Anda di halaman 1dari 11

UPACARA PERASMIAN: 28 FEB 2015

Masa
7.30 am

Cue
Ketibaan tetamu

Teks
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik Romli Bin Darus, Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran.

7.33

Persembahan silat

7.35 am

Nyanyian lagu

Untuk pengetahuan YANG BERBAHAGIA PENGARAH dan hadirin hadirat,


persembahan silat yang baru kita saksikan sebentar tadi adalah di bawah
pimpinan ENCIK MANSOR MAT DESA dan ENCIK JAILIN SAGOD dengan
kekuatan anggota seramai 9 orang kesemuanya. Terima kasih diucapkan.
Nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan lagu Institut Pendidikan
Guru. Hadirin mohon bersedia.

Tindakan
USWAH

FARID

USWAH

Hadirin dipersilakan duduk.


7.45

Kata aluan

Daun layu di tengah gurun,


Nampak jalur pohon cemara,
Tradisi Melayu turun temurun,
Pantun ditutur pembuka bicara.
Bismillahirahmanirahim.
Yang Berbahagia ENCIK Romli Bin Darus,
Pengarah IPG Kampus Kent
Yang Berusaha Encik Doti Asing,
Timbalan Pengarah IPG Kampus Kent
Yang dihormati Encik Syhibin Bin Japar ,
Ketua Unit, Unit Kokurikulum

FARID

Puan Hajah Nancy Loo Kasun,


Ketua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Encik Haji Matsah bin Haji Md Idris
Penyelaras Kejohanan Olahraga kali ke-62
Pensyarah-pensyarah kanan, ketua-ketua jabatan, para pensyarah, para
penaja kejohanan, barisan jawatankuasa perwakilan pelajar sesi 2015/2016,
pegawai-pegawai kejohanan, ketua-ketua rumah sukan, para atlet kejohanan
seterusnya rakan siswa pendidik sekalian.
Assalamualaikum W.B.T, salam 1 Kent dan salam KOT buat warga pendidik
sekalian. Selamat datang ke Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan
Olahraga Tahunan kali ke-62 peringkat IPG Kampus Kent bagi tahun 2015.
7.50 am

Lintas hormat

Yang berbahagia PENGARAH dan para hadirin sekalian,


Kejohanan olahraga tahunan pada pagi ini akan membuka tirainya dengan
perarakan masuk perbarisan kontinjen-kontinjen pegawai kejohanan, unit
beruniform dan rumah-rumah sukan.
Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis menjemput Yang Berbahagia Encik
Romli Bin Darus, pengarah IPG Kampus Kent untuk menerima lintas hormat
daripada kontinjen-kontinjen perbarisan yang mengambil bahagian pada hari
ini.
****************************

USWAH

Untuk pengetahuan hadirin, perbarisan pada pagi ini akan diadili oleh dua
orang hakim iaitu :
1) ENCIK JUSTINUS GUNONG
2) ENCIK RAMLAN BIN ABDUL LATIF

Untuk makluman Yang Berbahagia TUAN PENGARAH, upacara lintas


hormat pada pagi ini diketuai oleh saudara MOHD FAKHRI FAIZ BIN
MOHD AZLEE LEE dari unit beruniform PERSEKUTUAN PENGAKAP
KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA 26.

Seterusnya diikuti oleh PEMBAWA BENDERA KEJOHANAN yang


dibarisi oleh gabungan unit beruniform IPG Kampus Kent dan diketuai
oleh saudara Luk Kuok Seng.

Dan pembaca ikrar kejohanan diketuai oleh saudara HAFEEZ


SHAFEEK BIN ASOH.

Perarakan pada pagi ini dimulakan dengan perarakan masuk kontinjen


pembawa panji-panji kejohanan. Empat panji yang berbeza warna merupakan
simbolik bagi setiap rumah sukan yang terdiri daripada warna merah yang
mewakili rumah sukan Mat Salleh, warna kuning mewakili rumah sukan
Rentap, sementara warna biru mewakili rumah sukan Tun Fuad dan warna
hijau mewakili rumah sukan Tun Razak.
Seterusnya diikuti oleh kontinjen pegawai-pegawai kejohanan yang diketuai

oleh saudara MOHAMMAD AFIFI BIN ABU BAKAR.


