Anda di halaman 1dari 4

GAYA DAN TEKNIK PERTUKARAN BATON

Terdapat dua teknik asas penukaran baton : Teknik bawah-atas dan Teknik atas-bawah.

Teknik atas-bawah

- cara terpantas, tetapi ada risiko iaitu baton mudah jatuh

- pelari pertama yang membawa baton dalam tangan kanan dan apabila sampai
sahaja ke tempat penanda, pelari kedua mula memecut dari sebelah kanan lorongnya.

- Sambil berlari, pelari kedua akan mengangkat tangan kiri dengan tapak tangannya
terbuka (menadah) untuk menerima baton.

- Pelari pertama yang membawa baton memberikannya dengan gerakan tangan dari
atas ke bawah. Pelari kedua ini membawa baton dengan tangan kiri dan memberikannya
pada tangan kanan pelari ketiga.

- Pelari ketiga membawa baton dengan tangan kanan dan memberikannya kepada
pelari keempat pada tangan kiri.

Cara Memberikan Baton


1. kepantasan larian dikekalkan semasa pemberian banton
2. pemberi harus beri isyarat kepada penerima
3. hulurkan baton dengan tangan yang lurus
4. perhatikan tangan penerima & letakkan bahagian hujung baton ke dalam tangannya.

Cara Menerima Baton


1. Penerima dalam keadaan yang sedia
2. Menoleh untuk memandang pelari yang membawa baton
3. Berlepas dengan panas sebaik sahaja pelari pembawa baton sampai di
tandaan. Bagi gaya tanpa pandang, jangan menoleh ke belakang semasa berlari.
4. Hulurkan tangan lurus ke belakang apabila mendengar syarat daripada pelari yang
sedang membawa baton.
5. Pegang baton dengan erat di bahagian pangkalnya.
Gaya Selang-seli Tanpa Pandang
- Biasanya diamalkan dalam acara berganti-ganti 4 x 100 m
- Pelari pertama & ketiga dikehendaki membawa baton dengan tangan kiri, pelari kedua dan keempat
membawa dengan tangan kanan.
- Pelari tidak toleh ke belakang semasa menerima baton
- Pelari yang membawa baton akan memberi isyarat kepada pelari di hadapannya supaya
menghulurkan tangan ke belakang untuk menerima baton.
- Pelari yang menerima baton, ketika melihat ke hadapan menghulurkan tangan kanannya ke
belakang.
- Jari-jari dalam kedudukan rapat dengan ibu jari terbuka serta membentuk huruf V. Sentiasa luruskan
tangan dan jangan menggoyangkannya.
- Pelari yang memberikan baton akan menggenggam baton itu antara ibu jari dengan jari kirinya
sambil menghulur ke depan.
- Pelari yang membawa baton meletakkannya pada tangan pelari yang menerima. Tetapi pelari yang
membawa baton jangan melepaskan baton serta-merta.
- Pelari yang memberikan baton membiarkan baton itu ditarik kepada tangannya, dan mengawal
kelajuan sendiri untuk berhenti.
Gaya Selang-seli Cara Pandang
- Semasa pertukaran baton dilakukan, pelari yang menerima baton itu akan menoleh ke belakang dan
memerhatikan pemberian baton kepadanya. Pada masa yang sama, isyarat akan diberikan, dan
serentak kedua-dua mereka akan memandang baton.
- Cara pertukaran baton selalunya dilakukan dengan pergerakan ke bawah
- Kurang sesuai untuk 4 x 100m tetapi sesuai untuk 4 x 400m
- Pelari yang akan menerima baton memusingkan kepala dan bahunya ke arah baton. Hulurkan
tangan kanan ke belakang. Biarkan tangan lurus dan tidak bergerak.
- Tapak tangan hendaklah menghala ke atas dalam kedudukan terbuka.
- Pelari yang memberikan baton menggenggam baton antara ibu jari dan jari-jarinya yang sebelah lagi.
- Pelari yang memberi baton menurunkannya lalu meletakkan pada tapak tangan pelari yang
menerima, tetapi jangan melepaskan baton serta merta, sehingga penerima menggenggam baton itu.
- Penerima menarik baton daripada pemberi, memusingkan kepala dan bahu ke depan, lalu
meneruskan lariannya.
- Perlakuan diulangi oleh pelari kedua, ketiga dan keempat.
Pergerakan ke atas (upsweep)

 Dalam teknik ini, pembawa baton akan menghantar baton kepada penerima baton
dengan menghayunkannya dari bawah ke atas.
 Baton akan ditolak seberapa jauh yang boleh ke tangan penerima baton. Tapak tangan
penerima baton menghadap ke bawah.
 Penerima baton akan memegang baton tersebut di antara ruang berbentuk ‘V’ yang
dibentuk ibu jari dan jari kelingkingnya.
Pergerakan ke bawah (downsweep)

 Dalam teknik ini, pembawa baton akan menghantar baton kepada penerima baton
dengan menghayunkannya dari atas ke bawah.
 Tapak tangan penerima baton menghadap ke atas. Apabila baton dihantar kepadanya,
dia perlu memegang 1/3 daripada bahagian atas baton tersebut.

GAYA PENUKARAN BATON

Semasa penukaran baton, terdapat dua gaya utama yang digunakan iaitu:

a) gaya selang seli cara pandang


b) gaya selang seli tanpa pandang

Gaya selang seli cara pandang

 Gaya ini biasanya diamalkan oleh pelari-pelari dalam acara lari berganti-ganti
4x400meter.
 Penerima baton akan menoleh ke belakang dan memerhatikan pemberian baton
kepadanya.

Gaya selang seli tanpa pandang

 Gaya ini biasanya diamalkan oleh pelari-pelari dalam acara lari berganti-ganti
4x100meter.
 Mengikut gaya ini, pelari pertama dan ketiga dikehendaki membawa baton dengan
tangan kiri, pelari kedua dan keempat pula menerima dan membawa baton dengan
tangan kanan.
 Semasa penukaran baton berlaku, penerima baton tidak menoleh ke belakang.
Pembawa baton akan memberi isyarat supaya penerima baton yang berada di
hadapannya akan menghulurkan tangan ke belakang untuk menerima baton.

Anda mungkin juga menyukai