Anda di halaman 1dari 14

Tugasan Sejarah Tahun 6

Guru subjek : Cikgu Sendi Thomas Suwa

Dihasilkan oleh : Rudellea Runai / 6 Anggerik /2021


PENDAHULUAN :

Perayaan adalah suatu aktiviti yang disambut oleh


sesebuah masyarakat ataupun kaum. Kebiasaannya
sesuatu perayaan disambut oleh sesebuah masyarakat
ataupun kaum adalah bertujuan untuk memperingati
peristiwa penting yang pernah berlaku pada sesuatu
masa dahulu. Ia juga disambut untuk mengeratkan
hubungan antara satu sama lain.

Sambutan hari perayaan di negara ini meliputi perayaan


Hari Raya Puasa buat orang islam, Tahun Baru Cina buat
orang Cina dan perayaan Deepavali buat orang India.
Ketika perayaan ini disambut suasananya pasti dengan
kegembiraan dan sedikit hidangan makanan.

Semua rakyat negara ini menanti-nanti setiap perayaan


dengan penuh debaran dan semangat tinggi. Sambutan
perayaan di Malaysia dapat melahirkan perpaduan
antara semua kaum.

Oleh itu, memang ada banyak kebaikan jika sambutan


perayaan dilaksanakan di negara ini.
Perayaan Yang Saya Pilih
Untuk Tugasan Ini :
Anda Tahu Maksud Hari Deepavali?
JOM!
Kita belajar tentang
makanan Kaum India
Sempena Deepavali
1. Thosai
Anda pernah makan thosai? Menu ini antara
menu utama yang perlu ada ketika perayaan
Deepavali pada setiap rumah kaum India.
Ianya sedap dimakan bersama kuah yang
digelar ‘sandhini’.

2. Idhili
Idhili juga merupakan makanan sampingan dalam
menu hidangan kaum India ketika perayaan
Deepavali. Biasannya, hidangan idhili dimakan
bersama kuah ‘sandhini’ atau kari ayam, kari dal
dan sebagainya.

3. Muruku
Muruku bukan saja menjadi makanan
kegemaran kaum India, malah kaum-
kaum lain di Malaysia juga turut
menggemarinya. Rasanya yang lemak
dan sangat rangup memang sedap
dimakan bersama seisi keluarga.
4. Kuih Rawa Urundai
Kaum India sememangnya sangat terkenal
dengan hidangan jenis ‘manisan’. Kiranya,
kalau tak ada manisan tak meriah sambut
perayaan Deepavali!
Tapi, bagi kuih rawa urundai ini, ia
merupakan manisan yang agak kurang manis.
Ramuan kuih ini menggunakan tepung sugi,
gula, garam, buah kismis, buah pelaga dan
minyak sapi.
5. Kuih Nei Urundai
Kuih nei urundai ini merupakan kuih
yang manis. Rupanya sama seperti
kuih rawa urundai. Tetapi, kuih ini
lebih manis, sangat lembut dan
mudah rapuh bila dipegang. Ramuan
kuih ini adalah menggunakan tepung
kacang hijau, gula, garam, buah
pelaga, kismis dan minyak sapi.

6. Chivda
Chivda merupakan campuran
makanan ringan India yang terdiri
dari berbagai bahan kering,
seperti lentil goreng, kacang
tanah, kacang gabus ghatia,
jagung, minyak sayur, buncis, nasi
yang dipipihkan, bawang goreng,
dan daun kari.
JOM!
Kita belajar tentang pakaian
Kaum India Sempena Deepavali

Mengenai pakaian yang sering dikenakan oleh kaum India semasa


perayaan Deepavali adalah “Sari” untuk kaum wanita dan “Dhoti” untuk
kaum lelaki. Di bawah adalah sedikit maklumat tentang pakaian yang
dikenakan oleh kaum India semasa perayaan Deepavali …
Sari merupakan pakaian untuk kaum wanita yang sering dipakai semasa
perayaan Deepavali. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter
hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter
mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut.

