Anda di halaman 1dari 9

SKRIP PENGACARA MAJLIS JAMUAN AMAL SAMBUTAN 20 TAHUN KVKS 2019

AGENDA SKRIP MC

1STANNOUCEM Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.


ENT
Para hadirin sekalian.

Majlis akan dimulakan sebentar lagi. Diminta para hadirin untuk


duduk di meja masing-masing.

Hadirin sekalian diminta menukarkan telefon bimbit anda ke mode


senyap sepanjang majlis berlansung.

Para hadirin diminta berdiri sebaik sahaja diumumkan ketibaan


tetamu kehormat.

Terima kasih.

* Para hadirin diminta untuk berdiri

*habis bunyi kompang


PERARAKAN *gamelan mula
MASUK VVIP
DAN VIP Mengumumkan perarakan masuk tetamu kehormat, Yang
Berbahagia, Tuan Dr Idris Bin Ahmad, Ahli Dewan Undangan
Negeri Ijok diiringi oleh Yang Berusaha Pn Noraini bt Ishak
pengarah Kolej Vokasional Kuala Selangor, dif-dif kehormat dan
para tetamu jemputan masuk ke dewan.

---------perarakan masuk ----------

* para hadirin diminta untuk berdiri


*para hadirin diminta untuk terus berdiri
NYANYIAN
LAGU Sidang hadirin sekalian, majlis akan dimulakan dengan nyanyian
lagu Negaraku

-----------------------nyanyian----------------------

Para hadirin dipersilakan duduk.

1
Untuk makluman para hadirin, alunan lagu gamelan yang
mengiringi kemasukan para tetamu kehormat itu tadi merupakan
paluan merdu dari kumpulan gamelan Kolej Vokasional Kuala
Selangor yang diberi nama Aluan Gangsa. Kumpulan Ga

UCAPAN ALU- Bismillahirahmanirahim,


ALUAN
PENGERUSI Yang Berbahagia,
MAJLIS TUAN DR IDRIS BIN AHMAD
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI IJOK

Yang Berbahagia,
PUAN JUWAIRIYA BINTI ZULKIFLI
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI BUKIT MELAWATI

Yang Dihormati
TUAN MOHD AZMIL BIN MISMAN
PEGAWAI PENYELARAS DEWAN NEGERI SELANGOR
SUNGAI BURONG

Yang berusaha,
PN NORAINI BT ISHAK
PENGARAH KOLEJ VOKASIONAL KUALA SELANGOR

Yang Dihormati,
ENCIK MOHD ASRA BIN RAHMAT
YDP PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KVKS

Pengarah - pengarah dan wakil Kolej Vokasional Zon Tengah,


Pengetua pengetua Sekolah Daerah Kuala Selangor,

Dif-dif jemputan, Ahli Jawatan Kuasa PIBG, ibu bapa,


Barisan pensyarah Kolej Vokasional Kuala Selangor,
dan seterusnya sidang hadirin yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera.

Dari Jauh tetamu tiba,


Datang bersama harapan menggunung,
Dewan Lestari menyambut mesra,
Semoga semua merasa disanjung

Saya bagi pihak majlis ,mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan


puan-puan sekalian ke Kolej Vokasional Kuala Selangor untuk
bersama-sama memeriahkan dan menjayakan Majlis Jamuan
Amal Sambutan 20 tahun KVKS dengan temanya
“Sayangmu Sejuta Erti, Budimu Sejuta Memori”

2
Setinggi – tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan
rahmat-Nya, upacara pada pagi ini dapat dilangsungkan.

Sesungguhnya Majlis Jamuan Amal ini adalah bermatlamat untuk


mengumpul dana bagi menaiktaraf bangunan dewan besar yang
semakin uzur dimamah usia demi menjaga kelangsungan
infrastruktur terbaik kolej ini. Setiap pembelian meja/kerusi
daripada jamuan amal ini merupakan sumbangan wakaf untuk
kami merealisasikan usaha menaiktaraf dewan besar kami yang
sudah lama tertangguh.

BACAAN DOA Garam ada kicap pun ada,


Sayang lada terlupa bagi,
Pantun ada ucapan ada,
Sayang terlupa membaca doa.

Bagi memberkati Majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama-
sama memohon keberkatan daripada Ilahi. Untuk itu, majlis
mempersilakan Ustaz Farihan Bin Jamingan untuk memimpin
bacaan doa.

Dengan penuh takzimnya, majlis mempersilakan.

...................... bacaan doa .............................

Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih


kepada Ustaz Farihan Bin Jamingan atas bacaan doa itu tadi.
Semoga kita semua sentiasa berada dalam limpahan kurnia
dan rahmat Allah SWT.

