Anda di halaman 1dari 5

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tuan Zairil Khir Johari

(EXCO) Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, ADUN


Tanjung Bunga diiringi oleh Yang Berusaha Encik Syed Amir
Hafidzan bin Syed Ahmad; Guru Besar SK Tanjung Bunga, NYDP
PIBG, barisan penolong-penolong kanan ke Kejohanan Sukan
Tahunan SK Tanjung Bunga kali tahun 2023.
Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke Kejohanan Sukan
Tahunan SK Tanjung Bunga tahun 2023.
Yang dihormati,
Tuan Zairil Khir Johari;
(EXCO) infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, ADUN Tanjung
Bunga.

Puan Wong Sze Cheak;


Pegawai PPD Timur Laut-PROSA SK Tanjung Bunga

Yang Berusaha
Encik Syed Amir Hafidzan bin Syed Ahmad;
Guru Besar SK Tanjung Bunga

En. Abdul Ghafur bin Mohammed Kahar;


Naib Yang di Pertua PIBG SK Tanjung Bunga.

Datin Cheng Lean Bee;


Penolong Kanan Pentadbiran SK Tanjung Bunga

Encik Kholi bin Shariff;


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Tanjung Bunga

Encik Hamzah bin Mohamad;


Penolong Kanan Kokurikulum SK Tanjung Bunga

Puan Wan Sapinah binti Wan Ahmad;


Penolong Kanan PPKI SK Tanjung Bunga
Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG, semua guru dan staf sokongan SK
Tanjung Bunga
Tuan-tuan dan puan-puan, para ibu bapa hadirin yang dihormati serta
murid-murid SK Tanjung Bunga yang disayangi sekalian.
Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola kejohanan mengalu-
alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Kejohanan Sukan
Tahunan SK Tanjung Bunga kali ke- ______. Semoga dengan
kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan menyuntik semangat
kesukanan kepada atlit-atlit muda yang akan beraksi dalam acara pada
hari ini.

ari ini menanam jagung,


Di bawa ke Perlis bersama
peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan Kejohanan Sukan
SK Batu Muda
Hari ini menanam jagung,
Di bawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan Kejohanan Sukan SK Tanjung Bunga.

Hadirin sekalian,
Sebagai pembuka tirai kejohanan sukan tahunan ini, marilah sama-
sama kita saksikan perbarisan lintas hormat semua kontinjen yang
mengambil bahagian

Dengan itu, kami dengan segala hormatnya mempersilakan Yang


Berhormat, Tuan Zairil Khir Johari, ADUN Tanjung Bunga untuk
menerima tabik hormat daripada peserta perbarisan. Dipersilakan.
*MUZIK PERBARISAN*

Perbarisan lintas hormat dimulakan dengan murid-murid prasekolah


diketuai oleh adik Muhammad Rayqal Faiq bin Musri dengan
kekuatan anggota seramai 25 orang peserta. Kontinjen prasekolah
tampil dengan motto ‘prasekolah cergas murid cemerlang’. Bunga
raya menjadi pilihan kontinjen ini.

Menyusul di belakang adalah kontinjen PPKI dengan maskot bunga


orkid. PPKI di ketuai oleh adik Muhammad Rayyan Ezzwan
dengan kekuatan anggota seramai 30 orang peserta. Kontinjen ini
tampil dengan motto ‘orkid unggul’.

Seterusnya dapat kita lihat perbarisan lintas hormat dari kontinjen


Rumah Kuning dengan maskot bunga matahari. ‘Pancar sinar silau
balapan, pantang undur terus ke depan’ menjadi motto pasukan
ini. Rumah Kuning diketuai oleh adik Muhammad Aniq Naufal bin
Azlan dengan kekuatan anggota seramai 49 orang peserta.

Kontinjen seterusnya ialah rumah Hijau dengan mottonya ‘Hop hop


hijau, top top hijau’. Kontinjen ini diketuai oleh adik Muhammad
Nufail Syahmi bin Mohd Nizam dan disertai seramai 48 orang
peserta. Kontinjen ini tampil dengan maskot bunga hijau.

Menyusul di belakang adalah kontinjen rumah biru dengan maskot


frozen flower. Kontinjen ini diketuai oleh adik Thayanetti a/l Theva
Ras dengan kekuatan anggota seramai 49 orang peserta. Rumah biru
melangkah dengan motto ‘Biru Johan, Biru Hebat, Kita Pintas
Sampai Dapat’.

Kontinjen terakhir yang dapat kita lihat sekarang adalah Rumah


Merah dengan maskot bunga rafelesia. Kontinjen ini diketuai oleh
adik Muhammad Haikal bin Zairuddin dengan jumlah peserta
seramai 48 orang. Rumah merah tampil dengan motto ‘Merah Merah
Menyala, Merah Pasti Juara’.
Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan
Zairil Khir Johari kerana sudi menerima tabik hormat daripada
kontinjen perbarisan
Hadirin sekalian sekarang marilah kita sama-sama berdiri untuk
menyanyikan lagu Negaraku, Negeri Pulau Pinang dan lagu sekolah.

Sebagai menyatakan kesyukuran serta memohon keberkatan marilah


kita sama-sama menadah tangan untuk mengaminkan doa yang akan
dibacakan oleh adik Muhammad Adam bin Yunus.
Dipersilakan. ….
(Bacaan doa)

Majlis merakamkan terima kasih kepada Muhammad Adam bin


Yunus. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis kita akan berjalan
dengan lancar serta diberkati oleh Allah s.w.t. Insya-Allah.

Seterusnya kita menjemput adik Muhammad Irfan Rizqie bin


Mohamad Irsyadi bagi mengetuai lafaz ikrar kejohanan.
Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian, kejohanan sukan tahunan


kita akan diserikan lagi dengan persembahan Taekwando yang
diketuai oleh adik Nur Marsha Suhaila Erysa binti Rosuheri.
Begitulah tadi persembahan daripada kumpulan Taekwando SK
Tanjung Bunga.

Seterusnya hadirin sekalian dijemput untuk sama-sama turut serta


dalam senamrobik daripada anak-anak didik SK Tanjung Bunga.

Terima kasih atas senamrobik sebentar tadi.

Majlis kini berbesar hati menjemput Guru Besar SK Tanjung


Bunga; Encik Syed Amir Hafidzan bin Syed Ahmad untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih kepada Encik Syed Amir Hafidzan bin Syed Ahmad
atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berhormat, Tuan Zairil


Khir Johari, ADUN Tanjung Bunga untuk menyampaikan ucapan
dan seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK Tanjung
Bunga 2023. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat, Tuan
Zairil Khir Johari di atas ucapan perasmian itu tadi dan setinggi-
tinggi penghargaan kerana sudi merasmikan Kejohanan Sukan
Tahunan SK Tanjung Bunga 2023.

Majlis diteruskan lagi dengan perbarisan keluar padang oleh kontinjen


yang mengambil bahagian untuk masuk ke khemah masing-masing.

-MUZIK PERBARISAN-

Dengan itu maka sempurnalah sudah majlis perasmian Kejohanan


Sukan Tahunan SK Tanjung Bunga 2023. Majlis merakamkan terima
kasih kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam
perbarisan lintas hormat.

-Penyampaian hadiah
- Pengumuman acara

Anda mungkin juga menyukai