Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS RAYA 2019

PEMBACA ATURCARA TEKS

Assalamualaikum w.b.kt dan salam sejahtera.


Hadirin hadirat, tuan puan yang dihormati. Saya bagi pihak majlis,
mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke MAJLIS
SAMBUTAN HARI RAYA AILDILFITRI DAN HARI GURU 2019
Persediaan
Sementara menunggu perasmi yang dijangka akan hadir sebentar
lagi, diminta semua hadirin masuk ke dalam dewan dan
memenuhkan ruang yang ada agar majlis kita berjalan dengan
lancar.

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia En. Budreh Ahmad,


Pegawai Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort

Ulik mayang nyanyian asli


Dinyanyi gadis merdu sekali
Terima kasih sekalung budi
Sudi datang ke majlis di rai

Alua-aluan Kulintangan bergema pusaka bangsa


ketibaan Dipalu oleh si anak muda
perasmi Hadir tuan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

Ke pekan kuala membeli bingka


Sayang pesanan terlupa sudah
Majlis dimula tirai dibuka
Dengan alunan madah yang indah

Bismillahirrahmanirrahin. Asslamualaikum w.b.k.t


TEKS PENGACARA MAJLIS RAYA 2019

Asalamualaikum salam sejahtera


Salam transformasi sehati sejiwa
Izinkan kami mulakan acara
Semoga majlis disambut ceria

Yang berusaha Tuan Haji Bisno Haji Sari, Guru Besar SK Suasa

Yang Berbahagia Encik Budreh Bin Ahmad, Pegawai Pendidikan,


Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort

Yang Berbahagia, barisan Guru Besar Zon Gadong

Kata-kata Yang Berbahagia Encik Kulin Bin Akop, yang Dipertua PIBG, SK
Aluan Suasa

Encik Hamzany Sylvester Timbalan Yang Dipertua PIBG SK Suasa

Barisan penolong kanan, barisan guru,

Para ibu bapa seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Selamat datang ke MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AILDILFITRI DAN


HARI GURU 2019

Saya Ustazah Suffia Aliamat bersama pengacara cilik kami ADIK


NURASYIKIN MOHD JEFFERIN akan mengacarakan majlis pada hari
ini.

Kata-kata Sarung ketupat berisi inti


aluan Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga diiringi restu ilahi

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t kerana dengan


izin dan limpah rahmatNya kita dapat berkumpul pada hari yang
berbahagia ini, untuk meraikan dua acara yang digabungkan, iaitu
Sambutan hari Raya dan Hari Guru bagi tahun 2019.

Terima kasih atas kehadiran semua tetamu jemputan.

Terima kasih juga kepada pegawai PPD Beaufort kerana sudi


TEKS PENGACARA MAJLIS RAYA 2019

bersama kami di dalam majlis pada hari ini.


Semoga majlis kita pada hari ini akan berjalan dengan lancar
hingga ke akhirnya.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis dengan penuh
takzim menjemput Mohd Fitri Bin Matusin untuk memimpin
bacaan doa. Majlis mempersilakan.

………………………………………………………………………………………………………
Bacaan doa

Amin amin ya rabbal alamim, Majlis mengucapkan ribuan terima


kasih.

Hadirin dan hadirat, majlis diteruskan dengan menjemput Yang


Dipertua PIBG SK Suasa En Kulin Bin Akop bagi menyampaikan
Ucapan YDP ucapan alu-aluan. Majlis mempersilakan
PIBG
………………………………………………………………………………………………………

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih

Hadiri hadirat, majlis diteruskan dengan ucapan keraian daripada


Yang Berusaha Tuan Hj Bisno Hj Sari, Guru Besar SK Suasa. Majlis
mempersilakan.
Ucapan alu-
aluan Guru
………………………………………………………………………………………………………
Besar
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan tuan guru
besar sebentar tadi.

Ucapan
perasmian Kalau tuan pikat kenari
Jangan patahkan batang jerami
Madah dihulur salam diberi
Kata perasmi hajatnya kami

Hadirin hadirat, majlis kita teruskan dengan menjemput


TEKS PENGACARA MAJLIS RAYA 2019

______________________________________________________

Untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis


SAMBUTAN HARI RAYA AILDILFITRI DAN HARI GURU SK SUASA BAGI
TAHUN 2019. Majlis mempersilakan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Dengan ucapan perasmian itu tadi, maka rasmilah sudah majlis kita
pada hari ini. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Sebagai tanda penghargaan, kepada tuan perasmi, majlis


mempersilakan Tuan Hj Bisno Hj Sari Guru Besar SK Suasa untuk
menyampaikan cenderahati.

Dengan itu majlis mempersilakan _____________


___________________________________________ untuk
menerima cenderhati. Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih.

Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan acara potong kek. Kek


sambutan hari guru, kek sambtan hari raya dan kek sambutan
warga suasa yang lahir dari jan hingga jun.

POTONG KEK
Dengan itu majlis mempersilakan tuan guru besar bersama tetamu
jemputan untuk menyempurnakan acara potong kek.

Majis mengucapkan ribuan terima kasih.

Hadirin dan hadirat, seterusnya marilah sama-sama kita menikmati


MAKAN pelbagai Juadah hari raya yang telah disediakan. sekali lagi
dijemput mohd fitri untuk memmbacakan doa.

Anda mungkin juga menyukai