Anda di halaman 1dari 9

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN


PEJABAT PENDIDIKANAN DAERAH KOTA SETAR 2023

TARIKH : 3 NOVEMBER 2023 ( AHAD )


MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN PERMATA MINDA, PPD KOTA SETAR

Perasmian Oleh : Tuan Haji Wan Khalim bin Ahmad


Pegawai Pendidikan
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar
CUE ANN EMCEE

Pengumuman [PENGUMUMAN SEBELUM MAJLIS BERMULA]


Umum
‘HOUSEKEEPING’

ASSALAMUALAIKUM WBT.

HADIRIN YANG DIRAHMATI ALLAH


SEKALIAN,

BERIKUT PENGUMUMAN DAN MAKLUMAN


PENTING UNTUK PERHATIAN HADIRIN
SEKALIAN SEPANJANG MAJLIS INI
BERLANGSUNG :

1. MOHON KEPADA SEMUA HADIRIN YANG


TELAH MEMBUAT PENDAFTARAN, BOLEH
TERUS MASUK KE DEWAN

2. MOHON KEPADA SEMUA HADIRIN YANG


MASIH BERADA DI LUAR DEWAN,
BOLEHLAH MEMASUKI DEWAN DAN
MEMENUHI RUANG YANG MASIH
KOSONG DI HADAPAN.

3. MAJLIS JUGA MEMOHON AGAR HADIRIN


BERADA DI TEMPAT DUDUK DAN TIDAK
MENINGGALKAN DEWAN SEBELUM
MAJLIS SELESAI. KECUALI KEADAAN
TIDAK MENGIZINKAN.
4. BAGI MEMASTIKAN MAJLIS BERJALAN
DENGAN LANCAR, HADIRIN DIINGATKAN
AGAR MEMATIKAN ATAU MEMASTIKAN
TELEFON BIMBIT BERADA DALAM
PENGATURCARAAN SENYAP SEPANJANG
MAJLIS INI BERLANGSUNG.

5. DAN YANG TERAKHIR, MOHON JASA


BAIK HADIRIN SEKALIAN, SUPAYA
BERSAMA-SAMA BERDIRI SEBAIK
SAHAJA PENGUMUMAN KETIBAAN
TETAMU KEHORMAT DIBUAT.

KERJASAMA DARIPADA PARA HADIRIN


AMATLAH DIHARGAI.

KETIBAA Mengumumkan ketibaan / Yang Berusaha / Tuan Haji


N Wan Khalim bin Ahmad / Pegawai Pendidikan Daerah /
KPPD Pejabat/ Pendidikan Daerah Kota Setar /

Diringi / dhif-dhif terhormat / masuk ke dewan.

Nyanyian Lagu Para hadirin / diminta untuk terus berdiri / untuk /


Negaraku & nyanyian Lagu Negaraku dan nyanyian lagu PPD
Lagu PPD Kota Setar.
Kota Setar & Seterusnya bacaan ikrar….. Majlis mempersilakan
Ikrar Rukun ustaz Mohammad Hafiz bin Zakaria untuk mengetuai
Negara bacaan Ikrar dipersilakan.

selesai Nyanyian & Ikrar


Dijemput dhif-dhif terhormat dan hadirin mengambil
tempat.

SOLUTASI Indah berbalam si awan petang, Berarak di


celah pepohon ara; Pemanis kalam selamat
datang, Awal bismillah pembuka bicara.

BISMILAHIRAHMANIRAHIM

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI
WABARATUH / SALAM SEJAHTERA / DAN
SALAM / MALAYSIA MADANI/

Yang Berusaha
Tuan Haji Wan Khalim bin Ahmad Pegawai
Pendidikan
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar

Yang Berusaha
Tuan Haji Abd. Aziz bin Mohamad Noh
Timbalan PPD, Sektor Perancangan

Yang Berusaha
Tuan Haji Ishak bin Awang
Timbalan PPD, Sektor Pembelajaran

Yang Berusaha
En. A. Saiful Azman bin Aziz
Timbalan PPD, Sektor Pengurusan Sekolah

Yang Berusaha
Ustaz Dziauddin bin Saad
Timbalan PPD, Sektor Pembangunan Murid.
Yang Berusaha
Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Daerah Kota Setar
dan wakil

Yang berusaha
Guru Besar-guru besar Sekolah Rendah Daerah Kota
Setar dan wakil

Penolong-penolong pegawai, Pejabat Pendidikan Daerah


Kota Setar dan staf AKP

Dan seterusnya
Para Hadirin yang dikasihi sekalian.

