Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGERUSI MAJLIS

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK BUKIT RIMAU KALI KE-8 2012

Bismillahirahhmanirrahim...
Yang Berusaha,
Tuan Haji Abdul Aziz Bin Haji Saidin
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau

Yang Dihormati,
Tuan Haji Ir. Kamaruzzaman Bin Johari
Penyelaras Dewan Undangan Negeri Seri Muda

Puan Noor Aini Binti Sulaiman


Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum

Puan Jamaliah Binti Ab Hamid


Guru Penolong Kanan Akademik
UCAPAN ALUAN
PENGERUSI MAJLIS Puan Kasmawati Binti Othman
7.20 pagi Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Puan Rosedah Binti Abdullah


Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas Integrasi

Ahli-ahli jawatankuasa PIBG, guru-guru, ibu bapa, murid-murid serta para


hadirin yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t
Salam Hormat, Salam Kasih, Salam Ukhwah dan Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan Izin-Nya dapat kita
berkumpul di Stadium Matsushita (Panasonic Sports Complex) bagi meraikan
Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau Kali ke-8 bagi
tahun 2012.

PERBARISAN MASUK DAN Acara akan dimulakan dengan perbarisan masuk dan lintas hormat oleh
LINTAS HORMAT kontingen-kontingen rumah sukan.
7.30 pagi
Setiap kontingen perbarisan rumah sukan diwakili seramai 33 orang ahli yang
terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6.

Memulakan perarakan perbarisan pada pagi ini kelihatan kontingen dari rumah
UNGU dengan membawa bendera kejohanan yang diketuai oleh adik Ezaz Bin
Mahali. Dengan temanya ‘Semangat Keperwiraan Sejati, perbarisan Kontingen
rumah UNGU ini adalah di bawah pimpinan Ketua Guru Rumah UNGU iaitu
Puan Nur Idayu Binti Abdullah

Biru lambang perpaduan. Kini, kelihatan perarakan masuk perbarisan kontingen


rumah BIRU menyusun langkah kuat dan penuh semangat. Perarakan lintas
hormat Kontingen Rumah BIRU ini diketuai oleh adik Nur Nazihah Balkis.
Kontingen rumah BIRU adalah di bawah pimpinan Ketua Guru Rumah iaitu
Encik Khairul Syafiq Bin Jahaya.

Kontingen rumah KUNING gagah melangkah yang diketuai oleh adik Aliff Haziq
Fahmi Bin Salehuddin. Rumah KUNING memancar seri ini adalah di bawah
pimpinan Ketua Guru Rumah iaitu Cik Siti Norliza Binti Aziz dengan temanya
pada tahun ini ________________________________________.

Kini, berarak masuk adalah kontingen dari rumah HIJAU. Dengan temanya
_____________________________________________________. Kontingen
rumah HIJAU diketuai oleh adik Mohd Wazif Zuhairi Bin Md Sapri. Kontingen
rumah HIJAU adalah di bawah pimpinan Ketua Guru Rumah iaitu Cik Maslia
Azura Binti Ramli.

Kini, kelihatan melangkah megah, kontingen terakhir berarak masuk ialah


kontingen dari rumah MERAH dengan warna merah lambang keberanian.
Dengan semangat yang membara kontingen rumah MERAH diketuai oleh adik
Zahiruddin Akmal dengan temanya ______________________________.
Kontingen rumah MERAH di bawah pimpinan Ketua Guru Rumah iaitu Cik Siti
Maryam Binti Md Tajuddin.

Demikian tadi berakhirnya Acara Perarakan Perbarisan Masuk 5 buah kontinjen


rumah sukan yang hebat, gemilang dan penuh semangat yang membara
berjuang untuk mencapai kemenangan yang diimpikan.

Bagi memberkati majlis yang bersejarah ini, dengan segala hormatnya


BACAAN DOA menjemput Ustaz Mohd Hafiz Bin Husin untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Bacaan Doa

Amin-amin Ya Robbal Alamin...

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Hafiz di atas bacaan doa itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan menyanyikan Lagu Negaraku.

Semua Hadirin diminta berdiri dan menyanyikan lagu tersebut dengan penuh
NYANYIAN LAGU semangat.
8.00 pagi
Nyanyian 1 buah lagu
Terima kasih diucapkan di atas nyanyian itu tadi. Hadirin sekalian dipersilakan
duduk.