UCAPAN Hadirin sekalian,


PENGARAH
KVKS Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Meneruskan bingkisan, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan Yang Berusaha Puan Noraini Binti Ishak,
Pengarah Kolej Vokasional Kuala Selangor untuk
menyampaikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

3
--------------------ucapan-------------------

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pn.Noraini Bt Ishak di


atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan YDP Hadirin sekalian,


PIBG KVKS
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.

Kejayaan dan pencapaian kolej selama ini mendapat kerjasama


dan sokongan padu dari pertubuhan yg dinaungi oleh ibubapa
danpara pensyarah KVKS, dan pastinya ada titipan dan kata-kata
yang ingin dilafazkan oleh yang dipertuanya. Bagi tujuan ini, saya
mempersilakan Yang Dipertua PIBG Kolej Vokasional Kuala
Selangor, Encik Mohd Asra Bin Rahmat untuk menyampaikan
ucapan, dipersilakan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

------------------------ucapan-------------------------

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Mohd Asra Bin


Rahmat atas ucapan beliau.

Hadirin sekalian,
UCAPAN VVIP
DAN GIMIK Kalau tuan pikat kenari,
PERASMIAN Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan mandat diberi,
Mohon disempurnakan majlis kami.

Majlis dengan rasa bangga dan penuh hormatnya, menjemput


Yang Berbahagia, Tuan Dr. Idris Bin Ahmad untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis
Jamuan Amal Sambutan 20 tahun KVKS
.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

.............. ucapan perasmian ..............

Majlis menjemput para VVIP untuk hadir ke pentas bagi sama


sama menyertai upacara perasmian majlis ini.

4
Dijemput Yang Berbahagia Tuan Dr. Idris Bin Ahmad untuk
memotong kalungan bunga sebagai simbolik perasmian Majlis
Jamuan Amal Sambutan 20 tahun KVKS.

*(ketika ukiran naik) Untuk pengetahuan para hadirin, Ukiran buah


yang terletak di para tersebut merupakan hasil seni tangan
daripada Mohd Fuzaimy, Mohamad Akmal Daniel dan Nurliyana
Hanis, pelajar Tahun 2 Diploma Seni Kulinari.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan


kepada Yang Berbahagia, Tuan Dr. Idris Bin Ahmad atas
kesudian merasmikan majlis itu tadi.

Paluan gamelan bergema megah,


Pembakar semangat bangsa berhemat,
Upacara majlis rasmilah sudah,
Dirasmi oleh tetamu kehormat.

TAYANGAN Hadirin sekalian,


VIDEO
Majlis diteruskan lagi dengan tayangan video hasil ciptaan
daripada bekas pelajar Animasi 3D KVKS iaitu Muhamad Hafizam
Bin Jaafar, Muhamad Ahnaf bin Mohd Faidzul dan Mohammad
Syazwan Bin Ibrahim.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas para alumni kolej


yang telah menyumbang kepakaran mereka.
FOOD *start gamelan
PRESENTATIO *food presenter masuk
N
Pulut Kuning tradisi diraja,
Hidangan istimewa selera istana,
Kini dihidang untuk marhaen juga,
Tanda syukur tidak terhingga.

Para hadirin sekalian,

Pulut kuning yang dibawa masuk oleh para pelajar ini merupakan
simbolik tradisi masyarakat melayu yang digambarkan sebagai
hubungan akrab persaudaraan dan kemasyarakatan. Pulut kuning
juga digambarkan sebagai tanda kesyukuran, keberkahan dan
ucapan terima kasih tuan rumah kepada tetamu yang hadir.
*lagu gamelan stop dan disambung dikir puteri

5
DOA DAN Hadirin yang dihormati sekalian,
JEMPUT
MAKAN Sebelum kita semua memulakan santapan jamuan, eloklah jika
dimulakan dengan bacaan doa makan. Dengan ini majlis
menjemput Ustaz Farihan Bin Jamingan untuk membacaan doa.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan :

Amin Ya Rabbal Alamin.

Pulau pandan jauh ke tengah,


Gunung daik bercabang tiga,
Doa sudah ucapan pun sudah,
Tiba masa menjamu selera.

PERSEMBAHAN Hadirin yang dihormati,


SATU
Dari Kedah ke Kuala Perlis
Singgah bersantai di tepi jeti
Persembahan pembukaan memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur di hati.

