Anda di halaman 1dari 22

NAMA : NUR AMANINA BINTI SYAHRINIZAM

KELAS : 6 PERMATA BIRU

SEKOLAH : SK TAMAN NUSA DAMAI


PENDAHULUAN
Salah satu perayaan yang dirayakan oleh masyarakat yang
beragama Hindu ialah perayaan Deepavali atau dikenali sebagai
Diwali. Deepavali merupakan perayaan bewarna – warni yang
dirayakan oleh masyarakat yang beragama Hindu di seluruh
dunia. Salah satu amalan penting yang perlu dilakukan oleh
masyarakat yang beragama Hindu ketika Deepavali adalah
menyalakan lampu pada pagi hari Deepavali. Amalan ini adalah
untuk menyatakan kesyukuran kepada Tuhan Hindu yang
membawakan kegembiraan, pengetahuan, keamanan dan
kemewahan kepada penganut agama Hindu.

Masyarakat yang beragama Hindu berpendapat juga bahawa


Deepavali merupakan satu perayaan penting yang perlu mereka
sambut dalam setiap tahun. Deepavali merupakan permulaan
bagi tahun baru dalam kalendar lunar. Deepavali diharap dapat
memberi sinar keceriaan dan kebahagian kepada semua
masyarakat yang beragama Hindu di seluruh dunia.
Sejarah Perayaan Deepavali
Deepavali atau dikenali sebagai merupakan perayaan yang disambut
oleh masyarakat beragama Hindu yang dirayakan pada bulan gelap
bernama "Aipasi" pada setiap bulan Oktober dan November. Deepavali
diraikan melalui mercun, pelita, bunga, perkongsian gula-gula dan
sembahyang.
Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang
bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan. Oleh itu,
Deepavali juga bermaksud ‘sebarisan pelita’. Pelita yang dipasang
dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut
Hindu.Mereka mempercayai bahawa kecerahan mengatasi kegelapan,
kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan
kebijaksanaan mengatasi kejahilan.
Mengikut kepercayaan Hindu, Deepavali dirayakan sebagai tanda kemenangan kaum
tersebut atas kematian seorang raja bernama Raja Naragasura yang disifatkan sebagai
seorang yang jahat dan sering menindas rakyat pada satu masa dahulu. Menurut
lagenda, Raja Naragasura ibarat sebagai syaitan yang mencetuskan huru-hara dan
akhirnya dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum kematiannya, Raja Naragasura
meminta semua manusia agar merayai hari kemenangan ini sebagai peringatan
kepada semua agar berbuat baik. Di sebalik kisah dongeng itu terselit pengajaran
bahawa setiap kebenaran akan mengatasi kejahatan. Ini bertujuan untuk memberi
keinsafan kepada setiap individu agar jangan melakukan kejahatan.
PERSIAPAN SEBELUM SAMBUTAN DEEPAVALI
1. Menghias rumah
Malam sebelum perayaan disambut, kaum keluarga akan mula
menghias bahagian dalam dan luar rumah, menyemarakkan
nyalaan lilin dan pelita yang merupakan simbolik kepada
keserian dan keharmonian rumah tersebut.

Tidak kurangnya, ada juga sembilangan keluarga yang gigih


membuat pengubahsuaian terhadap bahagian-bahagaian
rumah yang tertentu sebelum hari perayaan tiba sebagai
pesiapan menyambut tetamu dan sebagainya.

Untuk pengetahuan anda, apa yang lazim mereka lakukan


untuk menaikkan seri rumah secara langsung adalah dengan
menukar warna cat rumah. Ini adalah cara yang paling senang
untuk diterapkan dalam mewujudkan satu kediaman yang
bukan sahaja selesa dan bersesuaian dengan konsep tata rias
yang dipraktikan malahan juga mampu menyumbang impak
yang besar terhadapa perubahan yang ketara dan lebih
menarik!
2. Menyediakan makanan
Setibanya hari Deepavali, makanan menjadi satu
lagi elemen yang disambut. Selain makanan
sarapan seperti thosai atau idli dengan kari ayam
atau nasi briyani untuk makan tengah hari dan
chapathi untuk makan malam, tidak dilupakan
kuih-muih yang dimasak beberapa hari lebih awal.

Bagaimanapun, ramai yang semakin lupa


kewujudan kuih muih tradisional malah kerana
kesukaran menyediakannya generasi muda India
lebih memilih untuk membuat biskut atau kek
sahaja.