Para pegawai kejohanan ini terdiri daripada siswa pendidik PISMP
SEMESTER 5 seramai 73 orang kesemuanya.

Melangkah penuh gah, lengkap berbaju merah ialah kontinjen rumah


sukan Mat Salleh yang diketuai oleh saudari ANDREA HILZUARA
ROBIN dan pembawa sepanduk SHARON WONG dengan kekuatan
ahli seramai 22 orang kesemuanya. Berpegang kepada motto merah
gah terserlah.

Seterusnya, berbekalkan motto rentap, sentap, mantap, kontinjen


rumah sukan Rentap melangkah masuk segak bergaya dengan diketuai
oleh saudara VALORIAN KAMILI dan pembawa sepanduk DAYANG
NUR ATIQAH MUSFIRAH. Kekuatan ahli seramai 25 orang
kesemuanya.

Kontinjen seterusnya yang melangkah dengan gagah berani,


berpegang kepada motto STRIVE FOR THE GLORY ialah kontinjen
rumah sukan Tun Fuad yang diketuai oleh saudara DAVID DELTON
DEMINIS dan pembawa sepanduk BRELLYNA JED IMON dengan
kekuatan ahli seramai 24 orang kesemuanya.

Hadirin sekalian, mendahului kontinjen perbarisan pada pagi ini ialah


kontinjen rumah sukan Tun Razak. Kontinjen ini diketuai oleh saudara
Brandon Ho dan pembawa sepanduk ialah Beh Chin Yuan. Kekuatan
ahli seramai 20 orang kesemuanya.

Dengan motto we come, we see, we conquer.


***************************************
Perbarisan lintas hormat diteruskan dengan perbarisan dari kontinjen unit
beruniform.

Hadirin sekalian, kontinjen yang melangkah masuk dengan penuh


semangat ini ialah kontinjen unit beruniform Persekutuan Pengakap
Kumpulan Latihan Malaysia 26 yang diketuai oleh saudara
CHANELIX SABINOS. Kekuatan ahli seramai 18 orang. Bermottokan
Buat Sehabis Baik, unit ini di bawah pimpinan ENCIK AZMAN ANAK
ISMAIL.

Kontinjen segak berwarna hijau rimba melangkah masuk dengan


kekuatan ahli seramai 15 orang merupakan unit beruniform Kadet
Remaja Sekolah yang diketuai oleh REGINA ANAK KADIR di bawah
pimpinan TUAN HAJI ROZAIMI BIN ABDUL RAZAK. Kontinjen ini
memegang motto Ilmu, Iman, Amal.

Seterusnya kontinjen yang melangkah serentak penuh bergaya ialah


PANDU PUTERI MALAYSIA yang diketuai oleh saudari PRISCILLA
GUKIM. Di bawah pimpinan CIK HJH DAYANG MAYANG BIN AWANG
ABBAS, unit beruniform ini mempunyai kekuatan ahli seramai 19 orang.
Sentiasa sedia ialah motto yang menjadi pegangan bagi pasukan ini.

Beruniform putih suci, segak melangkah ialah kontinjen perbarisan

FARID

Bulan Sabit Merah Malaysia dengan kekuatan ahli seramai 18 orang,


pasukan ini diketuai oleh SUSAN ARROGANCIA di bawah pimpinan
ENCIK SANTANA RAJAN A/L PERUMALE. Kontinjen ini berpegang
kepada motto with humanity towards peace.

Kontinjen yang terakhir, dianggotai oleh barisan wanita yang seragam


melangkah dengan uniform berwarna putih dan merah muda yang
merupakan unit beruniform Persatuan Puteri Islam Malaysia. Kontinjen
ini diketuai oleh saudari HAZURIANA BINTI HAJMI di bawah pimpinan
DR. HAJAH ROSNAH BINTI DATUK HAJI SIDEK.

