Anda di halaman 1dari 27

Adat Resam dan Kepercayaan Perayaan Deepavali

Setiap perayaan di Malaysia mempunyai keunikan tersendiri kerana terdapat


pelbagai adat resam dan kepercayaan dalam sesebuah perayaan. Deepavali adalah
antara sebuah perayaan yang mengikut adat resam dan kepercayaan masyarakat
India yang beragama Hindu. Mengikut kepercayaan Hindu, Deepavali dirayakan
sebagai tanda kemenangan kaum tersebut atas kematian seorang raja yang
disifatkan seorang yang jahat dan sering menindas rakyat pada suatu masa dahulu.
Disebalik kisah dongeng itu terselit pengajaran bahawa setiap kebaikan akan
mengatasi kejahatan. Hal ini bertujuan untuk memberi keinsafan kepada setiap
individu agar tidak melakukan kejahatan.
Pada malam perayaan Deepavali, upacara memasang pelita dijalankan yang
disertai oleh seluruh ahli keluarga. Mereka akan memasang lampu vilakku. Lampu
vilakku adalah sejenis pelita tradisi yang diperbuat daripada tanah liat. Perayaan
Deepavali juga akan bertambah meriah dengan adanya lampu-lampu moden.
Penganut agama Hindu percaya akan Dewa kekayaan dan kemakmuran iaitu Dewi
Laksmi akan datang melawat rumah mereka pada masa itu. Persiapan tersebut
dilakukan untuk menyambut kedatangan Dewi Laksmi.
Pada pagi hari perayaan Deepavali, penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka
dengan kolams atau rangoli iaitu hiasan lantai yang diperbuat daripada beras
yang diwarnakan sebelum tertib matahari. Biasanya kolamsini dibuat di depan
pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat supaya setiap isi rumah mendapat
kesejahteraan. Kemahiran membuat kolams ini biasanya diwarisi secara turuntemurun. Walaupun nampak susah, tetapi penganut Hindu boleh membuatnya
dengan cantik, unik dan menarik yang kebanyakannya bermotifkan tumbuhan.
Upacara ini membawa maksud yang amat bererti kerana perayaan ini tidak hanya
dirayakan oleh penganut Hindu tetapi juga makhluk lain di dunia ini seperti semut
sebagai tanda ucapan selamat datang kepada para tetamu.
Selain itu, upacara mandi minyak bijan turut dilakukan pada awal pagi sebelum
matahari tertib. Penganut Hindu akan menjalankan upacara mandi minyak bijan
bertujuan untuk penyucian badan dan semangat. Minyak bijan ini akan disapukan
ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau
nenek. Kebaikan mandi minyak bijan bagaikan mandi di Sungai Ganges yang suci
bertujuan membersihkan diri daripada segala kejahatan dan sifat dengki. Selepas
mandi dimestikan memakai pakaian dan perhiasaan serba baru pada pagi
Deepavali bertujuan untuk menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam
diri seseorang.
Penganut Hindu akan mengunjungi kuil untuk bersembahyang selepas menjalankan
upacara penyucian. Penganut Hindu akan mengalungkan Patung Dewa Hindu
dengan kalungan bunga untuk mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta
memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Selepas sembahyang,

mereka akan dihidangkan dengan pelbagai manisan yang dinamakan Prasad


sebelum pulang ke rumah.
Setelah itu, penganut Hindu akan berkunjung ke rumah saudara mara dan sahabat
handai. Mereka akan dihidangkan dengan juadah tradisional kaum india yang
terkenal seperti halwa dan laddu. Malah sembilan jenis hidangan sayur-sayuran
turut disediakan pada pagi Deepavali. Antaranya ialah aloogobi iaitu campuran
ubi kentang dan kobis bunga, paneer campuran masala bersama yourgart dan
kari dal. Kuih-muih tradisional juga tidak ketinggalan seperti maruku, adivasam,
payasam dan sebagainya.
Sejarah Perayaan Deepavali
Hari Deepavali atau dikenali sebagai Diwali atau Divali merupakan perayaan yang
disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia. Deepavali
merupakan perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu yang
dirayakan pada bulan gelap bernama "Aipasi" pada setiap bulan Oktober dan
November. Deepavali diraikan melalui mercun, pelita, bunga, perkongsian gula-gula
dan sembahyang.
Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa"yang
bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang berertibarisan. Oleh itu, Deepavali juga
bermaksud sebarisan pelita. Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat
dinyalakan di rumah penganut Hindu.Mereka mempercayai bahawa kecerahan
mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi
kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.
Walaupun Deepavali dikenali sebagai "perayaan cahaya", namun erti esoteriknya
yang terpenting ialah "kesedaran akan cahaya dalaman". Falsafah Hindu
menegaskan bahawa terdapat sesuatu yang menjangkaui jasad dan minda jasmani
yang tulen dan tidak terhingga iaitu Atman (Cahaya Dalaman). Dengan
wujudnya Atman, maka wujudlah belas kasihan, kasih sayang dan peningkatan
pengetahuan yang membawa kepada Ananda (Kebahagian). Walaupun cerita
Deepavali berbeza dari setiap tempat, namun intipatinya tetap sama iaitu
bergembira dalam "Cahaya Dalaman".
Mengikut kepercayaan Hindu, Deepavali dirayakan sebagai tanda kemenangan
kaum tersebut atas kematian seorang raja bernama Raja Naragasura yang
disifatkan sebagai seorang yang jahat dan sering menindas rakyat pada satu masa
dahulu. Menurut lagenda, Raja Naragasura ibarat sebagai syaitan yang
mencetuskan huru-hara dan akhirnya dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum
kematiannya, Raja Naragasura meminta semua manusia agar merayai hari
kemenangan ini sebagai peringatan kepada semua agar berbuat baik. Di sebalik
kisah dongeng itu terselit pengajaran bahawa setiap kebenaran akan mengatasi

kejahatan. Ini bertujuan untuk memberi keinsafan kepada setiap individu agar
jangan melakukan kejahatan
Pakaian Semasa Perayaan Deepavali
Mengenai pakaian yang sering dikenakan oleh kaum India semasa perayaan
Deepavali adalah Sari untukkaum wanita dan Dhoti untuk kaum lelaki. Di bawah
adalah sedikit maklumat tentang pakaian yang dikenakan oleh kaum India semasa
perayaan Deepavali
Sari merupakan pakaian untuk kaum wanita yang sering dipakai semasa perayaan
Deepavali. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua
meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut
saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut. Oleh itu, sebelum
memakai sari, si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat di
dalamnya. Kemudian kain sati akan dililit dari pinggang dan diselempang pada bahu
kiri. Lilitan pinggang perlulah dibuat sebanyak tiga hingga lima kali untuk
menguatkan lilitan supaya tidak terurai. Semasa perayaan Deepavali, biasanya
pemilihan warna untuk baju sari yang dipakai adalah lebih gelap atau garang
seperti merah, biru, hijau dan ungu. Pemilihan corak pula adalah bergantung
kepada cita rasa si pemakai. Ada sesetengah lebih suka bercorak tumbuh-tumbuhan
dan ada juga lebih suka corak haiwan. Selain itu, untuk menjadikan si pemakai
Nampak lebih menarik, kebanyakan mereka akan memilih sari yang mempunyai
pelbagai jenis manik yang berkilat dan cantik. Ini akan lebih menyerlahkan
kecantikan si pemakainya. Walaubagaimanapun, pemilihan warna biasanya akan
dipadankan dengan corak yang menarik dan sesuai dengan si pemakainya.
Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki india. Pakaian ini diperbuat daripada
kain empat segi yang berwarna putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian
pinggang dan diikat pada celah paha dan disangkutkan pada bahu. Kemudian kain
tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan lebih menarik. Ada juga
dhoti yang berwarna kuning pudar atau kuning susu.

HTTP://SEJARAH2U.BLOGSPOT.COM/2009/10/DEEPAVALI-PESTA-CAHAYA.HTML

GEMILANG SEJARAH

Menempuh cabaran alaf mendatang, sejarah perlu dilihat dalam konteks kontemporarinya.
Perkembangan dan signifikannya dalam menyantuni peradaban ummat adalah amat penting dan sentiasa
relevan.
Justeru, Salam Sejarah bermatlamat mengenengahkan potensi dan memartabatkan sejarah sebagai satu
mekanisme pendorong ke arah menjana satu generasi qudwah yang akhirnya mampu pula menjana ke
arah kebangkitan dan kebangunan tamadun ummah yang tiada tolok bandingannya. InsyaAllah

Deepavali: Pesta Cahaya

Masyarakat Hindu menyalakan pelita sebagai tanda simbolik yang menyatakan kebaikan akan mengatasi kejahatan.

Pada 17 Oktober ini, masyarakat India yang beragama Hindu dan Sikh di negara kita bakal merayakan
perayaan hari Deepavali.
DEEPAVALI atau lebih dikenali juga sebagai pesta cahaya. Masyarakat Hindu menggunakan cahaya
sebagai makna simbolik untuk menyatakan kebaikan akan mengatasi kejahatan.
Dalam kepercayaan agama Hindu, ada dinyatakan bahawa Athma (roh) mengatasi jasad dan minda. Ia
adalah sesuatu yang suci, tidak terbatas dan akan kekal abdi.
Sambutan perayaan Deepavali adalah sama seperti kita menyambut hari lahir. Ia adalah sambutan untuk
menyambut kelahiran cahaya dalaman yang memupuk kesedaran dari dalam. (Yang kita sebenarnya
hidup dalam alam maya).

Dengan itu, segala kejahatan di dunia ini akan terhapus dan kesedaran yang tuhan sebenarnya berada di
mana-mana dan keunggulannya sahaja yang berkekalan buat selama-lamanya akan disedari.
Lampu menjadi ilmu pengetahuan yang menerangi hidup dan menghindari manusia daripada berbuat
jahat.
Ada dua kisah yang menceritakan kelahiran sambutan Deepavali iaitu:
PEMBUNUHAN NARAGASURA
Perayaan Deepavali disambut pada hari yang dimana salah seorang dewa Hindu, Krishna membunuh
makluk jahat Naragasura sehari sebelum perayaan Deepavali. Untuk meraikan kejayaan kebaikan
mengatasi kuasa kejahatan perayaan Deepavali diraikan.
KISAH RAMA BALIK KE AYODHYA
Sesetengah orang Hindu percaya perayaan Deepavali bermula apabila Dewa Rama pulang ke Ayodhya
selepas dibuang negeri selama 14 tahun.Rama pulang ke negaranya dengan isterinya Sita dan
Lakshamana selepas membunuh Ravana, seorang yang jahat.
Sepanjang perjalanan, apabila Rama serta keluarganya balik ke Ayodhya, menuju ke arah utara India dari
selatan, orang yang tinggal disitu menyalakan pelita minyak sapi yang menandakan kebaikan telah
mengatasi kejahatan berikutan kematian Ravana.
Mereka menyalakan lampu pelita di sepanjang perjalanan Rama kembali ke tanah jajahannya.
SAMBUTAN DEEPAVALI OLEH KAUM SIKH
Masyarakat Sikh menyambut hari Deepavali atau dikenali sebagai Diwali di kalangan mereka di atas
sebab yang berbeza.
Guru Nanak, yang juga merupakan pengasas agama Sikh pada suatu masa dahulu telah dipenjarakan oleh
seorang Raja.Raja itu memaksanya makan tetapi beliau enggan dan berpuasa.
Sejurus itu , barulah Guru Nanak sedar yang ramai orang telah berkumpul di luar penjara dengan
memegang lampu sebagai tanda protes untuk membebaskan Guru Nanak.

Akhirnya, Raja itu sedar akan kesilapannya.Oleh kerana sikap tamaknya, dia telah mengabaikan
tanggungjawabnya sebagai seorang raja dan sebagai balasannya, dia membebaskan Guru Nanak.Kaum
Sikh menyambut pembebasan Guru Nanak sebagai hari Deepavali.
PERSIAPAN UNTUK HARI DEEPAVALI
Masyarakat India membuat persiapan yang lebih awal seperti membuat kuih-muih, membersihkan
rumah dan membeli pakai baru untuk dipakai pada hari tersebut.Muruku, Neiurundai dan Atherasam
merupakan kuih-muih tradisional orang India.Tetapi pada masa kini, mereka juga membuat biskut dan
kek selain makanan tradisional mereka.
Ronggoli Kolam adalah lukisan di atas lantai yang diperbuat daripada beras berwarna. Selain
mencantikkan kawasan hadapan rumah, maksud tersirat di sebalik tradisi ini adalah untuk memberi
makan kepada serangga-serangga kecil seperti semut.Ini secara tidak langsung menambah pahala si tuan
rumah yang membuat Kolam tersebut.
Lampu-lampu pelita dinyalakan pada malam Deepavali.
PAGI DEEPAVALI
Pada pagi Deepavali, masyarakat India akan menggunakan minyak bijian sebelum mandi sebagai tanda
simbolik untuk menyucikan diri.Selepas itu, mereka sekeluarga akan berpakaian serba baru dan
sembayang. Sejurus itu, anak-anak muda digalakkan sujud di kaki ibu bapa atau orang tua dalam rumah
mereka untuk meminta restu.
Pada hari Deepavali, mengikut ajaran agama Hindu, masakan yang dimasak mestilah vegetarian hanya
makanan yang berasaskan sayur-sayuran (daging tidak digalakkan).Tujuannya adalah untuk mengawal
nafsu makan mereka pada hari yang bermakna ini.
SEHARI SEBELUM DEEPAVALI
Sehari sebelum perayaan Deepavali, orang yang beragama Hindu akan membuat upacara sembayang
untuk memanjangkan doa untuk yang telah 'pergi' buat selama-lamanya.

Makanan kegemaran yang telah meninggal dunia selalunya disediakan untuk santapan mereka.Makanan
tersebut akan dibiarkan seketika dihadapan gambar si mati yang kemudiannya akan di makan oleh anakanak si mati atau diberi kepada haiwan.
POSTED BY SEJARAH2U AT 10:59

Hari Deepavali
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Diwali/Deepavali
Nama

Terjemahan: Deretan pelita;

lain

Deepavali, Pesta Cahaya

Diraikan

Secara keagamaan oleh penganut

oleh

agam Hindu, danJain. Orang India


lain meraikan aspek-aspek
budayanya.

Jenis

Kegamaan, India

Kepentin Meraikan kemenangan terhadap


gan

kejahatan, dan penanggalan


kegelapan rohani

Tarikh

Hari anak bulan Kartika, tetapi


perayaan bermula dua hari
sebelumnya dan tamat dua hari
selepas hari itu

Perayaan Menghiasi rumah dengan


pelita, mercun, mengagihan gulagula dan hadiah.
Amalan

Upacara sembahyang dan


keagamaan (lihat puja, prasad)

Hari Deepavali (Bahasa Hindi: , Bahasa Tamil: ) juga dikenali sebagai Diwali dan Divali (Bahasa
Hindi: ) merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh
dunia dan merupakan hari cuti diMalaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang
beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14
bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta
cahaya.
Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh
oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari
kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan,
peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama
manusia.
Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan
kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

Isi kandungan
[sorokkan]

1 Tarikh-tarikh dalam pelbagai kalendar


2 Kepentingan dalam agama Hindu
o

2.1 Cerita berkaitan Deepavali

2.2 Kepentingan esoterik

2.3 Lima hari Diwali


3 Sambutan Deepavali di Malaysia
4 Rujukan
5 Pautan luar

[sunting]Tarikh-tarikh

dalam pelbagai kalendar

Kanak-kanak menyalakan pelita api dalam bentuk swastika sehari sebelum perayaan Deepavali disambut.

Perayaan ini disambut selama tempoh yang berbeza oleh komuniti berbeza. Walaupun hari-hari terasnya
adalah sama dan jatuh pada hari-hari yang sama di seluruh Nepal dan India, namun hari-hari tersebut jatuh
pada bulan-bulan Gregorian yang berbeza bergantung kepada versi kalendar Hindu yang digunakan dalam
setempat. Versi Amanta ("tamat pada anak bulan") kalendar Hindudiamalkan sebagai kalendar kebangsaan
India. Mengikut kalendar ini yang luas digunakan di India selatan dan Maharashtra, keraian enam hari ini

dibawa dari empat hari terakhir bulan Ashwayuja (Ashwin dalam bahasa Marathi) dan dua hari pertama bulan
baru Kartika. Menurut versi Purnimanta ("tamat pada bulan purnama") yang meluas di India utara, Diwali jatuh
pada pertengahan bulan Ashwayuja/Ashvin. Dalam kalendar Gregorian, Deepavali biasanya tiba pada bulan
Oktober atau November.

[sunting]Kepentingan

dalam agama Hindu

Perayaan ini menandakan kemenangan kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, serta penanggalan
kegelapan rohani. Secara simbolik, Deepavali menandakan kembalinya semangat muhibah dan kepercayaan
setelah lama menyepi, seperti yang diceritakan dalam Ramayana.
Perkataan Sanskrit "Deepavali" bermaksud satu pameran pelita-pelita yang menandakan kemenangan cahaya
ke atas kegelapan. Oleh sebab pengetahuan bahasa Sanskrit merosot, nama perayaan ini sering diubah
menjadi Divali, terutamanya di India utara.
Pada hari Deepavali, ramai yang memakai pakaian baru, berkongsi gula-gula dan makanan ringan. Beberapa
komuniti niaga India utara memulakan tahun kewangan pada hari Divali, maka buku akaun baru akan dibuka
pada hari ini.

[sunting]Cerita

berkaitan Deepavali

Orang Hindu memperingati beberapa peristiwa mitos penting yang berkaitan dengan Deepavali:

Kembalinya Lord Rama ke Ayodhya: Deepavali juga meraikan kembalinya Rama, Raja Ayodhya,
bersama ratunya Sita dan adindanya Lakshmana ke Ayodhya setelah 14 tahun hidup dalam buangan,
disusuli satu perang yang menyaksikan Rama membunuh raja syaitan Ravana. Adalah dipercayai bahawa
rakyat Ayodhya menyala pelita sepanjang jalan untuk menerangi laluan mereka dalam kegelapan. Oleh
sebab Rama pergi dari India Selatan ke kerajaannya di India Utara, maka baginda merentasi bahagian
selatan terlebih dahulu. Inilah sebabnya perayaan ini disambut sehari lebih awal di India Selatan. Di India
Utara, perayaan ini disambut pada hari terakhir kalendar Vikram. Hari berikutnya menandakan tahun baru
India Utara yang bergelar Annakut.

Pembunuhan Narakasura: Disambut sebagai Naraka Chaturdasi, dua hari sebelum hari Deepavali,
hari ini memperingati pembunuhan Narakasura (Naragasuri dalam bahasa Tamil), seekor syaitan durjana
yang mencetus huru-hara, oleh Satyabhama, isteri Raja Krishna (Maha Krishnan). ini berlaku di Dwapar
Yuga ketika detik ini dalam avatar(jelmaan) Raja Krishna ini. Sebelum kematian Narakasura, dia meminta

rahmat dari ibunya, Satyabhama (dipercayai sebagai satu avatar Bhudevi - ibu Narakasura), bahawa
semua orang patut menyambut kematiannya dengan chaaya berwarna-warni.

Kezahidan Shakti: Menurut Skanda Purana, dewi Shakti mematuhi 21 hari kezahidan bermula
daripada ashtami shukla paksha (hari kelapan tempoh pencerahan bulan) untuk memperoleh separuh
jasad Raja Shiva. Vrata (kezahidan) ini dikenali sebagai kedhara vrata. Deepavali ialah hari pelengkapan
kezahidan ini. Inilah harinya Raja Shiva menerima Shakti ke dalam separuh kiri jasadnya lalu menjelma
sebagai Ardhanarishvara. Penganut-penganut yang kuat pegangan agamanya mematuhi vrata 21 hari ini
dengan melakukan kalasha dengan 21 benang dalamnya dan 21 jenis persembahan selama 35 hari. Hari
terakhirnya disambut sebagai kedhara gauri vrata.

Krishna menewaskan Indra: Govardhan Puja disambut sehari selepas Deepavali. Inilah harinya Raja
Krishna menewaskan Indra, dewa petir dan hujan. Alkisah, Krishna memantau persediaan besar-besaran
untuk persembahan tahunan kepada Dewa Indra dan menyoal ayahandanya Nanda mengenai ini. Krishna
berbincang dengan para penduduk kampung mengenai apa sebenarnya 'dharma' mereka. Mereka adalah
golongan petani, maka mereka patut menjalankan tugas mereka dan menumpu perhatian kepada
pertanian dan perlindungan lembu-lembu mereka. Krishna terus mengatakan bahawa semua insan
sepatutnya hanya mengerjakan 'karma' diri, dengan sebaik mana yang boleh dan bukannya berdoa untuk
fenomena alam. Para penduduk kampung mempercayai Krishna, maka tidak meneruskan puja (prayer)
istimewa itu. Maka itu, Indra murka lalu membanjiri kampung. Krishna kemudiannya mengangkat Gunung
Govardhan dan mengangkatnya sebagai perlindungan kepada rakyatnya dan lembu-lembu mereka dari
hujan. Indra akhirnya mengaku kalah dan memperakui keagungna Krishna. Aspek riwayat Krishna ini
sungguhpun tidak diketahui ramai, namun sebenarnya menyediakan asas kepada falsafah 'karma' yang
diterangkan secara terperinci dalam Bhagavad Gita.

Kembalinya Bali ke neraka:Dalam Bhavishyottara dan Brahma Vaivarta Purana, Deepavali dikaitkan
dengan Raja Daitya, Bali, yang dibenarkan kembali ke bumi setahun sekali. Bagaimanapun, di Kerala
inilah sebab 'Onam' disambut. Perayaan 'Onam' jatuh sekitar Ogos-September.

[sunting]Kepentingan

esoterik

Bunga merupakan hiasan yang tidak dapat dipisahkan dari Divali seperti juga hiasan yang lain.

Walaupun Deepavali dikenali ramai sebagai "perayaan cahaya", namun erti esoteriknya yang terpenting ialah
"kesedaran akan cahaya dalaman".
Yang penting dalam falsafah Hindu ialah penegasan bahawa terdapat sesuatu yang menjangkaui jasad dan
minda jasmani yang tulen, abadi dan tak terhingga, iaitu Atman. Seperti mana kita menyambut kelahiran
jasmani kita, Deepavali ialah sambutan Cahaya Dalaman, khususnya kesedaran akan cahaya ini yang
mengatasi segala kegelapan (menanggalkan segala halangan dan melenyapkan segala kejahilan),
menyedarkan individu akan sifat sejati dirinya, bukan dalam bentuk jasmani, sebaliknya dalm kenyataan yang
abadi, tidak terhingga dan unggul. Dengan realisasi Atman, datangnya belas kasihan, kasih sayang sejagat,
dad kesedaran seseorang akan segalanya (peningkatan pengetahuan), lalu membawa kepada Ananda
(Kebahagiaan atau Keamanan Kedalaman).
Deepavali meraikannya melalui mercun, pelita, bunga, perkongsian gula-gula, dan sembahyang. Walaupun
cerita di sebalik Deepavali berbeza dari tempat ke setempat, namun intipatinya tetap sama - untuk bergembira
dalam Cahaya Dalaman (Atman) atau the realiti yang mendasari segalanya (Brahman).

