Anda di halaman 1dari 7

KEMENTERJAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Jabacan Pendidikan Negeri Pahan g


Bandar Indera Mahkota Tel : 09-5715700
25604 Kuantan Faks : 09-5734857
Pahang Darul Makmur Laman Web : jpnpahang.moe.gov.my

Ruj. Kami : JPNP.SPS.100-1/9/2 JLD 2(40)


Tarikh 11 September 2023
25 Safar 1445H

SEMUA
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

Tuan,

PEMAKLUMAN PEMBUKAAN MODUL eDAFTAR MENENGAH PENEMPATAN


MURID TAHUN 6 KALENDAR AKADEMIK SESI 2023/2024 KE TINGKATAN
SATU / KELAS PERALIHAN BAGI KALENDAR AKADEMIK SESI 2024/2025

Dengan segala hormatnya saya diarahkan merujuk perkara di atas dan surat
KPM.800-1/1/21 (5) bertarikh 18 Ogos 2023 adalah berkaitan.

2. Penempatan murid ke Tingkatan 1 / kelas peralihan bagi kalendar akademik


sesi 2024/2025 diurus oleh jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan
daerah (PPD) dan sekolah dengan menggunakan eDaftar Menengah di Modul
Pengurusan Murid Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) melalui laman sesawang
https://idme.moe.gov.my.

3. Sehubungan dengan itu, pendaftaran murid Tahun 6 kalendar akademik sesi


2023/2024 ke Tingkatan 1 / kelas peralihan bagi kalendar akademik sesi 2024/2025
akan dibuka melalui modul di laman sesawang berkenaan bermula pada 1
November 2023.

4. Bersama-sama ini disertakan sesalinan surat berkenaan untuk tindakan pihak


tuan selanjutnya. Kerjasama tuan dipohon agar dapat memanjangkan perkara
tersebut kepada semua sekolah menengah dan rendah di bawah pentadbiran tuan.
Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Encik Ahmad Farizan Bin Bahaman
(Unit Menengah & Tingkatan 6) di talian 09-5715755.

Kerjasama dan keprihatinan tuan dalam perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai