Anda di halaman 1dari 13

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SK TATAU 2016

PENGACARA CUE TEKS

Ketibaan Tetamu Mengumumkan ketibaan yang berbahagia, Puan Hajah


Kehormat Hamdiah binti Bakri, Timbalan Residen Bahagian Bintulu
diiringi barisan pentadbir sekolah dan dif-dif jemputan masuk
ke dewan.
Lagu Negaraku
Biji selasih boleh dimakan
Menjadi perisa sedap terperi
Aluan MC Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis bertambah seri

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku. Dif-dif


kehormat dan para hadirin diminta berdiri.

-----Nyanyian lagu Negaraku-----

Terima kasih. Semua hadirin dipersilakan duduk

Sang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali
Selamat datang kami ucapkan
Moga diiring restu ilahi

Bismillahirahmanirahim…….

Yang Berbahagia,
Pn Hajah Hambiah Binti Bakri, Timbalan Residen Bahagian
Bintulu.

Yang Berusaha,

__________________________________, Pegawai
Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Tatau.

Yang Berusaha,
En. Janudin bin Hj Abdul Rahman, Guru Besar Sekolah
Tatau.
Yang Berusaha
En. Salihin bin Talip, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sk
Tatau merangkap pengerusi Majlis Anugerah Pelajar
Cemerlang Sk Tatau 2016.

Turut Berusaha,
1. Encik Hendary Anak Ligak, Penolong Kanan 1 SK Tatau
2. Encik Sambang Anak Penolong Kanan Kokurikulum SK
Tatau

Yang Dihormati,
_________________________, Pegawai Daerah Tatau

Yang Dihormati,
En Zulkifle bin Othman, Yand Dipertua PIBG Sk Tatau

Yang Dihormati,
Ketua-ketua jabatan
Wakil-wakil jabatan kerajaan
Ketua-ketua masyarakat
Barisan exco PIBG, Barisan exco KSIB

Seterusnya,
Guru-guru, para ibu-bapa serta murid-murid yang dikasihi
sekalian.

Assalamualaikum waramatullahitaala wabarakatuh,


Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Sejiwa Senada
serta Salam Terus Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak.

Selamat datang ke Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang


Sekolah Kebangsaan Tatau Tahun 2016.Marilah kita sama-
sama seiring dan sederap melangkah menjayakan sambutan
hari anugerah ini. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan
kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita
berhimpun di sini dengan penuh kedamaian dan keamanan
bagi memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar kita yang
menunjukkan kecemerlangan dalam bidang pendidikan.

Sesungguhnya kecemerlangan para pelajar hari ini


membuktikan pengorbanan yang terjalian antara semua pihak
serta kesungguhan dan iltizam tinggi seluruh warga pendidik
an pentadbir SK Tatau untuk membangunkan kegemilangan
pendidikan sekolah ini.
Persembahan 1
Persembahan Silat Dari Kedah ke Kuala Perlis,
Seinggah bersantai di tepi jeti,
Persembahan aluan memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur hati.

Sebagai pembuka tirai acara, majlis mempersilakan


persembahan Silat yang akan dipersembakan oleh murid-
murid Sk Tatau.

Dipersilakan.

######### Persembahan SIlat ########

Begitulah persembahan silat yang dipimpin oleh Cikgu Huzaini


bin Amir.

Syabas diucapakan.

Bacaan Doa Anugerah dikecap si anak watan,


Mengangkat senjata bidalan suara,
Menadah tangan mohon keberkatan,
Mendapat restu hidup sejahtera

Hadirin sekalian,
Memberkati majlis kita pada pagi ini, dengan sukacitanya
dijemput Al Fadil Ustaz Ahmad Shauki bin Sapian untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

#### Doa ####

Amin amin ya rabbal alamin…

Terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Pepatah-petitih adat melayu,


Ucapan Aluan Guru Warisan amalan sejah dahulu
Besar Pohon izin barang sewaktu
En. Janudin Ab Ucapan Guru Besar amat dialu
Rahman
Sebagai pembuka acara, majlis dengan segala hormatnya
menjemput Yang Berusha, Encik Janudin bin Hj Abdul
Rahman, Guru Besar Sk Tatau untuk menyampaikan ucapan
alu-aluan. Majlis mempersilakan.
#### ucapan aluan GB ####

Majlis merakamkan ucapan terima ksih atas ucapan sebentar


tadi.

