Anda di halaman 1dari 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA MUDA/YAN


JALAN BADLISHAH
TELEFON: 04-4212370
08000 SUNGAI PETANI FAX: 04-4235645
KEDAH DARUL AMAN Laman Web : www.moe.gov.my

Ruj.Kami : PPDKMY.600-2/1/8(12)
Tarikh : 3 Julai 2023

Pengetua dan Guru Besar,


Sekolah Menengah dan Rendah,
Daerah Kuala Muda/Yan.

Tuan,

TAKLIMAT DAN BIMBINGAN JEMAAH NAZIR NEGERI KEDAH DENGAN CALON GURU
CEMERLANG TAHUN 2023

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa program tersebut di atas akan diadakan seperti ketetapan
yang berikut:

Tarikh : 5 JULAI 2023 (Rabu)


Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Cempaka, SMK Bandar Sungai Petani,
08000 Sungai Petani, Kedah.

3. Sehubungan dengan itu, dijemput guru di sekolah tuan yang telah memohon Guru
Cemerlang tahun 2023 atau yang berminat untuk memohon nanti untuk hadir dalam taklimat ini.
Guru yang akan hadir sila isi pautan berikut:
https://surveyheart.com/form/64a24fcdb966645dc7276c84

4. Sebarang pertanyaan, boleh diajukan kepada Tuan Haji Mohd Nizar bin Yusof @
Abdul Rahman (Pegawai SISC+ Bahasa) di talian 013-4386562 atau Puan Nor Aisyah binti
Md Tahir (Pegawai SISC+ Sains Matematik) di talian 016-4955239.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

(HAJI ISHAK BIN ZULKIFLI)


Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan

s.k. Fail timbul

Anda mungkin juga menyukai