[sunting]Lima

hari Diwali

Sambutan Deepavali diadakan selama lima hari di kebanyakan India Utara. Semua hari kecuali Deepavali
dinamakan bersempena gelaran masing-masing dalam kalendar Hindu.
1. Dhanatrayodashi atau Dhan teras: Dhan bermaksud "kekayaan" dan Trayodashi bermaksud "hari ke13". Maka, seperti yang ditandakan dalam nama, hari ini jatuh pada hari ke-13 separuh kedua bulan
qamari. Hari ini adalah bertuah untuk membeli-belah perkakas dan emas. Hari ini juga dianggap
sebagai Jayanti Dewa Dhanvantri yang muncul ketika dewa-dewi dan iblis-iblis menggodak lautan
besar.[1]

2. Naraka Chaturdashi: Chaturdashi ialah hari ke-14 yang menandakan Narakasura dibunuh, maka
kebaikan menewaskan kejahatan dan cahaya mengatasi kegelapan (bahasa Gujarat: Kali Chaudas).
Di India selatan, inilah hari perayaan yang sebenarnya. Orang Hindu bangun jauh lebih awal sebelum
subuh seperti 2:00 pagi, bermandi minyak wangi dan memakai pakaian baru. Mereka menyala pelita
kecil di keliling rumah dan melukis kolam/rangoli di luar kolam mereka. Mereka
menjalankan puja istimewa dengan persembahan kepada Dewa Sri Krishna atau Dewa Sri Vishnu
yang menyelamatkan dunia dari iblis Narakasura pada hari ini. Adalah dipercayai bahawa bermandi
sebelum matahari terbit, apabila bintang masih berkelipan di langit, bersamaan dengan bermandi
di Sungai Ganges yang suci. Maka, apabila orang bertegur sapa pada waktu pagi, mereka bertanya
"Sudahkah kamu menjalankan Ganga Snaanam?".
Selepas puja, kanak-kanak menyalakan bunga api menandakan kekalahan iblis itu. Oleh sebab inilah
hari kegembiraan, ramai akan bersarapan dan bermakan tengah hari secara besar-besaran dan
menziarahi saudara mara. Pada waktu petang, pelita dinyalakan lagi dan Dewi Lakshmi dipuja dan
disembah hidangan istimewa. Pada hari ketiadaan bulan ini, ramai akan menyembah tarpana
(penyembahan air dan biji bijan) istimewa kepada nenek moyang. Hari ini juga dipanggil Roop
Chaturdashi
3. Lakshmi Pujae: Lakshmi Puja, menandakan hari terpenting dalam sambutan Deepavali,
apabila Lakshmi, dewi kekayaan dan Ganesha, dewa permulaan bertuah, dipuja oleh semua
rumahtangga Hindu, disusuli penyalaan lampu di sepanjang jalan dan keliling rumah, untuk
mengundang kemakmuran dan kesejahteraan.
4. Govardhan Puja: Juga dipanggil Annakut, hari ini disambut sebagai hari Krishna menewaskan Indra.
Untuk Annakut setimbunan makanan dihiasi melambangkan gunung Govardhan diangkat Dewa
Krishna. Di negeri Maharashtra hari ini disambut sebagai Padva atau BaliPratipada iaitu
memperingati Raja Bali. Kaum lelaki memberikan hadiah kepada isteri mereka pada hari ini.
5. Bhaiduj (juga Bhayyaduj, Bhaubeej atau Bhayitika): pada hari ini, adik-beradik bertemu untuk
meluahkan rasa kasih sayang antara satu sama lain (Bahasa Gujarati: Bhai Bij; Bahasa Bengali: Bhai
Phota). Kebanyakan perayaan India menyatukan keluarga, maka Bhaiduj menyatukan adik-beradik
yang sudah berkahwin, maka hari ini amat penting bagi mereka selaku adik-beradik. Perayaan ini
amat lama, dan mendahului 'Raksha Bandhan', iaitu satu lagi perayaan adik-beradik yang disambut
kini.
Sambutan Deepavali ini berbeza di rantau-rantau tertentu:

Di India Selatan, naraka chaturdashi ialah hari utama, dengan penyalaan mercun pada subuh.

Pesta utama di India Utara adalah pada petang Amavasya (tiada bulan) dengan Lakshmi Puja,
disusuli penyalaan pelita di rumah.

[sunting]Sambutan

Deepavali di Malaysia

Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan dijadikan cuti umum
persekutuan di seluruh Malaysia.
Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan
dan semangat. Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan
mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.
Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah
yang biasanya dibuat daripada bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang
penyembahan dewa Lakshmi, Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang
mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.
"Kolam" merupakan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam adalah dilarang mengikutnya.

[sunting]Rujukan

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Deepavali
Sempena Perayaan Deepavali yang bakal disambut masyarakat beragama Hindu di Malaysia pada 17
Oktober ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada seluruh yang menyambutnya.
Pastinya rumah-rumah yang menyambutnya meriah dengan hiasan Rangoli yang berwarna warni serta
hidangan makanan yang lazat menyambut kehadiran tetamu.
Jika dilihat dari kanta sejarah, perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Diwali atau Pesta Cahaya
disambut dengan penuh kegembiraan sebagai tanda kemenangan menurut kepercayaan masyarakat
Hindu. Watak-watak seperti Rama dan Ravana serta Ram, Sita dan Laxman yang membayangi latar
sejarah di sebalik perayaan ini dapat dijadikan rujukan kepada soal universal yang berkaitan dengan
manusiawi dan keadilan sejagat.

Kegembiraan pesta cahaya ini dipancarkan dengan


tafsiran bahawa sinaran cahaya yang menerangi itu
dijadikan sebagai simbol yang dapat memadamkan
kegelapan
yang
mewakili
kejahatan
dan
penindasan. Saya berharap agar melalui perayaan
yang disambut ini, masyarakat India khususnya
dapat menyemai nilai-nilai keadilan, toleransi dan
menentang kezaliman serta penindasan dalam apa
jua bentuk.
Kegelapan lampau yang terbentuk akibat dari
kongkongan sosial serta pengasingan perlu diterangi
dengan cahaya kebangkitan yang bersemarak.
Peluang pertemuan antara ahli keluarga yang jauh
dan dekat, pertemuan antara pemimpin dan rakyat
serta pertemuan antara sahabat handai perlu dijadikan landasan untuk bermaaf-maafan serta
mengukuhkan perhubungan.
Dalam konteks Malaysia yang berbilang kepercayaan, masyarakat lain terutamanya Muslim juga harus
turut mengimbangi sikap toleransi mereka supaya cenderung ke arah seperti yang dianjurkan Islam
sendiri. Syak wasangka, perasaan curiga serta sikap yang menjuruskan kepada perkauman perlu
dihapuskan. Janganlah gusar untuk memberi ucapan perayaan kepada mereka, sesuai dengan
pendapat Ulama Islam terkenal Al-Qaradhawi yang menyebutkan bahawa, "Ini (ucap tahniah) termasuk
dari hak-hak bersama. Jika seorang ahli kitab datang dan mengucapkan tahniah kepada kamu dengan
perayaan kamu, dan dia berkongsi kedukaan dan musibah kamu, dan dia mengucapkan taziah kepada
kamu dengan kedukaan dan musibah tersebut. Maka apakah pula yang melarang kamu dari memberi
tahniah dengan perayaannya dan dalam kegembiraannya dan kamu ucap takziah dalam musibah yang
menimpanya."
Pendapat beliau itu disandarkan pada Surah An-Nisa ayat 86 "Apabila kamu dihormati dengan satu
penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang
serupa."
Oleh itu, saya mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada seluruh masyarakat India, semoga
semangat perubahan dan membebaskan dari dari kesuraman serta kegelapan dapat dapat diteruskan.
Deepavali Nal Valthukal!
*Kenyataan media oleh Zuraida Kamaruddin, selaku ahli parlimen Ampang, merangkap Ketua Wanita
Parti Keadilan Rakyat.

