Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA

MAJLIS DIALOG PRESTASI UASA


SMK TUN ABDUL RAZAK
10 FEBRUARI 2023
CUE ANN. CATATAN

Dipersilakan tetamu-tetamu jemputan mengambil


tempat masing-masing di dalam dewan kerana
majlis kita akan bermula sebentar lagi.

Sidang hadirin sekalian, bagi melicinkan perjalanan


majlis pada hari ini, di sini dibacakan beberapa
pengumuman:

1. Pihak majlis memohon kerjasama para hadirin


agar dapat mematikan nada deringan telefon bimbit
masing-masing atau menukarkan kepada mod
PENGUMUMAN senyap.
AWAL KEPADA 2. Pihak majlis mengharapkan agar tetamu-tetamu
TETAMU yang hadir dapat memenuhkan ruangan tempat
duduk di bahagian hadapan terlebih dahulu, bagi
memudahkan kemasukan tetamu-tetamu yang akan
datang seterusnya.
3. sebagai langkah keselamatan, pintu keluar masuk
ada disediakan di sebelah kanan dan kiri dewan
sekirannya berlaku sebarang kecemasan
4. Pihak majlis juga mengharapkan agar para
tetamu dapat berdiri semasa pengumuman ketibaan
tetamu kehormat dan terus kekal berdiri untuk
sama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan Lagu
Kebesaran Negeri Perak sehingga tamat.

Pihak majlis mengucapkan terima kasih atas


perhatian dan kerjasama hadirin sekalian.

KETIBAAN PERASMI DAN VIP

KETIBAAN Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha VIP KEKAL


YANG En Khairul Azmi Bin Jait Pengetua SMK Tun BERDIRI
DIRAIKAN Abdul Razak
Serta Barisan Pentadbir masuk ke dalam dewan

LAGU KEBANGSAAN DAN PERAK


- Nyanyian Lagu Negaraku Dan
LAGU DI TEKNIKAL
- Lagu Kebesaran Negeri Perak
PASANG MAJLIS
-
Sidang Dewan Dipersilakan Duduk
SALUTASI

Bismillahirahmanirahim

Assalammualaikum W.B.T. Dan Salam Sejahtera.


Salam STARS Strive for Excellence
Salam Malaysia Madani TEKS
SALUTASI
Sayang selasih berisi minyak,
Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke majlis kami.

Yang berusaha, En Khairul Azmi Bin Jait


Pengetua SMK Tun Abdul Razak

Yang Dihormati, En Ariffin Bin Mahfooz (Sekiranya


Hadir)
Yang Dipertua PIBG SMK Tun Abdul Razak
SALUTASI
En Zulkefli Bin Talib, Penolong Kanan Pentadbiran
En Abdul Halim Bin Yassin Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid
Pn Rodziah Binti Abd Latif Penolong Kanan
Kokurikulum
En Mohamad Nazim Shah Bin Mohamed Nasir
Penolong Kanan Tingkatan Enam
Barisan Guru Kanan
Kaunselor Sekolah
Penyelaras Tingkatan 5 dan 4
Guru-Guru tingkatan 5 dan 4
Serta Murid-Murid yang dikasihi .

Sidang Dewan Yang Di kasihi


KATA-KATA
Daun layu di tengah gurun,
ALUAN
Nampak jalur pohon cemara,
PENGACARA
Tradisi Melayu turun temurun.
Pantun ditutur pembuka bicara.
Sirih pinang di dalam puan,
Buat santapan putera idaman,
Sebagai hidangan puteri rupawan,
Buat cicipan dagang dan taulan,

Selamat datang ke Majlis Dialog Prestasi


Tingkatan 4 dan 5
SMK Tun Abdul Razak Tahun 2023

Allah jua yang dipuji, dengan lidah dan hati, kerana


dengan limpah dan izin-Nya, membolehkan kita
berkumpul pada pagi yang berbahagia ini.
Dalam suasana ceria penuh harmoni, dari Dewan
Tun Abdul Razak, majlis berbesar hati
mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan-tuan
dan puan-puan ke majlis penuh bermakna pada hari
ini.

