Anda di halaman 1dari 5

SKRIP MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK TAHUN 2014

CUE PENGACARA SKRIP




SEBELUM MAJLIS BERMULA

MOHON PARA HADIRIN PENUHKAN RUANG TEMPAT DUDUK
DIHADAPAN
MATIKAN TELEFON BIMBIT SEMASA MAJLIS BERLANGSUNG
MOHON PARA TIDAK MENINGGALKAN MAJLIS SEHINGGA MAJLIS
SELESAI.
DAN MOHON TETAMU BERDIRI KETIKA VVIP BERJALAN MASUK

2.00 ptg
Ketibaan tetamu
kehormat
FAIZ Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Dr Edalyia Anak Amie,
Rektor Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia. Diiringi
oleh tuan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik, Dr Natasha binti
Yusof dan YDP Kehormat, Mohd Amirul Hafiz bin Jipri serta para
pensyarah.
Nyanyian Lagu Negaraku
Hadirin dipersilakan duduk.
Ucapan Aluan-
aluan Pengerusi
Majlis
SYAFIYAH Yang Berbahagia, Dr Edalyia Anak Amie, Rektor IPG Kementerian
Pelajaran Malaysia
Yang Berhormat Dr Natasha binti Yusof, Pengarah IPG Kampus
Pendidikan Teknik
Yang Berusaha Mohd Amirul Hafiz bin Jipri, Yang Dipertua Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar sesi 2014/2015
Yang Dihormati Ketua-ketua Jabatan, barisan pensyarah,
Seterusnya guru pelatih yang dimuliakan sekalian.

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia serta inayah
dariNya, dapat sama-sama kita berkumpul di dewan yang serba indah ini
bagi menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan IPG Kampus
Pendidikan Teknik bagi tahun 2014.

Kompang bergema pusaka bangsa,
Dipalu oleh si anak muda;
Hadir tuan meriah suasana,
Kami menyambut penuh gembira.

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada semua para tetamu jemputan dan guru pelatih kerana sudi
menghadirkan diri ke Majlis Anugerah Kecemerlangan IPG Kampus
Pendidikan Teknik pada petang ini










Bacaan doa




















Ucapan YDP






































FAIZ


















Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat.

Hadirin dan hadirat sekalian,
Marilah kita bersama-sama menadah tangan, memohon keberkatan agar
majlis berjalan dengan selamat dan aman.

Dengan ini majlis mempersilakan al-fadhil Ustaz Muhd Faiz bin Md Yasin
untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

-BACAAN DOA-

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bacaan doa itu tadi. Mudah-
mudahan majlis kita pada petang ini mendapat rahmat hingga ke
penghujungnya.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,
Majlis Anugerah Kecemerlangan ini diadakan untuk memberi
pengiktirafan kepada semua guru pelatih yang telah berjaya mencapai
prestasi akademik yang cemerlang dalam peperiksaan akhir semester
tahun 2014. Disamping meraikan pencapaian akademik pelajar,
pengiktirafan turut diberikan kepada penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum.

Emas tempawan buatmu puteri,
Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

Bagi meneruskan majlis kita pada petang ini, dengan sukacitanya majlis
mempersilakan Yang Berusaha Mohd Amirul Hafiz bin Jipri, YDP
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar untuk menyampaikan ucapan alu-
aluan. Dipersilakan.

-UCAPAN YDP-

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan tersebut.

Hadirin yang dirahmati sekalian,





Ucapan
Pengarah
















Ucapan tetamu
kehormat
















Persembahan
slaid
































SYAFIYAH









FAIZ






Bukan rumput sebarang rumput,
Rumput penghias di tepi halaman,
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berhormat Dr Natasha
binti Yusof, Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik untuk
menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan.
-UCAPAN PENGARAH-

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan yang penuh
bersemangat sebentar tadi.

Tak lengkap bahtera tanpa nakhoda,
Tak lengkap malam tanpa purnama;
Tak lengkap laut tanpa ombak badainya,
Tak lengkap majlis tanpa ucapan alu-aluannya.