Perayaan Deepavali yang membawa maksud 'cahaya' memberi pengertian yang


bermakna kepada kaum India seluruh negara. Cahaya yang bermaksud 'harapan',
'kemenangan' dan 'kebahagiaan' ini tentunya dinanti-nantikan oleh setiap daripada
mereka.
Lebih bermakna lagi jika Deepavali dapat dirayakan bersama ibu bapa dan seluruh ahli
keluarga yang lain sambil menikmati pelbagai juadah yang disediakan.

Di negara ini Deepavali tidak hanya disambut oleh kaum India sahaja sebaliknya turut
dirayakan oleh semua kaum termasuk Melayu dan Cina sebagai tanda muhibah dan
perpaduan.
Ia disambut oleh kaum India di seluruh dunia yang terdiri daripada pelbagai etnik,
termasuklah Punjabi, Benggali, Marathi dan Telegu.
Mengikut kepercayaan Hindu, Deepavali dirayakan sebagai tanda kegembiraan serta
kemenangan kaum tersebut atas kematian seorang raja yang disifatkan sebagai jahat
dan sering menindas rakyat pada satu masa dahulu. Di sebalik kisah dongeng itu
terselit pengajaran bahawa setiap kebenaran akan mengatasi kejahatan.
Ini sekali gus bertujuan untuk memberi keinsafan kepada setiap individu agar jangan
melakukan kejahatan.
Menyentuh mengenai sambutan Deepavali, segala persiapan termasuk dari segi
menyediakan pakaian, kuih-muih dan menghias rumah dilakukan lebih awal terutama
seminggu sebelum perayaan.
Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan
malam bersama dengan pelbagai jenis makanan yang enak termasuklah hidangan
tradisi kaum India.
Kebiasaannya makanan yang dihidangkan lebih kepada makanan yang agak berat
seperti nasi dan dalca.
Pada malam itu juga diadakan upacara memasang pelita yang disertai oleh seluruh ahli
keluarga. Tidak ketinggalan juga upacara yang dinamakan 'Rangoli' iaitu upacara
menyusun beras atau hampas kelapa yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di
hadapan pintu.
Upacara ini membawa maksud yang amat dalam di mana perayaan ini tidak hanya
dirayakan oleh mereka tetapi juga makhluk kecil lain di dunia ini, misalnya semut
sebagai tanda ucap selamat datang kepada para tetamu. Tidak ketinggalan juga, pada
malam itu kalangan kaum wanita akan mengenakan inai pada jari tangan dan kaki
mereka untuk tujuan menghias diri.
Pada pagi perayaan pula, pada kebiasaannya seluruh ahli keluarga akan bangun lebih
awal iaitu sebelum matahari terbit.
Seluruh keluarga akan mandi dan membersihkan diri sebelum bersalam dan memohon
maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.
Pada pagi perayaan satu perkara wajib yang dilakukan ialah menjalankan upacara
mandi dengan minyak bijan.

Minyak bijan ini akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang
lebih tua seperti ibu atau nenek sebelum membersihkan diri dan mengenakan pakaian
baru.
Mengikut kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan adalah upacara yang
diwajibkan. Kebaikannya bagaikan mandi di Sungai Ganges untuk tujuan membersihkan
diri dari segala kejahatan dan sifat dengki.
Selepas mandi dimestikan memakai pakaian dan perhiasan serba baru pada pagi
Deepavali. Ini bertujuan menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan dalam diri
seseorang seperti hasad dengki dan tamak.
Mengenai pakaian yang sering dikenakan oleh kaum India, selain sari, 'lengha' iaitu baju
yang dipadankan dengan kain serta 'dupata' sejenis selendang turut menjadi pilihan
utama kepada kaum wanita India.
Bagi yang inginkan kelainan, mereka juga gemar memakai Salwar Kamez iaitu baju
labuh yang dikenakan dengan seluar. Kaum lelaki pula kebanyakan mereka lebih gemar
memilih 'kurta' dan 'dhoti' iaitu sejenis pakaian ala Punjabi.
Dengan memakai pakaian dan perhiasan baru, seseorang itu umpama telah memulakan
kehidupan yang baru.
Dari segi pemilihan warna, warna-warna yang agak garang seperti merah, biru dan oren
lebih digalakkan berbanding pakaian berwarna hitam atau putih yang lebih bermaksud
kesedihan.
Tanpa menjamah sedikit pun makanan pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga akan
ke kuil untuk menjalankan upacara sembahyang. Ini bertujuan bagi mendapatkan
kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah meninggal
dunia.
Selepas bersembahyang, mereka akan dihidangkan dengan pelbagai manisan yang
dinamakan 'Prasad' sebelum pulang ke rumah untuk menikmati juadah.
Mengenai juadah tradisional kaum India yang terkenal, selain manisan seperti halwa
dan laddu, sembilan jenis hidangan sayur-sayuran turut disediakan pada pagi
Deepavali. Antaranya ialah 'aloogobi' iaitu campuran ubi kentang dan kobis bunga',
'paneer' campuran masala bersama yourgart dan kari dal. Tidak ketinggalan kuih-muih
tradisional lain seperti maruku dan adivasam selain payasam.
Deepavali...jalinkan muhibah antara kaum
- CYBERMELAYU

http://myadha.blogspot.com/2009/10/apa-itu-perayaan-deepavali.htm

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia


Vurmila Venggadasamy Muka surat | 10
6.1.3
Tarikh / Tempoh masa dirayakan
Perayaan Hari Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulanAipasi dalam kalendar Tamil
(antara bulan Oktober danNovember). Masyarakat di
selatan India meraikannya selamatiga hari berturut-turut berbanding lima hari di
sebelah utaranegara itu. Di Malaysia, perayaan Deepavali disambut seharitetapi terpulang
kepada individu untuk mengadakan rumahterbuka sebanyak mana hari yang
mereka mahu. Namunbegitu, masyarakat India yang tinggal di kawasan ladang
danestet menyambut perayaan itu lebih lama dalam suasana kampung.
6.1.4
Tujuan perayaan
Perayaan Hari Deepavali disambut sebagai pesta meraikan kemenangan pihak yang
baik, jujur dan benar dalam mengatasipihak yang jahat, tidak jujur dan berperangai buruk.
Dengankata lain, perayaan ini adalah sebagai suatu kejayaan atas nilai-nilai kebaikan yang
mengatasi nilai-nilai kejahatan. Perayaan Deepavali berkait rapat dengan konsep
kepercayaanagama dan Hukum Karma mereka yang telah menetapkan bahawa
kebaikan dan kejujuran itu akan mendapat ganjaranyang baik. Sebaliknya, kejahatan pula akan
dibalas dengan

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia


Vurmila Venggadasamy Muka surat | 11
pembalasan yang setimpal. Biasanya, tatkala meraikansambutan yang disulami
dengan rasa kesyukuran, pesta yangpenuh warna-warni itu bagaikan memberi
cahaya kegembiraanyang mampu menghilangkan tekanan fikiran buat seketika.Dalam
kepercayaan agama Hindu, ada dinyatakan bahawa Athma (roh) mengatasi jasad dan
minda. Ia adalah sesuatuyang suci, tidak terbatas dan akan kekal abdi.Sambutan perayaan
Deepavali adalah sama seperti kitamenyambut hari lahir. Ia adalah sambutan untuk
menyambutkelahiran cahaya dalaman yang memupuk kesedaran daridalam.
(Yang kita sebenarnya hidup dalam alam maya). Dengan itu, segala kejahatan di dunia ini
akan terhapus dankesedaran yang tuhan sebenarnya berada di mana-mana
dankeunggulannya sahaja yang berkekalan buat selama-lamanya akan
disedari.Lampu menjadi ilmu pengetahuan yang menerangi hidup danmenghindari
manusia daripada berbuat jahat.

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia


Vurmila Venggadasamy Muka surat | 12

6.
2
Latar Belakang
6.
2
.1
Sejarah / Asal usul perayaan
Terdapat
dua
kisah
yang menceritakan kelahiran sambutan HariDeepavali iaitu:
a)
Kembalinya Dewa Rama ke Ayodhya
Sesetengah orang Hindu percaya perayaan Deepavali bermulaapabila Dewa Rama,
iaitu Raja Ayodhya pulang ke Ayodhya selepas dibuang negeri selama 14 tahun. Rama
pulang kenegaranya dengan isterinya, Sita dan adindanya, Lakshamanaselepas membunuh
raja syaitan Ravana, seorang yang jahat.Sepanjang perjalanan apabila Dewa Rama serta
keluarganyabalik ke Ayodhya, menuju ke arah utara India dari India Selatan,orang yang tinggal
di situ menyalakan pelita minyak sapi yangmenandakan kebaikan telah mengatasi
kejahatan berikutankematian Ravana. Mereka menyalakan lampu pelita di sepanjang
perjalanan Dewa Rama kembali ke tanahjajahannya.

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia


Vurmila Venggadasamy Muka surat | 13
Dewa Rama membunuh Ravana Dewa Rama dan isterinya Sita
b)
Pembunuhan Narakasura
Menurut lagenda, perayaan Deepavali dikatakan disambut pada hari di mana salah
seorang dewa Hindu iaitu Dewa Krishnaberjaya membunuh seekor syaitan durjana yang
mencetus huru-hara dan selalu memeras rakyatnya iaitu Raja
Narakasura,pemerintah Pradyoshapuram sehari sebelum perayaanDeepavali.
Sebelum kematian Raja Narakasura, dia memintarahmat dari ibunya, Satyabhama
bahawa semua orang patutmenyambut kematiannya dengan cahaya berwarnawarni.Raja Narakasura meminta semua manusia agar merekamerayakan hari
kemenangan itu sebagai peringatan kepadamereka yang baik tentang godaan hantu
dan syaitan,peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik danmenjauhi
daripada membuat kejahatan sesama manusia.Dengan kata lain, untuk meraikan
kejayaan kebaikan mengatasikuasa kejahatan, perayaan Deepavali diraikan.
Raja Narakasura Dewa Krishna membunuh RajaNarakasura

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

Vurmila Venggadasamy Muka surat | 14


a)
Upacara Jyothi Villaku
Salah satu upacara kerohanian khusus yang diadakan padamana-mana hari sebulan
sebelum tibanya Deepavali ialahupacara memasang pelita yang dinamakan Jyothi
Villaku.Malangnya dalam zaman sekarang, sebahagian besar penganut Hindu tidak
mengadakan upacara ini. Upacara inisebenarnya bersangkut-paut dengan
penghayatan terhadapkuasa cahaya atau dikenali sebagai jyothi dalam bahasa
Tamil.Semasa upacara ini, penganut Hindu akan menyediakanbarangan sembahyang yang
paling asas seperti kemenyan,bunga melor, buah-buahan dan sedikit juadah
makanan.Mereka akan menjemput sekumpulan orang yang terdiri daribeberapa
orang dewasa, kanak-kanak dan remaja yang berusia di antara empat hingga tujuhbelas
tahun ke rumahmereka. Upacara Jyothi Villaku dimulakan sekitar pukul 7.30malam di
mana pelita-pelita kecil dibawa oleh kanak-kanak ke rumah mereka yang menjemput
kumpulan itu yangkemudiannya disusun di hadapan tempat sembahyang.Kumpulan itu
kemudiannya mengambil tempat duduk di ataslantai sebelum melengkapkan tiga
pusingan persiapanmenyanyikan lagu keagamaan. Pertama, Mounam
(bertafakur)disusuli Thyanam (duduk dalam posisi bersila dengan tangan di

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia


Vurmila Venggadasamy Muka surat | 15
atas paha) dan akhirnya Pranavam (menyebut perkataan 'Aum' sebanyak tiga
kali).Apabila selesai, barulah kanak-kanak itu akan melagukan enambuah lagu selama 30 minit.
Sambil memanjatkan kepujian dankesyukuran kepada Tuhan, pelita yang dibawa dipastikan
tidak terpadam dengan menuang minyak yang cukup. Sebelum berangkat pulang,
semua orang yang terlibat akan disajikandengan hidangan tradisional seperti vadai dan
minuman jus.Upacara ini dapat membangkitkan kesedaran dalam diri penganut Hindu
supaya sentiasa taat kepada Tuhan danmendoakan yang terbaik buat seisi keluarga.
P
elita-pelita kecil dibawa olehkanak-kanak semasa upacaraJyothi VillakuLagu keagamaan dinyanyikan
semasa upacaraJyothi Villaku
b)
Upacara pemujaan khas untuk memperingati sanak saudara yang telah meninggal dunia
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 16
Sehari sebelum perayaan Deepavali juga, penganut agamaHindu akan membuat upacara
sembahyang untuk memperingati sanak saudara yang telah pergi buat selamalamanya. Dalam upacara ini, telah disediakan pelbagaibarangan untuk dipersembahkan
kepada roh-roh tersebut.Antaranya termasuklah pakaian yang terdiri daripada baju
yangcantik atau pakaian sanak saudara yang telah meninggal dunia itu yang masih
disimpan dalam keadaan baik. Selain itu,makanan kegemaran sanak saudara yang telah
meninggaldunia itu disediakan dan seterusnya dipersembahkan dihadapan gambar
mereka. Ini diikuti dengan upacara berdoaserta menyeru roh yang biasanya
diketuai oleh ketua keluarga.Seterusnya makanan itu dimakan oleh ahli keluarga
dan adakalanya ianya akan diberi kepada haiwan. Bagaimanapun,pemujaan roh ini mungkin

tidak akan dilakukan oleh sesebuahkeluarga sekiranya mereka mengalami kecelakaan


sepertikemalangan atau kematian salah seorang ahli keluarga menjelang perayaan
Deepavali. Hal ini demikian keranaupacara kematian dan pemujaan roh sudah diadakan
ataupunroh orang yang baru mati itu baru sahaja disucikan oleh api dantidak perlu lagi
dipuja, memadailah mengingatinya sahaja.
6.
2
.3
Tempat khusus sambutan dijalankan

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia


Vurmila Venggadasamy Muka surat | 17
Amalan balik kampung turut menjadi salah satu kemestian bagipenganut agama Hindu
untuk menyambut perayaan Deepavalidi kampung halaman bersama sanak
saudara.Bagi hari pertama Deepavali iaitu sebelah pagi, selepasbermandikan minyak bijan
dan memakai pakaian baru,penganut agama Hindu akan bersembahyang di rumah
merekadan seterusnya di kuil sebelum pulang untuk bersarapan.Seboleh-bolehnya
penganut agama Hindu tidak akan keluar rumah untuk seharian bersama keluarga
dan melayan tetamuyang datang bertandang.Penganut Hindu juga percaya yang
Dewi Lakshmi, iaitu dewikekayaan dan kemakmuran akan datang melawat
rumahmereka pada hari Deepavali. Jadi segala persiapan telahdibuat untuk menyambutnya.
Dewi Lakshmi iaitu dewi kekayaan dan kemakmuran
6.3
Persiapan Sambutan Perayan
6.3.1
Sebelum perayaan

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia


Vurmila Venggadasamy Muka surat | 20
merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, dewi kekayaan yang dipercayai
hanya akan mengunjungi rumahmereka yang mempunyai hiasan
kolam
di pintu masuk rumahmereka.
Hiasan kolam di pintu masuk rumah
Kemeriahan perayaan Hari Deepavali lebih menyerlah seandainya barisan pelita yang
diperbuat daripada tanah liatdisusun rapi menghiasi kawasan persekitaran rumah
penganutagama Hindu. Perbuatan menyusun pelita itu amat pentingkerana ia secara
langsung menterjemahkan maksud kegelapan hidup yang dilalui selama ini akan diterangi
cahaya yangmembawa kebahagiaan dan kesejahteraan.
Barisan pelita di persekitaran rumah penganut agama Hindu
Sehari sebelum Deepavali disambut juga, kaum wanita sibuk memasak juadah untuk
dipersembahkan semasa upacaramemperingati sanak saudara yang telah

meninggal dunia yangakan diadakan pada hari tersebut. Pelbagai juadah


kegemaransanak saudara yang telah meninggal dunia disediakan.
6.3.
2
Semasa perayaan
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 21
Pada pagi Deepavali, seawal pukul 3 pagi, penganut agamaHindu akan memasang pelita atau
lampu di sekitar kawasanrumah. Kuih-muih serta buah-buahan untuk upacara
pemujaandiletakkan di atas daun pisang bersama-sama dengan pakaianbaru
dengan dikelilingi pelita yang sedang menyala untuk melambangkan sesuatu yang baik.
Pada waktu tersebut, sebijibuah kelapa akan dibelah dua dan kemudiannya diletakkan
ditempat hidangan. Ini diikuti dengan upacara sembahyang olehsetiap ahli keluarga
sambil membakar setanggi dan kemenyan. Seterusnya, ketua keluarga akan meletakkan
sedikit minyak bijanke atas kepala setiap ahli keluarga sebelum mereka mandisebagai
tanda simbolik untuk menyucikan diri. Selepas upacarapenyucian yang
melambangkan permulaan yang baru, merekasekeluarga akan memakai pakaian
baru mereka itu.Bagi kaum wanita, mereka memakai sari iaitu sebidang kainberukuran 5
hingga 6 ela panjang yang dililit pada badandengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak
di atasbahu kiri. Kanak-kanak perempuan pula dan juga sesetengahkaum wanita
memakai salwar kameez atau dikenali sebagaibaju punjabi iaitu blaus panjang yang
dipadankan denganseluar panjang yang longgar. Kanak-kanak perempuan juga
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 22
ada yang memakai pavadai thavani iaitu berupa skirt panjangyang dililit
dengan separuh daripada kain sari.Bagi kaum lelaki pula, mereka memakai kurta iaitu
sejenispakaian berupa kemeja
panjang yang sampai ke lutut danlazimnya diperbuat daripada kain kapas atau linen.
Kemudian,mereka sekeluarga akan bersembahyang lagi di rumah mereka. Ini diikuti
dengan kunjungan ke kuil di mana patung dewa Hinduakan dikalungkan dengan kalungan
bunga.Bagi menghormati ahli keluarga yang telah meninggal dunia,masyarakat India
tidak akan menjamah sebarang makanansebelum mereka habis menghadiri
upacara sembahyang di kuil.Selain penghormatan kepada ahli keluarga yang telah
tiada,tindakan ini juga bertujuan untuk mendapatkan kesejahteraandiri dan keluarga.Sedikit
sama cara amalan raya Deepavali dan Aidilfitri,mendapat restu daripada orang tua
sebelum bersarapandengan keluarga adalah satu amalan yang wajib. Pada hari
ini,pertelingkahan akan dilupakan, manakala kemaafan akan

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia


Vurmila Venggadasamy Muka surat | 23
mendapat penghargaan. Anak-anak digalakkan sujud di kakiibu bapa atau orang tua dalam
rumah mereka untuk meminta restu.

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia


Vurmila Venggadasamy Muka surat | 24
Sambutan sebegini selalunya berlangsung dalam tempoh satuatau dua hari dan
dapat mengeratkan perpaduan di kalanganmasyarakat di Malaysia dan
menyemarakkan lagi semangat 1Malaysia. Amalan memberi wang iaitu angpau kepada
kanak-kanak juga semakin popular pada Hari Deepavali. Duit iniselalunya diberi oleh orang
dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit pelbagai rupa bentuk dan warna.
Amalanini akan memeriahkan lagi suasana perayaan Hari Deepavali.Sesetengah daripada
mereka akan berkunjung ke rumahsaudara dan sahabat handai. Di kalangan
penganut agamaHindu, perayaan Deepavali yang muncul setahun
sekalisememangnya ditunggu-tunggu. Inilah masanya untuk merekamerapatkan
hubungan persaudaraan sesama ahli keluarga,sanak saudara dan teman-teman.
Rumah terbuka yang diadakan pada Hari Deepavali
Di negara kita, perayaan Deepavali telah diisytihar sebagai cutiumum di seluruh negara,
maka amalan kunjung-mengunjung dapat dilakukan. Amalan ini mencerminkan semangat
kekitaandan perpaduan serta keharmonian hidup berbilang kaum di Malaysia.

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia


Vurmila Venggadasamy Muka surat | 25
Makanan, kuih tradisional dan manisan juga dihantar kepadajiran-jiran terdekat tidak
kira bangsa dan agama supayaDeepavali yang disambut menjadi lebih meriah.Pada waktu
malam hari Deepavali, bukan sahaja lampu-lampupelita dinyalakan malahan lampulampu moden yangberwarna-warni turut dipasang.
6.3.3
Selepas perayaan
Amalan berkunjung ke rumah saudara mara terdekat masihditeruskan selama
beberapa hari selepas Hari Deepavali untuk mengukuhkan lagi hubungan
kekeluargaan dan silaturahim.Di Malaysia, kebanyakan rumah-rumah terbuka yang
dianjurkanoleh penduduk beragama Hindu di sesebuah taman perumahan serta rumah
terbuka peringkat daerah, negeri ataukebangsaan anjuran pemimpin negara dan kaum
jugadiadakan beberapa hari selepas Hari Deepavali itu sendiri.Melalui amalan rumah
terbuka, persefahaman di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat dipupuk.

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia


Vurmila Venggadasamy Muka surat | 26
Semua rakyat tidak kira tua, muda, besar dan kecil dijemputhadir ke majlis rumah
terbuka tersebut. Khemah dipasang danpenyediaan makanan dilakukan secara
gotong-royong.Upacara tersebut amat meriah dengan pelbagai makanantradisional
dan moden yang sungguh lazat seperti nasi beriani, kari ayam, kurma, tosai, muruku,
achi muruku, omapodi danmanisan seperti laddu dan neiurundai disediakan untuk
dijamuselera oleh semua yang hadir di jamuan tersebut.
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 26

Semua rakyat tidak kira tua, muda, besar dan kecil dijemputhadir ke majlis rumah
terbuka tersebut. Khemah dipasang danpenyediaan makanan dilakukan secara
gotong-royong.Upacara tersebut amat meriah dengan pelbagai makanantradisional
dan moden yang sungguh lazat seperti nasi beriani, kari ayam, kurma, tosai, muruku,
achi muruku, omapodi danmanisan seperti laddu dan neiurundai disediakan untuk
dijamuselera oleh semua yang hadir di jamuan tersebut.
6.3.4
Peraturan/pantang larang/amalan sampingan
Salah satu amalan yang masih diikuti sehingga hari ini ialahamalan berkabung bagi
menghormati sanak saudara yang telah meninggal dunia. Semua ahli keluarga terdekat
bagiseseorang yang telah meninggal dunia dilarang menyambutperayaan Deepavali
selama setahun, kecuali melawat kerumah rakan-rakan seagama. Selain
penghormatan kepada ahlikeluarga yang telah tiada, tindakan ini juga
bertujuanmendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga.Manisan berkait rapat dengan
kepercayaan penganut Hindu.Manisan seperti jilepi, mysore pak, palkova, halwa, laddu dan
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 27
atherasam dianggap juadah wajib bagi menjadikan sambutanDeepavali lebih bermakna
dalam kehidupan setiappenganutnya. Kehadirannya bukan sahaja dijadikan penyeri diatas
meja, malah merupakan pelengkap identiti bagi perayaanmasyarakat India. Manisan
merupakan acara pembuka bagiperayaan hari Deepavali kerana dikatakan
membawakegembiraan, keseronokan, nilai positif dan kesejahteraan yangberpanjangan ke
dalam diri seseorang. Mengikut kepercayaanpenganut agama Hindu, manisan yang
dibuat itu tidak bolehdimakan selagi manisan itu belum mendapat restu
daripadaTuhan. Maka, pada pagi Deepavali, masakan dan beberapajenis manisan
dipersembahkan semasa penganut Hindubersembahyang di rumah, untuk
mendapat restu daripadaTuhan. Selepas bersembahyang, barulah hidangan
denganpelbagai manisan yang disediakan dan juga makanan istimewalain boleh dinikmati.
Manisan wajib disediakan semasa perayaan hari Deepavali memandangkanmanisan merupakan
tanda pengenalan atau identiti masakan kaum India
Walaupun sibuk macam-mana sekalipun, penganut agamaHindu akan
masak sekurang-kurangnya satu jenis kuih tradisional seperti muruku, omapodi atau
achi muruku di rumah mereka. Iniadalah kerana mengikut kepercayaan penganut agama Hindu,