Demikianlah tadi berakhirnya upacara lintas hormat perarakan masuk


perbarisan kontinjen-kontinjen pegawai-pegawai kejohanan, unit beruniform
dan rumah-rumah sukan.

8.20 am

Bacaan doa

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia


PENGARAH atas kesudian menyempurnakan upacara lintas hormat sebentar
tadi.
Buluh di asah jalinan disemat.
Gubahan di olah bawa berangkat.
Bersama kita memohon rahmat.
Moga majlis mendapat berkat

Bagi memberkati lagi majlis kita pada pagi ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan memohon doa agar segala urusan dipermudahkan. Oleh itu,
majlis dengan penuh takzim menjemput saudara MOHD HARRIS BIN MOHD
JAMRI dari unit PISMP BAHASA ARAB AMBILAN JANUARI 2013 untuk

FARID

memimpin bacaan doa. Dipersilakan.


Amin ya rabbal alamin..
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada saudara MOHD HARRIS BIN
MOHD JAMRI atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.
8.30 am

8.35 am

8.45 am

Bendera kejohanan

Ucapan perasmian

Upacara nyalaan
obor

Yang Berbahagia Pengarah dan hadirin sekalian,


Majlis diteruskan lagi dengan upacara menaikkan bendera kejohanan yang
akan disempurnakan oleh gabungan unit beruniform IPG Kampus Kent.

Demikianlah tadi berakhirnya upacara menaikkan bendera kejohanan olahraga


tahunan IPG Kampus Kent kali ke-62.
Hadirin yang dihormati,
Kita teruskan majlis dengan menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia
Encik Romli Bin Darus, Pengarah IPG Kampus Kent bagi menyampaikan
ucapan seterusnya merasmikan Kejohanan Olahraga Tahunan IPG Kampus
Kent kali ke-62 bagi tahun 2015. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada YANG BERBAHAGIA ENCIK


ROMLI BIN DARUS, Pengarah IPG Kampus Kent di atas kesudian
merasmikan upacara pembukaan Kejohanan Olahraga Tahunan IPG Kampus
Kent bagi tahun 2015.
Yang Berbahagia Pengarah dan hadirin sekalian,
Marilah kita sama-sama saksikan upacara nyalaan obor kejohanan olahraga
tahunan kali ke-62 yang akan disempurnakan oleh saudara LEROY SIMON.

USWAH

USWAH

FARID

Oleh itu, majlis menjemput YANG BERUSAHA ENCIK DOTI ASING,


TIMBALAN PENGARAH IPG KAMPUS KENT bagi mengiringi YANG
BERBAHAGIA TUAN ROMLI BIN DARUS, PENGARAH IPG KAMPUS KENT
untuk ke hadapan astaka bagi menyempurnakan upacara nyalaan obor
kejohanan. Majlis mempersilakan.
Berikut saya bacakan biodata ringkas beliau
Nama penuh beliau ialah Leroy Simon berasal dari daerah Ranau,
Sabah dan merupakan guru pelatih dari unit Bahasa Kadazan Dusun
Ambilan Januari 2014. Di antara pencapaian beliau dalam bidang sukan
ialah pada tahun 2013 di Kejohanan Olahraga Tahunan, beliau telah
mendapat pingat emas bagi acara 5000 meter dan 1500 meter. Pada
tahun lalu juga, beliau telah meraih pingat emas dalam acara yang
sama sekaligus dinobatkan sebagai olahragawan bagi peringkat IPG
Kampus Kent.
Demikianlah tadi upacara nyalaan obor kejohanan yang telah disempurnakan
oleh saudara LEROY SIMON. Terima kasih diucapkan.
8.50 am

Bacaan ikrar

Majlis perasmian kejohanan olahraga tahunan kali ke-62 diteruskan lagi


dengan bacaan ikrar kejohanan yang akan diketuai oleh saudara HAFEEZ
SHAFEEK ASOH.
Untuk makluman Yang Berbahagia Pengarah dan hadirin sekalian,
Saudara HAFEEZ SHAFEEK ASOH merupakan guru pelatih dari unit PISMP
BAHASA MELAYU (SJKT) AMBILAN JANUARI 2012.

USWAH

Di antara pencapaian beliau ialah mendapat:


1. Pingat gangsa bagi acara 400m lari berpagar pada Karnival Gerak
Kerja Kokurikulum (KAGUM) bagi tahun 2012.
2. Meraih pingat emas bagi acara 400m dan pingat perak bagi acara
lompat jauh pada Kejohanan Olahraga Tahunan peringkat IPG Kampus
Kent.

8.55 am

Pemeriksaan barisan

Demikianlah tadi bacaan ikrar kejohanan yang telah diketuai oleh saudara
HAFEEZ SHAFEEK BIN ASOH yang merupakan simbolik komitmen para atlet
terhadap kejohanan kali ini.
Hadirin sekalian,
Kita teruskan majlis dengan sesi suai kenal dan pemeriksaan perbarisan
bersama Yang Berbahagia Encik Romli Bin Darus, Pengarah IPG Kampus
Kent. Untuk itu, diminta kepada semua ketua penasihat rumah sukan dan
badan beruniform untuk turun ke arena bagi menyempurnakan sesi suai kenal
dan pemeriksaan perbarisan.
Dengan itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha Encik Doti Asing, Timbalan
Pengarah IPG Kampus Kent bagi mengiringi Yang Berbahagia Encik Romli Bin
Darus, Pengarah IPG Kampus Kent untuk turun ke arena bagi
menyempurnakan acara pemeriksaan perbarisan. Dipersilakan.

Rumah sukan yang pertama ialah rumah sukan Mat Salleh. Pasukan ini
dipimpin oleh Encik John Gitom.

Rumah sukan yang kedua ialah rumah sukan Rentap. Pasukan ini di
bawah pimpinan Puan Suzanna Fadzil.

FARID

Seterusnya rumah sukan ketiga iaitu rumah sukan Tun Fuad. Pasukan
ini dipimpin oleh Puan Juliana Dumpil.

Seterusnya rumah sukan yang terakhir ialah rumah sukan Tun Razak
yang dipimpin oleh Encik Benny Tze Loong.

Seterusnya ialah pasukan pembawa panji-panji.


Seterusnya ialah kontinjen pegawai kejohanan yang terdiri daripada siswa
pendidik semester 5 dan diketuai oleh saudari MOHAMMAD AFIFI BIN ABU
BAKAR.
Seterusnya pemeriksaan barisan bagi unit beruniform.

Pasukan unit beruniform yang pertama ialah pasukan unit beruniform


Persekutuan Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia 26 yang dipimpin
oleh ENCIK AZMAN ANAK ISMAIL.

Diikuti Kadet Remaja Sekolah di bawah pimpinan TUAN HAJI ROZAIMI


BIN ABDUL RAZAK.

Seterusnya pasukan pandu puteri kadet di bawah kepimpinan CIK


HAJAH DAYANG MAYANG BINTI AWANG ABBAS.

Diikuti ialah unit beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia yang dipimpin
oleh ENCIK SANTANA RAJAN A/L PERUMALE.

9.00 am

Penutup

Dan akhir sekali ialah unit beruniform Persatuan Puteri Islam Malaysia
yang dipimpin oleh DR. HAJAH ROSNAH BINTI DATUK HAJI SIDEK.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Pengarah atas kesudian


menyempurnakan acara pemeriksaan perbarisan sebentar tadi.
Dengan berakhirnya acara pemeriksaan perbarisan sebentar tadi, maka
berakhirlah sudah upacara perasmian pembukaan Kejohanan Olahraga
Tahunan kali ke-61 peringkat IPG Kampus Kent bagi tahun 2014.
Seterusnya kita akan menyaksikan pergerakan keluar baris kontinjen unit
beruniform dan rumah-rumah sukan.

USWAH

Anda mungkin juga menyukai