Anda di halaman 1dari 3

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar


Lebuhraya Sultanah Bahiyah
05350 Alor Setar NO.TELEFON : 04-7403000
NO.FAX : 04-7403046
Kedah Darul Aman E-MEL : adminppdks@moe.gov.my
_

Ruj. Kami : PPDKS.500-5/1/2( )


Tarikh : 16 Jun 2022

Unit Pentadbiran
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah,
Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium,
05604 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.

Tuan,

PERMOHONAN MEGGUNAKAN KENDERAAN (BAS) BAGI KUNJUNGAN PERKONGSIAN


AMALAN TERBAIK BAWAH PROGRAM TRANFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA, DAERAH KOTA SETAR KE PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BARAT
DAYA, PULAU PINANG.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar akan mengadakan
lawatan amalan terbaik di bawah Program Tranformasi Sekolah (TS25) Kohot-6 seperti ketetapan
berikut :

Tarikh : 30 Jun 2022 ( Khamis )


Masa : 7.00 Pagi Hingga 7.00 Malam
Tempat : 1) SK Bayan Baru
2) SMK Teluk Kumbar

3. Sehubungan itu, Pejabat ini memohon jasa baik tuan untuk memberi kebenaran menggunakan
kenderaan (bas) beserta pemandu dari Kolej Sultan Abdul Hamid untuk kegunaan peserta lawatan seramai
40 orang. Bersama-sama ini disertakan aturcara untuk perhatian dan tindakan tuan selanjutnya. Sebarang
pertanyaan berkenaan perkara ini boleh diajukan kepada : Encik Izuan bin Md Isa, Sektor Pengurusan
Sekolah , PPD Kota Setar di talian 019-5257770.

Sekian, terima kasih,

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

(HAJI ISHAK BIN ZULKIFLI)


Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar

sk : Pengetua
Kolej Sultan Abdul Hamid

TENTATIF PROGRAM

7.00 pagi : Berkumpul di PPD Kota Setar


7.30 pagi : Bertolak ke PPD Barat Daya, Pulau Pinang
10.00 pagi : Lawatan ke Sekolah Rendah Bayan Baru
Perkongsian Amalan Terbaik 1

12.30 tengahari : Lawatan ke SMK Teluk Bahang


Perkongsian Amalan Terbaik 2

5.00 petang : Bertolak pulang

Anda mungkin juga menyukai