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia


Vurmila Venggadasamy Muka surat | 28
kalau periuk tak berisi minyak, maknanya ada kematian dirumah mereka.
Seorang penganut agama Hindu sedang menyediakan muruku bagisambutan Hari Deepavali
6.4
Kesan perayaan
6.4.1
Keluarga
Pelbagai jenis perayaan antara kaum memang memberi kesan terhadap institusi
kekeluargaan. Setiap perayaan merupakanpenantian bagi ahli keluarga pada setiap tahun
untuk bertemudengan sanak saudara dan rakan-rakan yang datang berkunjung ke

rumah. Biasanya sanak-saudara yang berjauhanakan pulang untuk bersama-sama


meraihkan perayaan ini.Kegembiraan dan kebahagiaan akan lahir di hati masingmasing.
Sanak saudara berkumpul dan bersama-sama meraihkan Hari Deepavalidengan penuh
kemeriahan
Pada kebiasaannya sepanjang sebulan sebelum Hari Deepavalidisambut, setiap keluarga akan
sibuk membuat persiapan dirumah termasuk membuat kuih-muih, menjahit langsir dan
alasmeja serta membersihkan rumah. Situasi seperti ini akan dapatmengeratkan
hubungan kekeluargaan.

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia


Vurmila Venggadasamy Muka surat | 29
Bagi penganut agama Hindu, hubungan kekeluargaan semakinerat
apabila mereka bersarapan pagi dan makan
tengah haribersama pada Hari Deepavali yang melibatkan seluruh ahlikeluarga. Persediaan
makanan tersebut juga dilakukanbersama-sama oleh ahli keluarga.Selain itu, amalan
anak-anak memohon restu daripada ibubapa dan orang tua dan amalan isteri
memohon restu daripadasuaminya pada Hari Deepavali akan menimbulkan
suasanaharmoni dalam keluarga.
6.4.
2
Perpaduan
Perayaan dapat menghidupkan perpaduan di antara rakyat, ini kerana semua orang yang
ada di Malaysia ataudi mana juga tidak kira agama dan bangsa merekamempunyai
perayaan masing-masing. Di hari perayaan,amalan rumah terbuka dan kunjungmengunjung menjadiamalan rutin perayaan supaya dapat disambut bersamadan
kemeriahannya juga dikongsi bersama. Justeru itu, perpaduan dan keeratan hubungan
antara kaum terjalindalam suasana aman dan tenteram.
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 30
Dengan adanya perpaduan, kita mampu mewujudkan suasana kehidupan yang harmoni,
kestabilan politik,kekuatan ekonomi dan keseimbangan sosial dalam masyarakat dan
negara. Bukan mudah bagi sebuahnegara yang terdiri daripada pelbagai kaum
hidupdengan rukun damai serta saling hormat-menghormatiantara satu sama lain.
Keadaan yang aman ini telahmembolehkan kerajaan merancang
pembangunannegara dan membawa kemajuan dan kemakmuran untuk rakyat jelata.
Perpaduan adalah kunci kepadakeamanan, kesejahteraan dan kemakmuran rakyat
dannegara.Semangat persaudaraan dan rasa setiakawan yangterjalin antara rakyat
pelbagai kaum semasa majlis rumah terbuka diadakan merupakan faktor penting
bagimemastikan generasi baru Malaysia terus menikmati suasana kehidupan yang
harmoni.
6.4.3
Pelancongan
Institusi Pelancongan juga menerima kesan hebat semasa perayaan berlangsung
kerana ramai pelancong asingyang turut hadir atau turut serta dalam perayaan ini.

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia


Vurmila Venggadasamy Muka surat | 31
kerana mereka ingin menghayati secara lebih dekatperayaan yang ada di Malaysia
ini yang dianggap unik dan mempunyai sentuhan sendiri. Aset ataupun daya tarikan
ini mempunyai potensi yang besar untuk diperluaskan lagi agar negara Malaysia dapat
terusdipromosikan sebagai satu destinasi pelancongan yangterkenal bagi
pelancong-pelancong asing. Ini akan mempunyai kesan gandaan ke atas ekonomi negeri
ini dimana sektor perhotelan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain juga akan turut
berkembang di sampingmenyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat di
negara ini. Seperti mana kita sedia maklum, industripelancongan berupaya memberi
sumbangan yang besar kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.Rumah-rumah
terbuka yang diadakan sempena sesuatu perayaan itu mencerminkan identiti masyarakat
yangharmonis di mata pelancong asing. Pada hari ini, Malaysiasudah terkenal hampir
seluruh pelosok dunia sebagainegara yang mempunyai penduduk berbilang bangsa yang
hidup dalam suasana aman, bersatupadu dansaling menghormati antara satu sama lain
walaupunmempunyai perbezaan daripada segi suku kaum, bangsa,kepercayaan
dan adat resam. Sebenarnya, keunikaninilah yang menjadi teras perpaduan
dan kecemerlanganbangsa Malaysia sehingga menjadi negara contoh
Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 32
kepada negara-negara lain di dunia yang seringmenghadapi berbagai-bagai
masalah sosial dan politik.
6.4.4
Peluang perniagaan
Perayaan Hari Deepavali memberi peluang perniagaankepada para peniaga untuk
menjual barangan yangdiperlukan untuk persiapan sambutan perayaan sepertipelita,
lampu elektrik berwarna-warni, hiasan rumah,pakaian tradisional dan kuihmuih.Banyak gerai-gerai sementara juga didirikan sempenasambutan perayaan ini.
Terdapat suri rumah yangmengambil peluang membuat kuih dan biskut yangmempunyai
pelbagai rupa dan rasa. Secara tidak langsung, kemunculan perayaan telah
membolehkanmasyarakat Malaysia meningkatkan sumber pendapatanmereka.
G
erai-gerai yang menjual pelbagai barangan sempena sambutan HariDeepavali

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia


Vurmila Venggadasamy Muka surat | 33
7.0
RUMUSAN
Saya amat bersyukur kerana telah menyiapkan kerja kursus Sejarahsaya ini dalam tempoh
masa yang ditetapkan. Ketika menjalankankerja kursus ini, banyak pengetahuan, pengajaran
dan nilai yang telahsaya pelajari.
Melalui kerja kursus ini, saya telah dapat menguasai kemahiranmembuat penyelidikan
dengan tatacara yang betul sertameningkatkan kemahiran berkomunikasi
saya.Sebagai rakyat Malaysia, saya merasa bangga dan

bersyukur kerana di negara kita terdapat masyarakat pelbagai bangsa danagama


yang turut sama memeriahkan perayaan Hari Deepavali yangdisambut oleh penganut agama
Hindu.Kajian ini telah menyedarkan saya bahawa kita sepatutnyabekerjasama untuk
mengekalkan pelbagai perayaan tradisi
yangdisambut oleh masyarakat di Malaysia dengan mengamalkanamalan kunjungmengunjungi semasa perayaan supaya perpaduankaum dapat dipupuk.Di samping
itu, kita haruslah bersatu padu dan berharmoni sesama kaum. Untuk merealisasikan
misi 1Malaysia, tidak seharusnya adasebarang salah faham di antara kaum. Dengan ini, kita
dapat

Anda mungkin juga menyukai