Kejohanan Sukan Tahunan pada kali ini diteruskan lagi dengan bacaan ikrar
kejohanan yang akan diketuai oleh adik Alif Aziq. Bacaan ikrar ini akan diiringi
oleh pembawa-pembawa bendera dari setiap kontingen rumah sukan.
BACAAN IKRAR
Dipersilakan...
8.15 pagi
Bacaan Ikrar

Terima kasih diucapkan kepada adik Alif Aziq di atas bacaan ikrar itu tadi.

Bagi meneruskan acara, majlis dengan sukacitanya menjemput Guru Besar


Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau Tuan Haji Abdul Aziz Bin Hj Saidin bagi
menyampaikan amanat beliau.
UCAPAN ALU-ALUAN OLEH
GB SKBR Dengan segala hormatnya dipersilakan...

Ucapan Guru Besar

Majlis merakamkan ucapan terima kasih

Hadirin dan hadirat sekalian,


UCAPAN PERASMIAN
PEMBUKAAN Kini, tibalah masa yang dinantikan iaitu perasmian Kejohanan Sukan Tahunan
Kali-8 Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau. Majlis dengan sukacitanya
mempersilakan...
Yang Berusaha, Tuan Haji Ir. Kamaruzzaman Bin Johari
Penyelaras Dun Sri Muda
untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan pada
tahun ini.

Dipersilan...

Ucapan VIP

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih


kepada Yang Berusaha Tuan Haji Ir. Kamaruzzaman Bin Johari di atas
kesudian beliau untuk hadir dan seterusnya merasmikan kejohanan sukan pada
tahun ini.

Bagi menyemarakkan lagi kejohanan sukan pada kali ini dan juga sebagai
pembakar semangat para atlet untuk bertanding, kita akan saksikan nyalaan
obor Kejohanan.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Tuan Haji Abdul Aziz Bin Haji
Saidin mengiringi Tuan Haji Ir. Kamaruzzaman Bin Johari serta guru-guru
penolong kanan untuk menyerahkan obor kepada adik Muhd Afiq Asyraf Bin
Rosli yang diiringi oleh adik Mohd Aiman Nabil Bin Mahathir dan adik Nur Izzati
Binti Sazali.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Ir. Kamaruzzaman Bin Johari dan
Tuan Haji Abdul Aziz Bin Haji Saidin serta guru-guru penolong kanan di atas
penyerahan obor itu tadi.

Hadirin hadirat sekalian, (Dengan ucapan perasmian nyalaan obor itu tadi, maka
dengan rasminya bermulalah acara Kejohanan SukanTahunan Kali Kelapan
Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau bagi tahun 2012.

Majlis mempersilakan Tuan Haji Abdul Aziz Bin Haji Saidin untuk
menyampaikan cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan kepada Tuan Haji
Ir. Kamaruzzaman Bin Johari.

Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Haji Abdul Aziz Bin Haji Saidin

PERBARISAN KELUAR Seterusnya perarakan perbarisan keluar oleh kontingen-kontingen rumah sukan.
8.30 pagi Perarakan perbarisan keluar dimulakan oleh kontingen rumah Ungu dan diikuti
oleh kontingen rumah biru, kuning, hijau dan merah.

Seterusnya untuk menaikkan semangat para atlet setiap kontingen, marilah kita
sama-sama saksikan persembahan pembukaan yang sungguh hebat iaitu
persembahan daripada pasukan gymnastik berirama SK Bukit Rimau. Pasukan
ini adalah di bawah pimpinan Puan Fuziah Binti Abu Hassan.
Sama-sama kita saksikan...

-------------------------------------------- Persembahan ------------------------------------

Berikan tepukan yang gemuruh ke atas persembahan pasukan gymnastik


berirama itu tadi.

Seterusnya, untuk menghangatkan lagi Kejohanan Sukan Tahunan kita pada


PERSEMBAHAN PEMBUKA hari ini, marilah kita sama-sama saksikan pula persembahan pasukan sorak SK
KEJOHANAN SUKAN Bukit Rimau. Persembahan Pasukan Sorak ini adalah di bawah pimpinan guru-
TAHUNAN
guru yang berbakat yang diketuai oleh Puan Lee Wai Pin dan dibantu oleh Cik
Nor Azura Ismail, Puan Siti Suhaila Bt. Abdul Latiff serta Cik Siti Sarah Binti
Samsudin.

Dipersilakan...

Persembahan

Terima kasih diucapkan kepada Pasukan SORAK SK Bukit Rimau di atas


persembahan itu tadi

Acara Sukan dan Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau Kali
ke-8 bagi tahun 2012 akan bermula sebentar lagi...

