Anda di halaman 1dari 6

CUE TEKS CATATAN

Pengumuman Mohon perhatian, majlis akan bermula sebentar sahaja Ali


/ arahan lagi. Oleh itu, para hadirin diminta mengambil tempat
duduk masing-masing. Berikut beberapa etika yang
perlu dipatuhi bagi memastikan kelancaran perjalanan
majlis :
1. Sila pastikan telefon bimbit anda berada dalam
keadaan mod senyap atau tidak diaktifkan.
2. Para hadirin diminta berdiri semasa ketibaan tetamu
kehormat diumumkan.
3. Berdiri semasa nyanyian lagu patriotik.
4. Menghormati bacaan doa.
5. Duduk di kerusi yang telah ditetapkan.
6. Mengehadkan keluar masuk dewan setelah
mengambil tempat duduk.
7. Tidak membuat bising sehingga mengganggu
perjalanan majlis.
8. Hadirin diminta agar terus berada di dalam dewan
sehingga tetamu kehormat meninggalkan majlis.

Ketibaan Ketibaan Yang Berhormat,Tuan Ali anak Biju dan Yang Abu
tetamu dan Berhormat Datuk Haji Abdul Wahab Bin Aziz,
VIP Diiringi oleh Pengetua, Pentadbir sekolah dan Dif-dif
jemputan.

Hadirin dimohon berdiri.

Hadirin dipersilakan duduk.

Persembahan Hadirin sekalian, majlis kita diserikan dengan Ali


1 persembahan daripada Fernandez Lazarus.

Persembahan pembukaan itu tadi ialah persembahan


daripada Fernandez Lazarus, Johan Pertandingan
Lagu Irama Malaysia Karnival Bidang Kemanusian
serta Bidang Sains dan Matematik.

Lagu patriotik Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Abu


Hadirin sekali lagi dimohon untuk berdiri tegak bagi
sama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan Lagu
Sekolah.
Hadirin dipersilakan duduk.

Salutasi ke pekan sehari bersama Cik Intan, Ali


Terus pula ke Kuala Perlis,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan majlis.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua

Bacaan doa Selamat petang/pagi dan salam sejahtera. Selamat Abu


datang selamat bertandang ke Majlis perasmian
penutupan kejohanan olahraga IPGKTAR 2021

Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat,
Angkat tangan jemari sepuluh,
doa dimohon penambah berkat.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha


penyayang bagi memberkati majlis kita pada
pagi/petang ini marilah kita bersama-sama menadah
tangan memohon taufik dan hidayah sempena majlis
perasmian penutupan kejohanan olahraga IPGKTAR
2021 ini.

Majlis mempersilakan Ahmad bin Zulkifi untuk


memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan


doa sebentar tadi.

Tangan ditadah penuh inayah,


Majlis dibuka penuh rahmatNya,
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga tercerna minda kelas pertama.

Aluan Hadirin yang dihormati sekalian, Ali


pengacara
Dari Dewan Bunga, Pihak majlis mengalu-alukan para
hadirin serta penerima anugerah ke majlis ini.
Seangkasa terima kasih buat tetamu kehormat kita
yang sudi meluangkan masa bersama-sama dan
memilih untuk menghadiri majlis ini meskipun ada
tugasan dan urusan rasmi lain yang memerlukan
perhatian beliau.

Para Hadirin sekalian,


Untuk makluman semua, Majlis perasmian penutupan
kejohanan olahraga IPGKTAR 2021 ini merupakan
acara tahunan sekolah yang diadakan untuk
menghargai pencapaian serta kesungguhan yang
ditunjukkan oleh para pelajar yang mendapat
keputusan yang cemerlang dalam bidang
Olahraga sepanjang tahun 2021.

Justeru, adalah menjadi harapan kami warga IPGKTAR


agar ianya menjadi tonggak bagi memulakan anjakan
paradigma dan seterusnya mencetuskan revolusi
dalam diri setiap pelajar.

Ucapan Sidang warga Dewan yang budiman, Abu


alu-aluan Emas tempawan buatmu puteri,
pengetua Busana indah buat rupawan,
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

Baiklah tanpa melengahkan masa majlis dengan ini


mempersilakan Pengetua IPGKTAR Tuan untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan beliau. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih


atas ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh
Tuan Pengetua Sebentar tadi.

Ucapan VIP Majlis di teruskan lagi dengan mempersilakan Datuk Ali


Haji Abdul Wahab Bin Aziz, Ahli Dewan Undangan
Negeri N.38 Kalaka, untuk menyampaikan ucapan
Majlis dengan segala hormat dan takzimnya
mempersilakan.
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih
atas ucapan yang telah disampaikan oleh Datuk Haji
Abdul Wahab Bin Aziz sebentar tadi.

Hadirin dan Hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Buah langsat di tepi busut,


Mari dimuat di dalam jerami,
Besar hajat kami menjemput,
Mohon disempurnakan majlis kami.

Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berhormat


Tuan Ali Anak Biju untuk menyampaikan ucapan
perasmian seterusnya merasmikan Majlis perasmian
penutupan kejohanan olahraga IPGKTAR 2021.
Dengan ini majlis dengan segala hormat dan takzimnya
mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih


atas ucapan yang telah disampaikan oleh Yang
Berhormat Tuan Ali Anak Biju sebentar tadi.

Persembahan Hadirin sekalian, majlis kita diserikan lagi dengan Abu


2 (Tarian persembahan Tarian Alu-alu.
alu-aluan)
Tarian Alu-alu merupakan salah satu tarian tradisional
terawal suku kaum Melanau yang dipersembahkan
semasa hari perkabungan. Kebiasaannya tarian ini
ditarikan pada waktu malam oleh sanak saudara dan
rakan-rakan untuk menghibur keluarga si mati agar
tidak terlalu bersedih. Persembahan berlangsung pada
malam pertama hinggalah pada malam keempat
tempoh perkabungan. Tarian ini juga menggambarkan
kemahiran penari lelaki mengimbangi badan di atas
buluh sambil berpusing-pusing dan mengikut rentak
lagu.

Wujudnya tarian suku kaum Melanau ini adalah


menerusi mimpi, pekerjaan seharian, perubatan dan
permainan rakyat semasa Pesta Kaul atau Pesta Puja
Pantai. Oleh yang demikian, gerak tari dalam tarian
Alu-alu dipengaruhi oleh unsur gerak dalam kehidupan
seharian mereka.
Untuk itu, terimalah Tarian Alu-alu Etnik Melanau oleh
Nengkadah Bulan Dancers.

Untuk Makluman semua, persembahan tarian sebentar


tadi adalah di bawah bimbingan Encik Michael anak
Dau dan Puan Sandra anak Belentia Engkasan.

Penyampaian Majlis perasmian penutupan kejohanan olahraga bagi Ali


sijil peserta Tahun 2021 IPGKTAR pada hari ini diteruskan lagi
acara balapan dengan Penyampaian sijil peserta acara balapan bagi
pelajar-pelajar ipgktar.

Penyampai : John anak Brodi,Pensyarah Akademik

Diiringi : Hamsiah bt Bontal, Jurulatih Kokurikulum

Terima kasih diucapkan kepada Tuan John anak Brodi


dan Puan Hamsiah bt Brodi atas penyampaian sijil
peserta sebentar tadi.

Penyampaian Penyampaian anugerah yang seterusnya adalah acara Abu


sijil peserta padang.
acara padang
Penyampai : Blaise Louis Lium Ketua Unit Kokurikulum

Diiringi : Joseph Sidemy anak Nyogia Jurulatih


Kokurikulum

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Blaise Louis Lium


dan Tuan Joseph Sidemy anak Nyogia atas
penyampaian sijil peserta sebentar tadi.

Persembahan Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


3 (Tarian seterusnya kita akan dihiburkan dengan persembahan
iThink) Tarian i-Think. Tarian ini dipersembahkan oleh Juara
Tarian Ithink anjuran Jawatankuasa KBAT dan
Ithink Sekolah. Tarian I think merupakan gabungan
senam aerobik dan 8 simbol peta pemikiran i think iaitu
peta bulatan, peta buih, peta buih berganda, peta
pokok, peta dakap,peta alir, peta pelbagai alir dan peta
titi yang digunakan dalam pembelajaran abad ke 21.
Tarian l-Think ini telah dijadikan gerak tari rasmi dalam
acara senamrobik l- Think di sekolah.

Untuk makluman semua, idea asal koreografi


persembahan tarian i-Think sebentar tadi adalah dicipta
oleh Encik Abdul Hadi bin Hj Meredan dan telah diolah
serta ditambah baik oleh Puan Siti Bahiah bt Fazi.

Penyampaian Penyampaian anugerah yang seterusnya adalah acara Ali


sijil peserta bercampur.
acara
bercampur
Penyampai : Blaise Louis Lium Ketua Unit Kokurikulum

Diiringi : Joseph Sidemy anak Nyogia Jurulatih


Kokurikulum

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Blaise Louis Lium


dan Tuan Joseph Sidemy anak Nyogia atas
penyampaian sijil peserta sebentar tadi.

Penutupan Seterusnya majlis dengan segala hormatnya menjemput Abu


dan mempersilakan semua hadirin berdiri dan
menyanyikan lagu Ibu Pertiwiku. Majlis mengucapkan
terima kasih atas nyanyian sebentar itu tadi. Hadirin
dipersilakan duduk. Dengan berakhirnya nyanyian itu tadi,
maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali
majlis mengundur diri. Ampun dan maaf sekiranya ada
terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami berbicara.
Terima kasih buat semua warga IPGKTAR, rakan- rakan
guru, orang perseorangan yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung bagi menjayakan Majlis perasmian
penutupan kejohanan olahraga IPGKTAR 2021 ini.
Kami juga merakamkan ucapan terima kasih kepada para
hadirin dan para pensyarah datang memeriahkan majlis.
Sekian,terima kasih. Majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai