Anda di halaman 1dari 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang


Telefon : 04-657 5500
Jalan Bukit Gambir Faks : 04-658 2500
11700 Pulau Pinang Laman Web : http://jpnpp.moe.gov.my

Rujukan Kami : JPNPP.600-2/1/43( 14


Tarikh : 01 Ogos 2022

Pengetua Dan Guru Besar


Sekolah Menengah & Rendah Negeri Pulau Pinang

Tuan,

PELAKSANAAN PELAPORAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) BAGI SESI AKADEMIK


TAHUN 2022/2023

Dengan hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan tanggungjawab pihak sekolah berkenaan pelaksanaan pelaporan


perkembangan PBD murid sekurang-kurangnya dua kali setahun.. Semua sekolah rendah dan
menengah diminta untuk melengkapkan Tahap Penguasaan (TP) dan ulasan guru di dalam templat
perekodan offline yang boleh dimuat turun dari portal Sahagian Pembangunan Kurikulum (BPK).

3. Pelaporan PBD Pertengahan Tahun adalah pada bulan September 2022 dan Pelaporan
PBD Akhir Tahun adalah pada bulan Februari 2023. Pelaporan PBD ini melibatkan semua
murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Sehubungan itu, pihak sekolah perlu mengambil tindakan
berkaitan urusan Pelaporan PBD Pertengahan Tahun pada atau sebelum 30 September 2022
(Jumaat) dan Pelaporan PBD Akhir Tahun sebelum atau pada 17 Februari 2023 (Jumaat).

4. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas, sila hubungi pegawai meja PBD di Pejabat
Pendidikan Daerah masing-masing. Kerjasama pihak tuan amat dihargai dan diucapkan ribuan
terima kasih.

Sekian.

"PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"


"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan a ah,

(HAJI ROLAN��&L.,t:,,.....,.._--1IN ABU HASSAN B.C.N.)


Timbalan Pe ah Pendidikan
Sektor Pem el
b.p.: Pengar endidikan
Jabatan Pendid kan Negeri Pulau Pinang

s.k.:
i. Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang
ii. PPD Timut Laut
iii. PPD Barat Daya
iv. PPD SP Utara
v. PPD SP Tengah
vi. PPD SP Selatan

Anda mungkin juga menyukai