Anda di halaman 1dari 9

SMK TUN ABDUL RAZAK

TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI 2022/2023


Tarikh : 7 Januari 2023
Masa : 10.00 – 1.00
Tempat : Istana Raja Sehari Sabak Bernam
Masa CUE ANN 1
9.30 Para hadirin ** TAKLIMAT RINGKAS PROGRAM **
pagi mengambil tempat

• PASTIKAN H/PHONE ” MODE SENYAP ”

Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan


puan-puan serta hadirin sekalian, diminta mengambil tempat di
dalam dewan.Bagi melancarkan perjalanan majlis tuan-tuan
dan puan-puan diingatkan supaya mematikan telefon bimbit
atau menetapkannya kepada mod senyap. Izinkan kami
mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.

Masa CUE ANN 2


Mengumumkan perarakan masuk murid SMK Tun Abdul
10.00 PERARAKAN
Razak, guru kelas tingkatan 5 sesi 2022 diikuti oleh Yang
pagi
MASUK KE
Berusaha EN KHAIRUL AZMI BIN JAIT, PENGETUA SMK
DALAM DEWAN
TUN ABDUL RAZAK bersama-sama barisan pentadbir SMK
(MUZIK Tun Abdul Razak
GAMELAN)

Masa CUE ANN 3


10.05 Apabila Yang CANTIK JELITA TUAN PUTERI,
pagi Berbahagia serta DUDUK BERSIMPUH DI SINGGAHSANA;
para hadirin telah MAJLIS GRADUASI SAMBUTAN DIRAI,
mengambil tempat
MENJADI KENANGAN PENUH BERMAKNA.
duduk.

KATA ALU- Bismillahirrahmanirrahim.


ALUAN Yang Berusaha EN KHAIRUL AZMI BIN JAIT, Pengetua Smk
Tun Abdul Razak
En Zulkefli Bin Talib, Penolong Kanan Pentadbiran
En Abdul Halim Bin Yassin Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Pn Rodziah Binti Abd Latif Penolong Kanan Kokurikulum
En Mohamad Nazim Shah Bin Mohamed Nasir Penolong
Kanan Tingkatan Enam
En Wan Anuar Bin Wan Mohamad Penolong Kanan Petang
Barisan Guru Kanan
Kaunselor Sekolah
Penyelaras Tingkatan 5
Guru-Guru tingkatan 5 Serta Murid-Murid Tingkatan Lima Yang
Diraikan.

Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera Dan Salam


Perpaduan
Syukur Alhamdulillah, dipanjatkan kepada Allah SWT kerana
dengan limpah kurnia dan izinnya, dapat Kita Bersama-Sama
Berkumpul Di Dalam Dewan Yang Indah Ini Bagi Meraikan
Majlis Graduasi Murid Tingkatan Lima Smk Tun Abdul
Razak Tahun 2022
Sesungguhnya majlis graduasi pada hari ini merupakan
upacara kemuncak yang pasti akan menjadi detik bersejarah
dan sering dinanti-nantikan oleh setiap murid tingkatan 5
Majlis Graduasi Ini Diraikan Khusus Untuk Putera dan Puteri
SMK Tun Abdul Razak Sebagai Perangsang Kepada Mereka
Untuk Mencapai Kejayaan Dalam Segala Bidang Yang Bakal
Diceburi. Diharapkan Majlis Yang Penuh Bermakna Ini Dapat
Menyuntik Semangat Semua Murid Untuk Mencapai Kejayaan
Yang Cemerlang Dalam Peperiksaan Spm Dan Pastinya
Memberikan Kenangan Indah Kepada Semua Murid.

Masa CUE ANN 4


10.15 Bacaan doa. Terbang Rendah Si Burung Puyuh,
pagi
Mencari Makan Di Pohon Nipah;
Tangan Menyusun Jemari Sepuluh,
Dipanjatkan Doa Mohon Barakah.

Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang,


marilah kita sama-sama bermunajat, menadah tangan
memohon taufik dan hidayah agar majlis kita pada hari ini
diberkati dan dirahmati.
Dengan segala hormatnya dipersilakan USTAZ AHMAD
FIRDAUS BIN ABU KOSHIN bagi memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

*** DOA ***


Selepas bacaan
doa.
Amin amin ya rabbal alamin.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada USTAZ
AHMAD FIRDAUS BIN ABU KOSHIN atas bacaan doa itu tadi.

