Anda di halaman 1dari 13

PAMERAN BERTEMA

PERAYAAN DEEPAVALI / DIWALI


PUSAT SUMBER
SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA 3
SEJARAH DEEPAVALI
• Perayaan ini disambut oleh masyarakat
Hindu. Ianya dirayakan pada bulan gelap
bernama ’aippasi’ pada bulan Oktober dan
November.
• Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’.
• Dengan memasang pelita, mereka percaya
bahawa kecerahan mengatasi kegelapan,
kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan
mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan
mengatasi kejahilan.
• Sungguh asing jika kita melihat Deepavali
tanpa pelita kerana perayaan itu sendiri
mempunyai maksud Pesta Cahaya.
• Antara sebab mengapa perayaan ini
diraikan dengan pelita yang dipasang
adalah sebagai simbolik penganut Hindu
yang melambangkan kejayaan kebaikan
mengatasi kejahatan berdasarkan lagenda
yang diturunkan kepada mereka mengenai
Raja Narakasura dan Dewa Krishnan.
• Menurut lagenda, Raja Narakasura yang
kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah
dikalahkan dan dibunuh oleh Dewa
Krishnan.
• Sebelum mati, Raja Narakasura meminta
semua manusia agar mereka merayai hari
kemenangan itu sebagai peringatan kepada
yang mereka yang baik tentang godaan
hantu dan syaitan, peringatan kepada
mereka yang lupa agar berbuat baik dan
menjauhi daripada membuat kejahatan
sesama manusia.
• Oleh kerana itu, pelita dipasang dan
dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi
melambangkan kejayaan kebaikan
mengatasi kejahatan yang dirayakan
sebagai perayaan Deepavali.
• Pelita yang dipasang sedikit sebanyak turut
memeriahkan lagi perayaan tersebut.
• Di pagi hari, masyarakat Hindu akan
menyucikan tubuh badan dengan memakai
sedikit minyak di kepala dan mandi.
• Kemudian mereka bersembahyang di rumah
atau dikuil-kuil.
• Selepas bersembahyang, mereka berkunjung
ke rumah kaum keluarga.
• Kebiasannya, surirumah akan menyediakan
kotak-kotak kecil berisi manisan dan
membawa bersama apabila berkunjung ke
rumah saudara-mara mereka.
• Di kebanyakan rumah, ‘rangoli’ iaitu lukisan
yang dibuat daripada tepung beras berwarna-
warni akan menyambut tetamu di hadapan
rumah.
KOLAM MENJADI PENYERI RUMAH
• Kemahiran membuat 'kolam' ini biasanya
diwarisi secara turun-temurun. Walaupun
nampak susah, tetapi penganut Hindu boleh
membuatnya dengan cantik, unik dan
menarik yang kebanyakannya bermotifkan
tumbuhan.
• Upacara ini membawa maksud yang amat
bererti kerana perayaan ini tidak hanya
dirayakan oleh penganut Hindu tetapi juga
makhluk lain di dunia.
• Hiasan 'kolam' ini merupakan lambang
penyembahan Dewa Lakshmi. Dewa
Kekayaan yang dipercayai hanya akan
mengunjungi rumah mereka yang
mempunyai hiasan 'kolam' di pintu masuk
rumah mereka.
MAKANAN TRADISIONAL
• Manisan merupakan identiti masyarakat
India. Manisan ini bukan sahaja diminati
oleh kaum India tetapi juga masyarakat
lain di negara ini.
• Dalam masyarkat India, manisan sering
menjadi acara pembuka sebelum
memulakan sesuatu majlis, acara atau
hari perayaaan.
• Mereka percaya ia mampu membawa
kegembiraan, keseronokan, nilai positif
daan kesejahteraan yang berpanjangan.
Itulah juga sebabnya manisan yang lebih
manis dan sedap dianggap lebih baik dan
dialu-alukan.
• Mereka akan dihidangkan dengan juadah
tradisional kaum India yang terkenal seperti
halwa dan laddu.
• Malah sembilan jenis hidangan sayur-
sayuran turut disediakan pada pagi
Deepavali.
• Antaranya ialah 'Aloogobi' iaiu campuran
ubi kentang dan kobis bunga 'paneer'
campuran masala bersama yourgat dan
kari dhal.
• Tidak ketinggalan kuih-muih tradisional lain
seperti muruku ,adirasam dan payasam.
Muruku, Neiurundai dan Atherasam adalah
merupakan kuih-muih tradisional orang
India.
TEMPOH SAMBUTAN DEEPAVALI
BERBEZA MENGIKUT TEMPAT
• Perayaan Hari Deepavali ini disambut pada hari
ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil 9antara
bulan Oktober dan November).
• Masyarakat di selatan India meraikannya selama
tiga hari berturut-turut berbanding lima hari di
sebelah utara negara itu.
• Di Malaysia, perayaan Deepavali disambut sehari
sahaja namun ia terpulang kepada individu untuk
mengadakan rumah terbuka sebanyak mana hari
yang mereka mahukan.
• Namun begitu, masyarakat India yang tinggal di
kawasan ladang dan estet menyambut perayaan
Deepavali ini lebih lama dalam suasana kampung.
PENGANUT HINDU MANDI MINYAK
BIJAN UNTUK MENYUCIKAN DIRI

• Pada pagi perayaan, Hari Deepavali,


seluruh ahli keluarga akan bangun lebih
awal iaitu sebelum mtahari terbit.
• Seawal pukul 3 pagi penganut agama
Hindu akan memasang pelita atau lampu di
sekitar kawasan rumah. Seluruh keluarga
juga akan mandi dan membersihkan diri
sebelum bersalam dan memohon maaf
dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga
yang lain.
• Selain itu, upacara mandi minyak bijan turut
dilakukan pada awal pagi sebelum matahari terbit.
• Penganut Hindu menjalankan upacara mandi
minyak bijan bertujuan untuk meyucikan badan
dan semangat. Ia adalah tanda simbolik sebagai
penyucian diri.
• Minyak bijan ini akan disapukan ke atas kepala
setiap ahli keluarga oleh mereka. Kebaikan mandi
minyak bijan bagaikan mandi di Sungai Ganges
yang suci bertujuan membersihkan diri daripada
segala kejahatan dan sifat dengki.
• Selepas mandi dimestikan memakai pakaian dan
perhiasan serba baru pada pagi Deepavali
bertujuan untuk menghilangkan segala sifat buruk
dan kejahatan dalam diri seseorang.
AMALAN BERKUNJUNG MENGUNJUNG
TURUT DIAMALKAN MASYARAKAT
HINDU
• Amalan berkunjung ke rumah saudara mara
terdekat masih lagi diteruskan selama hari
selepas.
• Hari Deepavali untuk mengukuhkan lagi hubungan
silaturahim di kalangan mereka. Sesetengah
penganut agama Hindu akan mengadakan
sambutan perayaan secara besar-besaran dengan
menganjurkan rumah terbuka untuk menjamu
sanak-saudara dan rakan-rakan mereka yang
bukan beragama Hindu.
• Rumah terbuka tersebut amat meriah dengan
pelbagai makanan tradisional yang sungguh lazat
seperti nasi beriani, kari ayam, kurma, tosai,
murukku, achi murukku, omapodi dan manisan
seperti laddu dan neiurundai disediakan untuk
para tetamu yang hadir.

Anda mungkin juga menyukai