Anda di halaman 1dari 3

Refleksi berkumpulan ( Pengadil Balapan )

Pada 29 dan 30 ogos yang lalu, kami telah diberikan tugas sebagai
pengadil balapan untuk kejohanan 62 nd Sabah International Athletics Open
Championship 2015.tugasan ini merupakan amali olahraga kami pada semester
ini

dimana semua pelajar diwajibkan untuk mengendali satu kejohanan

olahraga. Kejohanan ini telah berlangsung selama 2 hari iaitu hari sabtu bermula
pada jam 2 petang dan berakhir pada jam 11 malam. Manakala pada hari ahad,
kejohanan bermula seawal jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 6.30 petang.
Pada 28 ogos 2015, kami telah diberikan taklimat kejohanan berkaitan bidang
tugas masing-masing oleh Encik Bonnie Rudolp yang bertempat di Bilik
Mesyuarat Asrama Kompleks Sukan, Tawau.
Melalui taklimat tersebut, kami telah mengetahui bidang tugas kami iaitu
pengadil balapan. Kami telah diberikan tugas dibawah seorang ketua pengadil.
Antara bidang tugas pengadil balapan ialah memastikan bahawa semua peserta
yang bertanding dalam sesuatu acara tidak melanggar pertauran ketika
berlumba. Selain itu pengadil balapan juga memastikan peserta berlari mengikut
lorong masing-masing sentiasa memastikan pertukaran baton oleh pelari-pelari
dalam acara berganti-ganti mematuhi peraturan-peraturan pertandingan. Selain
itu, pengadil balapan juga akan mengangkat bendera putih sebagai isyarat tidak
berlaku pelanggaran peraturan dan mengangkat bendera kuning sekiranya
berlaku pelanggaran peraturan oleh peserta. Sekiranya berlaku pelanggaran
peraturan oleh peserta, pengadil balapan akan memberikan laporan kepada
ketua pengadil semua peristiwa yang berlaku yang melibatkan kesalahan teknik
peserta untuk membolehkan referi membuat keputusan.
Pelbagai input yang

dapat kami perolehi

daripada kejohanan

ini.

Antaranya ialah kami mendapat pendedahan tentang perjalanan sesuatu


kejohanan olahraga yang sebenar. Hal ini kerana, kejohanan olahraga 62 nd Sabah
International Athletics Open Championship 2015 ini merupakan kejohanan yang
melibatkan atlet daripada atlet antarabangsa dan Daerah Tawau merupakan tuan
rumah pada tahun ini. Selain itu juga, kami dapat mengetahui serba sedikit
bidang tugas kami terutamanya kedudukan pengadil balapan terhadap satu-satu
acara trek yang berlainan. Kami juga dapat mengetahui tentang kedudukan para
peserta, peraturan-peraturan, jenis-jenis kesalahan yang dilakukan oleh peserta,

dan banyak lagi. Sekiranya peserta melakukan kesalahan, pengadil balapan akan
mengangkat bendera kuning dan melaporkan kepada referi dan referi akan
membuat keputusan bahawa jenis kesalahan itu akan membatalkan penyertaan
peserta tersebut atau tidak.

Dalam sesuatu perkara, mesti ada kebaikan dan keburukan. Begitu juga
dengan

kejohanan

ini.

kebaikan

yang

kami

perolehi

ialah

kami

dapat

bekerjasama dengan pihak luar dalam mengendalikan sesuatu kejohanan yang


sebenar disamping dapat menimba pengalaman baru. Melalui kejohanan ini,
kami lebih berhati-hati dengan bidang tugas kami kerana bimbang melakukan
sebarang kesalahan yang boleh menjejaskan perjalanan acara tersebut. Kami
juga dapat mendisiplinkan diri kerana setiap acara yang dijalankan menuntut
ketepatan masa. Disiplin amat penting kerana ia dapat membentuk keperibadian
seseorang. Kami juga dapat menjalinkan hubungan serta berkomunikasi dengan
pihak luar. Selain itu, kami juga dapat melaksanakan tugas dengan baik seperti
yang telah diamanahkan walaupun terpaksa menjalankan tugas tersebut selama
berjam-jam lamanya buka seperti yang pernah dilaksanakan sebelum ini di
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau dalam Kejohanan Olahraga Tahunan.
Terdapat juga kelemahan semasa menjalankan bidang tugas ini. semasa
kejohanan hampir bermula, kami masih tidak berjumpa lagi dengan ketua
pengadil

balapan

kerana

kami

difahamkan

beliau

terpaksa

mengurus

pengangkutan peserta. Disebabkan itu, sebelum acara bermula, kami masih


belum ditaklimatkan oleh ketua pengadil balapan kami. Walau bagaimana pun,
masalah ini dapat diatasi kerana sebelum itu kami telah diberikan taklimat
ringkas oleh pengurus kejohanan tersebut. Antara kelemahan lain ialah kami
tidak dapat berhenti rehat kerana acara tersebut berlangsung tidak mengikut
sepertimana jadual sedia ada. Kami telah membuat beberapa inisiatif untuk
menyelesaikan masalah ini dan atas budi bicara ketua pengadil balapan kami.
Kami telah bersetuju untuk bergilir-gilir berhenti rehat serta solat kerana kami
kekurangan ahli dalam pasukan kami. Kami telah difahamkan bahawa terdapat
10 orang sukarelawan daripada sekolah menengah yang akan membantu kami
dan masalah ini dapat diatasi juga akhirnya.
Dengan adanya pendedahan seperti ini, ia telah menjadi satu loncatan
kepada kami dan kami perlu menimba segala pengetahuan ini agar ianya tidak

menjadi sesuatu yang sukar dan baru bagi kami suatu hari kelak. Kami juga
berharap dapat mengendalikan kejohanan seperti ini lagi pada masa akan
datang. Walaupun terdapat kebaikan dan kelemahan daripada keseluruhan acara
ini, kami merasakan ia perlu dijadikan panduan dan perlu diperbaiki mana yang
kurang memuaskan di masa akan datang. Ia juga mampu memberi motovasi dan
semangat

kepada

kami

untuk

bersungguh-sungguh

menimba

ilmu

dan

pengalaman sebanyak mungkin sebelum bergelar guru agar kami lebih bersedia
untuk membangunkan dan meningkatkan prestasi diri pada masa akan datang.
Dikesempatan ini, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada insan-insan yang terlibat iaitu Encik Dzulfikar bin Awang Anak kerana
telah memberi kami peluang keemasan seperti ini untuk menimba pengalaman
disamping menjalankan amali wajib yang terdapat pada semester ini. Ucapan
terima kasih juga diucapkan kepada Encik Seminar bin Sunari selaku Ketua
Jabatan KOKUM kerana telah memberikan kebenaran kepada kami menjalani
aktiviti luar dan seterusnya melaksanakan amali GERKO ini.

Tidak lupa juga

kepada semua pensyarah GERKO 2015 iaitu Encik Sharidzuan bin Abdullah, Encik
Azman bin Hassan, Puan Glorea Lim dan Encik Amin bin Tan Tua atas semangat,
dorongan, didikan dan galakan tanpa jemu. Semoga apa yang dilakukan ini
dapat memberikan manfaat kepada semua dan sentiasa diberkati oleh Allah
S.W.T. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai