Anda di halaman 1dari 12

SKRIP PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PENUTUP PROGRAM KENALI BUDAYA KITA SEKOLAH WAWASAN

TAHUN 2023

“KENALI BUDAYA KITA MEMBENTUK PERPADUAN KAUM”

SEKUEN PERKARA TINDAKAN


1 Majlis dengan sukacitanya mempersilakan para hadirin untuk mengambil tempat kerana majlis akan bermula Thiru
TAKLIMAT sebentar sahaja lagi.
Mohon perhatian.
Sebelum memulakan majlis, mohon kerjasama hadirin dan hadirat untuk mematuhi perkara-perkara berikut:
1. Mohon kerjasama hadirin dan hadirat untuk mematikan telefon bimbit atau menukar kepada mod senyap
bagi memastikan kelancaran majlis.
2. Hadirin diminta berdiri semasa perarakan masuk dif-dif kehormat, nyanyian lagu rasmi dan bacaan ikrar.
3. Hadirin diminta mengehadkan pergerakan semasa majlis berlangsung dan
Para hadirin diingatkan supaya tidak meninggalkan majlis sehingga tetamu kehormat beredar meninggalkan majlis.
2 Mengumumkan ketibaan : Siti
1. Yang Berbahagia
KETIBAAN VIP Puan Norfadzilah binti Rosdi, Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor
Pembangunan Murid Mewakili Yang Berbahagia Dr Jafri bin Abu, Pengarah Pendidikan, Jabatan
Pendidikan Negeri Selangor

2. Yang Berusaha Puan Hajjah Rohaida Bt Abd. Kadir, Timbalan Pengarah, Jabatan Perpaduan Negara Dan
Integrasi Nasional Negeri Selangor

Serta dif-dif kehormat masuk ke ruang legar.

Hadirin diminta berdiri.


3 *Nyanyian Lagu Negaraku & Negeri Selangor* Thiru
NYANYIAN
LAGU Seterusnya, marilah kita sama-sama melafazkan ikrar Rukun Negara yang akan diwakili oleh para pengawas dari
NEGARAKU & sekolah wawasan.
NEGERI
SELANGOR & Terima kasih diucapkan.
IKRAR

Hadirin dipersilakan duduk.

*********************************************************

Untuk makluman para hadirin, bacaan ikrar sebentar tadi telah dipimpin oleh adik Che Ku Af Faridshah Irfan bin
Che Ku Nizi dari Sekolah Kebangsaan Dato’ Onn Jaafar.

4 Dari Kedah ke Kuala Perlis, Thiru


PERSEMBAHAN Singgah bersantai di tepi jeti,
GENDANG Persembahan pembukaan memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Seterusnya,..marilah kita membuka tirai majlis kebudayaan ini dengan persembahan Gendang 24 Musim oleh
murid-murid SJKC Tun Tan Cheng Lock di bawah bimbingan Encik Ong Chee Hau.

Majlis mempersilakan!

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Kumpulan Gendang 24 musim atas persembahan yang begitu
memukau sebentar tadi.

Untuk pengetahuan para hadirin, Ensembel Gendang 24 musim ini terdiri daripada 24 buah gendang besar di mana
setiap gendang mewakili satu musim dalam 24 musim pertanian dalam kalendar Cina. Setiap musim tersebut juga
ditulis pada setiap gendang dengan menggunakan tulisan kaligrafi Cina.
5 Bismillahirahmanirrahim…. Siti
ALU-ALUAN
PENGACARA Yang Berbahagia,
Puan Norfadzilah binti Rosdi,
Ketua Penolong Pengarah,
Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid,
Mewakili
Dr Jafri bin Abu
Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Yang Berusaha
Puan Hajjah Rohaida Bt Abd. Kadir
Timbalan Pengarah
Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Selangor

Puan Dayangku Kamalia Bt Awangku Sulhi


Pegawai Perpaduan Daerah Petaling

Puan Wan Fauziah binti Wan Abdullah


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pembangunan Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana

Encik Khairul Anuar bin Abdul Azid,


Penolong Pengarah,
Unit Pembangunan Bakat Murid,
Sektor Pembangunan Murid,
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Encik Mohd Rais bin Zainal Abidin


Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
Unit Pembangunan Bakat Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana

Puan Yong Kim Fong


Guru Besar SJKC Tun Tan Cheng Lock
Merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Program Kenali Budaya Kita

Encik Abdul Rahim bin Shahuddin


Guru Besar SK Dato’ Onn Jaafar

Encik Johnson A/L A. Mathalamuthu


Guru Besar SJKT Tun Sambanthan

Barisan Pegawai-Pegawai Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Selangor

Barisan PIBG Sekolah Wawasan dan Lembaga Pengelola Sekolah SJKC Tun Tan Cheng Lock

Barisan Penolong-penolong Kanan Sekolah Wawasan

Guru-guru dan murid-murid Sekolah Wawasan yang disayangi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Dari Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, majlis berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-
alukan kehadiran sidang hadirin sekalian ke Program Kenali Budaya Kita tahun 2023 dengan motto “Kenali Budaya
Kita Membentuk Perpaduan Kaum”.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul
pada hari yang bersejarah dan bermakna ini bagi menjayakan majlis yang penuh bermakna ini.
6 Lebat kemiri pohonnya rendah, Thiru
BACAAN DOA Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Bagi memberkati majlis pada pagi yang indah ini, majlis mempersilakan Al Fadhil Ustaz Mohd Sahrunizam bin Zainal
Abidin.
dari SK Dato’ Onn Jaafar untuk memimpin bacaan doa, dengan segala hormatnya dipersilakan.

***********************************************************

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz Mohd Sahrunizam bin Zainal Abidin atas pimpinan
bacaan doa itu tadi.
7 Sudilah tuan jalan berlapan, Siti
UCAPAN ALUAN Jalan berlapan di malam kelam;
PENGARAH Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Yang Berusaha
Puan Hajjah Rohaida binti Abd Kadir
Timbalan Pengarah
Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Selangor

untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Hajjah Rohaida binti Abd Kadir atas ucapan
alu-aluan sebentar tadi.
8 Daun semulur di pekan sari Thiru
UCAPAN Batang jerami rebah ke bumi
PERASMIAN Madah dihulur sembah diberi
Kata perasmi hajatnya kami

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya mempersilakan,

Yang Berbahagia
Puan Norfadzilah binti Rosdi,
Ketua Penolong Pengarah,
Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid,
Mewakili
Dr Jafri bin Abu
Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

untuk naik ke pentas bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Penutupan Program Kenali
Budaya Kita bagi tahun 2023.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

********************************************************

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Puan Norfadzilah binti Rosdi. Mohon Yang Berbahagia kekal
berada di atas pentas bagi menyempurnakan gimik pelancaran.

9 Majlis dengan sukacita menjemput Yang Berusaha Puan Hajjah Rohaida binti Abd Kadir dan Yang Berusaha Puan Thiru
GIMIK Wan Fauziah binti Wan Abdullah serta barisan guru besar sekolah wawasan mengiringi Yang Berbahagia Puan
PELANCARAN Norfadzilah binti Rosdi,
bagi menyempurnakan gimik perasmian pada pagi ini.

**********************************************************

Hadirin dan hadirat sekalian,

Dengan berlangsungnya upacara memotong riben itu tadi, maka dengan ini rasmilah majlis penutup Program Kenali
Budaya Kita tahun 2023.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada


Yang Berbahagia Puan Norfadzilah binti Rosdi,
atas kesudian merasmikan penutupan Program Kenali Budaya Kita bagi tahun 2023 sebentar tadi.

Para hadirin yang dihormati,


Salah satu kunci utama dalam usaha memajukan konsep Malaysia MADANI yang diilhamkan oleh Datuk Seri Anwar
Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia adalah melalui sistem Pendidikan holistik.

Sehubungan dengan itu, kami percaya bahawa aktiviti yang mengintegrasikan kebudayaan yang diterapkan di
sekolah sepertimana yang telah dilaksanakan di Kompleks Sekolah Wawasan pada hari ini mampu melahirkan
generasi Anak Yang Baik lagi Cerdik yang dapat menghayati, menghargai nilai bersama dan menghormati perbezaan
kaum.

Ianya juga selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

Dengan berbekalkan semangat perpaduan, generasi muda bukan sahaja dapat menyumbang kepada pertumbuhan
ekonomi negara bahkan mampu menjadikan Malaysia lebih gah di persada dunia.

10 Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, Siti


PERSEMBAHAN
KOIR Bagi memeriahkan lagi majlis pada pagi ini marilah sama-sama kita saksikan persembahan koir dari gabungan
&
murid-murid sekolah wawasan.
PERSEMBAHAN
TARIAN SJKT
Persembahan koir selesai

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas persembahan sebentar tadi. Untuk
makluman tuan-tuan dan puan-puan, persembahan koir yang dianggotai oleh murid-murid sekolah wawasan
sebentar tadi telah dibimbing oleh beberapa orang guru penasihat iaitu Encik Nabil bin Rosdan dari SK Dato’ Onn
Jaafar, Puan Lim Bue Yan dari SJKC Tun Tan Cheng Lock dan Puan Ghantimathi dari SJKT Tun Sambanthan.
***********************************************************************************
Hadirin, majlis diteruskan lagi dengan Persembahan Kebudayaan dari SJKT Tun Sambathan. Kumpulan tarian yang
dibimbing oleh Encik Thiruselvan ini akan mempersembahkan tarian tradisional Masyarakat India bagi lagu
‘Sangamam’. Tanpa membuang masa, majlis mempersilakan!

***********************************************************************************
Ribuan terima kasih diucapkan kapada Kumpulan tarian SJKT Tun Sambathan atas persembahan yang begitu
menarik sebentar tadi!
Sebagai makluman kepada para hadirin, persembahan tarian sebentar tadi telah menggabungkan gaya tarian klasik
dan semi-klasik tarian tradisional Bharathanatyam yang berasal dari India dan telah pun wujud selama ribuan tahun
dahulu.

11 Tuan-tuan dan puan-puan, para hadirin yang dihormati sekalian. Thiru


PENYAMPAIAN
HADIAH Untuk makluman para tetamu, seawal pagi tadi, kita telah melaksanakan tiga pertandingan iaitu Pertandingan Koir,
(PERTANDINGAN Pertandingan Pameran Kebudayaan dan Pertandingan Eksplorasi Budaya menerusi pihak urusetia Program Kenali
KOIR, PAMERAN, Budaya Kita dari ketiga-tiga buah sekolah di kompleks sekolah wawasan.
EKSPLORASI)
Sebagai kesinambungan daripada pertandingan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan,

Yang Berbahagia
Puan Norfadzilah binti Rosdi,

dengan diiringi

Yang Berusaha
Puan Hajjah Rohaida binti Abd Kadir

dan

Puan Wan Fauziah binti Wan Abdullah

tampil ke pentas untuk menyempurnakan upacara penyampaian hadiah bagi para pemenang.

1. Pertandingan Koir
Tempat ke 3:
Naib Johan:
Johan:
2. Pertandingan Pameran Kebudayaan
Tempat ke 3:
Naib Johan:
Johan:

3. Eksplorasi Budaya Kita (Kategori Perempuan)


Tempat ke 5:
Tempat ke 4:
Tempat ke 3:
Naib Johan:
Johan:

4. Eksplorasi Budaya Kita (Kategori Lelaki)


Tempat ke 5:
Tempat ke 4:
Tempat ke 3:
Naib Johan:
Johan:

12 Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, Siti


PERSEMBAHAN
TARIAN LEMAK Bagi meneruskan lagi kemeriahan majlis pada pagi ini, marilah sama-sama kita saksikan Persembahan Kebudayaan
MANIS
dari SK Dato’ Onn Jaafar. Persembahan yang dibimbing oleh Puan Rofidah bt Zakaria ini akan menyajikan para
penonton dengan persembahan tarian lemak manis oleh adik-adik pra sekolah SK Dato Onn Jaafar! Tanpa
membuang masa, majlis mempersilakan!