Masa CUE ANN 5


Bagi meneruskan acara, majlis mempersilakan
SAUDARI HANANI ATIRAH BINTI HOLILI , ketua murid SMK
10.20 Ucapan Ketua
Pagi Murid Tun Abdul Razak untuk mengungkap bicara.Dipersilakan.

*** UCAPAN KETUA MURID ***

Selepas ucapan
ketua Murid Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada SAUDARI
HANANI ATIRAH BINTI HOLILI atas ucapan itu tadi.

Segar Pepohon Di Pagi Hari,


Embun Menitis Membasahi Bumi ;
Madah Dihulur Sembah Diberi,
Kata Perangsang Hajatnya Kami.

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya memjemput dan


10.30 mempersilakan YANG BERUSAHA EN KHAIRUL AZMI BIN
Pagi
Ucapan Pengetua JAIT , Pengetua Smk Tun Abdul Razak untuk menyampaikan
ucapan .
Dengan Segala Hormatnya Dipersilakan.

*** UCAPAN PENGETUA ***


Selepas ucapan
pengetua Majlis Merakamkan Setinggi-Tinggi Terima Kasih Kepada
YANG BERUSAHA EN KHAIRUL AZMI BIN JAIT Atas Ucapan
Sebentar Tadi. Mohon Tuan Pengetua Kekal Di Pentas.
PENYAMPAIAN Seterusnya majlis penyampaian hadiah pakaian tercantik bagi
HADIAH
murid tingkatan 5 bagi kategori lelaki dan permpuan.
PAKAIAN

Majlis menjemput dan mempersilakan EN KHAIRUL AZMI BIN


JAIT untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang.

*** KATEGORI LELAKI***

***KATEGORI PEREMPUAN***

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada tuan pengetua.

*** JAMUAN MAKAN***


Hadirin Yang Dihormati Sekalian,

Datang Dari Kuala Kedah,


Manis Rasanya Buah Bidara ;
Juadah Istimewa Terhidang Sudah,
Marilah Kita Menjamu Selera.

Seterusnya pihak majlis menjemput dan mempersilakan semua


tetamu untuk menjamu selera.

Masa CUE ANN 6


Yang Berusaha, Tuan-tuan dan Puan-Puan hadirin dan hadirat
yang dihormati sekalian,
11.00
PAGI Majlis mohon izin laluan, kepada para murid tingkatan 5
SIDANG 1 beratur untuk sesi penyampaian sijil dan cenderamata

Seterusnya, majlis menjemput dan mempersilakan EN ABDUL


HALIM BIN YASIN PENOLONG KANAN HAL EHWAL
MURID, untuk memulakan pengisytiharan graduasi pada hari
ini. dipersilakan tuan. (para graduan sudah bersedia berdiri
dalam barisan).

(PENGISYTIHARAN PENGANUGERAHAN SIJIL GRADUASI


SIDANG 1: OLEH PENGETUA) KELAS 5SV, 5 MM, 5RGD.
Untuk menyempurnakannya, majlis dengan penuh
takzim menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha
EN KHAIRUL AZMI BIN JAIT untuk menyampaikan sijil
graduasi kepada para murid tingkatan 5 bagi tahun 2022.
Dipersilakan.

Mendahului senarai penerima sijil graduasi bagi tingkatan 5


Seni Visual, Dipersilakan

(RUJUK LAMPIRAN)

Mendahului senarai penerima sijil graduasi bagi tingkatan 5


Multimedia, Dipersilakan

(RUJUK LAMPIRAN)

Mendahului senarai penerima sijil graduasi bagi tingkatan 5


Reka Grafik Digital, Dipersilakan

(RUJUK LAMPIRAN)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas atas kesudian


menyempurnakan penyampaian sijil tadi.

Masa CUE ANN 7


Sidang Hadirin Yang Dihormati,

PERSEMBAHAN Kita berehat seketika untuk memberi laluan kepada


persembahan para pelajar SMK Hulu Kelang.

Dengan ini, majlis mempersilakan MUHAMMAD DANISH BIN


KHAIRULNIZAM dari kelas 5 Multimedia yang akan
mendendangkan sebuah lagu berjudul Salju Di Danau Rindu.
Dipersilakan.