Ucapan YDP PIBG Hadirin sekalian,


Encik Zulkifle Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan En. Zulkifle bin
Othman , Yang Dipertua PIBG SK Tatau untuk menyampaikan
ucapan. Majlis mempersilakan.

#### ucapan YDP ###

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Perasmi Buah langsat di tepi busut,


Pn. Hjh Hamdiah Bt Mari dimuat di dalam peti,
Bakri Besar hajar kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Hadiri sekalian,
Kini tibalah kepada acara yang dinanti-nantikan iaitu ucapan
perasmian daripada tetamu kehormat kita. ‘bertonggak adat
yang datang disambut, yang pergi diiringi’, majlis dengan
penuh takzim mempersilakan Pn Hajah Hamdiah Binti Bakri,
Timbalan Residen Bahagian Bintulu untuk menyampaikan
ucapan sekaligus merasmikan Hari Anugerah Cemerlang SK
Tatau Tahun 2016.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

#### ucapan perasmi #####

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas ucapan


perasmian sebentar tadi. Dengan berakhirnya ucapan
peramsian itu tadi, maka rasmilah sudah Majlis Hari Anugerah
Cemerlang kita pada hari ini.
Persembahan 2 Hadirin, memeriahkan majlis kita pada hari ini, marilah kita
sama-sama menyaksikan persembahan bercerita yang akan
Persembahan Cerita disampaikan oleh murid pra sekolah. Dipersilakan.
Pra Sekolah
#### Cerita ####

Terima kasih atas persembahan bercerita sebentar tadi. Untuk


pengetahuan hadirin, persembahan tersebut di bawah
pimpinan CIkgu Junidah Bt Sulai.

Syabas diucapakan..

Penyampaian
Hadiah Hadirin sekalian
Slot 1 Proses diajar, belajar dan mengajar
Membentuk modal insan lebih gemilang
1. Sijil Tamat 6A dan Menghasilkan modal insan yang elok akhlaknya
6B Melahirkan watan yang mantap jati dirinya
Melahirkan kemenjadian generasi harapan

Tujuan majlis Anugerah Cemerlang ini diadakan adalah


sebagai menghargai dan mengiktiraf pencapaian murid-murid
yang menunjukkan prestasi yang membanggakan daam
bidang kurikulum dan kokurikulum sepanjang Tahun 2016.

Hadirin sekalian,
Seterusnya tibalah kita ke acara penyampaian anugerah.
Dengan ini, majlis berbesar hati menjemput yang berbahagia
Pn Hajah Hambiah Binti Bakri, Timbalan Residen Bahagian
Bintulu diiringi Encik Janudin Bin Hj Abdul Rahman, Guru
Besar SK Tatau dan Encik Zulkifle bin Othman, YDP PIBG SK
Tatau untuk menyempurnakan upacara penyampaian ini.

Hadirin,
1. Disampaikan Sijil Tamat Sekolah Rendah bagi Kelas

a) 6 Amanah
------- rujuk buku program ------

b) 6 Bestari
------rujuk buku program-----

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas penyampaian sijil


sebentar tadi.
Hadirn sekalian,
SELINGAN Penyerahan Siji Tamat Sekolah Rendah berhenti sebentar
bagi memberi laluan kepada persembahan selingan kita.
Dengan ini, dipersilakan CIkgu Erma Nazillah binti Hamsani
untuk mendendangkan dua buah lagu. Dipersilakan

#### Nyanyian Erma ####

Demikianlah persembahan nyanyian yang cukup memukau


sebentar tadi. Syabas diucapkan.

