Anda di halaman 1dari 22

Personaliti dan Persekitaran

Tempat Kerja

RABIAH ABDUL LATIFF


PEGAWAI PSIKOLOGI
HOSPITAL TAWAU
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Apa itu “Personaliti”??
Secara umumnya,
personaliti bermaksud sahsiah, keperibadian, atau perwatakan seseorang.

Contoh-contoh pengertian lain;


• MISHEL (1968) - Pada pandangan Mishel personaliti adalah pola-pola atau
tingkah laku seseorang individu yang dijelmakan dalam kehidupan
seharian masing-masing.

• HANS EYSENCK (1981) - Menurut Eysenck pula personaliti ialah organisasi


watak, perangai, intelek, bentuk badan yang agak stabil dan yang
menentukan penyesuaiannya yang unik terhadap persekitarannya.

• WATSON (1919) - Watson berpendapat bahawa personaliti merupakan


teori tingkah laku seseorang dan behaviorisme.
Persekitaran Tempat Kerja..
Setiap manusia
berbeza-beza??
(Individual Differences)
Jenis-Jenis Personaliti
• Dalam ilmu psikologi, domain-domain pada lima traits personaliti sering
g digunakan untuk menerangkan keperibadian atau personaliti seseorang.
• Domain-domain tersebut adalah;
1) O - Openness
2) C - Conscientiousness
3) E - Extraversion O.C.E.A.N
4) A - Agreeableness
5) N - Neuroticism

CUBA INGAT!! (^^,)


ADAKAH ANDA TAHU
APAKAH PERSONALITI
ANDA???
Ciri-Ciri..
• Openness
• Suka mencari dan berkongsi pengalaman untuk kepuasan diri
sendiri.
• Bersifat kreatif, berbudaya, prihatin, berfikiran luas dan
sensitif.
• Golongan yang berada dalam kumpulan ini mempunyai sikap
atau minda yang terbuka terhadap sesuatu idea.
• Dunia ini merupakan “Tempat Pembelajaran”.
• Mempunyai sifat ingin tahu (intellectually curious) yang begitu
mendalam, suka pada sesuatu benda yang cantik dan
menghargai kesenian.
• Lebih peka terhadap emosi dan suka membandingkan diri
mereka dengan orang yang terdekat dengan mereka.
• Mereka bertindak dan berfikir secara cara tersendiri
(individualistic) dan dalam cara yang kurang berkonfrontasi.
Ciri-Ciri..
• Openness
Individu yang rendah OPENNESS bersikap lebih kepada perkara-
perkara praktikal dan cenderung kepada minat yang bertentangan. 
• Orang yang kurang mempunyai sifat dominan dalam ciri ini
mempunyai daya persepsi dan pemikiran yang cetek dalam sesuatu
hal.
• Mereka lebih suka pada sesuatu yang terus terang dan kurang
kompleks.
• Mereka mempunyai tanggapan (prasangka) atau kekhuatiran
(wasangka) yang salah tentang perkara yang berkaitan dengan seni
dan sains.
• Golongan ini lebih bersifat konservatif dan tidak suka pada
perubahan khususnya yang drastik.
Ciri-Ciri..
Conscientiousness
•Beorganisasi, berketahanan diri, gigih dan bermotivasi tinggi untuk mencapai matlamat ,
suka bekerja keras, mempunyai pengurusan yang baik dan boleh bergantung harap.
•Nilai mempunyai kesedaran yang tinggi ialah satu ciri personaliti di mana seorang individu
itu amat berhati-hati semasa membuat sebarang keputusan, atau satu kualiti yang wujud
dalam diri seorang manusia yang bertindak mengikut kesedaran mindanya.
•Boleh dipercayai, sanggup bekerja keras untuk sesuatu ,menepati masa, kemas dari segi
kerjanya dan keperibadianluarannya, berdisiplin , bercita-cita tinggi dan mempunyai atau
suka pada kehidupan yang teratur (organized) .
•Akan tetapi masalah yang dihadapi oleh golongan ini adalah mereka sering dan
selalu bekerja keras (workaholics) dan dikategorikan dalam satu tingkah laku yang disebut
sebagai “Obsessive Compulsive Perfectionists Behavior”.
•Individu yang tinggi dalam nilai ini kadang-kala membosankan disebabkan oleh sifat atau
sikap mereka yang tidak ingin mengambil risiko dan kurang ingin terdedah kepada
persekitaran (less adventurous).
Ciri-Ciri..
Conscientiousness
•Golongan yang kurang mempunyai kesedaran
(unconscienctiousness) lazimnya akan dikritik kerana tidak
mempunyai cita-cita, kurang di percayai, dan tidak beramanah.
•Tetapi,golongan ini tidak akan di label sebagai orang yang
membosankan.
•Golongan yang berfikiran tertutup ini lebih cenderunguntuk
memasuki bidang pekerjaan seperti pegawai polis , bahagian
pemasaran dan jualan dan amat bagus dalam bidang-bidang ini.
•Individu yang rendah CONSCIENTIOUSNESS sering bersikap
malas, tidak terurus dan tidak konsisten.
Ciri-Ciri..
Extraversion vs Introvert
• Individu yang suka kepada interaksi dan ransangan sosial untuk membina
keyakinan diri mereka selain mewujudkan persaingan.
• Bersikap suka kepada aktiviti social, berkominikasi, aktif, mesra dan
peramah.
• bersikap “out going” , penuh bertenaga dan bersikap positif
• Mempunyai minat terhadap orang lain atau persekitaran mereka dari
dirinya sendiri.
• Persepsi dan perspektif merekaterhadap sesuatu perkara itu terutamanya
tentang hidup ini ialah positif
• Semasa berada di dalam kumpulan, mereka suka sangat bercakap, menilai
diri mereka dan mendapat perhatian.
Ciri-Ciri..
Extraversion vs Introvert
• Individu yang rendah EXTRAVERSION, juga digelar sebagai INTROVERSION
lebih bersikap pemendam, senyap dan menyendiri.
• Golongan Introvert berbeza dengan golongan Extrovert yang mana mereka
kurang dari segala aspek yang di miliki oleh Extrovert.
• Antara ciri personaliti yang di miliki oleh golongan ini adalah seperti kurang
bertenaga, suka persendirian, dan biasanya kurang berhubung dengan
masyarakat sekeliling.
• sedih (depressed) atau berasa malu ,tetapi mereka ini tidak perlu banyak
simulasi dari persekitaran mereka berbanding dengan yang berada dalam
golongan extrovert dan lebih memilih untuk bersendirian .
Ciri-Ciri..
Agreeableness
•Golongan yang cenderung kepada orientasi interpersonal.
•Bersikap prihatin, fleksibel, dipercayai, baik dan sopan, pemaaf, lembut hati,
bertoleransi bekerjasama dan menghargai perhubungan di antara orang ramai .
•Berperikemanusiaan, peramah, suka menolong, dermawan dan sanggup
berkompromi dengan orang lain walaupun dengan kepentingan mereka yang
mungkin tergugat.
•Optimistik terhadap manusia, mereka senang melihat pada kebaikan yang ada
pada orang dan senang mendapat dan mengekalkan hubungan dengan orang
lain.
•Tetapi individu yang memiliki trait ini kurang sesuai untuk membuat kerja-
kerja yang lasak atau yang memerlukannya membuat keputusan
yang berpendirian yang kukuh contoh dalam bidang korporat.
Ciri-Ciri..
Agreeableness
•Individu yang rendah AGREEABLENESS lebih bersikap kepada
membangkang, protes, bersifat dingin dan antagonis.
•Meletakkan kepentingan diri sendiri daripada bergaul dengan orang
ramai .
•Mereka tidak mengambil peduli tentang masalah orang lain dan tidak
kisah akan pandangan orang ramai tentang diri mereka.
• Kadang- kala mereka berprasangka terhadap motif orang lain dan ini
membuatkan mereka bersifat wasangka , tidak bekerjasama dan
kurang peramah.
•Individu yang rendah trait ini boleh menjadi seorang saintis, pegawai
tentera, ahli korporat , pengkritik, ahli perniagaan atau tentera.
Ciri-Ciri..
Neuroticism
•Individu yang tidak stabil dari sudut emosi, dan sering menangani masalah
yang dihadapi dengan cara yang tidak produktif.
•Bersikap sering keresahan, marah, malu, beremosi, sering bimbang dan
berpandangan negatif.
•Mempunyai emosi yang reaktif kerana bertindak dengan lebih beremosi
terhadap sesuatu perkara atau peristiwa.
•Reaksi mereka terhadap perkara-perkara ini adalah lebih tertekan
• Mereka lebih cenderung untuk memandang sesuatu situasi yang normal
sebagai mengancam nyawa dan kekecewaan yang kecil dalam hidup mereka
sebagai sesuatu yang sangat susah dan menyebabkan mereka tertekan
sepanjang masa dan kesannya individu ini tidak dapat berfikir secara logik.
•Individu yang rendah NEUROTICISM mempunyai tahap kestabilan emosi
yang tinggi, tenang, berkeyakinan tinggi dan terkawal.
Bagaimana berhadapan dengan
individu-individu yang berbeza-
beza personaliti di dalam dunia
pekerjaan? (*__*!)
Cara-cara..
• Openness
- Banyakkan berkongsi maklumat, perkembangan idea dan menggunakan kaedah-
kaedah yang kreatif dalam sesuatu penyelesaian masalah.
- Timbulkan kebijaksanaan individu tersebut terhadap isu-isu semasa berbanding
hanya berborak biasa atau bergossip.
- Untuk individu yang kurang OPENNESS, timbulkan perbualan sesuatu yang
dihadapi pada waktu itu juga dan di tempat itu juga. Fahami bahawa individu
tersebut hanya berfikir secara kecil dan hanya berurusan dengan sesuatu perkara
pada waktu itu dan di tempat itu.

• Conscientiousness
- Berikan mereka kebebasan dan jangan berleter atau membebel kepada mereka.
Mereka biasanya taat pada komitmen yang telah diberikan dan mampu
menyelesaikannya tanpa sebarang gesaan.
- Apabila terlalu sibuk, mereka akan kerap kali terlepas pandang beberapa perkara.
Jadi, sentiasa mengingatkan atau memaklumkan kepada mereka yang
memerlukan tanggungjawab mereka.
- Untuk individu yang kurang CONSCIENTIOUSNESS dalam tugasan atau pekerjaan,
sentiasalah membuat susulan “follow-up” daripada mereka. Bagi mereka yang
berautoriti, sentiasa ingatkan mereka dengan tarikh akhir kerja “deadlines”.
Cara-cara..
• Extraversion
- Tonjolkan sikap yang mesra, berkenalan dan mudah berbual-bual. Bercakaplah
tentang orang berbanding dengan idea-idea, benda-benda atau data-data.
Tunjukkan juga minat untuk meneruskan hubungan kerja sesama mereka.
- Apabila berhadapan dengan individu-individu yang INTROVERSION, bergerak
secara perlahan-lahan dalam membentuk satu hubungan dengan mereka. Jangan
terkeliru dengan “senyap” dan “kurang berminat”. Hormati dan sentiasa
bertoleransi dengan saat-saat “menyendiri” itu. Perbincangkan idea-idea, benda-
benda, dan data secara serius berbanding berkata mengenai orang.

• Agreeableness
- Biasakan diri anda dan relaks. Berurusan dengan penuh kesopanan dan
kesusilaan untuk mencapai hubungan kerja yang cemerlang.
- Apabila berhadapan dengan individu yang kurang atau tidak AGREEABLENESS,
sentiasa sabar dan bertoleransi. Bagaimanapun, tetapkan dan nyatakan satu tahap
untuk setakat mana anda mampu mengawal dengan sikap atau respon dingin
sebegitu. Ini kerana, kadangkala individu yang DISAGREEABLE secara rahsianya
mahukan orang lain untuk mencegah sikap anti-social mereka itu.
Cara-cara..
• Neuroticism
- Apabila berhadapan dengan individu yang NEUROTICISM, jangan tonjolkan
perasaan takut, bimbang dan gemuruh anda kepada mereka. Cubalah untuk
menjadi seorang pendengar yang baik.
- Jika boleh, kurangkan penekanan kepada tarikh akhir “deadlines” atau kesan jika
sesuatu projek yang dirancang bakal menemui kegagalan.
- Tunjukan juga sikap prihatin dan minat terhadap kebajikan individu tersebut.
• Dengan mengtahui personaliti diri dan
bagaimana mahu berinteraksi dengan individu
disekeliling…kita boleh membentuk personaliti
unggul yang membantu bukan sahaja dalam
perkerjaan tetapi juga membantu membentuk
peribadi unggul.
Muhasabah Diri…

• Jangan mengkelaskan atau menghukum keperibadian seseorang


• Menghormati perbezaan yang wujud sesama rakan sekerja dan diri
sendiri.
• Melatih diri untuk menjadi lebih kreatif dalam pergaulan dan komunikasi
sosial.
• Mengkagumi ciptaan Tuhan yang mewarnai kehidupan ini dengan
berbagai-bagai ragam dan sikap.

Anda mungkin juga menyukai