Anda di halaman 1dari 10

TEKS PENGACARA PROGRAM CITRA BUDAYA PERINGKAT SEKOLAH SKPK

TARIKH : 22 Mac 2023


MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT: DEWAN SKPK
PERKARA BUTIRAN CATATAN

Ketibaan Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,


Tetamu
Dijemput semua tetamu mengambil tempat
kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi.

Mohon para hadirin berdiri untuk menyambut


ketibaan Yang Diraikan ke dalam dewan.

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Pn


Norhidayah Abdullah dengan diiringi dif-dif
kehormat masuk ke dalam dewan.

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Pagi yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis “Citra Budaya
Peringkat Sk” sempena persaraan Pn Norhidayah
Abdullah, Penolong Kanan Kokurikulum SK Pekan
Kinarut.

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku


dan Lagu Negeri Sabah. Dipersilakan hadirin
untuk berdiri dan bersama-sama menyanyikan
lagu.

...................................(Lagu Negaraku)
...................................(Lagu Sabah Tanah Airku)

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.

1
Ucapan Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t,
Alu-aluan salam sejahtera, salam Papar SMART, Mendukung
Aspirasi Mendahului Perubahan

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Diraikan
Pn Norhidayah Abdullah dan isteri
Penolong Kanan Kokurikulum SK Pekan Kinarut.

Yang Berusaha
En. Ahmad Daud Bin Ismail Mokhtar
Guru Besar Sk Pekan Kinarut

Pn Fauziah Binti Yussof


Penolong Kanan Kurikulum

En Yusnizam Bin Yussoff


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Pn Apsah Binti Ajun


Penolong Kanan PPKI

Pn Minarni Binti Mohd Ali


Penolong Kanan Petang

Yang Dihormati En. _____________________


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru,
SK Pekan Kinarut

Barisan guru, para pelajar, hadirin dan hadirat


yang dirahmati Allah sekalian.
Selamat datang ke :
Majlis “Citra Budaya Peringkat Sk / Bakti
Disanjung, Budi Dijunjung” sempena persaraan
Yang Diraikan Pn Norhidayah Abdullah, Penolong
Kanan Kokurikulum SK Pekan Kinarut.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur


Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurnia-

2
Nya maka kita dapat bersama-sama berhimpun
pada pagi ini untuk meraikan Pn Norhidayah
Abdullah Majlis “Citra Budaya Peringkat Sk /
Bakti Disanjung, Budi Dijunjung”.

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala


bakti dan kepimpinan yang dilakukan oleh Yang
Diraikan sepanjang perkhidmatan Pn Nurhidayah
Binti Abdullah dalam dunia pendidikan yang
berakhir sebagai Penolong Kanan Kokurikulum SK
Pekan Kinarut.

Hadirin yang dihormati sekelian,


Sembah Tamu
Adai-Adai Sekali majlis kita pada pagi ini akan dimulai
dengan persembahan tarian Sembah Tamu iaitu
Adai-Adai oleh guru-guru Sk Pekan Kinarut.
Persembahan ini diketuai oleh Dg Roslinda Binti
Ag Damit. Majlis mempersilakan.

******************(Tarian Adai-Adai)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas


persembahan yang sangat menarik itu tadi.

Menyarung Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,


Cincin
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah
sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama pelari telah sampai ke garisan penamat,

Majlis seterusnya ialah acara menyarungkan


cincin kepada Pn Norhidayah Abdullah.

3
Untuk itu, majlis mempersilakan En. Ahmad
Daud Bin Ismail Mokhtar Guru Besar Sk Pekan
Kinarut
diiringi semua penolong kanan untuk naik ke
pentas untuk menyempunakan acara
menyarungkan cincin kepada yang diraih Pn
Nurhidayah Binti Abdullah. Dipersilakan.

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan


terima kasih atas kesudian En. Ahmad Daud Bin
Ismail Mokhtar Guru Besar Sk Pekan Kinarut
dan semua penolong kanan dalam menyempunakan
acara menyarungkan cincin itu tadi.

Persembahan Hadirin yang dihormati sekelian,


Silat
Majlis kita pada pagi dimulakan dengan
persembahan silat iaitu Adai-Adai oleh
________________. Persembahan ini diketuai
oleh __________________. Majlis
mempersilakan.

******************(Tarian Limbai)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas


persembahan yang sangat menarik itu tadi.
Persembahan Hadirin yang dihormati sekelian,
Limbai
Majlis kita pada pagi ini diserikan lagi dengan
persembahan tarian limbai iaitu Adai-Adai oleh
guru-guru Sk Pekan Kinarut. Persembahan ini
diketuai oleh Pn Sainah Bintik Manik. Majlis
mempersilakan.

******************(Tarian Limbai)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas


persembahan yang sangat menarik itu tadi.

Bacaan Doa Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

4
Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh


bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah
tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Abdul Kahar Bin
Mohamed. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

*********** (Doa)
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Abdul
Kahar Bin Mohamed atas bacaan doa itu tadi.
Ucapan Wakil Hadirin yang dihormati sekalian
Murid
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang
berbicara

Majlis menjemput adik __________________


Wakil Murid SK Pekan Kinarut bagi menyampaikan
ucapan. Dipersilakan.

