Anda di halaman 1dari 10

Keterangan mengenai pin tarikh lahir anda :

1. Ketulenan ( element : METAL )

KELEBIHAN

Seorang yang suka pemimpin, mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik. Memiliki banyak daya tarikan. memiliki
kebijaksanaan, mempunyai kuasa analisa yang kuat, yang akan menjadikannya individu berilmu. Seorang yang sangat teliti
dalam semua perkara. Individu yang sangat kreatif, hadir dengan idealogi2 baru dan sangat peka, sekiranya sikap kreatif dan
sikap peka ini digunakan sepenuhnya atau diaktifkan. Dia juga mampu memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.

KELEMAHAN

Individu ini selalu mementingkan diri sendiri, tidak mudah menerima kritikan, beliau juga sukar untuk menerima idea atau
pandangan dari orang lain. Oleh itu, kebiasaannya individu ini adalah seorang yg keras kepala, tidak suka dipimpin atau
mengikut arahan orang lain. Bekerja sendiri adalah pilihan yang terbaik buat mereka.
2. PENDAMAI ( ELEMENT :WATER )

KELEBIHAN

Seorang yang mahir dan mempunyai personaliti yang menarik. Sentiasa tenang dalam apa pun keadaan. Seorang yang
peramah dan mementingkan kebersihan. Sangat rajin dan matang dalam pemikiran. Lembut hati dan peka terhadap
keperluan orang lain. Biasanya mudah bergaul dengan golongan yang tua daripadanya. Anda adalah pembantu yang
bagus, kawan yang ideal, pengikut yang baik dan pekerja yang bagus. Seorang yang penyayang, pemaaf dan lembut hati
membuatkan anda adalah teman yang sempurna. Individu ini tidak suka bersendirian. Sekiranya diberi tugasan, individu ini
mempunyai kebolehan untuk melaksanakannya dengan tepat. Individu ini juga mempunyai bakat seni muzik yang baik.

KELEMAHAN

Individu ini tidak mempercayai kebolehan sendiri atau keyakinan diri. Seorang yang pemalu. Sukar untuk membuat
keputusan yang muktamad dan mudah ”confuse” untuk membuat keputusan. Disebabkan anda lembut hati, anda tidak
tahu mengatakan “tidak” kepada orang lain. Mereka juga sgt sensitif , mudah terasa hati dan mudah dipengaruhi oleh
orang lain. Seorang yg degil. Mendengar nasihat yang diberikan, tetapi berkemungkinan tidak mengikutnya. Individu ini
untuk lebih memilih untuk bersendirian jika hubungan persahabatan atau percintaan yang terjalin itu tidak serasi.
3. KETELITIAN ( ELEMENT : FIRE )

KELEBIHAN

Individu ini adalah seorang yang serba-boleh (all-rounder). Idealistik, aktif dan berpandangan jauh. Seorang yang tahu dan
faham apa yang dia kehendaki. Berkebolehan untuk membezakan sesuatu yang baik atau tidak baik. Mereka sgt mudah
dibawa berunding. Seorang yang berbakat dalam apa jua bidang yang dipilihnya. Boleh menjadi kaya dan berharta
sekiranya berusaha dengan bersungguh-sungguh. Suka berterus terang. Mudah meng’ekspresi’ pandangan terhadap
sesuatu perkara. individu ini suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.