Dengan ini, majlis diteruskan lagi dengan menjemput Puan Nor


Shafaainaa Pensyarah Bahasa Mandarin KVKS untuk
memepersembahkan sebuah lagu bertajuk Nirmala. Persembahan
beliau akan diiringi oleh kumpulan tarian Gemersik tari yang terdiri
daripada pelajar-pelajar Sijil Vokasional Malaysia KVKS.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

------------------------------persembahan----------------------------------

Demikian tadi persembahan mengasyikkan daripada Puan


Shafaainaa dan kumpulan Gemersik Tari Majlis merakamkan
ucapan ribuan terima kasih di atas persembahan itu tadi.

CABUTAN Para hadirin yang dihormati sekalian,


BERTUAH
Sorong papan tarik papan,
Makan keranji dalam perahu,
Yang sedang makan teruskan makan,
Yang dipanggil kepentas dahulu.

Majlis diteruskan lagi dengan sesi cabutan bertuah. Untuk


makluman para hadirin, nombor cabutan bertuah terletak di kad

6
yang diedarkan sewaktu pendaftaran. Diminta para hadirin untuk
membawa bersama nombor anda ketika mengambil hadiah.

Nombor-nombor bertuah ini telah dicabut terlebih dahulu oleh


Pengarah KVKS, Puan Noraini Binti Ishak.

Dimulakan dengan nombor bertuah pertama


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

PERSEMBAHAN Lagu Gamelan


GAMELAN
CABUTAN Hadirin sekalian,
BERTUAH 2
Majlis kembali dengan sesi cabutan bertuah yang kedua.

Nombor cabutan bertuah seterusnya ialah.


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
PERSEMBAHAN Hadirin sekalian,
2
Sebagai penyeri majlis kita pada hari ini, majlis ingin sekali lagi
menjemput Puan Shafaainaa yang akan berduet dengan Alia
Nabila Binti Ahmad Nawawi, Pelajar Diploma Pemasaran untuk
mendendangkan lagu Ya Maulai.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

----------------------------persembahan--------------------------------

Demikian tadi persembahan gandingan pelajar dan pensyarah


mendendangkan lagu merdu sebagai halwa telinga kita bersama.
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas persembahan

7
itu tadi.

PERSEMBAHAN Lagu Gamelan


GAMELAN
PERSEMBAHAN
3 Dari Madinah ke pengkalan Jeddah
Sarat bermuat buah pala
Berucap sudah makan pun sudah
Marilah kita berhibur pula

Majlis dengan ini mempersilakan para pelajar dari pusat tahfiz


Luqmanil Hakim untuk mendendangkan selawat dan zikir.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

-------------------------------------------persembahan-------------------------

Majlis merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada anak anak


tahfiz di atas persembahan itu tadi.

PENYAMPAIAN Hadirin yang dihormati,


CENDERAMATA
Sebagai tandamata atas kesudian Yang Berbahagia Tuan Dr.
Idris Bin Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri Ijok kerana
sudi hadir ke majlis pada hari ini. Pihak majlis dengan
sukacitanya menjemput Pn Hajah Noraini bt Ishak, pengarah
Kolej Vokasional Kuala Selangor untuk menyampaikan cenderahati
tanda kenang-kenangan. Majlis mempersilakan.

............. penyampaian CENDERAHATI ....................

Majlis sekali lagi merakamkan setinggi ucapan penghargaan dan


terima kasih buat Yang Berbahagia Tuan Dr. Idris Bin Ahmad.

MAJLIS Hadirin dan hadirat yang dihormati,


BERSURAI
Demikianlah tadi berakhirnya majlis kita pada hari ini.

Sekali lagi majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada


tetamu kehormat kita, Yang Berbahagia, serta dif-dif jemputan di
atas kesudian bersama-sama menyempurnakan majlis pada hari
ini.

Dan tidak ketinggalan juga, ucapan terima kasih ditujukan kepada


semua hadirin yang sudi hadir bagi meraikan majlis kami pada kali
ini.

8
Kalungan budi kepada semua pihak atas sokongan dan kerjasama
bagi menjayakan majlis yang bersejarah dan penuh gemilang ini
sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Delima selasih indah tersingkap


Hantaran bengkalis seri cahaya
Terima kasih tidak terungkap
Lantaran majlis lancar jaya.

Merdu bertingkah alunan suara


Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta..

Mewakili pihak jawatankuasa, kami selaku pengacara majlis pada


hari ini memohon ampun dan maaf atas segala kelemahan yang
berlaku semasa majlis ini berlangsung.

Burung tekukur terbang rendah,


Terbang bersama si burung murai,
Saat ini saat penyudah,
Tanda majlis melabuhkan tirai.

Kerjasama tuan puan sangat dihargai


Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga kita berjumpa lagi.

Sekian wbt Assalamualaikum wmthiwabarakatu

Anda mungkin juga menyukai