2. Sijil Tamat 6C dan Hadirin sekalian,


6D Upacara Penyerahan Sijil Tamat Persekolahan diteruskan lagi.
Dengan ini, majlis sekali lagi berbesar hati menjemput Pn
Hajah Hambiah Binti Bakri, diiringi Encik Janudin Bin Hj Abdul
Rahman, Guru Besar SK Tatau dan Encik Zulkifle bin Othman,
YDP PIBG SK Tatau untuk menyempurnakan upacara
penyampaian ini.

Hadirn sekalian,
Disampaikan Sijil Tamat Sekolah Rendah bagi Kelas

c) 6 Cerdik
----rujuk buku program---

d) 6 Dinamik
----- rujuk buku program---

Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berbahagia


Puan Hajah Hambiah binti Bakri atas kesudian beliau
menyampaikan sijil Tamat Persekolahan Tahun 6 Sebentar
tadi.

Persembahan 3
Hadirin sekalian,
Persembahan Khoir Penyampaian anugerah berehat sebentar bagi memberi laluan
kepada persembahan. Untuk itu, marikalh kita sama-sama
menyaksikan persembahan khoir daripada murid-murid tahap
2 Sekolah Kebangsaan Tatau. Dipersilakan.

#### KHOIR ####


Begitulah tadi persembahan khoir yang begitu bersemangat.
Untuk pengetahuan hadirin, persembahan tersebut adalah di
bawah pimpinan Pn. Nur Azyla bin Abd Manaf.

Tahniah dan Syabas diucapkan.

Penyampaian Slot 2 Hadirin yang dihormati


Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih
1. Anugerah yang berterusan. Usaha yang tidak pernah mengenal erti jemu
Kedudukan 3 pasti membuahkan kejayaan. Oleh itu, murid-murid yang
terbaik berjaya selayaknya diberi penghargaan. Semoga ini akan
menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam
mengejar cita-cita.
2. Anugerah Mata
Pelajaran Hadirin sekalian,
Tertinggi Agenda majlis kita pada hari ini diteruskan lagi dengan
Mengikut Tahun penyampaian Anugerah Cemerlang Kedudukan 3 Terbaik
Mengikut Kelas. Majlis dengan ini menjemput Encik Mohadi bin
Mubin, Pegawai Pendidikan Daerah Tatau diiringi ENcik
Janudin Bin Hj Abdul Rahman, GB SK Tatau dan En Zulkifle
bin Othman Yang dipertua PIBG SK Tatau untuk
menyempurnakan penyerahan anugerah ini.

1. Anugerah Kedudukan 3 Terbaik Mengikut Kelas

a) Tahap 1
b) Tahap 2

###### rujuk buku program ####

2. Anugerah Mata Pelajaran Tertinggi Mengikut Tahun

#### rujuk buku program ####

Tahniah dan syabas diucapkan !

Majlis mengucapkan tema kasih kepada En. Mohadi bin Mubin


atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Persembahan 4 Meneruskan majlis, apa kata kita segarkan halwa telinga kita
dengan satu lagi persembahan nyanyian yang akan
Persembahan disampaikan oleh pelajar-pelajar lelaki Sk Tatau. Mari kita
Busking saksikan.
#### nyanyian busking ##

Terima kasih atas persembahan yang begitu menarik sebentar


tadi. Untuk pengetahuan hadiri, persembahan tersebut adalah
di bawah pimpinan En Segandi Ak Belong.

Syabas diucapkan !