KELEMAHAN

Individu ini boleh menjadi terlalu agresif, tidak penyabar dan cepat panas baran. Kebiasaannya beliau mengambil mudah
sesuatu perkara dan tidak tegas (tidak munasabah). Kadang kala pula seorang yang nakal. Juga, seorang yang ‘laser’. Jika
tidak berhati-hati dengan kata-kata, boleh menyebabkan keretakan dalam sesuatu perhubungan. Mereka suka
memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. Pendek kata, sering melakukan kerja dengan cepat tetapi tidak
sempurna. Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
4. KONSERVATIF ( ELEMENT : WOOD )

KELEBIHAN

Individu yang suka belajar, tekun bekerja, mampu bersabar dan sentiasa mempunyai perancangan.seorang yang mahu
membina sesuatu berdasarkan logik dan asas yang kukuh. Seorang yang boleh dipercayai dan mudah menyesuaikan diri
dengan masyarakat. Mudah bersimpati dan berkarisma. Peramah, suka mengembara dan memiliki suatu kehidupan yang
sentiasa ceria. Mudah bangkit dari sesuatu kegagalan. individu ini suka kepada perkara yang mempunyai sistematik, logik
dan praktikal. Individu juga boleh fokus dalam sesuatu walaupun orang lain sudah hilang tumpuan. Mereka sukakan
arahan dan sesuatu yang rutin dan mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.

KELEMAHAN

Individu ini suka memendam perasaan, berfikiran sempit, kuat cemburu, amat degil dan suka menggunakan cara sendiri
tanpa menghiraukan pandangan orang lain. Terlalu menitik beratkan perkara-perkara remeh sehingga tidak melihat
secara keseluruhan sesuatu perkara. Individu ini hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang
sepatutnya mereka lakukan. Individu ini juga mudah untuk menyimpan dendam terhadap seseorang. Mereka harus
belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
5. PERINTIS ( ELEMENT : EARTH )

KELEBIHAN

Dilahirkan dengan sikap kepimpinan yang kuat. Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil
risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). Suka mencuba perkara-perkara yang baru. Sentiasa mahukan perubahan
yang berterusan. Berkarisma dan boleh memimpin.selalu menjadi “centre of attraction”. Tidak suka berangan-angan.
Sangat rajin dan sentiasa focus untuk mencapai kejayaan di masa hadapan. Seorang yang realistic, tegas, sangat munasabah
dan tidak suka berangan-angan. Perlukan kepelbagaian dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu.

KELEMAHAN

Tidak suka disekat dalam membuat sesuatu. Selalunya cerewet dalam isu-isu kecil. Kadangkala beliau memang degil dalam
melakukan sesuatu. Mereka juga jarang relaks. Juga, kurang teliti dalam melakukan sesuatu. mempunyai sikap keras kepala,
emosional dan pemarah. Individu ini suka “boasting” atau “jual minyak”. Individu juga mempunyai perasaan tidak
tenteram, tidak puas hati serta perasaan terlampau inginkan perubahan yang berterusan dan tidak tetap dalam melakukan
sesuatu
6. ROMANTIS ( ELEMENT : METAL )

KELEBIHAN

Berkemampuan dalam mengawal harta benda dan kekayaan. Mewakili kesenangan. Sangat bersopan tetapi mempunyai
citarasa yang tinggi dalam kehidupan. Individu ini kebiasaannya akan berjaya dalam karier seperti pendidikan, kerja seni
muzik dan keagamaan. Individu ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan
kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin
persahabatan secara serius. Beliau juga selalu mengambil berat tentang orang-orang bawahan. Suka membantu dan
menjaga mereka. selalu memainkan peranan “pendamai” kerana anda mempunyai kefahaman dan kesabaran untuk
melihat dua pihak yang bertelagah untuk mencapai persefahaman atau perdamaian. Tidak suka pada kemalasan dan
membuat sesuatu secara lewa.

KELEMAHAN

Seorang yang suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Tidak mendengar cakap ataupun kata-kata orang
lain selain orang atasan. Melakukan sesuatu di sebabkan ada kepentingan diri. suka mengarah, terlalu mahukan
ketepatan dan membuat sesuatu yang sukar diterima akal. Dan dalam melakukan sesuatu, individu akan buat sekiranya
ada kepentingan untuk diri mereka sendiri (mengambil kesempatan).
7. Intelektual ( element : Water )

KELEBIHAN

Individu ini adalah pencari. Sangat berkemahiran dan sangat teliti apabila menguruskan sesuatu perkara. Selalu
menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.gemarkan
perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
Individu ini tidak akan lupa pada sesiapa yang pernah menolongnya. Tersangat menghargai kesyukuran dan berterima
kasih. Individu ini penuh dengan ghairah dan cinta. Seorang pemikir dan sukakan kedamaian dan ketenangan. Menarik
perhatian ramai orang. Suka mengejarkan kemasyhuran dan tuah. Seorang yg pandai menyimpan rahsia.