Semasa perayaan Deepavali, biasanya pemilihan warna untuk baju sari yang
dipakai adalah lebih gelap atau garang seperti merah, biru, hijau dan ungu.
Pemilihan corak pula adalah bergantung kepada cita rasa si pemakai. Ada
sesetengah lebih suka bercorak tumbuh-tumbuhan dan ada juga lebih suka corak
haiwan. Selain itu, untuk menjadikan si pemakai

Nampak lebih menarik, kebanyakan mereka akan memilih sari yang mempunyai
pelbagai jenis manik yang berkilat dan cantik. Ini akan lebih menyerlahkan
kecantikan si pemakainya. Walaubagaimanapun, pemilihan warna biasanya akan

dipadankan dengan corak yang menarik dan sesuai dengan si pemakainya .


Dhoti merupakan pakaian untuk kaum
lelaki india. Pakaian ini diperbuat daripada
kain empat segi yang berwarna putih yang
panjang. Kain tersebut dililit di bahagian
pinggang dan diikat pada celah paha dan
disangkutkan pada bahu. Kemudian kain
tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil
supaya kelihatan lebih menarik. Ada juga
dhoti yang berwarna kuning pudar atau
kuning susu.
5 Perkara Menarik Mengenai ‘Kolam’ Yang Ramai
Tak Tahu
“Apa tujuan sebenar membuat kolam?” tanya seorang

rakan sekerja. Mungkin ramai di luar sana masih buntu


mengenai sebab sebenar di sebalik adanya kolam yang
menghiasi kediaman kaum India menjelang perayaan
Deepavali.

Jangankan bukan India, dalam kalangan bangsa India


pun, masih ada yang tidak tahu tujuan sebenar
menghiasi rumah dengan lukisan berwarna atau tepung
beras itu.

Ramai yang sekadar melakukannya bagi memenuhi


keperluan budaya, mengikut arahan atau ikutan orang
tua dan sebagai trend semasa.
1. Makanan untuk burung dan serangga
Sebab utama sesuatu kolam dihasilkan adalah sebagai makanan
untuk serangga dan burung di sekitar rumah. Agama Hindu
mengalakkan pengikutnya untuk menunjukkan kebajikan kepada
semua, termasuk haiwan, jadi apabila membuat kolam
menggunakan tepung beras atau beras berwarna, ia adalah
sebagai sumber makanan untuk kehidupan tersebut. Jadi selain
mencantikkan kediaman dengan corak hiasan yang menawan,
elemen kebajikan juga diterapkan bermula di dipintu masuk
rumah lagi.

2. Kolam bawa kesejahteraan

Sama ada kolam yang menggunakan tepung beras yang


dicairkan, berbentuk serbuk yang di lukis dengan corak bertitik
yang unik ataupun kolam ranggoli yang menggunakan beras
berwarna-warni, ia dipercayai bersifat ‘ong’ atau makmur.

3. Menajamkan pemikiran
Kolam secara amnya dilukis atau dibuat oleh kaum wanita
sesebuah keluarga. Walaupun wanita digambarkan sebagai suri
rumah yang tipikal, tetapi perbuatan melukis kolam yang
menggunakan corak yang kompleks dan teliti, padanan warna yang
menawan menjadikan wanita lebih terlatih dalam hal berkaitan
penelitian, kerja-kerja halus, kesabaran yang tinggi dalam
melaksana sesuatu kerja dan kebijakan menggunakan warna.
PENUTUP

Perpaduan adalah kunci kepada kejayaan negara.


Oleh itu, rakyat perlu menggunakan setiap peluang yang ada
untuk mengukuhkan semangat perpaduan melalui pelbagai
aktiviti membabitkan semua kaum.

Menghormati budaya dan agama etnik lain menjadi ciri


kepada masyarakat berbilang kaum dan menjadi kewajipan
setiap rakyat untuk terus mengekalkan tanggungjawab
berkenaan menerusi amalan lima prinsip Rukun Negara.

Kita sebagai rakyat Malaysia harus komited untuk menjamin


keharmonian, keamanan dan perpaduan negara, malah usaha
gigih harus berterusan bagi menggalakkan budaya
keharmonian, perpaduan dan kesejahteraan negara.

Anda mungkin juga menyukai