Anda di halaman 1dari 8

Rahsia Bulan Kelahiran

13 Jan 2009
Kategori: Artikel Cinta | Ungkapan Cinta

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh
Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI

 Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.


 Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
 Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
 Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
 Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
 Pandai mengambil hati orang lain.
 Pendiam kecuali telah dirangsang.
 Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
 Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
 Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
 Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
 Cukup sayang pada kanak-kanak.
 Suka duduk di rumah.
 Setia pada segala-galanya.
 Perlu belajar kemahiran bersosial.
 Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

 Berfikiran abstrak.
 Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
 Bijak dan pintar
 Berpewatakan yang mudah berubah.
 Mudah menawan orang lain.
 Agak pendiam.
 Pemalu dan rendah diri.
 Jujur dan setia pada segalanya.
 Keras hati untuk mencapai matlamat.
 Tidak suka dikongkong.
 Mudah memberontak apabila dikongkong.
 Suka kegiatan yang lasak.
 Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
 Mudah mempamerkan marahnya.
 Tidak suka benda yang remeh-temeh.
 Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
 Sangat berani dan suka memberontak.
 Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan
impiannya.
 Pemerhatian yang tajam.
 Suka hiburan dan sukan.
 Suka benda yang bersifat seni.
 Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
 Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
 Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
 Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

 Berpesonaliti menarik dan menawan.


 Mudah didampingi.
 Sangat pemalu dan pemendam rasa.
 Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
 Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
 Suka pada kedamaian.
 Sangat peka pada orang lain.
 Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
 Tidak cepat marah dan sangat amanah.
 Tahu membalas dan mengenang budi.
 Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
 Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
 Suka berangan-angan.
 Suka melancong.
 Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
 Kelam kabut dalam memilih pasangan.
 Suka dengan hiasan rumahtangga.
 Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
 Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
 Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

 Sangat aktif dan dinamik.


 Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
 Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
 Punya daya mental yang sangat kuat.
 Suka diberi perhatian.
 Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
 Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
 Sangat berani dan tiada perasaan takut.
 Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
 Emosi cepat terusik.
 Cuba kawal perasaan.
 Kecenderungan bersifat pendendam.
 Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
 Kuat daya ingatan.
 Gerak hati yang sangat kuat.
 Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
 Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
 Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

 Keras hati & tegas.


 Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
 Pemikiran yang tajam.
 Mudah marah apabila tidak dikawal.
 Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
 Perasaan yang amat mendalam.
 Cantik dari segi mental & fizikal.
 Tidak perlu dimotivasikan.
 Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
 Mudah dipujuk.
 Bersikap sistematik (otak kiri).
 Suka berangan.
 Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
 Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
 Daya khayalan yang tinggi.
 Permikiran yang tajam.
 Pandai berdebat.
 Fizikal yang baik.
 Kelemahan sistem pernafasan.
 Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
 Tidak berapa suka duduk di rumah.
 Tidak boleh duduk diam.
 Tidak punya ramai anak.
 Rajin dan bersemangat tinggi.
 Agak boros

JUN

 Berfikiran jauh & berwawasan.


 Mudah ditawan kerana sikap baik.
 Berperangai lemah lembut.
 Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
 Idea yang terlalu banyak di kepala.
 Bersikap sensitif.
 Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
 Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
 Bersikap suka menangguh-nangguh.
 Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
 Cepat marah & cepat sejuk.
 Suka bercakap & berdebat.
 Suka buat lawak & bergurau.
 Otaknya cerdas berangan-angan.
 Mudah berkawan & pandai berkawan.
 Seorang yang sangat tertib.
 Pandai mempamerkan sikap.
 Mudah kecil hati.
 Mudah kena selsema.
 Suka berkemas.
 Cepat rasa bosan.
 Sikap terlalu memilih & cerewet.
 Kurang mempamerkan perasaan.
 Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
 Suka pada barang yang berjenama.
 Mudah menjadi eksekutif.
 Kedegilan yang tidak terkawal.
 Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

 Sangat suka didamping.


 Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
 Agak pendiam kecuali dirangsang.
 Ada harga dan maruah diri.
 Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
 Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
 Sangat menjaga hati orang lain.
 Sangat peramah.
 Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
 Berjiwa sentimental.
 Jarang berdendam.
 Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
 Tidak suka benda remeh-temeh.
 Membimbing cara fizikal dan mental.
 Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
 Layanan yang serupa terhadap semua orang.
 Tinggi daya simpati.
 Pemerhatian yang tajam.
 Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
 Mudah dan rajin belajar.
 Suka muhasabah diri.
 Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
 Suka mendiamkan diri.
 Suka duduk di rumah.
 Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
 Tidak agresif kecuali terpaksa.
 Lemah dari segi kesihatan perut.
 Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
 Minta disayangi.
 Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
 Terlalu mengambil berat.
 Rajin dalam membuat kerja

OGOS

 Suka berlawak.
 Mudah tertawan padanya.
 Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
 Berani dan tidak tahu takut.
 Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
 Pandai memujuk orang lain.
 Terlalu pemurah & bersikap ego.
 Nilai harga diri yang sangat tinggi.
 Dahagakan pujian.
 Semangat juang yang luar biasa.
 Cepat marah & mudah mengamuk.
 Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
 Sangat cemburu.
 Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
 Cepat berfikir.
 Fikiran yang berdikari.
 Suka memimpin & dipimpin.
 Sifat suka berangan.
 Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
 Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
 Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
 Belajar untuk bertenang.
 Sikap kelam kabut.
 Romantik, pengasih dan penyayang.
 Suka mencari kawan

SEPTEMBER

 Sangat bersopan santun & bertolak ansur.


 Sangat cermat, teliti & teratur.
 Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
 Pendiam tapi pandai bercakap.
 Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
 Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
 Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
 Sangat sensitif yang tidak diketahui.
 Seorang yang banyak berfikir.
 Daya pentaakulan yang baik.
 Otak bijak & mudah belajar.
 Suka mencari maklumat.
 Kawal diri dari terlalu mengkritik.
 Pandai mendorong diri sendiri.
 Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
 Suka sukan, hiburan & melancong.
 Kurang menunjukkan perasaannya.
 Terluka hatinya sangat lama disimpan.
 Terlalu memilih pasangan.
 Sukakan benda yang luas.
 Bersistematik

OKTOBER

 Suka berbual.
 Suka orang yang sayang padanya.
 Suka ambil jln tengah.
 Sangat menawan & sopan santun.
 Kecantikan luar & dalam.
 Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
 Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
 Sentiasa berkawan.
 Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
 Cepat marah.
 Macam pentingkan diri sendiri.
 Tidak menolong orang kecuali diminta.
 Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
 Tidak suka terima pandangan orang lain.
 Emosi yang mudah terusik.
 Suka berangan & pandai bercakap.
 Emosi yang kelam kabut.
 Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
 Suka melancong, bidang sastera & seni.
 Pengasih, penyayang & lemah lembut.
 Romantik dalam percintaan.
 Mudah terusik hati & cemburu.
 Ambil berat tentang orang lain.
 Suka kegiatan luar.
 Seorang yang adil.
 Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
 Mudah patah semangat
NOVEMBER

 Banyak idea dalam perkara.


 Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
 Berfikiran kehadapan.
 Berfikiran unik dan bijak.
 Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
 Pemikiran yang tajam.
 Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
 Sesuai jadi seorang doktor.
 Cermat dan teliti.
 Personaliti yang dinamik.
 Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
 Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
 Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
 Terlalu degil dan keras hati.
 Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
 Tak suka marah kecuali digugat.
 Mudah ambil berat terhadap orang lain.
 Pandai muhasabah diri.
 Cara berfikir yang lain dari orang lain.
 Otak yang sangat tajam.
 Pandai mendorong diri sendiri.
 Tidak hargai pujian.
 Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak
sesuatu.
 Cuba sampai berjaya.
 Badan yang sasa.
 Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
 Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
 Suka duduk d irumah.
 Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
 Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
 Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
 Bercita-cita tinggi.
 Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

 Sangat setia dan pemurah.


 Bersifat patriotik.
 Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
 Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
 Bercita-cita tinggi.
 Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
 Seronok bila didampingi.
 Suka bercampur dengan orang.
 Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
 Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
 Tidak pandai berpura-pura.
 Cepat marah.
 Perangai yang mudah berubah-ubah.
 Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
 Benci pada kongkongan.
 Suka berlawak.
 Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Anda mungkin juga menyukai