Anda di halaman 1dari 3

Perayaan Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali atau Divali.

Perkataan Deepavali merupakan


gabungan perkataan 'Dipa' yang membawa maksud cahaya dan perkataan 'Gavali' yang bererti barisan.
Perayaan ini biasanya disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu dan Sikh. Selain itu, cahaya
yang digunakan merupakan satu simbolik untuk menyatakan kebaikan dan mengatasi kejahatan.
Menurut lagenda Hindu,Deepavali disambut untuk meraikan kemenangan Dewa Hindu `Krishnan` yang
telah membunuh Raja Naragasera yang kejam. Manakala menurut kaum Sikh,Deepavali disambut untuk
meraikan pembebasan Guru Nanak yang merupakan pengasas Agama Sikh suatu masa dahulu dari
penjara.

BlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

ADAT PADA HARI PERAYAAN

Pada awal pagi hari Deepavali iaitu pukul 5 pagi hingga 7 pagi, para penganut agama Hindu
akan mandi dengan minyak yang diperbuat daripada bijan dan 'Shikakai'. Upacara ini
melambangkan penyucian badan dan semangat seseorang. Selepas upacara ini, para penganut
agama Hindu akan mengunjungi kuil bagi tujuan sembahyang dan selepas itu upacara
sembahyang akan dilakukan di rumah dengan menyajikan manisan yang dihasilkan sendiri.
Selepas itu, golongan tua akan merestui golongan muda dan memberi golongan tersebut pakaian
yang baharu. Selepas semua adat ini dilakukan,ahli keluarga akan berkumpul dan makan sarapan
pagi bersama.

Anda mungkin juga menyukai