KELEMAHAN

Suka berlawan cakap. Mempunyai pemikiran yang suka berubah-ubah. Mudah menukar keputusan. Berkebolehan dalam
memutarbelit kata-katanya. Individu ini bukan seorang yang tegas. Sangat suka “berahsia” yang tidak membantu imej anda
secara luaran. suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan Orang
menganggap anda adalah seorang yang tidak mempunyai perasaan dan ini menyebabkan anda tidak mudah untuk
menjalinkan perhubungan ataupun persahabatan. Individu ini boleh bertindak kejam jika berada dalam mood yang salah.
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka
perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
8. PENYELESAIAN ( ELEMENT : FIRE )

KELEBIHAN

Seorang yang aktif dikalangan rakan-rakannya menjadikannya seorang yang terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan
pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Biasanya adalah penyelesai masalah.
Tidak akan mempermainkan orang lain. Individu ini adalah seorang yang profesional, berterus terang, penilai yang baik
dan sangat tegas. Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang
terbaik. Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.

KELEMAHAN

Individu ini adalah seorang yang materialistik. Kadang-kadang kabur dalam apa dilakukannya. Individu ini perlu pintar.
Disegi luaran nampak kuat tetapi sebenarnya seorang yang berhati lembut. Sangat berhati-hati dan percaya kepada
perspektif diri yang kuat dan ini akan menyebabkan hilang sesuatu peluang. Juga, anda sentiasa tercari-cari dan sibuk
melihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu apa yang anda cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk tidak
membuang masa melayan perkara-perkara yang tidak bermanfaat atau tidak berfaedah.
9. GLAMOUR ( ELEMENT : WOOD )

KELEBIHAN

Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka kelihatan kemas. Sangat beradab dan boleh menjadi seorang penasihat yang
baik. Pintar, Peka dan sensitif. Individu ini tahu bila dan bagaimana untuk menyerang dan mempertahankan diri. Bagus
dalam memenangi hati orang. Berkebolehan untuk menghibur orang lain. Individu ini juga dikenali sebagai “penghibur”,
mereka mempunyai daya tarikan dan tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa pun. seorang yang gagah,
boleh dipercayai dan boleh diharap, serta menanggung beban tanpa sungutan. Seorang yang cintakan sesama manusia dan
sentiasa berhasrat untuk menolong orang lain. Tekun dalam membuat sesuatu dan sentiasa berusaha walaupun
menghadapi pelbagai rintangan dan kekecewaan. Melakukan kerja dengan cepat dan berkebolehan dalam kerjanya tetapi
bukan dengan terperinci atau khusus. Boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. Mudah memahami dan
cepat respon kepada orang lain, suasana, sikap, bunyi dan personaliti. Mempunyai minat yang mendalam dengan sesuatu
yang berkaitan dengan perkara ghaib, magik ataupun mistik. Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih
sayang.

KELEMAHAN

Individu ini mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
Boleh berubah menjadi seorang yang sangat bersemangat, teruja atau menjadi seorang yang depresi ataupun muram.
Seorang yang emosional. Individu ini jika memimpin, tidak mengambil berat mengenai perasaan orang bawahannya. Jika
tidak berhati-hati, di kemudian hari individu ini tidak mempunyai ramai kawan dan akan kesepian. Mudah berputus asa
apabila bertemu halangan dalam melaksanakan sesuatu. mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita
akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).

Anda mungkin juga menyukai