Demikianlah persembahan lagu Salju Di Danau Rindu.


dendangan MUHAMMAD DANISH BIN KHAIRULNIZAM dari kelas
5 Multimedia. Terima kasih diucapkan.
Masa CUE ANN 8
Sidang Dewan Yang Dikasihi

Pentas Anugerah Terhias Indah,

SIDANG 2 Menanti Graduan Segak Dan Tampan,


Berjubah Kemas Senyum Tak Sudah,
Berdiri Gagah Mara Ke Hadapan.

Beralih kita ke acara seterusnya iaitu penyampaian sijil


graduasi tingkatan 5 SIDANG 2

Majlis dengan ini mempersilakan EN ZULKIFLE BIN TALIB


PENOLONG KANAN PENTADBIRAN untuk memulakan
pengisytiharan graduasi bagi para pelajar tingkatan 5 2022.
Dipersilakan Tuan.

ULASAN: majlis merakamkan jutaan terima kasih atas


pengisytiharan graduasi tingkatan 5 itu tadi.

(PENGISYTIHARAN PENGANUGERAHAN SIJIL GRADUASI


SIDANG 2: OLEH PKP)

Untuk menyempurnakannya, majlis dengan penuh takzim


menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha EN KHAIRUL
AZMI BIN JAIT untuk menyampaikan sijil graduasi kepada
para murid tingkatan 5 bagi tahun 2022. Dipersilakan.

(PASTIKAN PARA PELAJAR SIAP BERATUR)

Bicara bukan sebarang bicara


Bicara beralun santapan puisi
Gembira bukan sebarang gembira
Gembira menyambut hari graduasi,
Salam pembuka dihulur sudah,
Ayuh segera ke sidang kedua.
Mendahului senarai penerima sijil bagi para pelajar tingkatan 5
EKONOMI bagi tahun 2022 , dipersilakan saudara / saudari:

(RUJUK LAMPIRAN: SENARAI NAMA)

Mendahului senarai penerima sijil graduasi bagi tingkatan 5


SAINS, Dipersilakan

(RUJUK LAMPIRAN)

Mendahului senarai penerima sijil graduasi bagi tingkatan 5


KAA, Dipersilakan

(RUJUK LAMPIRAN)

Demikianlah tadi berakhirnya penyampaian sijil graduasi


tingkatan 5 yang telah disempurnakan oleh Yang
Berusaha EN KHAIRUL AZMI BIN JAIT

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih atas kesudian Tuan Pengetua
menyempurnakan penyampaian sijil-sijil itu tadi.

Masa CUE ANN 9


Hadirin Dan Hadirat Yang Dikasihi Sekalian,

Sebagai tanda penghargaan kepada guru tingkatan 5


PENYAMPAIA
CENDERAMATA yang berusaha mendidik mereka dan sudi hadir dalam
KEPADA GURU
TINGKATAN 5
Majlis Graduasi pada tahun ini, pihak majlis ingin
memberi penghargaan kepada semua pendidik, dengan
itu Dipersilakan Tuan Pengetua En Khairul Azmi Bin
Jait diiringi oleh En Zulkefli Bin Talib Penolong kanan
Pentadbiran untuk menyampaikan cenderamata kepada
guru. Dipersilakan
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian
tuan pengetua menyempurnakan penyampaian
cenderamata itu tadi.

Masa CUE ANN 10


Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan dengan sesi fotografi Majlis Graduasi


SESI FOTOGAFI 2022. Dengan ini, dipersilakan para murid tingkatan 5
naik ke pentas utama dengan guru-guru tingkatan 5
untuk menyempurnakan sesi fotografi bersama-sama
dengan barisan pentadbir. Dipersilakan.

Demikianlah tadi berakhirnya sesi fotografi Majlis


Graduasi 2022. Sebagai tanda selesailah sudah Majlis
Graduasi bagi tahun 2022

Masa CUE ANN 11


Hadirin yang dihormati sekalian,

PENUTUP Umpama memanjat dah sampai ke puncak,


Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Dalam pada itu, patut pula kami sampaikan

Manusia mengandung salah


Mengandung cacat cela
Kalau kami tersalah cakap
Kalau kami patut tak dipatutkan
Kami mohon ampun
Kami susun jari nan sepuluh

Kami sudahi majlis ini dengan. Wabillah hi taufiq wal


hidayah. Assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai