Anda di halaman 1dari 4

Rahsia Mengenal Wanita Dari Cara

Berjalan
16 Feb 2009
Kategori: Personaliti Cinta | Ungkapan Cinta

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita
yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual,
mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini
juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka
membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu
masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya
menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai
menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka
menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha
untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki
sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan
boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk
ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan
kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara
berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini
sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian
yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali
menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter
panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan
hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman
luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya
yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang
ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan
kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak
persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya
sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia
tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti
ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia
bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang
berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia


kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya.
Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan
wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini
mudah mengalirkan air mata.

Rahsia Dahi dan Personaliti Wanita


7 Mar 2009
Kategori: Personaliti Cinta | Ungkapan Cinta

“Hai..pantang tengok yang berdahi licin sikit. Mulalah nak ‘test power!’” Tentu kamu
cukup ‘familiar’ dengan kata-kata seperti di atas tu ? Selalunya orang mengaitkan ‘dahi
licin’ dengan perempuan yang cantik dan menawan. Itu sekadar ungkapan saja kan?
Bercakap soal dahi ini,tahukah kamu bahawa dengan memandang dahi seseorang saja
sudah terungkap lagi rahsia pada diri kamu! Bahayakan..Jadi lain kali sesiapa yang
dahinya agak luas tu cepat-cepatlah ‘cover’kannyer sikit.Kalau tidak tentu ada yang boleh
menilik perangai dan tingkah laku kamu walau pun baru pertama kali bersua. Kalau kamu
nak tahu apa rahsia yang tersirat mengenai dahi kamu tu hah… cubalah baca artikel ini
hingga habis.Baca tau, jangan tak baca! Tapi seperti biasa, ada syaratnya. Kenal pasti
dulu bentuk dahi kamu tu! Tak susah kan? Siapa cakap susah?

Dahi Jendol
Dahinya agak luas dan seolah-olah ‘benjol’ ke hadapan sedikit. Tapi jangan ingat,orang
yang berdahi jendol ini tak cantik tau! Kalau kena gaya rambutnya, memang cantik.
Jangan pula asyik mengikat rambut ke belakang. Dahlah dahi tu jendol. Tentu agak
‘buruk’ rupanya. Tapi itu tak penting. Yang penting, apa rahsia disebalik bentuk dahi itu?
Sebenarnya si Jendol ni mempunyai keistimewaan tersendiri. Dahi jendol melambangkan
bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi. Mereka juga rajin dan cekal
dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang dihajati dalam hidup. Sifat tanggungjawab
mereka juga cukup jelas kerana tiap tanggungjawab yang diberikan pasti akan sangat.
Selain itu,mereka juga pandai bergaul danmenempatkan diri mereka didalam apa situasi
sekalipun. Tiap manusia ini kan ada kelemahannya. Bagi pemilik dahi sebegini,mereka
dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh membuatkan diri mereka sendiri yang
merana. Sekali dia jatuh cinta, sukar untuk dia melepaskan ‘burung’ di dalam genggaman
walaupun dia sedar pilihannya itu punya banyak kelemahan! Hai.. untunglah sesiapa
yang menjadi kesayangan mereka ni. Tapi usahlah setia ‘membuta’ sangat. Nanti diri
yang tewas dan berendam air mata! Setialah pada yang juga benar-benar setia pada
kamu! Satu lagi kelemahan mereka ini, punya rasa percaya dan yakin pada diri yang
sangat rendah. Sebabitulah mereka perlukan dorongan!
Dahi sempit
Sebahagian dahinya dipenuhi dengan anak-anak rambut yang banyak hingga
membuatkan ruang dahinya kelihatan kecil saja. Sifat mereka ini, suka sangat berdikari
dan tak suka bergantung pada orang lain. Bagi mereka, tak ‘mati’ kalau hidup sorang-
sorang pun. Mereka juga tak mudah menyerah kalah dalam apa juga yang dilakukan.
Nampak saja dahi sempit, tapi jiwa dan semangat tak ’sempit’! Kamu yang memiliki dahi
ini tentunya bangga bila baca rahsia dahi sebegini. Dikatakan mereka yang berdahi
sempit jarang mendapat kesukaran dalam urusan pembelajarannya. Sebaliknya, entah
mengapa mereka agak sukar mencari pasangan/kekasih!

Dahi lebar
Wah! Saiz dahinya agak ‘lapang’ dan luas. Kadangkala mereka punya bentuk muka yang
kecil tapi saiz dahi membuatkan wajah mereka agak ‘lebar’ di bahagian atasnya.
Biasanya mereka ini lebih suka bersikap pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri
saja. Tapi ini bukan bermakna mereka ini tak suka berkawan. Sebenarnya mereka jarang
suka memulakan bicara terlebih dahulu. Kalau ada yang mulakan, boleh saja! Selain itu
mereka juga sangat pakar dalam soal ’simpan menyimpan’ ini. Jadi tak hairanlah kalau
mereka ini mempunyai banyak wang simpanan! Bagus lah tu, sebagai jaminan masa
depan.

Dahi bersegi
Ha! Si dahi bersegi ini rupanya kuat bekerja rupanya. Segala kerja yang dilakukan itu
pasti akan dilakukan dengan tekun sekali. Mungkin sebab itu juga dia pasti lebih
menonjol daripada teman-teman yang lain di sekolah/pejabat. Kelemahan diri mereka
pula,mereka tidak mempunyai ramai teman memandangkan sikap mereka sendiri yang
suka memilih teman. Hai..pilih bulu nampak? Mereka juga sukar menjalinkan kemesraan
dengan orang lain kerana sikap mereka yang agak kaku memulakan perbualan.

Dahi berbentuk ‘M’ atau ‘hati’


Kuat imaginasi rupanya kamu ni yek! Pantang ada kelapangan asyik nak berangan saja.
Sebab itu tak hairanlah kalau mereka ini suka menyendiri. Tapi itu tak bermakna mereka
tak suka bergaul tapi mereka lebih ’serasi’ dengan orang-orang yang ’sekepala’ dengan
mereka juga. Mereka juga dikatakan sangat beruntung dalam hidup. Ada saja ‘rezeki’
yang mereka dapat. Dah nasib badankan! Kelemahan mereka pula, tidak suka menjadi
ketua kerana bagi mereka ia terlalu membebankan dan tidak mampu untuk dipikul. Selain
itu,mereka juga’mulut tempayan’ dan sukar simpan rahsia! Jadi awas sebelum kamu
‘membuka’bicara di hadapan mereka. Kalau kamu hendak berita itu ’satu dunia
tahu’,bolehlah kamu khabarkan pada mereka! Rahsia sudah bukan rahsia lagi!

Dahi dengan juntaian anak rambut


Rambutnya dibiarkan berjuntaian di dahinya. Mereka dikatakan seorang yang bijak serta
sangat pemurah. Mereka juga suka memberikan pertolongan kepada teman – teman yang
memerlukan hinggakan kadangkala mengenepikan kepentingan sendiri. Itu menyebabkan
ramai yang menyayangi mereka.Kelemahan diri pula, mereka agak boros dalam soal
berbelanja. Tak hairanlah,asyik ‘over budget’ saja! Mereka juga sukar bersikap tegas dan
lembut hati. Itu menyebabkan mereka mudah dipengaruhi hingga dipergunakan oleh
orang lain

Anda mungkin juga menyukai