Selagi mampu dan ada ilmu, wajarlah kita


mengekalkan tradisi daripada ditelan zaman.
Lagipun rakan-rakan bukan India juga akan pasti
tertarik dengan keunikan kuih-muih kaum India
yang suatu masa dahulu wajib dibuat pada
Deepavali. Tak percaya, cuba tanya ibu bapa anda
atau datuk dan nenek, mesti mereka ada
kenangan.
3. Membeli pakaian
Mengenai pakaian yang sering dikenakan oleh kaum India
semasa perayaan Deepavali adalah “Sari” untuk kaum
wanita dan “Dhoti” untuk kaum lelaki. Di bawah adalah
gambar pakaian yang dikenakan oleh kaum India semasa
perayaan Deepavali.
4. Membeli perhiasan
Seperti yang anda tahu, sejak ribuan tahun dahulu
pemakaian barangan kemas menjadi salah satu tradisi
yang penting terutamanya ketika Dhanteras iaitu hari
bertuah yang jatuh sehari atau dua hari sebelum
Deepavali. Hal ini kerana, pada hari tersebut, ia
dipercayai membawa keuntungan oleh itu masyarakat
India khususnya. Oleh itu, mereka akan membeli belah
untuk persiapan perayaan dari segi perhiasan rumah,
pakaian dan juga barangan kemas.
Selain itu, emas juga memainkan peranan yang
sangat penting kepada budaya, tradisi dan upacara
keagamaan masyarakat India. Ia kerana ianya
memberi simbolik kepada kejayaan, kekayaan dan
tuah yang dimiliki oleh seseorang.

Selain daripada anting-anting emas, tidak


akan lengkap peragaan golongan wanita India
tanpa rantai leher dan gelang tangan yang
biasanya akan digayakan secara berlapis.
KUIH – MUIH TRADISIONAL
1. Muruku

Muruku bukan saja menjadi makanan kegemaran kaum India,


malah kaum-kaum lain di Malaysia juga turut menggemarinya.
Rasanya yang lemak dan sangat rangup memang sedap
dimakan bersama seisi keluarga.
2. KUIH RAWA URUNDAI

Kaum India sememangnya sangat terkenal dengan hidangan


jenis ‘manisan’. Kiranya, kalau tak ada manisan tak meriah
sambut perayaan Deepavali! Tapi, bagi kuih rawa urundai ini,
ia merupakan manisan yang agak kurang manis. Ramuan kuih
ini menggunakan tepung sugi, gula, garam, buah kismis, buah
pelaga dan minyak sapi.
3. KUIH JALEBI

Rupa kuih ini seperti muruku dan ia merupakan jenis kuih


yang sangat manis.
4. KUIH LADHU

Kuih jenis ini juga rasanya manis. Ramuan untuk kuih ini
adalah tepung kuda, buah ceri, buah gajus, kismis, pewarna,
gula, garam dan minyak sapi.
PAKAIAN TRADISIONAL
1. DHOTI

Dhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki. Pakaian ini


diperbuat daripada kain yang bewarna putih. Kebanyakan
dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana
generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian
tersebut.

Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang.


Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada
celah paha dan kemudian disangkukan pada bahu. Kemudian
kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya
kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang bewarna kuning pudar
atau kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan
ceti.
2. SARI
Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah
pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri
daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter
lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter
mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan
lembut. Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju
yang ketat dan singkat. Kemudian sati dililit dari pinggan dan
diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga
lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai.
SariDari segi pemilihan warna, kebanyakan sari yang dipakai
berwarna gelap seperti merah, biru, hijau dan ungu. Warna-warna ini
lebih menarik untuk sari yang dipakai pada musim perayaan.
Pemilihan corak pula adalah mengikut si pemakai. Ada yang lebih
suka bercorak tumbuha-tumbuhan dan ada juga yang lebih suka
bercorak haiwan. Untuk menjadikan si pemakai kelihatan menarik,
kebanyakan mereka memilih sari yang mempunyai pelbagai jenis
manik yang berkilat. Ini akan menyerlahkan lagi kecantikan si
pemakainnya. Wala apapun pemilihan warna biasanya dipadankan
dengan corak yang menarik dan sesuai dengan si pemakai.
PENUTUP
Deepavali dikatakan sebagai cahaya yang menerangi kegelapan.
Deepavali juga dianggap sebagai simbol kemenangan kuasa baik melawan
kuasa jahat. Maksud Deepavali ini bukan hanya sekadar cahaya kegembiraan
malah kehadiran Deepavali ini juga membuka peluang kepada sanak – saudara
merapatkan hubungan. Malah kunjungan rakan daripada bangsa dan agama lain
juga sangat dialu – alukan. Penganut agama Hindu ini percaya ia mampu membawa
kegembiraan, keseronokan, nilai positif dan kesejahteraan yang berpanjangan
diantara pelbagai kaum. Oleh itu, Deepavali memang mampu meningkatkan interaksi
kaum seterusnya memupuk semangat kekitaan dalam kalangan semua kaum.
JURNAL REFLEKTIF
Saya berpendapat bahawa tugasan yang diberikan ini sangat menarik kerana saya berpeluang untuk mengetahui banyak
perkara tentang Deepavali. Pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi sepanjang membuat tugasan ini meningkatkan
lagi pemahaman saya berkenaan kau lain di Malaysia.