Penyampaian Slot 3 Berkat rimbunnya si pokok jati,


Tempat burung selalu bertemu
Sekali hidup biarlah beerti
1. Anugerah Pelajar Isikan akal dengan ilmu
Terbaik Pra
Sekolah
Hadirin yang dihormati sekalian,
Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian beberapa
2. Anugerah Pelajar anugerah yang sememangnya dinanti-nantikan para pelajar.
Terbaik Mengikut Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya menjemput yang
Tahun (1-6) dihormati ___________________________, Pegawai Daerah
Tatau diiringi En. Janudin bin Hj Abd Rahman, Guru Besar SK
Tatau dan En. Zulkifle bin Othman Yang Dipetua PIBG Sk
3. Anugerah Terbaik Tatau bagi menyempurnakan penyerahan anugerah.
LINUS
Penyampaian Anugerah Dimulakan dengan Anugerah Pelajar
4. Anugerah Terbaik Terbaik mengikut Tahun Bagi Pra Sekolah
UPKK
1. Anugerah Pelajar Terbaik Pra Sekolah Pra Sekolah
a) Pra Amanah – Britney Andriana bt Muhairi
5. Anugerah Pelajar ##### biodata rujuk lampiran 1###
Contoh Harian
Tahap 1 & 2 b) Pra Bestari - _______________________
####biodata rujuk lampiran 1###
6. Anugerah
Pelajar Contoh c) Pra Bestari - _______________________
Asrama ####biodata rujuk lampiran 1####

Syabas dan tahniah diucapkan !!


7. Anugerah Pelajar
Cemerlang 2. Anugerah Pelajar Terbaik Mengikut Tahun
Kokurikulum #### rujuk buku program ( tahun 1—6)

Hadirin sekalian, acara diteruskan lagi dengan penyampaian


8. Anugerah Pelajar 3. Anugerah Terbaik LINUS
Cemerlang UPSR Untuk pengetahuan hadirin, anugerah ini diberikan kepada
2015 murid yang telah menunjukkan perkembangan yang
memberangsangkan dalam keputusan Saringan LINUS yang
9. Anugerah Pelajar telah dijalankan.
Cemerlang UPSR
2016 1. Lagang Ak Francis 1D
2. Augustine Ak Muna 2 D
3. Evanatasha Ngana Ak SIgie 3C
4. Aderson Pandang 4 D

Tahniah dan syabas diucapkan!

4. Anugerah Terbaik UPKK 2016


UPKK merupakan Ujian
Murid yang telah dipilih menerima anugerah ini telah
menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam Ujian Penilaian
Kelas Kafa. Penerima telah mendapat semua A dalam
kelapan-lapan bidang iaitu al quran,sirah,akhlak islamiah,amali
solat, ulum syariah,jawi dan khat, lughatul quran, penghayatan
cara hidup islam.

Murid yang dimaksudkan ialah Adik Nurul Yulia Binti Iswandi

5. Anugerah Pelajar Contoh Harian Tahap 1 dan 2


Untuk pengetahuan hadirin, penerima-penerima bagi anugerah
ini dinilai melalui penglibatan mereka dalam kepimpinanm
akademik, kokurikulum, serta keterampilan dan sahsiah.

 Bagi Anugerah Pelajar Contoh Harian Tahap 1 Kategori


Lelaki.

Dianugerahkan kepada Azhar Ihtisyam bin Jefri 3 A


### biodata rujuk lampiran 2 ##

 Bagi Anugerah Pelajar Contoh Harian Tahap 1 Kategori


Perempuan

Dianugerahkan kepada Jacqlina Maria Anyi 3A


##### biodata rujuk lampiran 2###
 Anugerah Pelajar Contoh Harian Tahap 2 Kategori
Lelaki
Dianugerahkan kepada Allen Leo Jugah Ak Libin (6A)
#### biodata rujuk lampiran 2####

 Anugerah Pelajar Contoh Harian Tahap 2 Kategori


Perempuan

Dianugerahkan kepada Allysha Evytha Ak Pengiran (6A)


#### biodata rujuk lampiran 2 ###

6. Anugerah Pelajar Contoh Asrama

 Anugerah Pelajar Contoh Asrama Ketegori Lelaki

Dianugerahkan kepada Welly Panting Yong ( 6 B)


### biodata rujuk lampiran 3####

 Anugerah Pelajar Contoh Asrama Kategori Perempuan

Dianugerahkan kepada Jessy Intang Ak Peter (6A)


###### biodata rujuk lampiran########

7. Anugerah Pelajar Cemerlang Ko-Kurikulum

 Anugerah Pelajar Cemerlang Ko-Kurikulum bagi


kategori Lelaki.

