Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARAAN MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG

AGENDA TEKS
Ketibaan para Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tn. Hj.
jemputan dan ibu Yusoff bin Ahmad (Ketua Kampung, Kampung Air
bapa Papan) dengan diiringi En Mohd Izam Bin Arifin
(Penasihat PIBG SK Air Papan ), En. Kamal Ezriq Bin
Jamil(Yang Dipertua PIBG), En. Norazman bin Salleh,
(Naib yang dipertua PIBG) dan Guru-Guru Kanan.

Nyanyian Lagu Sidang Hadirin yang dihormati,


Negaraku Marilah kita bersama-sama berdiri dan seterusnya
Menyanyikan lagu Negaraku.
……………………
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian
sebentar tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

Kata Alu-aluan Kompang Bergema Pusaka Bangsa


Pengacara Majlis Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira.

Bismilahhirahmanirahim...

Yang  Berbahagia Tn. Hj. Yusoff bin Ahmad,


Ketua Kampung, Kampung Air Papan.

Yang Berusaha En. Mohd Izam bin Arifin,


Penasiahat PIBG SK Air Papan

Yang  Dihormati  En. Kamal Ezriq bin Jamil


Yang Dipertua PIBG SK Air Papan

En. Norazman bin Salleh


Naib Yang Dipertua PIBG SK Air Papan

Barisan Guru Kanan

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG

Barisan pendidik,

Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalian


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan
Salam sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada petang ini, dengan


izin serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul
dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-37 tahun 2020
ini.

Pihak majlis serta seluruh warga SK Air Papan, turut


sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat kerana
sudi meluangkan masa bagi bersama-sama
menjayakan Mesyuarat Agung PIBG yang kita
rencanakan pada petang ini.

Bacaan Doa Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita


menadah tangan dengan penuh ketakwaan untuk
mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz
Ahmad Fikhrul Amin bin Shanusi . Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

.......................................

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz


Ahmad Fikhrul Amin atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian.


Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah
aset yang amat bernilai dalam sesebuah keluarga.
Lantaran itu, permuafakan antara ibu bapa dan guru
adalah tunjang pemangkin kepada kejayaan dan
kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan dalam
usaha menjana modal insan yang berdaya saing dalam
melayari bahtera kehidupan yang semakin mencabar
ini.

Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan


oleh guru dan ibu bapa, amat penting dalam usaha
melahirkan murid yang berketerampilan bukan sahaja
dalam bidang akademik, kokurikulum, bahkkan sahsia
diri yang cemerlang.

Maka, PIGB merupakan salah satu saluran untuk kita


mengembleng tenaga membentuk modal insan yang
dituntut agama dan bangsa.

Ucapan Alu-aluan Seterusnya, majlis menjemput En. Mohd Izam bin


oleh Guru Besar Arifin, Guru Besar SK Air Papan untuk menyampaikan
ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan
……………….

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En.


Mohd Izam bin Arifin ucapan alu-aluan itu tadi.
Ucapan Alu-aluan Seterusnya, majlis menjemput En. Kamal Ezriq bin
oleh YDP PIBG Jamil , Yang dipertua PIBG untuk menyampaikan
ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan
……………….

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En.


Kamal Ezriq bin Jamil ucapan alu-aluan itu tadi.

Ucapan Perasmian Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan
ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Berhormat
Tn. Hj. Yusoff bin Ahmad, Ketua Kampung, Kampung
Air Papan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat
Agung PIBG SK Air Papan kali ke 37,tahun 2020.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


………………….

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


ucapan terima kasih kepada Tn. Hj. Yusoff bin Ahmad
atas ucapan dan perasmian itu tadi.
Mesyuarat Agung Seterusnya saya menyerahkan majlis kepada YDP SK
PIBG Air Papan, En. Kamal Ezriq bin Jamil untuk
mempengerusikan mesyuarat PIBG pada tahun ini.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Sijil Penghargaan Burung helang terbangnya tinggi,
dan Cenderahari hinggap sebentar di pohon jati,
terima kasih saudara dan saudari,
memberi tumpuan sepenuh hati.

Seterusnya kita ke agenda seterusnya iaitu


penyempaian sijil penghargaan kepada ajk pibg bagi
sesi 2019/2020.

Letih berjalan di tengah pekan,


Singgah sebentar di gerai siti,
Terima kasih kami ucapkan,
Atas segala jasa dan bakti.

Dengan itu saya menjemput Tuan Guru besar, En.


Mohd Izam bin Arifin diiringi Guru Kanan Pentadbiran,
En. Yusoff bin Ibrahim untuk menyampaikannya.
Dipersilakan.

Majlis Penutup Dengan berakhirnya penyampaian sijil itu tadi, maka


selesailah sudah Mesyuarat Agung PIBG SK Air Papan
Kali ke 37 ,tahun 2020.

Dari mana asalnya, usah diusul


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Saya mewakili AJK PIBG SK Air Papan, merakamkan


penghargaan ribuan terima kasih kepada semua
hadirin dan hadirat kerana sudi meluangkan masa.
Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh…..

Anda mungkin juga menyukai