Sebelum ini saya tidak mempunyai pengetahuan mengenai Deepavali yang disambut oleh kaum india. Saya juga
kurang arif tentang sambutan perayaan agama sendiri. Tidak hairanlah jika sambutan sesuatu perayaan pada zaman ini telah
hilang serinya dan telah mengalami banyak perubahan sama ada dari segi makanan, pakaian dan sebagainya.

Sambutan ini tidak terhad kepada perayaan agama saya sendiri malah saya juga turut terdorong untuk mengetahui
maklumat perayaan kaum lain. Saya merasa bangga dan bersyukur kerana di negara kita terdapat masyarakat pelbagai
bangsa dan agama yang turut sama memeriahkan setiap perayaan yang disambut. Ini membuktikan bahawa masyrakat kita
yang berbilang kaum bersatu padu walaupun berbeza agama, kaum dan bangsa.

Tugasan ini juga telah memberikan kesedaran kepada saya bahawa kita sepatutnya bekerjasama untuk mengekalkan
pelbagai perayaan tradisi yang disambut oleh masyarakat di Malaysia. Pemahaman sebegini menjadikan masyarakat lebih arif
akan tindakan seseorang daripada kaum yang berbeza dalam sesuatu perkara dan yang pasti kita perlu berbangga menjadi
rakyat Malaysia.

Perayaan mampu meningkatkan kefahaman tentang budaya kaum yang lain dan mampu mengukuhkan perpaduan
kaum di negara kita. Seharusnya, perayaan di negara ini memberikan suatu imej yang positif kepada negara dan
mengukuhkan semangat setia negara.
JURNAL REFLEKTIF

Negara Malaysia menjadi aman dan harmoni sepanjang masa tanpa sebarang konflik yang besar. Ini kerana daripada
perayaan inilah wujudnya rasa perpaduan dalam naluri dan nurani penduduk negara ini. Malaysia merupakan sebuah negara
yang aman walaupun terdiri daripada pelbagai kaum.

Kita juga haruslah bertimbang rasa supaya tiada kaum di Malaysia yang akan tersisih tetapi sebaliknya merasa
kegembiraan berada di negara ini. Dalam kepelbagaian masyarakat ini, ia mencerminkan satu jiwa bangsa yang bersatu.

Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa sambutan hari perayaan perlu diamalkan oleh setiap masyarakat di negara
ini. Pada masa yang sama sambutan ini hendaklah dijadikan satu perayaan kebangsaan yang dinikmati bersama – sama dan
seharusnya kita hendaklan menghormati setiap jenis perayaan kaum lain di negara ini. Generasi muda akan mendapat
banyak manfaat daripada sambutan sebegini. Masyarakat yang produktif, berani dan berusaha akan wujud menerusi
perayaan sebegini pada masa hadapan dan secara tidak langsung juga akan dapat memperkukuh dan mengekalkan
perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
RUJUKAN
1. https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.slideshare.net%2FAzliahMaya%2Fperayaan-
deepavali&psig=AOvVaw3Lco8Xb5bjNKuyJ8jWG1Zt&ust=1636002149143000&source=images&cd=vfe&ved=0CAkQjhxqFwoT
CIjV5_20-_MCFQAAAAAdAAAAABAD

2. http://keunikanperayaan.blogspot.com/2010/08/sejarah-perayaan-deepavali

3. https://wanista.com/2016/114790/colorful-india-warna-warni-deepavali-untuk-kemeriahan-berganda-bersama-dulux/

4. https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/11/05/kenali-9-kuih-dan-manisan-tradisional-deepavali/

5. https://www.google.com/url?sa=i&url=http%3A%2F%2Fkeunikanperayaan.blogspot.com%2F2010%2F08%2Fpakaian-
semasa-perayaan-
deepavali.html&psig=AOvVaw18VDH2xAVtVR13DmDBmlJr&ust=1636005440442000&source=images&cd=vfe&ved=0CAkQjh
xqFwoTCOja5LzE-_MCFQAAAAAdAAAAABAD

6. https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fsiakapkeli.my%2F2021%2F10%2F26%2Fgaya-bollywood-pilihan-
habib-dalam-meraikan-deepavali-pada-tahun-
ini%2F&psig=AOvVaw25hmKrQhAsqaIErWvi8YH0&ust=1636007064201000&source=images&cd=vfe&ved=0CAkQjhxqFwoTC
ODm-qbH-_MCFQAAAAAdAAAAABAD
RUJUKAN
7. https://www.xtra.com.my/featured/8-jenis-makanan-kaum-india-sempena-perayaan-deepavali/

8. https://pkpgbk6.weebly.com/kaum-india.html

Anda mungkin juga menyukai