Dianugerahkan kepada Oliver Samuel Ak Galang (6A)

# biodata rujuk lampiran 3###

 Anugerah Pelajar Cemerlang Ko-Kurikulum bagi


kategori Perempuan

Dianugerahkan kepada Nurul Yulia Binti Iswandi ( 6 A)

# biodata rujuk lampiran 3###


8. Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR

Hadirin sekalian, Acara Penyampaian Anugerah diteruskan


lagi dengan Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR.
Penyampaian dimulakan dengan…

 Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR 2015 dengan


keputusan 5A

Dipersilakan
1. Angelina Tambong Ak Ngang ( 5A )
2. Joyce Bulan Juan (5A)

 Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR 2016

Dipersilakan
1. Nurul Yulia binti Iswandi ( 4A, 1B,1C)
2. Felecitie Ajong ( 3A 2B 1C)

Tahniah dan Syabas diucapkan !!

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas


kesudian ______________________ pegawai Daerah Tatau
atas kesudian menyempurnakan penyampaian anugerah-
anugerah sebentar tadi.

Hadirin Sekalian,
Penyampaian Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian cenderahati
daripada pihak sekolah kepada tetamu-tetamu kehormat kita
Cenderahati
pada hari ini.
1. Pegawai Daerah
Dengan ini, dipersilakan Encik Janudin bin Hj Abdul Rahman,
2. Pegawai PPD
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tatau diiringi Encik Zulkifle
3. TImbalan Residen Bin Othman Yang Dipertua PIBG Sk Tatau untuk
menyampaikan cenderahati.

1. Dipersilakan __________________________ Pegawai


Daerah Tatau

2.Dipersilakan ________________________, Pegawai


Pendidikan Daerah Tatau.

3. Dipersilakan Puan Hajah Hambiah binti Bakri, Timbalan


Residen Bahagian Bintulu.
Majlis mengucapkan terima kasih atas penyampaian
cenderahati sebentar tadi.

Penutup Subur padi tuhan kurnia


Hidup mula di dalam air
Nyayian Lagu Sudah menjadi adat dunia
Sekolah Setiap yang akan berakhir

Majlis berakhir penuh syafaat


Nyayian Ibu Pertiwiku Menjadi ingatan sepanjang zaman
Amalan sepakat membawa berkat
Hidup beramal bertunjang iman

Mengakhiri majlis kita pada hari ini, hadirin diminta berdiri bagi
menghormati nyanyian lagu Sekolah diikuti Lagu Ibu Pertiwiku.

###Nyanyian####

Terma kasih atas nyanyian yang penuh bersemangat itu tadi.

Hadirin sekalian,

Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati sebentar tadi,


maka berakhirlah sudah Majlis Anugerah Cemerlang Sk Tatau
2016. Kami mewakili majlis menyusun sepluh jadri memohon
ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara
sepanjang mengendalikan majlis ini.

Bintang tujuh sinar berseri


Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendaklah dicari
Mana yang data jangan dilupa

Kalau ada sumur di lading


Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Tahun hadapan berjumpa lagi.

Sehingga berjumpa lagi di tahun hadapan.


Sekian…
Wasalam
Majlis mempersilakan dif-dif jemputan untuk menikmati jamuan
Makluman Jamuan di dewan makan.

Makluman kepada murid-murid, ibu bapa, anda boleh


mendapatkan makanan di kaunter makanan. Sila tunjukkan
kupon makanan anda. 1 kupon untuk 1 makanan.

Anda mungkin juga menyukai