*******************************************************************************

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kumpulan tarian SK Dato Onn Jaafar atas persembahan yang amat
menarik sebentar tadi. Tarian Lemak Manis tadi telah menampilkan gabungan beberapa jenis tarian Melayu
tradisional seperti Zapin, Joget dan Inang.
13 Kini, majlis diteruskan lagi dengan persembahan kebudayaan yang terakhir iaitu dari SJKC Tun Tan Cheng Lock. Siti
PERSEMBAHAN Kumpulan tarian di bawah bimbingan Cik Chia Ann Ching ini akan mempersembahkan tarian Masyarakat Cina iaitu
TARIAN KIPAS
Tarian Kipas. Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan!

************************************************************

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas persembahan memukau sebentar tadi!
Tarian kipas rakyat Cina itu tadi telah menampilkan keunikan, keindahan, kelembutan, dan kegembiraan yang
ditarikan dengan penuh penghayatan.

14 Hadirin sekalian, majlis akan diteruskan lagi dengan sesi penyampaian cenderahati kepada para tetamu kehormat Thiru
PENYAMPAIAN majlis kita pada hari ini.
CENDERAHATI
Untuk itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan barisan guru besar sekolah wawasan

Puan Yong Kim Fong


Guru Besar SJKC Tun Tan Cheng Lock
Merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Program Kenali Budaya Kita

Encik Abdul Rahim bin Shahuddin


Guru Besar SK Dato’ Onn Jaafar

Encik Johnson A/L A. Mathalamuthu


Guru Besar SJKT Tun Sambanthan

untuk tampil ke pentas.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

**************************************************************************************
Dipersilakan Encik Johnson A/L A. Mathalamuthu untuk menyampaikan cenderahati kepada
Puan Wan Fauziah binti Wan Abdullah
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Sektor Pembangunan Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana

Seterusnya, dipersilakan Encik Abdul Rahim bin Shahuddin untuk menyampaikan cenderahati kepada
Yang Berusaha
Puan Hajjah Rohaida binti Abd Kadir
Timbalan Pengarah
Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Selangor

Seterusnya, dipersilakan Pn. Yong Kim Fong untuk menyampaikan cenderahati kepada
Yang Berbahagia
Puan Norfadzilah binti Rosdi,
Ketua Penolong Pengarah,
Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid
Mewakili
Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

**************************************************************************************

Majlis diteruskan lagi dengan sesi penggambaran sebagai tanda kenang-kenangan.

Majlis merakamkan setinggi- tinggi penghargaan kepada barisan guru besar sekolah wawasan atas kesudian
menyampaikan cenderahati buat tetamu kehormat kita sebentar tadi.

Bersyukur Kini Kami Panjatkan


15 Selesai sudah majlis disempurnakan
JAMUAN MAKAN Sekalung Perhargaan Kami Hulurkan
Segulung Tahniah Kami Ucapkan

Hadirin dan Hadirat sekalian,


Majlis kita telah sampai ke penghujungnya. Pihak majlis sekali lagi merakamkan penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada, tetamu-tetamu kehormat, para penaja, penerima-penerima hadiah serta hadirin-hadirat sekalian,
atas kesudian memeriahkan Program Kenali Budaya Kita tahun 2023.

*********************(Thiru)*******************************************************

Gunung nan tinggi di balik awan


Bagai terlihat bintang bertamu
Sampai sini tuan dan puan
Ada hayat kita bertemu

Leka bersiap si anak dara


Teruna tekun memasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta

Hadirin dan Hadirat sekalian,


Majlis kita telah sampai ke penghujungnya.

Pihak majlis sekali lagi merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada, tetamu-tetamu kehormat, para
penaja, penerima-penerima hadiah serta hadirin-hadirat sekalian, atas kesudian memeriahkan Program Kenali
Budaya Kita tahun 2023.

******************************** (Siti)***************************************************

Kami bagi pihak penganjur majlis, memohon maaf seandainya terdapat sebarang kekurangan sepanjang kami
mengendalikan majlis ini.

Sekian, Wabillah hi taufiqwalhidayah was salammualaikum w.b.t dan Terima Kasih (Thiru)

Anda mungkin juga menyukai