Majlis dengan rasa bangga dan penuh takzimnya mempersilakan Yang
Berbahagia Dr Edalyia Anak Amie, selaku Rektor IPG Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk tampil ke hadapan menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan IPG Kampus
Pendidikan Teknik tahun 2014. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

-UCAPAN TETAMU KEHORMAT-

Bunga selasih di dalam puan,
Harum melati penyeri intan;
Terima kasih ucapan tuan,
Kekal bersemi dalam ingatan.

Majlis dengan penuh takzim merakamkan setinggi-tinggi ucapan
terima kasih atas kesudian beliau menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan IPG
Kampus Pendidikan Teknik bagi tahun 2014.

Sebelum kita ke acara seterusnya, marilah sama-sama kita menyaksikan
video yang dicipta oleh pelAJAR 2PPISMP RBT sempena majlis khidmat
masyarakat iaitu yang berlangsung pada hari ahad lalu di taman gadung
jaya .

-PERSEMBAHAN VIDEO-




Acara
penyampaian
hadiah



























































SYAFIYAH










FAIZ




Demikian tadi video yang di lalui oleh pelajar ipg bersama-sama
penduduk taman gadung jaya.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan.

Para hadirin yang dihormati sekalian,
Seterusnya, acara yang ditunggu-tunggu oleh guru pelatih iaitu upacara
penyampaian hadiah kepada para pelajar. Sesungguhnya pihak IPG
Kampus Pendidikan Teknik amat berbangga dengan pencapaian guru
pelatih sepanjang mereka berada di IPG ini. Semoga segala pencapaian
ini dapat dikekalkan agar dapat melahirkan guru yang cemerlang dari
segi akademik dan kokurikulum.

Anugerah pertama dimulakan dengan penyampaian anugerah PELAJAR
TERBAIK Dengan ini majlis mempersilakan Yang Berbahagia Dr Edalyia
Anak Amie, Rektor IPG Kementerian Pelajaran Malaysia, diiringi oleh
Yang Berhormat Dr Natasha binti Yusof, Pengarah IPG Kampus
Pendidikan Teknik untuk menyempurnakan majlis.
Dipersilakan.

Pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dr
Edalyia Anak Amie atas kesudian beliau menyampaikan haidha kepada
pelajar yang menerima hadiah sebentar tadi.

Anugerah berikutnya adalah anugerah .
Untuk itu majlis mempersilakan Yang Berhormat Dr Natasha binti Yusof,
Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik, diiringi oleh Yang Berusaha
Mohd Amirul Hafiz bin Jipri, YDP Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi
2014/2015 bagi menyampaikan hadiah kepada para pelajar.
Majlis dengan segala hormatya mempersilakan.

Hadirin yang dihormati sekalian,
Sebagai tanda terima kasih kepada Yang Berbahagia Dr Edalyia Anak
Amie, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berhormat Dr
Natasha binti Yusof, Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik bersama
dengan Yang Berusaha Mohd Amirul Hafiz bin Jipri, YDP Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar IPG Kampus Pendidikan Teknik untuk menyampaikan
cenderahati kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan.


Hadirin sekalian,
Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi maka selesailah
majlis kita pada petang ini. Tahniah dan syabas sekali lagi diucapkan











SYAFIYAH
kepada semua penerima anugerah. Mudah-mudahan kejayaan anda
akan menjadi sumber inspirasi kepada rakan-rakan anda agar terus
berusaha untuk meraih kecemerlanga di masa hadapan.
Majlis turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama dan
keperihatinan para pensyarah dan guru pelatih yang sanggup
meluangkan masa sehingga majlis ini berjalan dengan lancar.

PARA HADIRAIN DIMINTA UNTUK BERDIRI UNTUK MEYNYIKAN
LAGU IPG
Buah pinang di atas para,
Rasanya kelat tidak terkata;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua;
Di lain masa bersua lagi.

Sekian, terima kasih.

Dijemput para tetamu kehormat bergerak ke bilik mesyuarat bagi
menikmati kudapan yang telah disediakan.

Anda mungkin juga menyukai