***************(Ucapan wakil Murid)

Terima kasih diucapkan kepada adik


__________________ di atas ucapan sebentar
itu tadi.

Persembahan Hadirin yang dihormati sekelian,


Igal-Igal
Majlis di teruskan lagi dengan persembahan
tarian Igal-Igak oleh __________________.
Persembahan ini diketuai oleh
___________________

******************(Tarian Igal-Igal)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas

5
persembahan yang sangat menarik itu tadi.

Ucapan GB Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang


Berusaha En. Ahmad Daud Bin Ismail Mokhtar
Guru Besar Sk Pekan Kinarut. Majlis
mempersilakan.

****************(Ucapan GB)

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha


En. Ahmad Daud Bin Ismail Mokhtar
Guru Besar Sk Pekan Kinarut di atas ucapan yang
telah disampaikan sebentar tadi.

Persembahan Hadirin yang dihormati sekelian,


Sumazau
Sekali lagi majlis kita pada pagi ini akan diserikan
lagi dengan persembahan tarian Sumazau oleh
guru-guru Sk Pekan Kinarut. Persembahan ini
diketuai oleh Pn Railis Malantin.

******************(Tarian Sumazau)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas


persembahan yang sangat menarik itu tadi.

Tayangan Para Hadirin yang kami muliakan,


Video
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Hadirin yang dimuliakan,

Seterusnya, bagi menghargai dan menggigati


pahit manisnya perjalanan seorang pendidik yang

6
sangat berdidikasi bernama Nurhidayah Binti
Abdullah, marilah kita bersama-sama menonton
tayangan video yang telah disedikan. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

***………Tayangan video

Majlis merakamkan terima kasih kepada oleh Pn


Sarinah Binti Mayasin di atas penyediaan video
itu tadi.
Ucapan Yang Sudah teradat si anak lelaki
Diraikan Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya


menjemput dan mempersilakan Yang Diraikan Pn
Norhidayah Abdullah, Penolong Kanan
Kokurikulum untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

Majlis merakamkan sekalung penghargaan terima


kasih kepada Pn Norhidayah Abdullah atas ucapan
itu tadi.

Penyampaian Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian


Hadiah & hadiah dan cenderahati sebagai tanda kenang-
cenderahati kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini
iaitu Pn Norhidayah Abdullah.
Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan En. Ahmad Daud Bin Ismail
Mokhtar Guru Besar Sk Pekan Kinarut untuk
menjemput dan mengiringi Yang Diraikan Pn
Norhidayah Binti Abdullah untuk menerima
cenderahati kenang-kenangan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian


cenderahati daripada:-

7
Rujuk senarai hadiah……

1. Dipersilakan Wakil Pentadbiran, Pn Fauziah


Binti Yossof untuk menyampaikan tanda ingatan
daripada Pentadbir Sekolah.

2. Dipersilakan En Richard Bin Masinor untuk


menyampaikan cenderahati daripada Kelab Staf.

3. Dipersilakan YDP PIBG,


___________________ untuk menyampaikan
cenderahati daripada PIBG.

4. Dipersilakan
____________________________________
____________________________________

5. Dipersilakan
____________________________________
____________________________________

Seterusnya, penyampaian cenderahati tanda


kenangan daripada :

1. ..................................................................................
2...................................................................................
3...................................................................................
4..................................................................................
5..................................................................................
6..................................................................................
7.................................................................................
8.................................................................................

Persembahan
Tarian Joget Hadirin yang dihormati sekelian,

Sekali lagi majlis kita pada pagi ini akan diserikan


lagi dengan persembahan tarian Joget oleh guru-
guru Sk Pekan Kinarut. Persembahan ini diketuai
oleh Cikgu Sairana Tahir. Majlis mempersilakan.

******************(Tarian Joget)

8
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas
persembahan yang sangat menarik itu tadi.

Penutup Demikianlah tadi upacara penyampaian


cenderahati kenang-kenangan khusus untuk Yang
Diraikan Pn Norhidayah Binti Abdullah.
Majlis merakamkan jutaan penghargaan dan
terima kasih atas tanda ingatan, sumbangan dan
tanda hati yang diberikan dan semoga menjadi
kenangan indah dalam kehidupan Pn Norhidayah
Binti Abdullah.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih


kepada semua penyampai cenderahati sebentar
tadi.

Umpama memanjat dah sampai ke puncak


Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Kita telah pun berada di hujung acara.


Untuk Pn Norhidayah Binti Abdullah.

Guru umpama bintang cemerlang


Walau bersara jasa dikenang

Raut wajah damai dan tenang,


Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

Tuai padi antara masak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Yang Diraikan Pn Norhidayah Binti Abdullah
kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang
penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan

9
agar Yang Diraikan bertambah ceria dan bahagia
dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih


kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi
meluangkan masa bersama-sama memeriahkan
Majlis ““Citra Budaya Peringkat Sk / Bakti
Disanjung, Budi Dijunjung” ini.
Pada kesempatan ini juga, kami ingin memohon
ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilmLahit


Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa
Rahatullahi Wa Barakatuh

****Sesi bergambar (Rasmi) dengan VIP

Tetamu Jemputan diminta bersedia untuk sesi bergambar bersama dengan

Yang Diraikan.

10

Anda mungkin juga menyukai