Selamat Datang ke Majlis / Perhimpunan Bulanan /


Pejabat Pendidikan / Daerah Kota Setar / Tahun 2023
BACAAN DOA Petik Kenanga indah disemat, Gubahan di
olah bawa berangkat, Bersama kita
memohon rahmat, Moga majlis mendapat
berkat,

Bagi memberkati majlis, marilah kita bersama-sama


/menadah tangan mengaminkan bacaan doa / memohon
keberkatan / Oleh itu / majlis dengan ini / mempersilakan
/ Al-Fadhil Ustaz Mohd Firdaus bin Ishak / untuk
memimpin / bacaan doa.

Dipersilakan.

selesai Bacaan Doa

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan / ucapan terima kasih


/kepada Al-Fadhil / Ustaz Mohd Firdaus bin Ishak atas
pimpinan doa itu tadi.

ALUAN Alhamdulillah /setinggi-tinggi kesyukuran


MAJLIS /dipanjatkan / ke hadrat Allah s.w.t / kerana dengan
limpah perkenan / dan kurniaNya / kita dapat berhimpun
/ untuk sama-sama / menjayakan / MAJLIS
PERHIMPUNAN BULANAN / PEJABAT
PENDIDIKAN / DAERAH KOTA SETAR / TAHUN
2023.

Majlis berbesar hati / merungkai ucapan setinggi-


tinggi penghargaan / dan ribuan terima kasih kepada

Yang Berusaha Tuan Haji Wan Khalim bin Ahmad


Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar

Timbalan-timbalan PPD, Tuan Pengetua/Guru Besar yang


dapat meluangkan masa / dalam / majlis kita pada hari ini.
Tidak dilupakan juga / majlis / mengalu- alukan /
kehadiran para jemputan.

UCAPAN Sidang hadirin sekalian,


TUAN PPD
Adat berbahasa menyampaikan pesan, Adat upacara
menyampaikan ucapan,

Tanpa membuang masa / majlis diteruskan / dengan


menjemput / dan mempersilakan

Yang berusaha,
Tuan Haji Wan Khalim bin Ahmad Pegawai
Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar untuk
memberikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan.

*UCAPAN

Ucapan aluan pembuka acara, Salam diberi tetamu


dimulia, Ucapan Tuan tersirat makna, Dalam hati tersemat
setia
Majlis merakamkan / ucapan terima kasih / Kepada

Yang berusaha,
Tuan Haji Wan Khalim bin Ahmad / atas ucapan / yang
telah disampaikan / sebentar tadi.

Sidang Hadirin sekalian,

PENYAMPAIA Terbang di awan burung jentayu,


N SIJIL DAN Kerana penat gugur ke bumi;
CENDARAMAT Tampillah tuan kami merayu,
A Untuk sampaikan sijil dan cenderahati.
OLEH TUAN
PPD Bagi menyempurnakan acara seterusnya majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan
Yang Berusaha Tuan Haji Wan Khalim bin Ahmad ,
Pegawai Pendidikan Daerah ,
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar
diiringi oleh Tuan Haji Abd. Aziz bin Mohamad Noh
Timbalan PPD, Sektor Perancangan bagi menyampaikan
sijil dan cenderamata kepada para penerima.

Dipersilakan.

# senarai penerima

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih


kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Wan Khalim bin Ahmad di
atas kesudian menyampaikan sijil kepada penerima.
Terima kasih tuan.

Hadirin Sekalian, dengan sempurnanya


penyampaian itu tadi, maka sempurnalah
majlis kita pada hari ini..’
TAMAT
MAJLIS ‘..Inilah yang dikatakan

ibarat menanam sudah dituai, ibarat


musafir sudah sampai,

umpama belayar telah sampai ke pelabuhan,


umpama berjalan telah sampai ke destinasi..’
Kami bagi pihak urusetia majlis perhimpunan bulanan
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar mengucapkan
terima kasih kepada semua tetamu kehormat dan para
hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama
memeriahkan majlis pada hari ini.

‘..Bagi pihak majlis, kami ingin memohon


kemaafan sekiranya terdapat kekurangan
dan keterlajuran disepanjang majlis ini
berlangsung..’

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq


walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa
Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai