan empat jenis renang. Pengakap dapat menyatakan langkah-langkah keselamatan ketika berenang. Ujian Amali Renang Perkara Pengakap memakai pakaian renang yang sesuai ketika berenang. Pengakap mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu ketika berenang. Pengakap berenang sejauh 100 meter dengan teknik (pilih dua sahaja): a) Gaya Bebas b) Gaya Kuak Dada c) Gaya Kuak Lentang d) Gaya Kupu-Kupu Tanda Tangan Pemimpin: ( ) Tarikh Tanda Tangan Pemimpin Tarikh Tanda Tangan Pemimpin

Bahagian B: Bil 1 2 3

LULUS / GAGAL Tarkh:

Anda mungkin juga menyukai