Rujuk Lampiran
ACARA OLAHRAGA
8.45 pagi  Sedang berada di garisan permulaan ialah acara
 80 meter (L/P) bagi tahun 1
 80 meter (L/P) bagi tahun 2
 Acara yang akan dilepaskan sebentar lagi ialah
 100 meter (L/P) bagi tahun 3, 4, 5 dan 6
 200 meter (L/P) bagi tahun 3, 4, 5 dan 6
 Acara yang baru dilepaskan sebentar tadi adalah acara
Seterusnya majlis akan berhenti berehat buat seketika. Sementara marilah kita
sama-sama saksikan kehebatan persembahan seni mempertahankan diri yang
akan dipersembahkan oleh pasukan Taekwando SK Bukit Rimau.

REHAT Dipersilakan....
10.30 pagi
-----------------------------------------------Taekwando--------------------------------------------

Terima kasih diucapkan kepada Pasukan Taekwando SK Bukit Rimau di atas


kehebatan persembahan seni mempertahankan diri mereka.

Acara Sukan dan Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau Kali
ke-8 bagi tahun 2012 bersambung kembali...

Rujuk Lampiran
ACARA OLAHRAGA
10.45 pagi  Sedang berada di garisan permulaan ialah acara
 4 x 100 meter (L/P) bagi tahun 3, 4, 5 dan 6
 4 x 200 meter (L/P) bagi tahun 4, 5 dan 6
 Acara yang akan dilepaskan sebentar lagi ialah
 Acara yang baru dilepaskan sebentar tadi adalah acara

Hadirin sekalian,Sebentar lagi akan diadakan majlis Penyampaian Hadiah Bagi


Acara-acara yang telah dilangsungkan.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Encik Surendran dengan
diiringi oleh Tuan Haji Abdul Aziz Bin Haji Saidin untuk menyampaikan hadiah-
hadiah.

PENYAMPAIAN HADIAH Hadirin yang dihormati, kita berikan tumpuan ke kawasan pentas utama kerana
majlis penyampaian hadiah akan dilangsungkan. Dengan ini, majlis dengan
segala hormatnya menjemput Encik Surendran untuk menyampaikan hadiah
kepada pemenang.

Dipersilakan...

Penyampaian Hadiah
-------------------------------------- Rujuk Lampiran --------------------------------------------

Bagi acara……………………….Tempat ketiga dimenangi oleh………. Naib


Johan jatuh kepada…………..Johan bagi acara……….. ialahTempat ketiga
jatuh kepada…………. Naib Johan……………..Johan………….

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Surendran di atas


penyampaian hadiah itu tadi.

Seterusnya ialah acara penyampaian Anugerah kepada Olahragawan dan


Olahragawati sekolah bagi tahun 2012. Perbarisan terbaik dan Johan
Keseluruhan Sukan Tahunan kali ke-8 tahun 2012.

Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan sukacitanya menjemput Encik


Noor Paizal Bin Mohamed Zainuri dengan diiringi Tuan Haji Abdul Aziz Bin
PENYAMPAIAN HADIAH Saidin untuk menyampaikan hadiah.

----------------------------------- Rujuk Lampiran -----------------------------------------------

Terima kasih diucapkan kepada Encik Noor Paizal Bin Mohamed Zainuri di atas
kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi dan tahniah diucapkan kepada
yang telah berjaya.

Majlis sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Ir.
Kamaruzzaman Bin Johari, Penyelaras DUN Sri Muda, guru-guru, ibu bapa
serta semua warga SK Bukit Rimau kerana sudi meluangkan waktu bagi
menjayakan majlis pada hari ini dengan jayanya.

Dengan berakhirnya penyampaian hadiah itu tadi, maka berakhirlah majlis kita
PENUTUP pada hari ini.

Sebelum mengundur diri, saya bagi pihak jawatankuasa menyusun sepuluh jari
memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekurangan atau tersalah bicara
sepanjang majlis ini berlangsung.

Berjumpa lagi pada tahun hadapan...


Sekian, terima kasih

Dijemput Encik Noor Paizal Bin Mohamed Zainuri dengan diiringi Tuan Haji
Abdul Aziz Bin Saidin dan Guru-guru Penolong Kanan untuk menikmati jamuan.

p/s * umar, ko tolong letakkan saper yg nak bg hadiah tuk semua acara tue...

VIP yg ada,
Encik Noor Paizal
Gb
Puan Jamaliah
Puan Noor Aini
Encik Surendran (penyumbang bayaran stadium)
Puan Kasmawati

t.Q....

Anda mungkin juga menyukai