Sidang dewan yang dihormati,

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
.
Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh
bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah
tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh:
Al Fadil Ustaz Ahmad Firdaus Bin Abu Koshin.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
BACAAN DOA
………….Bacaan Doa…………………..…..

Amin amin Ya Rabbal Alamin.


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Ahmad Firdaus
Bin Abu Koshin atas bacaan doa itu tadi. Mudah-
mudahan kita diberi hidayah dan kekuatan untuk
melaksanakan majlis hari anugerah gemilang pada
tahun ini dengan jayanya
Sidang Dewan yang dikasihi,

Sudilah tuan jalan berlapan,


Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Usher
UCAPAN Pihak majlis dengan penuh takzimnya menjemput
pengiring
PENGETUA dan mempersilakan , Yang Berusaha En Khairul
Azmi Bin Jait Pengetua SMK Tun Abdul Razak
untuk menyampaikan ucapan, Majlis mempersilakan

- Ucapan Aluan Pengetua –

Majlis mengucapkan terima kasih kepada


En. Khairul Azmi Bin Jait atas rangkaian ucapan
alu-aluan yang penuh bermakna sebentar tadi.

ANUGERAH SEKOLAH (4A KE ATAS) UASA


Berkebaya batik berwarna merah,
Diserikan dengan permata berlian;
Tibalah masa penyampaian anugerah,
Penerima teruja menunggu giliran
Sidang Dewan yang dimuliakan,
Sebagai pembuka acara penyampaian anugerah
pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya
menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha En
Khairul Azmi Bin Jait Pengetua SMK Tun Abdul
Razak diiringi oleh En Zulkifle Bin Talib Penolong
PENYAMPAIAN Kanan Pentadbiran bagi menyampaikan anugerah.
HADIAH Dipersilakan.
(Rujuk senarai nama penerima hadiah)
ANUGERAH SEKOLAH 4A KE ATAS UJIAN TINGKATAN 4
TINGKATAN 5
AKHIR SESI AKADEMIK NAIK
ANUGERAH GALAKAN KE ATAS PERCUBAAN BERSAMA
PENJAGA
SPM 2022/2023 MURID KEKAL
----------------(PENYAMPAIAN HADIAH)---------------- DI PENTAS
SETERUSNYA
SESI
BERGAMBAR
---------------(SESI BERGAMBAR)---------------- BERSAMA
PENTADBIR
Intai padi antara tampak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Marilah kita bersama-sama merakamkan kenangan


dengan sesi bergambar yang diadakan oleh pihak
majlis. Dengan itu majlis menjemput semua barisan
pentadbir untuk sesi bergambar bersama penerima
anugerah.

Sidang Dewan yang dikasihi

Terbang tinggi si burung helang,


Berkicau kenari sambil berterbangan;
Insan cemerlang negara terbilang,
Bakat diserlah tanda kecemerlangan.

Agenda seterusnya pada pagi ini adalah sesi dialog IBU BAPA KE
SESI DIALOG ibu bapa dan penjaga bersama para guru kelas. MEJA GURU
PRESTASI Dalam sesi ini, tuan puan akan menerima keputusan KELAS
Ujian Akhir Sesi Akademik dan Percubaan SPM
2022. Selepas itu, tuan-tuan dan puan puan boleh
bertanya tentang prestasi dan sahsiah anak tuan
puan kepada guru kelas anak tuan puan. Sebarang
cadangan dan pandangan waris penjaga amat dialu-
alukan untuk kebaikan bersama,

Buah selasih buah kelubi


Di dalam dulang hidangan pagi
Terima kasih daun keladi
Bila diundang datanglah lagi.

Saya selaku wakil pihak majlis dengan takzimnya


menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf
sekiranya terdapat sebarang khilaf tanpa sedar
PENUTUP sepanjang saya mengendalikan rostrum
pengacaraan pada hari ini. Sesungguhnya yang
baik itu datangnya daripada Allah S.W.T, yang
kurang itu datangnya daripada kelemahan diri saya
sendiri.

Sekian Wabillahitaufik wal hidayah


wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai